Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
72,166
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 24

3hari berlalu begitu sahaja. Tidak ada serangan dilakukan oleh Listari sejakkejadian 3 hari lepas iaitu Ban dibunuh oleh Ringa atas arahan Listari. Namun,wira tidak dapat berdiam diri sahaja. Inilah masa mereka mengatur strategi.Faizal dan Pak Megat berbincang tentang lokasi kubu Listari. Khairul, Saifuldan Laila pula berlatih cara pertempuran di laman rumah Faizal. Mujur Khairuldan Saiful yang ada serba sedikit ilmu pertahankan diri, dia mengajar Lailacara berlawan untuk menghadapi musuh. Mereka tidak tahu apa langkah Listariseterusnya. Mereka harus sentiasa bersiap sedia.

 

“Kalauikut aplikasi ni, memang terdapat sebuah rumah usang dalam hutan itu. Tapikawasan dia agak dalam dan kereta tak mampu untuk masuk. Kita kena berjalankaki untuk memasuki hutan.” jelas Faizal.

“Baiklah.Nampaknya, kamu semua harus perkuatkan stamina kamu. Tenaga yang banyakdiperlukan kalau kita mahu serang kubu Listari. Sekarang, kamu pergilahberlatih dengan mereka yang lain.” jawab Pak Megat lalu dia menyambung kerjanyamemperbaiki senjata-senjata wira.

 

Faizalpun terus ke laman rumahnya dan berlatih dengan mereka. Nek Timah hanya melihatmereka yang sangat bersungguh-sungguh berlatih. Nek Timah sangat bangga denganpengorbanan mereka. Meninggalkan kehidupan mereka demi menjaga kedamaianmanusia daripada Listari.

 

“Kalautuhan mahu ambil nyawaku, biarlah aku lihat mereka semua ini berjaya dahulu.”fikir Nek Timah Sendirian.

 

Dihospital, Doktor Halim iaitu doktor yang merawat Ramli, sedang memeriksakeadaan Ramli.

 

“EncikRamli, nampaknya keadaan awak makin pulih. Cuma kesan jahitan tu perlukan masasedikit untuk sembuh. Rasanya, awak dah boleh keluar esok.” jelas Doktor Halimsambil melihat laporan kesihatan Ramli yang diuruskan oleh jururawat Fathia.

“TerimaKasih Doktor.” jawab Ramli.

 

DoktorHalim pun beredar. Jururawat Fathia masih lagi di dalam bilik Ramli untukmemberi Ramli ubatnya.

 

“Fathia.Terima kasih sebab selama ini jaga saya.” Ramli mengucapkan terima kasih keranajururawat Fathia yang selalu menjaganya sepanjang dia terlantar di hospital.

“Awakpesakit. Saya nurse. Dah memang kerjasaya.” jawab jururawat Fathia ringkas.

“Maafkansaya sebab saya tak boleh beritahu awak apa yang saya buat di pusat bandar 3hari lepas. Bila semuanya dah selesai, mungkin saya akan beritahu.” Ramli yangmasih kurang pasti untuk memberitahu jururawat Fathia sebabnya.

“Takmengapa, Ramli. Awak pernah beritahu saya ini semua hal keluarga dan keturunanawak. Jadi, jangan beritahu saya langsung. Saya cuma orang luar. Maafkan sayajuga kalau saya ni penyibuk sikit…” jelas jururawat Fathia.

“Tak!Awak bukannya penyibuk… Bukan itu maksud saya..” Ramli menggelabah denganjawapan jururawat Fathia berikan. Ramli takut jika jururawat Fathia salahanggap dengannya.

“Janganrisau Ramli. Saya faham maksud awak. Boleh kita lupakan hal ini?” jururawatFathia menjelaskannya.

 

Ramlimengerti akan permintaan jururawat Fathia. Lega hatinya kerana jururawat Fathiatidak salah anggap dengannya.

 

“Sayalupa nak tanya awak. Awak ada nombor telefon Laila? Dah lama saya tak jumpa danbercakap dengannya.” soal jururawat Fathia.

“Maaflahsebab saya tak tahu. Lagipun, saya tak guna telefon bimbit. Apa kata esok awakikut saya? Laila selalu ada bersama kami.” jelas Ramli.

 

JururawatFathia bersetuju untuk mengikut Ramli ke rumah Faizal. Jururawat Fathia tahuRamli seorang yang baik. Kerana itu dia tidak teragak-agak dengan ajakan Ramli.Jururawat Fathia bersetuju untuk menghantar Ramli pulang esok. Dalam masa yangsama, dia boleh bertemu dengan Laila.

Dikubu Listari, Listari mengutip setiap ekor semut yang berada di kubunya.Diletaknya semua semut itu di dalam sebuah balang kaca. Kemudian, Listarimeletakkan balang kaca itu di atas lantai dan dia bersila. Di atas lantai ituterdapat corak lukisan yang pelik. Kedengaran bacaan mentera darinya. Diamenumpukan seluruh tenaganya  ke arahsemut-semut di balang itu. Di ambilnya pisau dan dihiris telapak tangannyahingga keluar darah. Dia membuka penutup balang semut itu dan mengalirkandarahnya ke dalam balang semut itu sambil dibacaya mantera. Kelihatan asaphitam menyelubungi balang semut itu. Listari pun menutup balang itu. WajahListari kelihatan pucat. Dia tidak menyangka yang tenaganya banyak digunakan.Ringa yang tidak tahu bahawa Listari sedang mencipta tentera, terkejut melihatListari yang berkeadaan begitu apabila dia memasuki bilik Listari.

 

“Listari…kau berehatlah. Esok biar aku lakukan rancangan aku..”Ringa membantu Listariuntuk berehat.

“Ringa,tentera kita dalam balang itu. Kau cuma perlu keluarkan semut itu daribalangnya dan mereka akan berubah menjadi tentera kita. Tolong berhati-hati…” jelasListari dalam keadaan lemah.

 

Ringaterus membuka penutup balang itu. Kelihatan terdapat banyak semut mati di dalambalang itu. Ringa mengambil 4 ekor bangkai semut dan melemparkannya di ataslantai. Ketika itu bangkai semut itu berubah menjadi besar seakan-akan manusia.Tubuhnya hitam berkilat dan berkepala semut.

 

“BagusListari. Ianya berhasil” kata Ringa dengan gembira.

 

Listarihanya mampu tersenyum dan lalu dia terlelap kepenatan.

 

“RehatlahListari. Aku tidak akan sia-siakan usaha kau.” kata Ringa.

 

Lalu,Ringa mengarah tentera semut untuk berkawal di sekeliling kubu.

 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh KaryaToku