Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
62,803
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 26

Bab 26

“Akhirnya…siap juga.” Pak Megat tersenyum kerana ciptaannya sudah siap.

PakMegat bertungkus lumus meningkat kuasa Pistol Wira. Dia amat berharap ciptaandapat memberi manfaat pada Faizal dan yang lain. Sementara itu, Nek Timah tidaktahu apa yang perlu dilakukan dengan Fathia. Kerenah Fathia menjadi-jadi.Pelbagai pertanyaan dilontarkan pada Nek Timah tetapi Nek Timah hanya mampuberdiam diri. Tidak akan Nek Timah membongkar rahsia tentang Wira kepada Fathiakerana ini adalah rahsia keturunan mereka.

Faizaldan yang lain pulang selepas itu. Nek Timah hairan melihat mereka sahaja. Tidakkelihatan Laila bersama mereka. Hati Nek Timah sudah mula rasa tidak enak.Khairul, Saiful dan Ramli hanya berdiam diri. Faizal terus memanggil Pak Megatuntuk berbincang. Pak Megat terkejut dengan panggilan Faizal yang kelihatankelam kabut. Fathia bertambah bingung dengan apa yang berlaku.

 

“PakMegat, sekarang Laila dalam bahaya. Ringa dah tangkap dia. Mari kita ke kubudia!” Faizal tidak dapat mengawal perasaannya.

 

Perasaanmarah dan risau menyelubunginya. Nek Timah terkejut dengan apa yang disampaikanoleh Faizal. Fathia bertambah bingung.

 

“SiapaRinga? Kenapa dia tangkap Laila?” soal Fathia.

 

Merekatergamam dengan pertanyaan Fathia. Ramli cuba menenangkan Fathia namun Fathiatetap nak tahu kebenarannya kerana sahabatnya Laila dalam bahaya.

 

“Nampaknya,kita harus beritahu Fathia siapa kita sebenarnya. Kita tiada pilihan. Lagipun,Fathia kawan kepada Laila. Dia berhak tahu.” jelas Pak Megat.

“Fathia,apa yang saya nak beritahu awak, saya harap awak percaya. Kami tak main-main.”kata Ramli.

“Apadia Ramli?” soal Fathia.

“Kamidan Laila adalah keturunan Wira. Kami dipertanggungjawabkan oleh keturunan kamiuntuk menumpaskan Listari. Ringa adalah konco Listari. Setiap serangan dankemusnahan di pusat bandar akhir-akhir ni, semua berpunca dari Listari.” jelasRamli.

“Apayang awak cakap ni Ramli? Saya tak faham.” Fathia masih tidak faham apa yangdijelaskan Ramli.

Ramliakhirnya berubah menjadi Wira dihadapan Fathia. Terbeliak mata Fathia melihatRamli berubah menjadi Wira. Dia amat terkejut.

 

“Inilahyang saya maksudkan. Saya adalah Wira. Begitu juga dengan Laila dan yang lain.Sekarang, Laila dalam tangan Listari. Listari adalah musuh kami. Sekarang, kamiperlu selamatkan Laila.” jelas Ramli dan berubah menjadi manusia semula.

“Sayanak ikut. Saya nak selamatkan Laila.” Fathia tiba-tiba menyatakan hasrat untukmenyelamatkan Laila.

“Jangan!Awak perlu tinggal di sini dengan Nek Timah dan Pak Megat. Tunggu kami pulangnanti.”Ramli yang membantah.

“Tidak.Pak Megat tidak akan duduk diam kali ini. Pak Megat akan bersama kamu ke kubu.”kata Pak Megat.

“PakMegat biar betul?” soal Saiful.

“Fathiapun tak tahu apa yang berlaku. Tapi kalau Laila dalam bahaya Fathia, Fathia nakpergi selamatkan dia.” kata Fathia.

“Kitatak ada masa sekarang. Baiklah, kita semua akan pergi kecuali nenek. Nenek akantunggu di rumah.” jelas Faizal.

“BaiklahFaizal. Nenek akan tunggu dirumah dan doakan semoga kamu semua selamat.” kataNek Timah dalam keadaan sebak.

“Inimungkin akan jadi perhitungan terakhir di antara kita dan Listari.” kataKahirul.

 

PakMegat pun menghulurkan mereka Pistol Wira yang baru ditingkatkan kuasanya. PakMegat menjelaskan bahawa Pistol Wira kini boleh berfungsi jika kita tidakmempunyai cincin Wira. Ini sebagai langkah awal jika Listari merampas cincinmereka suatu masa nanti. Ramli menyerahkan Pistol Wira-nya kepada Fathia untukkeselamatan diri Fathia. Fathia kelihatan gemuruh ketika itu.

 

“Ingatsemua. Kita akan berlawan Listari, Ringa dan tentera-tenteranya. Kita harusselamatkan Laila dahulu. Selepas kita dapatkan Laila, Pak Megat dan Fathia akanbawa Laila pergi. Itu rancangan kita.” jelas Faizal.

 

Merekapun bertolak ke hutan terbiar di hujung Bandar Batu Putih. Di situ terletaknyakubu Listari. Mereka sudah bersiap sedia untuk menghadapi hari ini.

Dikubu Listari, Ringa mengeluarkan semua tentera semut. Dia mengarahkan merekaberkawal di seluruh kawasan kubu sebagai langkah berjaga-jaga. Laila masihtidak sedarkan diri. Ringa mengikat kedua-dua pergelangan tangan Laila denganmenggunakan gelang rantai besi. Kemudia dia menghiris lengan Laila hinggaberdarah. Darah yang mengalir ditadahnya dengan botol kaca. Darah Lailamemenuhi botol itu sedikit demi sedikit hingga penuh. Kemudian, Ringa membalutluka hirisan di lengan Laila. Laila tersedar tetapi masih berkhayal dankepalanya amat pening. Ringa memasuki bilik Listari sedang berehat. Laila menuangseparuh darah dari botol kaca ke mulut Listari. Listari terus tersedar danterasa tubuhnya amat bertenaga. Dia dapat rasakan aura yang kuat dalam dirinya.

 

“SyabasRinga. Kau memang hebat.” Listari gembira dengan apa yang Ringa lakukan.

“Sekarang,perempuan itu dalam tangan kita.” jelas Ringa.

“Akuada satu rancangan untuk gunakan dia dalam serangan kita seterusnya.” kataListari.

 

Ringatidak tahu apa rancangan Listari. Tapi, dia tahu dengan tenaga Listari yangsudah kuat, Wira tidak akan mampu mengalahkan mereka.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.