Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
72,150
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 25

Haridinantikan telah tiba. Ramli sudah dibenarkan pulang oleh doktor. Fathia jugatelah tamat latihan kejururawatan semalam. Ramli juga tidak sangka akan hal itu.Ramli bersiap-siap untuk pulang. Dia ingin beri kejutan pada yang lain bahawadia sudah sembuh. Fathia membawa Ramli pulang dengan menaiki keretanya. Ramliagak gemuruh apabila menaiki kereta bersama Fathia. Namun, Fathia tidak pularasa apa-apa dengan keadaan itu.

 

“Rasanyakita dah nak sampai…” kata Fathia sambil melihat alamat rumah Faizal yangdiberikan oleh Ramli.

 

Selepas20 minit perjalanan, tibalah mereka di hadapan rumah Faizal. Mereka dapat lihatbahawa Faizal dan yang lain sedang berlatih di halaman rumah. Nek Timah melihatkereta Fathia yang berada di hadapan rumah. Nek Timah sangat teruja apabilamelihat Ramli yang keluar dari kereta. Faizal dan yang lain tidak menyangkabahawa Ramli sudah dibenar keluar dari hospital. Mereka menyambutkepulangannya. Laila pula seronok melihat sahabatnya Fathia berada bersama. PakMegat bercadang untuk mereka berhenti berlatih dan mengadakan majlis makanbersama pada waktu tengah hari untuk meraikan kepulangan Ramli.

NekTimah, Laila dan Fathia bersama-sama memasak untuk makan tengah hari. Faizaldan yang lain hanya menunggu saja kerana mereka tidak tahu perihal masak-memasak.Apabila semua yang sudah siap, mereka menikmati juadah bersama. Laila sangatgembira kerana dapat berbual dengan Fathia. Sudah lama mereka tidak berbualsejak tamat persekolahan menengah mereka.

 

“Taksangka. Pejam celik, pejam celik, dah dekat 5 tahun kita tak jumpa.” kataFathia.

“Masing–masing sibuk… Aku pun baru saja tamat pengajian.” jawab Laila dan hanya mamputersenyum.

“Laila..Aku bukannya nak menyibuk. Tapi apa hubungan kau dengan mereka semua ini? Akupernah tanya Ramli, dia kata kau dan yang lain saudara dia. Betul ke?” soalFathia dengan rasa ingin tahu.

“Susahaku nak jelaskan. Biar aku jelaskan secara mudah. Keturunan kami semua saudara.Jadi ada sebab kami semua bersama. Aku tak boleh beritahu lebih. Maaflah..”jawab Laila.

 

Fathiahanya tersenyum tapi dari riak wajah Laila, dia tahu Laila merahsiakan sesuatu.Dia hanya mampu menarik nafas panjang dan menikmati minumannya.

Tiba-tiba,Tablet Pengesan Laila berbunyi. Begitu juga Tablet Pengesan yang lain. Fathiajuga terkejut dengan bunyi penggera ketika itu.

 

“Fathia,kau tunggu di sini. Nek Timah ada. Kami ada hal sekejap.” Laila terus bersamayang lain bergegas menaiki kereta Faizal.

 

Fathiamenarik lengan Ramli. Langkah Ramli terhenti.

 

“Ramli,kenapa ni? Kenapa semua kelam kabut?” soal Fathia.

“MaafFathia. Kami ada hal.” Ramli terus melepaskan genggaman Fathia di lengannya.

 

NekTimah menghampiri Fathia dan menyuruh dia bertenang. Pak Megat pula masuk kebiliknya. Dia sekarang dalam usaha mencipta senjata baru. Dan dia perlu fokus.Faizal sudah mengingatkan Pak Megat bahawa tak perlu risaukan mereka. Jadi, PakMegat perlu ciptakan senjata yang terbaik.

Faizalmemandu dengan pantas ke kawasan serangan dengan melihat skrin Tablet Pengesanyang menunjukkan kawasan serangan. Kawasan serangan kali ini di kawasan timurpusat bandar. Apabila tibanya mereka disitu, mereka melihat ramai orang awamberlari lintang pukang. Banyak kemusnahan berlaku. Mereka bergegas mencaripunca serangan. Dan mereka terlihat 8 tentera semut.

 

“Apapula kali ni? Manusia semut?” keluhan Faizal.

“Pakaianmereka semua sama. Senjata pedang pun sama. Maknanya, mereka ni tentera.Tentera Listari.” Saiful cuba membuat andaian.

 

Ketikaitu, Laila terlihat seorang wanita yang terduduk kaku. Salah satu tentera semutmenghampiri wanita itu. Laila bertindak dengan berlari dan menendang tenterasemut itu hingga tersungkur. Faizal dan yang lain menghampiri Laila dan wanitaitu.

 

“Cik,lari dari sini. Kawasan ni bahaya.” Laila menyuruh wanita itu untuk beredar.

“Kakisaya tak boleh bergerak.” balas wanita itu dengan nada suara teresak-esak.

“Laila,kau bawa dia ke tempat selamat. Biar kami disini uruskan semut-semut ni.” jelasFaizal.

 

Lailamemapah wanita itu ke tempat selamat. Faizal dan yang lain berubah menjadiwira. Dan berlawan dengan tentera semut. Tentera semut tidak kurang hebatnya.Disebabkan darah Listari mengalir dalam diri mereka, mereka hampir sekuatListari tetapi tidak sekuat seperti Listari. Faizal berlawan mereka denganPedang Harimau. Saiful berlawan mereka dengan tumbukkan dan pertahanan perisainya.Khairul dengan busurnya yang boleh bertindak sebagai senjata. Ramli yang mahirdengan kapak, tidak kurang hebatnya dalam pertempuran.

 

Sementaraitu, Laila memapah wanita ke tempat yang selamat. Mereka bersembunyi disebaliktembok yang tak jauh dari situ.

 

“Cik,tunggu di sini. Saya nak tolong kawan-kawan saya.” Laila terus ingin ke tempatFaizal dan yang lain-lain bertarung.

“Tunggu…”kata wanita sambil memegang lengan Laila.

 

Lailaberhenti dan tiba-tiba wanita menyemburkan sesuatu pada Laila. Laila terkejutdengan perbuatan wanita itu. Laila seperti hilang keseimbangan diri laluterduduk khayal.

 

“Apayang cik buat ni?” soal Laila dalam keadaan yang bingung dan khayal.

 

Wanitaitu hanya tersenyum dan lalu dia berubah bentuk. Wanita itu ialah Ringa yangmenyamarkan diri sebagai manusia.

 

“Bukannyasusah nak dapatkan kau. Kau akan jadi hidangan Listari.” Ringa berkata dengangembira kerana rancangannya berjaya.

 

Akhirnya,Laila pengsan. Faizal dan yang lain tidak tahu akan perkara itu. Mereka hanyaberlawan dengan tentera semut habis-habisan. Kelapan-lapan tentera semutakhirnya tumpas. Setiap tentera semut yang tumpas mereka akan lebur dan menjadidebu. Faizal cuba menghubungi Laila menggunakan Jam Komunikasi namun tidakberjaya. Ketika itu, Ringa muncul di hadapan mereka dengan mendukung tubuhLaila.

 

“Woi!Kau nak buat apa dengan dia!” Faizal marah melihat Ringa yang mendukung Lailayang kaku.

“Kamusemua tidak faham lagi? Aku mahu bawanya ke Listari. Ini hidangan Listari.Selepas semua darahnya diambil oleh Listari, Listari akan jadi kuat. Kamu semuatidak mampu berlawan dia.” Ringa berkata disusuli ketawanya yang menaikkanmarah Faizal dan yang lain.

 

Faizalterus berlari ke arah Ringa dan menghayun pedangnya ke arah Ringa namun sia-siaapabila Ringa terus ghaibkan dirinya bersama Laila. Faizal tercengang dan amatmarah sekali.

 

“Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”Faizal menjerit kemarahan.

“Faizal,sabar. Sekarang mari kita jumpa Pak Megat. Kita perlu tahu apa yang patut kitalakukan.” jelas Khairul.

 

Faizaldan yang lain berubah menjadi manusia. Faizal terus bergegas ke keretanya danmemandu pulang ke rumah untuk berjumpa Pak Megat.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.