Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,905
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 1

Locengsekolah sudah lama berdering. Walaupun begitu masih ada beberapa orang pelajaryang berada di dalam perkarangansekolah. Ada yang sedang berbual di kantin sekolah. Ada juga yang sedangmenunggu bas sekolah di hadapan pagar sekolah.

Norli lebih selesa menunggukedatangan ayahnya di tempat yang agak tersorok daripada pelajar-pelajar lain.Norli duduk di atas bangku yang diperbuat daripada simen seorang diri. Sambilitu mata Norli memandang ke arah jalan menghala masuk ke sekolah. Norli tidakmahu terlepas pandang kereta ayahnya. Kebiasaannya ayahnya akan terus mengambilNorli di sekolah sebaik sahaja tiba waktu rehat di pejabat tempat ayahnyabekerja. Selesai menghantar Norli, ayahnya akan menuju semula ke pejabatnya.Begitulah rutin sehari-hari.

“Ayahtak sampai lagi Norli?” tanya Ustazah Sofea yang sedari tadi memerhatikan Norliyang sedang duduk keseorangan.

Norli mengangkat kepala memandangUstazah Sofea yang berdiri di sebelahnya. Bila pula Ustazah ni datang? Takperasan la pulak.

“Boleh ustazah duduk?” tanya UstazahSofea sambil tersenyum melihat Norli yang masih lagi memandang ke arahnya.Norli mengangguk.


Ustazah Sofea duduk di sebelahNorli. Sebenarnya Ustazah Sofea telah lama mengetahui sikap Norli yang lebihsuka menyendiri. Ustazah Sofea begitu ingin untuk mengetahui masalah yangdihadapi oleh Norli. Mengapa Norli bersikap seperti itu? Itu yang amat ingindiketahui oleh Ustazah Sofea mengenai Norli. Lagipun Norli ialah salah seoranganak muridnya. Sebab itulah dia ingin mengambil kesempatan untuk mendekatiNorli dan cuba menjadi rakan kepada Norli.


“Ayah biasa lambat datang ambilNorli ke?” tanya Ustazah Sofea,sengaja untuk berbual dengan Norli yang agakpendiam. Norli menggeleng.

Ustazah Sofea mati akal. Tidak tahulagi apa perkara yang ingin dibualkan dengan Norli. Nampaknya Norli bukansahaja pendiam dan tidak mahu bergaul dengan pelajar-pelajar sebayanya tetapijuga dengan dirinya. Ustazah Sofea selalu juga memerhatikan kelakuan Norli didalam kelas ketika dia mengajar. Norli lebih banyak diam dan bersendirian.Tempat duduk Norli juga agak ke belakang.

“Kenapa ustazah tak balik lagi?” tanyaNorli liba-tiba, cukup menggembirakan hati Ustazah Sofea. Sekurang-kurangnyaNorli sudah mula bersuara.

“Oo, ustazah tunggu Norli balikdulu. Lepas tu baru ustazah balik. Tak mengapa kan,” Ustazah Sofea menunggujawapan Norli.

Norli mengangguk. “Norli boleh jagadiri. Ustazah kalau nak balik dulu pun tak apa jugak. Nanti menyusahkan ustazahpulak,” jawab Norli jujur. Sebenarnya Norli amat menyayangi Ustazah Sofeatetapi Norli segan untuk berbual mesra.

Eh, tak ada lah,” jawab UstazahSofea sambil tangannya menggosok kepala Norli. Norli pandai mengambil hatisebenarnya dan cukup berbudi bahasa, puji Ustazah Sofea dalam hati.

“Itu pun ayah saya dah datang. Sayabalik dulu,” Norli mengangkat begnya ke bahu dan bersiap sedia untukmenghampiri kereta ayahnya yang sudah berhenti di hadapannya. Sebelum itu Norlimemandang ke arah Ustazah Sofea. Norli menghulurkan tangan dan mengucup tanganUstazah Sofea. Kemudian Norli terus masuk ke dalam kereta.

“Kenapa ayah lambat hari ni?” tanya Norli kerana kebiasaannya ayahnya akan sampaiawal ke sekolah. Encik Samsul tersenyum mendengarkan pertanyaan Norli. Norli memangseperti ini, tidak boleh terlewat sedikit nanti muncung panjang sedepa.

“Tadi ayah singgah kedai sekejap.Beli perangkap tikus,” jawab Encik Samsul jujur.

“Perangkap tikus?” tanya Norli ingintahu.

“Ye, ibu kamu selalu kata yang adabeberapa ekor tikus merayap di dapur. Sebab tu ayah belikan perangkap tikusni,” jawab Encik Samsul.

“Menjadi ke guna cara ni ayah?”Norli semakin berminat untuk mengetahui mengenai perangkap tikus. Norli jugaterserempak dengan beberapa ekor tikus yang mencelah di ruang dapur. Norlisendiri tidak tahu dari mana tikus-tikus itu datang kerana mereka sudahmembuang sampah ke tempat yang sepatutnya. Tapi mungkin juga daripada tongsampah besar yang kedudukannya tidak jauh dari rumah mereka. Mungkin sebab itu,tikus-tikus bebas merayap sehingga masuk ke dalam rumah penduduk.

“Kita cuba dulu. Kalau tak menjadijugak, kita guna cara lain,” Norli mengangguk mendengar penerangan ayahnya.Nampaknya selepas ini Norli tidak lagi mendengar rungutan ibunya tentangtikus-tikus yang berkeliaran. Norli sebenarnya geli juga dengan kehadirantikus-tikus yang kotor itu, begitu juga dengan lipas.

**********

Di rumah keluarga Norli.


“Ibu,sekarang dah pukul berapa? Pukul lima ke? ” Norli bertanya ibunya. Puan Lizatahu tujuan Norli bertanya. Puan Liza melihat sekilas ke arah jam yangtergantung di dinding ruang tamu.

“Lima minit lagi nak pukul lima,”jawab Puan Liza.

Norli tersenyum. Norli segera menujuke arah televisyen dan mengambil remotecontrol. Norli menekan butang ON.Norli kembali duduk semula di sofa. Beberapa minit menunggu, akhirnya terterarancangan kartun di skrin televisyen. Norli melonjak gembira.

Puan Liza menggeleng. BegitulahNorli. Pada waktu petang Norli lebih suka menonton televisyen seorang diri dirumah berbanding bermain dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Puan Liza terdengar keriuhan suarakanak-kanak bermain di luar rumahnya. Kebetulan terdapat sebuah taman permainantidak jauh dari rumahnya, Setiap petang Puan Liza dapat melihat kanak-kanakbermain riang bersama kawan-kawan yang lain di situ. Tidak seperti Norli yanglebih suka menyendiri.

Puan Liza memandang ke arah Norli.Nampaknya Norli gembira dengan kehidupannya. Sesekali terdengar Norli mengekekketawa apabila melihat sesuatu yang lucu di dalam kartun kegemarannya. Selainrancangan kartun, Puan Liza juga menyedari bahawa Norli begitu menggemarirancangan Animal Planet. Norlisukakan binatang Cuma Norli tidak begitu pandai untuk melayan binatang. MungkinNorli hanya gemar untuk mengetahui kehidupan dan habitat binatang. Puan Lizatidak menghalang minat Norli kerana dia tahu sekurang-kurangnya Norli dapatmempelajari ilmu yang baru mengenai binatang. Tetapi apa yang merisaukannyaialah sikap Norli yang tidak mahu bergaul dengan teman sebaya.

Next: Bab 1 (ii)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.