“Terimakasih Fathia. Kalau kau tak ada, memang susah kami. Ramai yang cedera tadi.”Seorang jururawat senior di Hospitalberterima kasih atas bantuan jururawat Fathia.
“Takmengapa. Saya pun dapat belajar dari pengalaman tadi.” jawab jururawat Fathia.
Diamasih menunggu di pintu utama hospital yang menanti Ramli pulang. Dia berasatidak senang duduk dibuatnya. Kemudian, dia terlihat dua buah kereta berhentidi pintu utama. Dia terlihat Laila keluar dari kereta itu. Faizal dan yanglain-lain juga.
“Fathia..Selamat kau ada di sini. Tadi ada serangan di pusat bandar. Kami jumpa duamayat. Boleh kau panggil orang uruskan?” soal Laila kepadanya.
JururawatFathia hanya mengangguk lalu memanggil pegawai yang bertugas. Mereka memasukkanmayat Ban dan penegemis di dalam beg mayat berasingan. Jururawat Fathia hairandengan Laila dan rakan-rakannya. Kenapa mereka ada di pusat bandar bersamaRamli? Kenapa lebam dan luka tubuh mereka? Itu yang bermain difikirannya.
“Laila…Ramli mana? Dia tak ikut kau datang sini?” soal jururawat Laila yang terfikirtentang Ramli.
“Ramlitadi dah naik ke biliknya ikut tangga kecemasan. “ bisik Laila.
Lalu,Laila dan yang lain pulang ke rumah mereka atas urusan mustahak. Mereka perlupulang untuk berehat dan berbincang tentang langkah seterusnya. JururawatFathia bergegas ke bilik Ramli. Dia melihat Ramli telah pun duduk di katilnyadan siap memakai baju pesakit hospital. Tersenyum dia melihat Ramli pulang kehospital dengan selamat.
“Kenapasampai luka ni?” soal jururawat Fathia.
Ramlihanya senyap saja. Jururawat Fathia mengambil peti pertolongan cemas. Diamencuci luka di pipi Ramli dan menampal lukanya.
“Takapa kalau awak tak beritahu saya apa sebab yang awak boleh luka sampai macamni. Kalau awak dah sedia nak beritahu, awak boleh beritahu saya. Saya nak jumpadoktor dan beritahu yang awak dah sedar.” Jururawat Fathia pun keluar ke bilikdoktor.
Ramlitersenyum sendiri. Ini rupanya nikmat apabila kita mengenali seseorang.Fikirnya.
Faizaldan yang lain merawat luka mereka apabila sampai di rumahnya. Pada malam pula,seperti biasa Nek Timah dan Laila akan datang ke rumah Faizal dengan membawalauk-pauk untuk makan malam. Selepas menjamah makan malam, mereka berbincangdengan Pak Megat tentang apa yang perlu dilakukan selepas ini untuk berlawanListari.
“Listaritelah bunuh Ban kerana Ban gagal berlawan dengan Ramli. Ramli sekarang dah jadiwira.” jelas Faizal.
“Bagus.Sekarang semua wira dah bersatu.” kata Pak Megat.
“Sekarangapa langkah kita seterusnya?” soal Faizal.
“Sepertiapa yang pengemis yang dibunuh Ban cakap tadi, tempat Listari bersembunyi ialahdi rumah usang dalam hutan kawasan hujung bandar.” Khairul yang menjelaskanmaklumat yang mereka dapat.
“Walaupunkita tahu mana tempat dia bersembunyi, dalam keadaan kamu yang baru berlawanni, kita tak boleh terburu-buru. Kita kena atur strategi. Lagipun, lebih baikkalau kita tunggu Ramli pulih sepenuhnya. Dalam waktu itu, biar Pak Megat upgrade senjata-senjata kamu.Bagaimana?” Pak Megat mengeluarkan cadangannya.
“Sepertiyang kita jangka, Pak Megat memang hebat.” Saiful yang memuji Pak Megat.
“PakMegat kamu ni bekas tentera. Tahulah dia mengatur strategi.” usik Nek Timah.
“Sekarang,biar kita pastikan betul-betul tempat persembunyian Listari.” kata Faizal.
“Macammana kita nak tentukan? Hutan dekat kawasan hujung bandar tu besar. Susah nakcari.” jelas Laila yang lebih mengetahui kawasan di tempat tinggalnya.
“Kitaguna MyPeta.” jawab Faizal.
MyPetaialah aplikasi untuk melihat kawasan dalam bentuk peta melalui satelit. Denganitu, mereka dapat lihat kedudukan rumah usang dalam hutan itu.
“Kalaubegitu, esok kamu cuba cari lokasi rumah usang itu dengan gunakan MyPeta.” kataPak Megat.
Jadi,mereka perlu pastikan Ramli pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan mereka yangselepas berlawan. Berehat adalah jalan yang terbaik.
Dikubu Listari, Listari mengeluh dengan apa yang berlaku hari ini. Dua konconyamati. Dia tidak hairan tentang kematian Ban. Dia tidak puas hati keranamembunuh Kibra.
“Listari,apa yang perlu kita lakukan selepas ini.” Ringa bertanya.
“Sudahtentu aku mahu Wira mati. Dan aku mahukan darah Wira Rimau Putih lagi.” kata Listari.
“SekarangBan sudah mati. Tak perlu lagi aku rahsiakan hubungan kita selama ini.” Ringatersenyum.
“Banterlalu bodoh. Terima kasih kerana masih setia terhadap aku.” Listari mencium tangan Ringa sebagai tanda cintanya.
Sejakdulu, mereka telah lama menjalinkan hubungan. Demi untuk tidak membuat Bantinggalkan kumpulan mereka, Listari merahsiakan hubungannya dengan Ringa keranaBan sudah jatuh hati terhadap Ringa. Cinta Palsu dapat menyelamatkan keadaanketika itu.
“Listari,apa kata kau ciptakan tentera untuk berkhidmat pada kita. Dengan tentera itu,kita boleh gunakan mereka untuk porak peranda kehidupan manusia.” Ringa membericadangan.
“Akupernah terfikir tentang perkara itu. Tetapi, tenaga yang banyak aku perlugunakan untuk lakukannya.” jelas Listari.
“Jadidarah perempuan itu yang kau mahu. Akan aku dapatkan.” Kata Ringa.
“Jangan..Kau tak perlu lakukannya Ringa. Kau permaisuri aku. Aku mahu kau bersama akusahaja.” Listari yang tidak setuju dengan cadangan Ringa.
“Biaraku lakukan sesuatu untuk kau Listari. Kau dah lakukan banyak perkara terhadapaku. Jika kau sayang pada aku, benarkan aku lakukannya kali ini. Boleh?” Ringamemujuk Listari agar setuju dengan cadangannya.
“Baiklah…..”Listari terpaksa mengikut permintaan Ringa.
Listaritidak kisah jika Ringa tidak berlawan dengan Wira. Listari hanya mahu Ringamenjadi permaisurinya apabila dia berjaya menakluk dunia. Ringa menyatakanrancangannya. Dia mengharapkan Listari untuk menjadikan beberapa orang tenterauntuk membuat serangan di bandar. Dengan cara itu, Wira akan datang ke pusatbandar. Kemudian, Ringa hanya perlu memerangkap Laila.
Listarimenurut apa yang diminta Laila walaupun dia tahu banyak tenaga yang akan diagunakan. Dia mungkin akan menjadi lemah seperti dulu. Dia bertenaga kini punhanya dari sekesat darah Laila. Namun, dia tidak boleh menjadikan tenterabegitu sahaja. Dia perlu bijak memilih motif untuk tenteranya. Ketika itulahdia terpandang sebaris semut yang merayap di dinding kubunya. Dia melihatsemut-semut itu bekerja. Dia dapat lihat kerjasama yang kuat di antara mereka.Dia tersenyum dan dia tidak dapat bayangkan apa akan terjadi jika semut-semutini dijadikan motif untuk tentera-tenteranya.