Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
62,782
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 28

Faizal,Khairul, Pak Megat dan Fathia bergerak ke kubu Listari. Akhirnya, mereka tibatetapi dikawal dengan tentera-tentera semut.

 

“Listari!”Faizal memanggil nama Listari.

“Wah!Wira-wira telah sampai.” kata Listari dengan tenang.

“Kaulepaskan Laila!” Faizal amat marah ketika itu.

“Tidaksemudah itu bodoh! Tentera Semut semua! Serang mereka.” Listari mengarahtentera semut.

 

Faizaldan Khairul berubah menjadi Wira Harimau Belang dan Wira Helang. Tentera semutdatang menyerang mereka. Pak Megat membawa Fathia berlindung di balik pokok.Fathia cuba menembak tentera semut dari jauh.

 

“Terlaluramai tentera Listari. Susah kita nak selamatkan Laila kalau begini.” jelas PakMegat.

“Jadi,bagaimana sekarang?” soal Fathia.

“Kamuteruskan menembak tentera semut sebanyak yang boleh.” kata Pak Megat lalu terusmenyertai Faizal dan Khairul berlawan dengan tentera semut.

 

Fathiatidak sangka walaupun Pak Megat itu berusia tetapi dia masih kuat berlawandengan tentera-tentera semut. Fathia menurut arahan Pak Megat. Dia bersembunyidibalik pokok dan menembak tentera semut secara hendap. Fathia memberanikandirinya demi menyelamatkan Laila walaupun dia masih tidak tahu dengan makhlukapa yang dia sedang berdepan.

 

“Listari!Ini saja yang kau mampu buat?!” soal Pak Megat kononnya memperkecilkankebolehan Listari.

“Siapakau orang tua!” soal Listari dengan marah.

 

PakMegat memakai sebentuk cincin di jarinya. Faizal dan Khairul melihat tindakanPak Megat dan mereka hairan kerana setahu mereka hanya 6 cincin sakti yangwujud.

 

“AkuMegat. Keturunan Pendita Guwasira. Berubah!” kata Pak Megat dan lalu berubahmenjadi Wira baru.

Ketikaitu cahaya terang menyelubungi Pak Megat. Banyak tentera semut silau akancahaya itu. Pandangan mereka terganggu. Akhirnya, tubuh Pak Megat berperisaiWira. Bukan hanya Faizal, Khairul dan Fathia terkejut, malah Listari dan Ringajuga terkejut.

 

“AkulahWira Singa! Generasi baru Wira Cincin Sakti!” kata Pak Megat.

 

PakMegat dengan berperisai Singa emas menyerang tentera semut yang masih silauakan cahaya tadi. Faizal dan Khairul bertambah semangat. Mereka bertigabertempur habis-habisan. Fathia juga tidak kurang hebatnya. Dia semakin mahirdalam  menembak menggunakan Pistol Wira.Habis semua tentera-tentera semut lenyap.

 

“Hebat!Hebat!” Listari menepuk tangannya.

“DiamListari! Kau dah menguji kesabaran aku.” Faizal yang masih marah denganListari.

“Marah?Biar aku hilangkan kemarahan kau.” kata Listari yang tenang sahaja.

 

Ketikaitu Laila melangkah keluar dari rumah usang itu. Faizal gembira melihat Lailayang tidak apa-apa.

 

“Laila,kau kenal mereka siapa?” soal Listari kepala Laila sambil mengusap rambutLaila.

“Tidak…”jawab Laila.

 

Faizal  terkejut melihat Laila begitu.

 

“Apayang kau dah buat dengan dia?!” soal Faizal.

“Tidakada apa-apa. Dia cuma mahu bersama kami..” balas Ringa.

“Laila,berubah jadi Wira dah hapus mereka.” Listari mengarah Laila.

 

Lailapun berubah menjadi Wira Harimau Putih. Keadaan menjadi tegang. Khairulmenyuruh Fathia kembali kepada Saiful dan Ramli kerana keadaan disitu sangatbahaya. Fathia tiada pilihan lalu berlari dari situ.

Lailaterus menyerang Faizal. Ringa pula menghampiri Khairul dan berlawan dengannya.Pak Megat memilih untuk berlawan Listari.

 

“Listari,dah tiba masanya untuk kau mati.” kata Pak Megat

“Kitaihat siapa yang mati dulu. Berubah.” Listari akhirnya berubah menjadi WiraRimau Hitam.

 

Perisainyatiada bezanya dengan Faizal dan Laila. Hanya warna perisainya hitam keunguan.Maka, mereka berdua pun bertarung. Khairul pula menghadapi kesusahan berlawandengan Ringa. Pergerakkan Ringa agak licik dan pantas. Faizal hanya mampumenahan serangan Laila. Dia tidak mahu mencederakan Laila.

 

“Laila!Ni aku Faizal! Berhenti!” Faizal cuba mengembalikan Laila seperti asal namungagal.

 

Faizaltahu bahawa Laila telah dikawal oleh kuasa Listari. Faizal sedaya upayamemberhentikan serangan Laila namun Laila tidak berhenti menyerang.

“Mati…mati… Wira mesti… mati….” Itulah perkataan yang keluar dari mulut Laila tanpahenti.

 

Fathiamasih lagi berlari ke arah Saiful dan Ramli. Keadaan di kubu terlalu berbahayabuatnya. Tiba-tiba, dia terlihat seseorang yang berehat di bawah pokok. Fathiamenghampiri dan kelihatan Saiful yang termengah-mengah.

 

“Saiful,kau okay?” soal Fathia yang melihatSaiful kepenatan dan cedera.

“Akuokay. Kau sekarang pergi tengokkeadaan Ramli. Aku cuba hubungi dia melalui Jam Komunikasi, tapi dia tak balas.Aku nak ke tempat Listari.” Saiful cuba untuk berjalan.

“Sanabahaya.” Fathia menegah Saiful untuk pergi.

“Tinggalkankawan-kawan aku dalam bahaya, lagi aku tak boleh terima.” kata Saiful.

 

Fathiaterpaksa bergerak ke tempat Ramli ditinggalkan. Saiful pula memperkuatkan diriuntuk ke tempat Listari. Fathia berlari dan terus berlari di dalam hutan.Perasaan takut dilupakannya. Di kubu Listari, pertarungan sengit sedangberlaku. Pak Megat masih cuba menumpaskan Listari tetapi tenaga Listari yangkuat tidak mampu ditandingi Pak Megat. Namun, Pak Megat tidak pilih untuk matidi tangan Listari.

 

“Sudahlahorang tua. Kau sama macam keturunan kau. Tak sedar diri.” Listari berkatadengan biadab.

“Kauyang tidak sedar diri Listari. Memilih jalan hitam hanya untuk kepentingansendiri. Dah banyak nyawa yang kau korbankan. Dasar manusia tak berguna!” PakMegat yang marah dengan kata-kata Listari.

“Diam!Aku bukan manusia lagi!!!” Listari terus menyerang Pak Megat Lagi.

 

PakMegat bertarung dengannya sedaya upaya. Khairul pula masih cuba untuk menyerangRinga dengan busurnya tetapi tak berjaya.

 

“KenapaWira Helang? Hahahaha! Kau tak sama macam keturunan kau. Lemah!” ejek Ringaterhadap Khairul sambil serangannya bertubi-tubi.

 

Tiba-tiba,Ringa terkena tembakkan di dadanya. Tubuh Ringa terus berlumuran darah. Ringaterkejut dan melihat Saiful yang menembaknya.

 

“Saiful?”tegur Khairul.

“Jomkita habiskan dia. Kitakan tag teampartner.” kata Saiful yang masih dalam kepenatan.

 

Saifulberubah menjadi Wira Krabau semula. Ringa terpaksa meminum air kebangkitan yangdiberi Listari. Khairul dan Saiful lambat menyedarinya dan lalu melihat Ringayang ketawa sebelum tubuhnya menggelupur di atas tanah. Kulit Ringa berubahmenjadi hitam dan kelihatan bulu putih menumbuhi lengannya. Wajah Ringa berubahmenjadi seperti seekor labah-labah. Matanya juga berlainan. Khairul dan Saifulbersiap sedia untuk berlawan Ringa. Ringa berubah bentuk menjadi makhluklabah-labah.  Ringa menghampiri merekaberdua. Pergerakan dan serangan Ringa bertambah Lincah. Saiful cuba menembaknyatetapi pergerakkannya terlalu pantas. Khairul pula menyerangnya dengan busurpanah.

 

“Kamuberdua ingat boleh kalahkan aku?!” Ringa berkata seperti orang gila.Perwatakannya berubah sama sekali.

 

Saifulmembaling perisainya dan terkena belakang Ringa. Ringa berasa kesakitan.Khairul terlihat peluang. Dia memasang anak panah di busurnya dan mensasarkanke arah Ringa yang cuba menghampiri Saiful. Ini sebenarnya adalah rancanganmereka. Saiful bertindak sebagai umpan untuk mengalih perhatian Ringa. Khairulpula akan membuat serangan terakhir untuk menumpaskan Ringa.

 

“PanahanHelang Maksima!” Khairul melepaskan anak panah ke arah Ringa dengan kuasapenuh.

 

AnakPanah itu terus menusuk kepala Ringa dari arah belakang. Ringa berdiri kakukesakitan. Listari terlihat Ringa yang telah dipanah oleh Khairul.

 

“Ringa!!!!!!!”Listari meraung kemarahan dan sedih melihat riwayat yang telah tamat.

 

Ringaakhirnya rebah ke atas tanah dan tewas. Listari dengan perasaan marah inginmeyerang Khairul tetapi dia dihalang oleh Pak Megat. Pak Megat cuba sedayaupaya berlawan Listari dengan seluruh tenaganya. Sehinggalah Listarimenggunakan kuasanya iaitu Tumbukan Harimau sehinnga terpelanting Pak Megat.Khairul dan Saiful menyerang Listari pula apabila menyedari keadaan itu.

Ketikaitu, Faizal masih buntu tentang bagaimana nak sedarkan Laila yang dibawahpengaruh kuasa Listari. Laila menyerang Faizal tanpa henti.

 

“Laila!Sedarlah!” itulah kata-kata Faizal yang asyik diserang oleh Laila.

 

Dengantak disangka-sangka libasan Pedang Harimau Laila terkena pada tubuh Faizal.Faizal terjatuh dan kesakitan. Laila cuba untuk menikamnya dari belakang tetapiFaizal menoleh ke hadapan dan mencabut cincinnya. Faizal berubah menjadimanusia dan tindakan Laila terhenti.

Padamasa yang sama, Fathia pula berlari ke arah Ramli yang dijumpainya rebah diatas tanah. Ramli telah berubah menjadi manusia semuala selepas mengalahkansemua tentera semut. Terdapat luka dan lebam di wajah Ramli. Ramli mengerangkesakitan. Fathia menghampirinya. Fathia menangis melihat keadaan Ramli ketikaitu.

 

“Ke…kenapa menangis?”soal Ramli yang melihat Fathia menangis.

“Kenapaawak buat semua ni? Awak sanggup mati kerana mempertahankan kawan awak?” soalFathia pula.

“Me..mereka bukan kawan saya.. Merekalah keluarga saya… Sa.. saya perlu pertahankanmereka..” balas Ramli dengan senyuman.

“Sudah…sekarang awak cedera teruk. Kita perlu beredar.. Kawasan orang jahat di sanaterlalu bahaya…” Fathia cuba membangunkan Ramli dan memapahnya.

“Sa..saya nak berlawan bersama mereka… Saya nak.. ke sana” Ramli cuba bergerak kearah laluan ke kubu Listari.

“Kenapaawak ni degil sangat?! Saya dah cakap sana bahaya. Saya tak terima kalau awak….mati… Sebelum ni tak ada seorang lelaki pun yang boleh berbual dengan sayamacam awak… Kalau awak mati, dengan siapa saya nak bercakap?! Hah!” Fathia yangmarah tetapi dia juga sedih.

“Janganrisau… Sa.. saya tak akan mati kalau…. berlawan bersama keluraga saya...” Ramliberkata dan terus bergerak walaupun dalam kesakitan ke tempat Listari.

 

Fathiatiada pilihan dia pun memapah Ramli ke tempat Listari. Dia terpaksa lakukannyakerana itu pilihan yang baik daripada meninggalkan Ramli pergi seorang diri.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.