Home Novelet Cinta Janji Setia
Janji Setia
Miss Honey
25/7/2021 18:21:54
26,228
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 4

MISALNYA Zafran boleh berubah, pasti rahsia yang mereka simpan selama ini tidak akan terbongkar. Bukan mudah untuk mendapat restu daripada Tengku Aariz.

Lantaran Tengku Aariz agak lorat dalam memilih calon menantu. Pria itu mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya. Meskipun Zafran berasal dari keluarga berada, Tengku Aariz tidak gemar dengan gaya hidup keluarga itu.

Langsung tiada pendirian agama.

Jika diikutkan hati mereka berdua suatu ketika dahulu, nak saja mereka berdua kahwin lari. Berkahwin tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Perancangan mereka, ingin bernikah sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Namun mendapat tantangan dari kedua-dua belah pihak orang tua.

Alasannya, mereka masih mentah.

Tengku Aariz mencadangkan supaya dia dan Zafran bertunang terlebih dahulu. Tetapi detik ini, Isya mulai faham. Kini dia dan Zafran sudah menginjak dewasa, setiap orang sifatnya boleh berubah-ubah.

Ceritera cinta mereka tidak lagi seindah dulu. Ibarat cuaca, ada kalanya mendung, ada kalanya cerah dan ada kalanya ribut.

“Tengku! Tengku Puteri Qalisya!”

Dia berjeda. Terasa ada seseorang menyeru namanya. Iyalah, kerana dia seorang sahaja yang bernama 'Tengku' di universiti ini.

“Tengku Puteri Qalisya?” soal pemuda tampan itu.

Sebentar. Terbuntang sedikit mata Isya memandang jejaka berkulit putih bersih itu.

“Sekejap. Awak ni ... yang terlanggar saya semalam kan?”

“Ha ... haah. Nama saya, Farhad,” tutur Farhad tenang.

Isya tersenyum janggal. Senyumannya pudar.

“Macam mana awak tahu nama penuh saya?” tanya Isya dengan nada sedikit getar. Bagaimana lelaki di hadapannya itu boleh menghafal nama kelahirannya?

“Entah-entah ... awak ni penjahat?” tuduh Isya sembarangan. Dia mundur selangkah.

“Eh, bukan! Saya bukan penjahat.” Gesit Farhad membuat penafian.

“Habis tu? Ada apa awak nak jumpa saya? Dan macam mana awak boleh tahu nama penuh saya?”

Bertalu-talu soalan diajukan. Farhad sendiri sudah tidak tahu nak mulakan cerita dari mana.

“Nah, diari awak. Saya cuma nak pulangkan diari ni,” suara Farhad bilamana Isya memberikan dia ruang untuk bersuara.

Membelalak mata Isya. Diari merah jambu! Itu adalah diari kepunyaan dia! Aduhai, macam mana dia boleh tak sedar buku hariannya tercicir?

Yang paling pedih sekali, boleh pula dia menuduh Farhad seorang penjahat? Tak putus-putus dia menggerutu dalam hati.

“Terima kasih .... Ya Allah, macam manalah saya boleh tak perasan diari saya hilang? Patutlah saya rasa macam ada something wrong somewhere,” sungut Isya seraya menyambut buku harian yang dihulurkan.

“Sama-sama, awak jangan risau ya? Saya tak baca pun isi diari awak,” ujar Farhad sambil menggaru kepala.

Seringai Farhad amat mencurigakan. Isya berasa sangsi akan sengihan jejaka yang baru dikenalinya itu. Garisahnya berkata bahawa jejaka itu sudah membaca isi di dalam diari tersebut.

Sepet dan tajam ain Isya merenung tampang muka Farhad.

“Tengku, saya pergi dulu? Saya ada kelas. Bye. Assalamualaikum.”

Laju seperti kilat larian Farhad. Membuatkan Isya tercengang-cengang.

“Waalaikumussalam,” sahut Isya berdesis. Jam di pergelangan tangan dilirik. Tangkas dia memajukan langkah sebelum kuliah bermula.

“Isya.”

Halus namanya diseru dan tangannya diraih. Usah ditanya siapa garangan tersebut. Lambat-lambat Isya memusingkan kepala.

Tersugil senyuman manis di sudut bibir Zafran. 

“Lepaslah,” pinta Isya dengan mimik muka kelat. Pergelangan tangan ditarik sepenuh tenaga tetapi tenaga Zafran lebih kuat.

“Habis kuliah nanti, Isya ikut Zaf ya?”

No! Isya dah janji balik dengan ayahlah,” tingkah Isya.

Cengkaman dilepaskan kasar. Cecair jernih bergenang di tubir mata Zafran. Terasa hangat di saat cecair jernih itu mengalir.

“Tolong Isya .... Zaf merayu. Mommy Zaf sakit. Dia nak sangat jumpa Isya.”




TOMBOL PINTU dipulas. Pintu terpelangah. Tidak berkunci? Beg yang digalas sebelah dibetulkan. Daun pintu ditutup dan dikunci.

Kemudian matanya mengitari keseluruhan sudut. Sunyi dan sepi. Di mana keberadaan Azad? Tadi cakap tak sihat, tapi merayap pula.

Syak wasangka dibiarkan, bilik tidur sahabatnya itu diperiksa.

Hembus nafas lega. Sangkanya tadi Azad sudah merayau. Seluruh tubuh Azad diselubungi selimut. Farhad berasa tak sedap hati. Kain selimut diselak.

Farhad terkejut. Tersandar dia ke dinding. Reaksinya umpama ternampak hantu.

“Woi Zad! Kau ni buat degupan jantung aku nak berhenti jelah,” gusar Farhad sambil mengusap dada.

“Ini namanya frust menonggeng! Kau tak pernah putus cinta! Apa kau tahu? Huwa ...” Azad merengek di atas katil dua tingkat.

Tempat Azad terletak di bahagian bawah sementara tempat Farhad terletak di bahagian atas. Farhad mencampakkan beg ke tingkat atas katil. Dia menghenyakkan punggung di tepi katil.

“Kau dah putus eh dengan girlfriend kau?” Terjungkit sebelah kening Farhad.

Rengekan Azad terhenti. Dia bangun dari pembaringan lalu mengangguk.

“Tadi dia call aku. Apalah nasib aku hari ni? Dahlah demam, lepas tu makwe aku minta putus pula? Nasib, nasib,” keluh Azad berkenaan nasib. Hari ini membuatkan dia berasa bahawasanya dia ialah orang yang paling malang dalam dunia.

“Nasib kita tak semestinya sentiasa baik. Mungkin hari ni, nasib kau kurang baik. Tapi percayalah, esok atau lusa ... pasti nasib kau akan berubah kepada kebaikan.”

Ringkas namun padat kata-kata semangat daripada Farhad tersebut.

“Dah solat Zohor ke belum?” soal Farhad fasal ibadat fardu rakan karibnya itu. Patah hati, patah hati juga, tiang agama jangan diabaikan.

“Dah,” jawab lelaki itu pendek.

“Iya ke?”

“Iya ...” Jawaban Azad panjang sedikit berbanding tadi.

“Okeylah. Aku nak mandi dan solat dulu. Lepas tu ... aku macam biasalah, pergi kerja. Kau duduk rumah diam-diam. Makan ubat,” bebel Farhad. Dia sudah nak serupa seperti ibu kedua kepada Azad.

Azad anggukkan kepala. Farhad bangkit. Tuala yang berjemur di jeriji tingkap digapai. Penyangkut digantung kembali pada jeriji.

Sebelum mengatur langkah ke bilik mandi, dia memandang dada langit kebiruan. Dihiasi pula kepulan awan. Cuaca cerah pada hari ini. Ada bagusnya juga jikalau dia meluangkan masa bersama Sally di luar. 




MOMMY, tengoklah siapa yang datang.”

Wanita bersanggul tinggi itu mengalihkan pandangan ke arah suara yang menyapa.

“Hai mommy,” sapa Isya seraya menguntumkan senyuman manis.

“Eeh, Isya ...” Kedatangan Isya disambut mesra oleh Datin Wati. Raut wajah Datin Wati kelihatan teruja, gayanya tidak seperti orang sakit.

Datin Wati menggamit Isya duduk di sampingnya yang kekosongan.

Isya membawa langkah menuju ke katil bersaiz king. Maka tinggallah Zafran di muka pintu.

“Zaf kata ... mommy sakit betul ke? Kenapa mommy tak bagitahu Isya? Kalau tak, boleh Isya bawakan mommy bubur lambuk,” suara Isya sesal. Kalau dia tahu Datin Wati sedang sakit, mesti dia sudah masakkan bubur kesukaan wanita itu.

Wanita itu terdiam, sebaliknya mengerling sekilas ke arah anak bujangnya. Bertuah punya anak, bisikan hati Datin Wati.

Menyedari kepala Datin Wati tergeleng-geleng, pantas Isya menoleh ke arah jejaka yang berdiri tegak di ambang pintu. Zafran kulum senyum.

Sahih! Dia dipermainkan. Isya mengetap bibir, menahan rasa geram.

Mommy cuma batuk kering je .... Isya janganlah risau pasal mommy. Zafran kan perangai dia memang macam tu,” pujuk Datin Wati sebelum air muka bakal menantunya itu cemberut.

“Okey mommy,” respons Isya singkat. Sebetulnya, nak saja dia memaki hamun Zafran saat ini.

Tetapi berasa kurang sopan pula bila Datin Wati menengoknya. Alangkah bagusnya, Isya pendamkan sahaja perasaan tersebut.

“Isya, Zaf ... tolong tinggalkan mommy seorang diri. I need to rest.

Mereka berdua mengerti. Dituruti permintaan wanita separuh kurun itu. Sebelum beredar, Isya mencium tangan wanita itu.

Tersirat senyuman gembira di bibir Datin Wati. Keinginannya untuk mengangkat Isya sebagai menantu kian melonjak.

Zafran dan Isya beredar keluar, membiarkan Datin Wati sambung istirahat. Zafran menyengih, sementara Isya menjeling.

“Zaf ni memang jahat kan? Sanggup cakap mommy sakit tenat, semata-mata nak hantar Isya balik?”

“Isya ... janganlah marah-marah macam ni,” kata Zafran kemudian mencengkam pergelangan tangan Isya yang baru menuruni satu anak tangga.

“Lepaslah,” pinta Isya tegas. Zafran benar-benar sudah keterlaluan!

“Okey, okey. Kali ni, Zaf betul-betul minta maaf. Zaf terpaksa tipu Isya!”

Cengkaman terlerai. Isya menggosok pergelangan tangannya. Lantas dia memalingkan pandangan dari Zafran.

All right, now listen to my explanation. Zaf, terpaksa gunakan mommy untuk pujuk Isya. Sebab, Zaf tahu betapa dalamnya sayang Isya pada mommy.”

Isya membisukan diri. Dia meladeni sahaja monolog yang terpacul dari mulut Zafran. Selain itu, dia menyilangkan tangan.

Forgive me?

Hanya ayat tersebut yang menyusup ke dalam telinga kanan Isya.

“Huh ... actually Isya dah malas nak maafkan Zaf. Sebab Isya tahu, esok dan lusa perkara ni akan berulang. Selama kita bercinta, mommy adalah sumber kekuatan untuk Isya pertahankan hubungan ni,” ulas Isya mendatar.

Yes, I know. That's why Zaf terpaksa kaitkan mommy dalam hal kita. Zaf nak perbaiki hubungan kita,” ulas Zafran juga mendatar. Tangan Isya cuba dicengkam kembali, cepat Isya menepis.

“Apa Zaf ni? Boleh tak, kalau sehari je tak cuba pegang tangan anak dara orang?”

Masalah lain belum selesai, timbul pula masalah lain. Zafran garu kepala. Buat masa ini, akan dia ikut sahaja rentak Isya.

Tetapi pada kemudian hari nanti, akan dia pastikan Isya pula yang mengikut rentaknya.

“Jom kita duduk berbincang kat ruang tamu? Zaf ada surprise untuk Isya.”

Berkerut seribu dahi licin Isya. Kejutan apa lagi?

Zafran memutikkan senyum. Dia memijak setiap anak tangga. Isya membuntuti dia turun ke ruang tamu.

“Bik! Tolong buatkan air untuk saya dengan tunang saya!” perintah Zafran dengan cara menjerit.

“Baik,” balas Bibik Maznah. Tanpa melengahkan masa, dia berpindah dari meja makan menuju ke ruang dapur.

“Silakan duduk, Tengku Puteri Qalisya.”

Isya menjuih bibir sebelum menunjukkan respons ke atas pelawaan tersebut. Isya dan Zafran duduk di atas sofa yang bersetentangan.

“Isya masih ingat tak surat perjanjian tu?” soal Zafran seraya menuding ke arah kertas A4 berwarna merah jambu.

Diam. Oleh itu, Isya mencapai perlahan kertas di atas meja itu.

“Surat perjanjian? Janji dan setia? Bukan ke Zaf cakap surat ni dah hilang?” tanya Isya mengenai surat yang berada di genggamannya.

“Zaf baru terjumpa semalam.”

Mata Isya meneliti setiap perjanjian. Siap ada tandatangan, mengalahkan surat nikah.

Bila terbayangkan kisah cinta mereka semasa di alam remaja, ada kelakarnya juga. Entah idea datang dari mana, menyuruh mereka untuk adakan surat perjanjian.

Jika salah seorang antara mereka curang, orang itu layak untuk ditendang ke planet Marikh. Tidak logik bukan?

Ketawa Isya meledak, dia pernah berperang hebat dengan Zafran gara-gara surat ini hilang. Dua bulan setengah mereka tidak bertegur sapa.

“Zaf rindukan memori-memori manis kita dulu,” ucap Zafran tulus. Peria itu tersenyum segaris.

“Seandainya Zaf betul-betul curang di belakang Isya, betul ke Zaf akan ditendang sampai ke planet Marikh?” tokok Zafran. Kurang pasti sama ada itu adalah soalan, gurauan atau amaran?

“Ha? Hahaha! Ya Allah ... ada-ada ajelah Zaf ni.”

Terbahak-bahak Isya mentertawakan Zafran. Dia sangat yakin, Zafran tidak akan melanggar perjanjian yang telah mereka tetapkan sekitar empat tahun yang lalu.

Sungguhpun Zafran melanggar perjanjian tersebut, masakan boleh Isya menendangnya sampai ke luar bumi.

Zafran tersenyum simpul. Namun, terasa seakan-akan ada sesuatu perihal yang terkandung di sebalik senyuman itu.









Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Miss Honey