Waktupagi telah tiba. Matahari menyinar dengan terangnya. Faizal dan yang lain telahbangun dari tidur rehat mereka. Mereka bersiap dan bersarapan sebelum merekabertolak ke hospital untuk melawat Ramli. Laila dan Nek Timah pula sudah punbertolak ke hospital dan akan bertemu Faizal dan yang lain di hospital. PakMegat masih sedang tidur akibat kepenatan kerana semalaman dia menyusun aturperalatannya dan barangannya di dalam bilik kosong yang disediakan oleh Faizal.Faizal terpaksa bertolak bersama Khairul dan Saiful kerana memberi ruang untukPak Megat berehat.
JururawatFathia pula sudah berada di hospital sejak awal pagi. Setibanya di hospital diaterus ke bilik Ramli. Dia terlihat Ramli sudah bangun dan berdiri memerhatikanpemandangan di luar tingkap biliknya.
“EncikRamli…” tegur jururawat Fathia.
“Takperlu ber-encik dengan saya. Panggil saya Ramli saja.” balas Ramli.
“Awakrasa macam mana hari ini? Dah okay?”tanya jururawat Fathia.
“Okay…Cuma saya lapar.” balas Ramli.
“Nantisaya sediakan. Sebab jahitan luka awak masih belum baik, jadi tak semua makananawak boleh makan. Jadi, hari ini macam mana? Nak saya beritahu Encik Khairulyang awak dah sedar?” soal jururawat Fathia.
“Jangan!Tolong jangan beritahu dia boleh tak?!” jawab Ramli dengan nada yang marah.
“Okay.Saya tak beritahu dia. Saya tak akan beritahu dia.” Jururawat Fathia terkejutmendengar nada suara Ramli.
JururawatFathia pun keluar dari bilik Ramli. Ramli termenung sambil melihat permandangandiluar tingkap biliknya.
“Kenapaaku masih hidup? Aku bukannya Wira. Kenapa? Kenapa? Sekarang cincin sakti akudah pada Listari. Bodohnya aku. Aku tak layak menjadi Wira” fikir Ramli.
Fikirannyaterhenti apabila dia melihat Faizal dan yang lain-lain berada di kawasanhospital itu melalui tingkap biliknya. Ramli terus baring di atas katil danberpura-pura tidak sedarkan diri. Selepas 5 minit, Faizal dan yang lain-lainpun masuk ke bilik Ramli. Sebak di hati Laila dan Nek Timah melihat keadaanRamli yang terlantar ketika itu. Pada masa itu juga, jururawat Fathia masuk kedalam bilik Ramli. Jururawat Fathia tidak sangka bahawa mereka datang melawatpada hari itu.
“Semua,ini jururawat Fathia. Dia yang akan pantau Ramli bila kita tak ada di sini. Akupun dah suruh dia telefon aku kalau Ramli dah sedarkan diri.” Khairulperkenalkan jururawat Fathia pada mereka.
“Eh?Fathia!” tegur Laila dengan gembira.
“Laila?Laila! Lama tak jumpa!” jawab jururawat Fathia sambil memeluk Laila.
“Kaukenal dia?” tanya Faizal.
“Mestilah.Ini Fathia. Kawan aku masa sekolah menengah.” kata Laila dengan teruja.
“Jadi,Ramli ini kawan kau?” soal jururawat Fathia.
“Ya.Kami semua saudara sebenarnya.” balas Laila yang terpaksa menipu sedikit.
“Ohya.. ini pakaian Ramli dan barang-barang dia.” Jururawat Fathia menyerahkan begplastik berisi pakaian dan barangan yang dimiliki oleh Ramli.
Lailamenyerahkan beg plastik itu pada Faizal. Laila terpaksa menyuruh jururawatFathia untuk beredar sebentar kerana ada perkara yang nak bincangkan olehmereka. Fathia mengerti akan maksud Laila. Lalu dia pun beredar dari bilikRamli. Tetapi jururawat Fathia curi-curi dengar perbualan mereka dari luarpintu bilik.
“Akudah check. Cincin sakti tak ada.Nampaknya memang Listari dah ambil cincin itu.” keluh Saiful yang memeriksa begplastik pakaian itu.
Bukansahaja jururawat Fathia mendengar perbualan mereka, Ramli juga begitu yangberpura-pura tidak sedarkan diri. Namun, jururawat Fathia tidak mendengarperbualan mereka dengan jelas.
“Kitatak boleh salahkan Ramli. Kita harus dapatkan balik cincin itu.” kata Faizal.
“Betulkata Faizal. Kita berempat kena lawan Listari.” Laila yang setuju akan kataFaizal.
“Baiklah.Kita nampaknya terpaksa menunggu Listari membuat serangan. Kita pun tak tahumana tempat dia bersembunyi.” tambah Khairul.
Olehkerana jururawat Fathia tidak mendengar perbualan mereka dengan jelas, diamemilih untuk beredar saja dari situ. Faizal dan yang lain pula bergegas pulanguntuk berjumpa Pak Megat. Selepas mereka pulang, Ramli pun bangun. Dia rasa terkilankerana dia asyik membebankan yang lain.
“Merekabersusah payah pula untuk aku. Aku ni memang teruk.” fikir Ramli tentangdirinya.
JururawatFathia pergi mengambil makanan untuk Ramli. Dan dibawakan makanan ke bilikRamli secara sembunyi-sembunyi. Apabila dia masuk ke bilik Ramli, kelihatanRamli yang termenung lagi. Jururawat Fathia risau melihat pesakitnya itu.
“Ramli,ini makanan. Awak boleh makan.” kata jururawat Fathia sambil menghulurkan 2keping roti bakar dan air mineral segelas.
Ramlihendak makan makanan yang dibawa oleh jururawat Fathia namun dia kelihatantidak berselera ketika itu.
“Awakada apa-apa masalah? Kalau ada, awak boleh ceritakan pada saya. Mana tahu kalausaya boleh tolong.” kata jururawat Fathia.
“Sayarasa awak tak akan boleh tolong. Ini masalah keluarga. Kalau cerita pun awaktak akan percaya.” jelas Ramli.
“Terpulangpada awak. Tapi saya sedia nak dengar masalah awak. Saya ni busybody sikit. Dan satu lagi, sampaibila awak nak berpura-pura? Kalau doktor tanya saya tentang keadaan awak, takakan saya nak menipu lagi.” Jururawat Fathia yang rasa serba salah dengankeadaan itu.
“Bagisaya masa untuk saya fikir.” jawab Ramli.
“Baiklah.Pakaian dengan barang awak saya tinggal disini.” kata jururawat Fathia sambilmeletakkan kembali beg plastik berisi pakaian dan barang Ramli yang Faizaltinggalkan.
“Sayabukan orang senang. Saya orang susah.” Ramli dengan tiba-tiba berkata begitu
JururawatFathia yang juga hairan kata-kata Ramli.
“Janganpula awak hairan kenapa pakaian saya dalam beg plastik itu lusuh. Saya takpernah kenal ramai orang. Saya hairan kenapa awak baik sangat pada saya.” jelasRamli.
“Sayatak fikir apa-apa pun tentang hal itu. Awak adalah pesakit pertama sayasepanjang latihan saya dalam hospital ni. Awak makanlah. Tambahkan tenaga awak.Nanti lepas tengahari saya datang lagi.” balas jururawat Fathia dengan senyumansaja.
Ramlitergamam dengan jawapan yang diberi oleh jururawat Fathia. Ketika itu, diateringat kembali saat-saat pahit ketika di kampung. Selepas ibu bapanyameninggal dunia, dia dijaga oleh datuknya. Ketika itu dia berumur 10 tahun.Kehidupannya serba kekurangan. Tidak kaya. Malah dia selalu dibuli di sekolah.Kanak-kanak lain sering memerlinya dengan berkata buruk dan busuk kepadanya. Diamenanggung malu bertahun-tahun. Namun, dia melihat datuknya berusaha mencariwang dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah dan menjagaladang milik orang lain. Walaupun bayaran tak seberapa, tapi cukup untuktanggung mereka berdua. Ketika dia berumur 16 tahun, Ramli mengambil keputusanuntuk tidak bersekolah kerana datuknya ditimpa sakit tua. Dia menggantikantempat datuknya untuk bekerja dan hasil duit gaji terpaksa digunakan untuk ubatdatuknya. Akhirnya, ketika umurnya 17 tahun, datuknya meninggal dunia. Ketikaitu dia hidup sebatang kara di kampung.
Denganjawapan yang jururawat Fathia berikan, dia tidak sangka bahawa masih adamanusia yang baik di dunia ini yang tidak memikirkan kedudukan atau tarafseseorang.
“Nanti?Apa yang aku fikirkan ni? Mestilah masih ada manusia yang baik. Faizal… Laila…Khairul.. Saiful… dan Nek Timah…. Mereka tidak pernah kata apa-apa tentangkekurangan diri aku… Aku yang buta selama ini.. Rupanya manusia yang baik danmenyokong aku sudah berada depan mata….” fikir Ramli ketika itu.