Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,467
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 4 (ii)

“Kejardia!!” terdengar satu jeritan yang kuat dari dalam rumah keju.

Norli segera bangun dan berlarimeninggalkan rumah tikus. Norli dapat mendengar derapan kaki tikus-tikusmengejarnya dari jauh. Norli terpaksa berlari dengan lebih laju tanpa menolehke belakang lagi.

Kit pula berlari jauh ke hadapan.Walaupun begitu Norli masih dapat melihat kelibat Kit. Norli sempat melihat Kitmenunjuk-nunjuk ke satu arah. Norli segera berlari mengikut telunjuk Kitwalaupun Norli merasa terlalu letih. Pada ketika itu lah Norli tidak dapatmengawal kakinya. Norli dapat merasa badannyaberpusing-pusing menuruni curam.

************

Norlicuba untuk membuka mata perlahan-lahan. Serta merta Norli merasa sakit padabadannya.Matanya juga masih terasa berat, namun Norli berusaha juga untukbangun.Norli berasa ada seseorang yang sedang mengurut kakinya.Norli dapatmengagak itu ialah Kit.Norli terus membuka mata bulat-bulat. Serta merta Norlimenjerit apabila apa yang disangkanya tidak benar. Rupa-rupanya yang mengurutkakinya ialah seekor semut berwarna oren! Fizikal semut itu lebih kecildaripada Kit tetapi bagi Norli semut itu cukup besar.Jika didunianya, Norlitidak pernah melihat semut sebesar ini.

Semut yang sedang mengurut kakiNorli juga turut terkejut.Serta merta semut melepaskan tangannya.Norli mulaberasa takut, lebih-lebih lagi apabila melihat Kit tiada di situ.Norlijuga tidak tahu di mana dia berada sekarang, Norlimelihat sekeling yang agak gelap.

“Awak ni siapa? Mana Kit?” tanyaNorli cuba berlagak berani.

“Awak jangan risau.Kit keluarsekejap, nanti dia balik,” jawab semut sambil tersenyum.

“Awak ni siapa?” tanya Norli lagiapabila pertanyaannya tadi tidak berjawab.

“Oh, lupa pula. Nama saya Oren. Awakdapat tengok sendiri badan saya yang berwarna jingga ni kan,”

Norli cuba mengangguk dan cubabertanya lagi kepada Oren, namun Norli masih takut. Benarkah Kit tidakapa-apa?Adakah semut yang memperkenalkan dirinya sebagai Oren ini mempunyainiat yang baik atau sebaliknya?Norli masih terfikir mengenai hal itusehinggalah Norli dikejutkan dengan kehadiran Kit. Norli lihat Kit berjalan sambil membawa sesuatu. Apabilamelihat Norli sudah sedar, Kit segera menghampiri Norli.

“Awak dah bangunrupanya. Syukurlah” Kit segera memeluk Norli. Norli juga gembira kerana dapatbertemu dengan Kit semula.Oren melihat sambil tersenyum.

“Awak rasa macamana sekarang? Bertambahbaik?” tanya Kit tanda mengambil berat kepada Norli.

“Ok sikit. Kaki saya yang seliuh hari tu pun dah baik. Tak sakit lagi.Cuma saya rasa pedih sikit kat bahagiandahi dan lutut,” jawab Norli jujur. Norli cuba memegang dahinya.

“Oh, sebenarnya awak terjatuh ketikadikejar oleh Coreng, Kuring dan Karing.Nasib baik mereka tidak tahu di manatempat awak jatuh.Awak tak sedarkan diri sebab dahi awak terhantuk padapokok.Lutut awak pun luka.Sebenarnya saya pun risau bila tengok awak taksedarkan diri.Nasib baiklah saya terjumpa Oren.Oren lah yang membantu kita,”Kit menerangkan kepada Norli dengan panjang lebar.Norli mengangguk tanda faham.KemudianNorli menunduk.Norli mula rasa bersalah.

“Kit, saya minta maaf.Saya terlaludegil, tak dengar kata-kata awak tadi. Kalau la saya dengar nasihat awak tadi,mesti kita tak jadi macam ni,” lemah kedengaran suara Norli. Norli benar-benarrasa bersalah.Kit tersenyum.

“Tak apalah Norli.Saya dah maafkan awak. Ops, satulagi, awak kena berterima kasih kepada Oren juga .Oren la yang mengurut kakiawak dan meletakkan ubat pada luka-luka awak,” jawab Kit.

Norli berpaling ke arah Oren. Patut la semasa bangun tadi, Norlidapat merasa tangan-tangan halus sedang mengurut kakinya. Rupa-rupanya Oren sisemut yang baik hati ni telah menolongnya. Norli terhutang budi kepada Oren.

“Terima kasih Oren. Awak sungguh baikhati,” puji Norli sambil menghulurkan tangan kepada Oren.Oren menyambutnyadengan senyuman terukir di bibir.

“Sama-sama.Kita mesti lah salingbantu membantu,” jawab Oren.

“Tadi awak keluar ke mana Kit?”tanya Norli sambil memandang Kit.

“Tadi saya keluar sekejap.Nak tengokkeadaan kat luar.Mana la tahu kalau Coreng, Kuring dan Karing tahu kat sinikita sembunyi. Eh, kita ni asyik bercakap je. Norli, awak mesti laparkan. Nisaya ada bawak balik makanan. Awak cuba la makan. Oren, jemput la ,makan sekali” Kit mempelawa Norli dan Oren untuk makan sambil menghulurkan sesuatu kepadaNorli. Norli masih lagi terpinga-pinga.

“Kita kat mana ni?Macamana kitakoleh ada kat sini? ” tanya Norli. Norli tidak menyambut pemberian Kit.Norlijuga seolah-olah lupa dengan kehadiran Oren yang masih berada di situ.

“Jangan risau, kita selamat katsini.Ni rumah Oren.Nah, ambik la, buat alas perut. Jangan la malu-malu ” jawabKit apabila melihat Norli masih lagi tidak menyambut sesuatu yang berada ditangannya.

“Apa ni?Tak nak la!” Norlicubamengambilnya dari tangan Kit. Nampak pelik betul.

“Ni tumbuhan ajaib.Ala, macam sayurjugak la kalau kat dunia awak,” jawab Kit.

Apabila mendengar perkataan sayur, Norli segeramenggeleng kepala.Norli memberi semula makanan tersebut kepada Kit.Norli tidaksuka sayur. Bagi Norli, sayur tidap sedap.

“Awak kena makan.Lagi pun awak sekarang dalamkeadaan lemah.Awak kena makan.Kalau awak tak makan, nanti awak makin lemah.Lukaawak tak sembuh. Dan…” Kit membulatkan mata memandang Norli.Norli hairan dengankelakuan Kit.

“Dan, nanti awak kena tangkap dengan tikus-tikus tu.Awak pun jadi makanan mereka!” Kit cuba menakut-nakutkan Norli.

“Betul tu,” jawab Oren pula, setuju dengan kata-kataKit.

“Tipu la! Tikus tak akan makan manusia macam saya.Tikus makan benda kotor macam…”

“Sebab tu tikus kat dunia awak. Tikus kat sini awak tak tahu,” balas Oren lagi.Kirmengangguk.

Norli termenung mendengar kata-kata Kit dan Oren.Norli tidak menyangka tikus-tikus yang mengejarnya tadi ingin menjadikan dirinyasebagai makanannya. Nampaknyatikus-tikus di sini agakganas sehingga Kit sendiri takut dengan tikus-tikusitu. Jika di dunianya, apa yang Norli tahu kucing yang mengejar tikus, tapi inisudah terbalik! Norli masih lagi berasa hairan dengan keadaan itu.Norli inginsekali bertanya kepada Kit mengenai tikus-tikus yang mengejarnya tadi.

“Awak nak tak jadi makanan tikus-tikus tu? Awak tahutak yang mereka bertiga sangat ganas, terutamanya ketua mereka, Coreng” tanyaKit. Norli segera menggeleng.Kini barulah Norli mengetahui bahawa tikus-tikusyang mengejarnya tadi bernama Coreng, Kuring dan Karing.Coreng ialah ketuamereka.Walaupun begitu Norli masih tidak dapat mengecam di antara merekasiapakah yang bernama Coreng, Kuring dan Karing.


“Kalau tak nak, awak kena la makan tumbuhan ajaibni. Nanti awak tak lemah lagi. Oren pun dah tak nak tolong awak lagi ” jawabKit. Apabila melihat Norli masih enggan mengikut kata-katanya, Kit segeramemasukkan tumbuhan ajaib di dalam mulutnya.Oren turut mengikut jejak Kit.

“Sedapnya.Manis je,”

Norli hairan apabila dia mendengar Kit mengatakansayur yang dimakannya itu manis. Setahu Norli, sayur itu rasanya pahit bukannyamanis.

“Mana ada sayur ni manis, pahit la Kit!” Norlimerasakan Kit tersalah cakap ataupun sengaja memujuknya.

“Betul, memang manis. Ni kan tumbuhan ajaib. Cubarasa,” Kit menghulurkan sedikit tumbuhan ajaib kepada Norli.Norli teragak-agakuntuk merasanya.

“Ok, kalau awak taknak saya taknak paksa, tapi nantiawak yang lapar. Nanti luka-luka awak lambat sembuh,” Kit tidak lagi memujukNorli. Kit tahu Norli sememangnya seorang budak yang degil!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.