Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
62,788
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 21

Faizaldan lain-lain bergegas pulang ke rumah untuk berbincang dengan Pak Megattentang apa langkah seterusnya kerana mereka mengetahui bahawa sekarang cincinsakti Ramli sudah berada di tangan Listari. Sampainya mereka di rumah, mujurPak Megat yang sudah bangun dari tidur. Malah dia juga sedang menyiapkan satualat untuk mereka.

 

“PakMegat, sekarang kita dalam masalah. Listari dah dapat cincin sakti tu.” Faizaldan yang lain sangat risau akan perkara itu.

“PakMegat dah agak.  Sebab itu Pak Megat dahsediakan sesuatu untuk kamu semua.” kata Pak Megat sambil menunjukkan 3peralatan ciptaannya.

“Iniadalah jam komunikasi. Kamu boleh menghubungi satu sama lain melalui jam itu.Ini pula Tablet Pengesan. Ia dapat mengesan bencana atau kemusnahan sehingga 20KM dari sekeliling kawasan kamu. Dan akhir sekali adalah Pistol Wira. Pistolini Pak Megat dah lama ciptanya. Ia akan melemah pihak lawan dengan kuasatembakan dari sumber kuasa cincin sakti kamu. Selagi cincin sakti ada bersamakamu, pistol ini boleh digunakan.” jelas Pak Megat.

“HebatnyaPak Megat!” Saiful yang teruja dengan alat-alat ciptaan Pak Megat di hadapanmatanya.

“Selepasini semua bergantung pada kamu. Pak Megat dah cuba sedaya upaya ciptakanalat-alat itu. Lupakan niat kita untuk kurung dia. Kamu semua harus tamatkanwirayatnya demi masa hadapan kamu dan generasi kamu.” kata Nek Timah.

 

Semangatmereka berkobar-kobar. Mereka yakin mereka dapat kalahkan Listari denganbantuan dari alat-alat ciptaan Pak Megat.

 

“Baik.Lepas tengahari, kita semua ke pusat bandar. Sampainya di sana, kita berpecahsecara berkumpulan. Khairul dengan Saiful. Aku dengan Laila. Aku yakin Listariakan buat serangan di sana.” jelas Faizal kepada mereka.

“Biaraku hantar nenek balik ke rumah aku dulu. Nanti tengahari, aku datang sini.”kata Laila lalu dia dengan Nek Timah pun beredar.

 

Dikubu Listari, Listari duduk di kerusinya. Memikirkan apa langkah seterusnya.Dia amat berharap Ban dapat menguasai cincin sakti Wira Gaj’a. Kumpulan merekaakan bertambah jika ada seorang lagi dapat mengusai cincin sakti. Ban masihlagi cuba menguasai cincin sakti dengan kuasanya.

Setelahlama Ban menumpukan kuasa untuk mengusai cincin sakti, akhir dia berjayamenyarungkan cincin sakti di jarinya.

 

“HAHAHAHAHA!Aku dah berjaya!” Ban yang gembira kerana berjaya menguasai cincinnya.

“Bagus!Sekarang kau perlu uji kekuatan kau dengan kuasa cincin sakti itu. Kau danKibra pergi ke bandar dan buat serangan untuk tarik Wira datang ke bandar.Gunakan kuasa kau untuk hapuskan semua Wira.” Listari yang memberi arahan padaBan dan Kibra.

 

Tanpaberfikir lagi, Ban dan Kibra terus ke bandar. Sementara itu di hospital, Ramlimasih lagi memikir apa yang harus dia lakukan selepas ini. Fikirnya, dia tidakboleh hanya berehat di katil hospital sedangkan Faizal dan yang lain berusahauntuk mengalahkan Listari. Serabut fikirannya memikirkan apa yang perludilakukan. Ketika itu, jururawat Fathia masuk ke bilik Ramli.

 

“Fathia…”Ramli rasa kaku ketika itu. Dia juga tidak tahu kenapa.

“Ramli,awak makan ubat ini. Asalnya doktor suruh saya berikan pada awak kalau awaksedar. Tapi, sebab kita terpaksa menipu dia, saya curi-curi ambil ubat.” JururawatFathia menghulurkan ubat pil dan segelas air untuk Ramli.

 

Ramlimengambil ubat pil itu dan makannya. Dia tidak tahu kenapa dia berasa amatberat mulut untuk bercakap dengan jururawat Fathia kali ini.

 

“Tadiwaktu lepas makan tengahari, saya ada singgah ke kedai pakaian. Saya belikanbaju ini untuk awak. Saya tak pasti saiz badan awak jadi saya agak saja.Ambillah.” Jururawat Fathia menghulurkan baju kemeja T hijau berkolar kepadaRamli.

 

Ramliterkejut dengan pemberian itu. Belum pernah dia terima pakaian dari orang lain.Malah dia selalu hanya mampu memiliki baju terpakai dengan harga murah sahaja.Namun, baju yang diberi adalah baru lagi. Terharu Ramli ketika itu.

 

“Kenapaawak baik sangat dengan saya? Kenapa awak tolong rahsiakan dari kawan saya dandoktor tentang saya dah sedar? Kenapa?” soal Ramli kepada jururawat Fathia.

“Sejakawak sedar, awak asyik termenung. Awak mesti ada masalah. Saya buat semua inisebab saya tak nak tambah masalah awak. Baju yang saya beli pula, saja sayabelikan. Lagipun, baju awak itu ada kesan darah. Lebih baik kalau ada bajubaru. Lagi, saya tengok awak pun saya tahu yang awak ni orang baik.” jelasjururawat Fathia.

“Terimakasih…” ucap Ramli kepada jururawat Fathia.

 

JururawatFathia senyum kerana melihat Ramli juga tersenyum. Tiba-tiba, jururawat lainmasuk dalam bilik Ramli.

 

“Fathia,jom kita ke tingkat bawah. Ramai orang cedera. Serangan berlaku lagi.” katajururawat itu dengan termengah-mengah.

 

JururawatFathia terus pergi bersama jururawat itu. Ramli terfikir ini mesti kerjaListari. Dia pun terus melihat diluar tingkap bilik, dan dia dapat lihatkepulan asap di kawasan utara hospital. Dia yakin disitulah serangan berlaku.Dia tanpa berfikir panjang terus menukar pakaian hospitalnya kepada pakaiannya.Dia menyarung baju yang baru dibeli oleh jururawat Fathia. Dia pun berlarikeluar dari biliknya. Dia terpaksa lari keluar dari hospital walaupunkeadaannya belum sembuh sepenuhnya. Dia tidak mahu Faizal dan yang lainbersusah payah cuba berlawan Listari tanpa dia.

JururawatFathia ketika sedang sibuk membalut luka pesakit yang cedera akibat serangan,dia terlihat Ramli yang berlari keluar dari hospital melalui pintu utama. Diaterpaksa menyuruh jururawat lain menyambung balutan pesakit itu lalu jururawatFathia terus mengejar Ramli hingga diluar hospital.

 

“Ramli!Awak nak ke mana?” Jururawat Fathia memanggil Ramli.

 “Maafkan saya Fathia. Saya harus ke tempatserangan.” kata Ramli.

“Apayang awak cakap ni?! Awak belum sihat. Lagipun, di sana bahaya.” JururawatLaila amat marah dengan Ramli yang bertindak begitu.

 

Ramli  menghampiri jururawat Fathia dan terusmemeluknya. Jururawat Fathia terkejut Ramli memeluknya. Dalam pelukan itu,jururawat Fathia merasakan kesedihan yang dialami Ramli.

 

“MaafFathia… Saya akan datang balik ke sini selepas saya tamatkan serangan itu.Terima kasih sebab awak sentiasa luangkan masa untuk bercakap dengan saya. Takpernah ada perempuan yang sudi berbual dengan saya. Terima kasih sebab berikansaya saat itu. Terima kasih sebab belikan saya baju ini. Tak pernah adaperempuan yang belikan saya apa-apa sebelum ini. Terima kasih… Terima kasihkerana beri saya merasai semua saat yang paling gembira bagi saya. Walaupunbaru 2 hari saya kenal awak, awak dah buka hati saya untuk terima bahawa bukansemua manusia jahat. Terima kasih…” Ramli berkata dengan menitiskan air mataketika memberitahu jururawat Fathia dalam pelukan itu.

“Kenapadengan awak Ramli?” soal jururawat Fathia.

“Macamsaya katakan sebelum ini, semua ini hal keluarga dan keturunan saya. Saya akankembali ke sini. Saya janji. Saya nak awak pantau saya di hospital lagi.” kata Ramlidan dia terus lari ke tempat serangan.

Ingin jururawat Fathia mengejarnya tetapi keadaanorang awam yang cedera akibat serangan perlu diutamakan. Dia terpaksa balik kehospital untuk merawat mereka.
Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.