Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
62,793
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 22

Merekamelihat siapa yang membaling penutup tong sampah ke arah Ban. Faizal dan yanglain terkejut melihat Ramli di situ.


“Ramli?!”Faizal terkejut melihat Ramli di situ.

“Ramli!Kau buat apa di sini?!” Khairul pula menyoal kehadiran Ramli di situ.

 

Pandanganmata Ramli ke arah Ban sangat tajam. Begitu juga Ban. Ramli terus berlari kearah Ban dan Ban cuba menumbuknya. Ramli mengelak tumbukannya dan merempuhbadan Ban. Ban jatuh terlentang.

 

“Takguna!” Ban bangkit terus menumbuk Ramli namun sia-sia kerana Ramli hanyamengelak tumbukan Ban dan akhirnya bergerak ke arah Faizal dan yang lain.

 

“Ramli!Kau patut ada di hospital.” Saiful marah akan tindakan Ramli yang datang kesitu.

“Akunak tanya sesuatu. Kau semua anggap aku siapa?” Ramli menyoal mereka.

“Kenapakau tanya pula pada waktu macam ni?!" Faizal soalnya semula.

“Jawabsaja.. Aku nak tahu sekarang.” balas Ramli yang termengah-mengah.

“Kitakawan. Kita semua kawan kau..” Khairul berkata sambil tersenyum.

 

Ramlitersenyum mendengar jawapan itu.

 

“Woi!”Ban menyampuk perbualan mereka.

 

Ramliterus mengambil Pedang Harimau yang jatuh tadi terus berlawan dengan Ban.Mereka bertarung. Akhirnya, tumbukan Ban hinggap ke pipi Ramli. Ramli rebahseketika. Ban mengangkat Ramli dengan mencekik lehernya hanya denganmenggunakan sebelah tangan. Faizal dan yang lain cuba selamatkan Ramli tetapi Banmenembak mereka. Mereka tiada ruang untuk lakukan balas balik.

 

“Kamusemua jangan bergerak! Aku boleh cekik dia sampai mati!” Ban mengugut mereka.

“Ja..jangan risau….semua… Terima kasih.. se..sebab.. anggap aku… sebagai kawan…. Akusa..sangat..bertuah..dapat..ke..kenal kau semua…” Ramli yang cuba menyampaikanucapan terima kasih pada mereka.

 

Merekamelihat dengan marah kerana tindakan Ban itu.

 

“Jadi..apa kata terkahir kau sebelum aku tamatkan riwayat kau?” soal Ban

“Kataterakhir? Ada… bagi balik cincin aku…” Ramli bertindak memotong pergelangan tanganBan menggunakan Pedang Harimau yang masih dipegangnya.

 

Banmenjerit kesakitan. Lega Ramli kerana genggaman Ban di lehernya tidak dirasaiselepas pergelangan tangannya itu dipotong. Ramli mencabut cincin sakti darijari pergelangan tangan Ban yang dipotong. Perisai Wira Gaj’a di tubuh Banlenyap. Ban berasa amat kesakitan kerana tangannya telah kudung. Faizal danyang lain gembira melihat tindakan Ramli yang berani.

 

“Akuselalu hidup keseorangan! Sejak mereka ni hadir dalam hidup aku, ruang kosongdalam diri aku diisi. Aku akan lindungi hubungan diantara mereka dengan aku.Dan aku akan lindungi hubungan yang baru aku dapat.” Ramli berkata denganmarah.

“Takguna kau!!!” Ban yang marah teramat sangat.

“CincinSakti! Kau jangan berdegil lagi! Aku keturunan Wira Gaj’a! Sekarang aku arahkankau berkhidmat untuk aku. Bertukar!” Ramli menyarungkan cincin sakti dijarinyalalu dia akhirnya berubah menjadi Wira Gaj’a.

 

PerisaiWira Gaj’a ditubuhnya sangat berbeza dari apa yang dipakai oleh Ban. Perisaiberwarna hijau zamrud meyinari tubuh Ramli. Dari kepala hingga ke kaki, lengkapdia berperisai. Mereka yang lain bangun dan menghampiri Ramli. Ucapan tahniahterdengar dari mulut mereka. Kini, kelima-lima Wira telah bersatu.

 

“Baiklah.Jom kita kalahkan dia.” Faizal berkata kepada mereka.

“Izinkanaku saja yang kalahkan dia. Kau semua dah lama berlawan dengan mereka. Hanyaaku saja duduk tak berbuat apa-apa.” pinta Ramli.

“Baiklah.Silakan Ramli.” Faizal bersepakat dengan mereka untuk membiarkan Ramli sahajaberlawan dengan Ban.

 

Ramlimengeluarkan senjatanya. Kapak Gajah. Dia tidak menyangka bahawa kapak adalahsenjatanya. Waktu di kampung, dia selalu memotong kayu dengan menggunakankapak. Jadi dia sudah biasa dengan penggunaanya. Dia menghampiri Ban. Ban hanyaterduduk sambil memegang tangannya yang kesakitan.

 

“Bangun!Aku tak nak berlawan dengan kau kalau kau hanya duduk.” Ramli menggesa Banuntuk berdiri dan bersiap sedia untuk berlawan.

“Kaumemang tak guna!” Ban bangkit lalu mengeluarkan air kebangkitan yang diberioleh Listari.

 

Diacuba untuk buka dan minum air kebangkitan itu namun Ramli menendang botol daritangannya lalu botol air kebangkitan pecah. Air kebangkitan jatuh ke tanah.

 

“Takguna kau!” Ban marah lagi atas tindakan Ramli.

“Takperlu nak tambah kuasa kau. Lawan seperti keadaan kau sekarang. Belajar terimakekurangan.” kata Ramli.

 

Banmencapai senjatanya di atas tanah dan menembak ke arah Ramli. Ramli menahansegala tembakan dengan kapaknya. Tembakan Ban juga tidak setepat keranatangannya yang kudung sebelah sukar baginya untuk mengendalikan senjatanya.Ramli menghampiri dan melibas kapaknya di badan Ban berkali-kali. Banterlentang atas tanah meraung kesakitan. Tiba-tiba Listari dan Ringa muncul.Semua Wira bersiap sedia apabila Listari muncul.  Ban rasa gembira dengan kehadiran Listari danRinga.

 

“Sekarangkamu semua tahu! Hahahaha! Listari akan hapuskan kamu semua!” Ban dengangembiranya.

“Ringa,jalankan tugas kau.” Listari berkata.

 

Ringamembawa senjata lembingnya berjalan ke arah Wira. Faizal dan yang lain bersediauntuk hadapinya. Namun, jangkaan mereka silap. Apa yang berlaku amat diluarjangkaan. Ringa menusuk tubuh Ban dengan lembingnya. Ban terkejut dengantindakan Ringa.

 

“Ke…kenapadinda? Kenapa?” Ban berkata sambil menitis air matanya.

 

Wiraterkejut melihat apa yang berlaku.

 

“Maafkandinda. Kanda seorang yang lemah.” Ringa berkata dnegan kecewa lalu mencabutsemula lembingnya dari tubuh Ban.  

“Dalamkumpulan kita, tidak boleh ada yang lemah. Kau yang kata begitu bukan?” jelasListari.

 

Banmelihat mereka berdua dengan rasa marah namun dia tidak berdaya berbuatapa-apa. Wira tidak mahu campur urusan mereka.

 

“Sekarang,Ringa akan jadi permaisuri aku bila empayar aku sudah ditubuhkan.” Listarimenjelaskan kepada Ban lagi.

 

Banmerenung Ringa buat kali terakhir. Ringa langsung tidak memandang renungan Ban.Ban merasakan seolah-olah dia melakukan kesilapan besar dalam hidupnya. Banakhrinya mati di situ. Wira semua tidak menyangka bahawa Listari sanggupmembunuh konconya sendiri. Mungkin ini karma buat Ban kerana membunuh pengemistadi.

 

“Pertarungankita belum selesai. Aku akan hapus kamu semua bila tiba masanya.” Listariberkata lalu menghaibkan diri bersama Ringa.

 

Faizaldan yang lain berubah menjadi manusia semula. Sayu hati mereka melihat duatubuh terbujur kaku di situ.

 

“Apakita nak buat Faizal?” soal Laila.

“Kitabawa mayat mereka ke hospital.” jelas Faizal.

“MayatBan sekali?” Saiful hairan jika mayat Ban juga perlu dibawa ke hospital.

“Kitabawa sekali mayat Ban. Tak baik kita tinggalkannya di sini. Lagipun, aku dahberjanji untuk balik ke hospital semula.” jelas Ramli.

 

Merekapun menyusung mayat pengemis dan Ban ke dalam kereta Faizal dan Laila. Merekapun bertolak ke hospital.



Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.