Home Novelet Cinta Lelaki Terlajak Setia
Lelaki Terlajak Setia
ayubalqishah
27/11/2016 19:55:07
11,020
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Tengahari itu, habis sahaja kelas Art and Design dengan Sir Ali, Dila terus balik rumah. Signal lampu warna ungu berkelip di Samsung Mega Dila, petanda ada pesanan yang baru masuk. Mesti Aizuddin. Aizuddin lelaki yang baru dia kenal tak sampai tiga minggu melalui temannya Fakrul. Kata Fakrul, Aizuddin tengah cari teman istimewalah kononnya. Itu yang dia bagi nombor Dila pada Aizuddin. Fakrul pun satu hal, pandai-pandai aje bagi tanpa tanya tuan badan dulu. Tup-tup tak pasal-pasal dah dia terpaksa melayan mamat tak pandai memikat tu. Tragis sungguh rasanya.

Jadi ya kita jumpa Sabtu ni. Dila tak asa kelaskan?

Dah agak. Asal Whatsapp aje mesti nak sebut pasal jumpa. Malas Dila nak membalasnya. Buat buang tenaga aje. Paling hebat pun soalan yang dia akan tanya,

Assignmet Dila dah siap?

Dan inilah soalan yang paling suka dia tanya. Menyampah betul. Apa dia ingat aku ni pelajar dia agaknya. Kalau dah namanya seorang cikgu, memang suka sangat agaknya tanya soalan-soalan macam tu. Rimas. Kadang-kadang Dila bosan melayan Aizuddin. Aizzudin cikgu subjek Matematik. Kata dia, dia mengajar di sekolah budak-budak pandai. Tengokkan ajelah nanti, harap-harap dia pandailah juga membeli hati seorang perempuan.

Argh! Baik tidur dari melayan lelaki tak masuk dalam calon pilihan. Dila mengeluh seorang. Saat nak pejamkan mata.

Ting! Ting! 

Kali ini bunyi messenger dari facebook pula yang berbunyi. Serius Dila tak layan. Dia teruskan saja menikmati tidur di tengahari sebelum masuk waktu Zohor. Setahu dia, tidur sekejap sebelum tiba waktu Zohor namanya Qailullah. Dan ianya sunnah. Sambil tidur dapat juga pahala.




Habis sahaja bercakap di telefon, Arman segera masukkan telefon bimbitnya ke dalam poket kanan seluar khakisnya. Sebaik sahaja dia toleh ke belakang, Arman urut dada laju-laju. "Kau pehal pulak tiba-tiba aje kat sini?" Arman soal spontan.

"Saje," ringkas jawapan Bad dengan muka selamba.

"Aku ke depan dululah. Melambak tu kerja tengah menunggu," pantas Arman angkat kaki, sepantas itu jugalah Bad membuka mulut.

"Aku nak kau ceritakan hal kau dengan Afira tu, lepas kita balik kerja nanti," ujar Bad apabila selisih bahu dengan Arman.

Arman terlongo. Air liur ditelan sekali.

Bad pandang Arman atas bawah dengan riak wajah tidak puas hati. "Semuanya." Hanya dengan sepatah kata, Arman dah rasa kejang lutut. Kalau boleh dia tidak mahu membuka aib orang. Dia yang cakap nak ke depan dulu tadi, tetapi Bad sudah pun duduk di kerusi meja kerjanya. Langsung tak rasa bersalah mencuri dengar perbualannya dan Afira.

Arman melangkah menuju ke ruang kerjanya pula, sambil berjalan, sambil dia garu kepala yang tidak gatal. Wajah Bad di sebelah kirinya di tenung, tekun Bad buat kerja. Setekun itu juga, dia tahu, Bad pasti akan korek rahsia sampai ke ufuk timur sekalipun.

Zap!

Bad toleh laju arah Arman yang seakan sedang mencuri pandang wajah sang kekasih. "Ingat okey, semuanya..." Jari telunjuk Bad diangkat dan di lukisnya membulat di udara sambil keningnya dijungkitkan sebelah gaya Ziana Zain. Sekali tengok dah serupa lelaki meniru gaya perempuan bercakap sahaja lagak Si Bad. Arman tahan gelak, dalam masa yang sama, laju jari jemarinya menaip sesuatu di ruang messengger  facebook peribadinya.

Terima kasih awak sudi sambut salam perkenalan dari saya. 

Dila mencebek. Wujud lagi lelaki dengan ayat skema macam ni. Bukan boleh percaya sangat, silap hari bulan, dialah lelaki berhidung belang paling hebat di abad ini. Dila bermonolog.

Okey. 

Ringkas dan langsung tak boleh ditebak maksud Dila menghantar balasan sependek itu.

"Pergh! Okey je dia bagi. Parah juga luka gadis buntu ni," Arman bercakap sendiri namun boleh didengar oleh Bad.

"Kira untung dia reply. Dari dibiarnya kau tercongok depan pc macam bulan rindukan pungguk, silap hari bulan kau tukar nama kat facebook, Jejaka Buntu," Bad gelak jahat dengan nada terkawal. Badan gempal seperti itu, suka pakai topi, berkulit cerah dengan muka garang, orang yang tak kenal Bad, mesti ingat dia teman yang tak boleh dibawa bergurau.

"Sesedap rasa aje kau cakapkan. Dia ni, kalau ikut cerita dia dekat blog, masih dalam mood kecewa kerana cinta," terangguk-angguk Arman terangkan pada Bad. Acap kali dah Bad dengar pasal Dila dengan blognya Warkah Buat Kamu. Pelik. Dalam banyak-banyak blogger perempuan, Dila itu juga yang dikejar-kejarnya. Bukan hebat sangat pun isi-isi dalam blog Dila tu, kebanyakannya copy paste. Lepas itu, luahan perasaan yang entah apa-apa.

"Okeylah tu. Serasilah kau orang berdua. Aku doakan kau orang bahagia, dengan hashtag till jannah," perli Bad dengan muka beku. Tanpa perasaan, sama seperti pc yang berada di hadapannya.

Awak okey? - Arman Batrishah

Beberapa minit kemudian, barulah ada jawapan.

Gila tak okey. Kalau tak, siapa pula yang 'dok' chat dengan awak sekarang ni. - Gadis Buntu

Arman garu hidungnya yang sudah mulai gatal. Inilah masalah Arman, bila makan sambal belacan. Hidung asyik gatal memanjang. Suka seksa diri sendiri Arman ni, dah tahu ada resdung, makan juga sambal belacan sampai setengah mangkuk. Serupa kuah dibuatnya, bila dituang ke atas nasi.

Arman hembus nafas laju. Kali ini Bad langsung tak berkutik. Sibuk dengan kerja composite. Kartun mengenai Hang Tuah itu perlu disiapkan segera, hujung tahun dijangka keluar di stesen televisyen.

Saya pengiku setia blog awak, Warkah Buat Kamu. - Arman Batrishah

Dila terperanjat. Bukan apa, dia tak sangka ada lelaki yang follow blog dia. Ini rare. Detik hati Dila. Teringat pula kisah tiram yang dikaitkan Damia dengan lelaki spesis payah nak jumpa zaman ini. Dila punya idea, tak lama selepas itu, Dila mula menguji.

Follower setialah ni? - Gadis Buntu

Sangat-sangat setia ganda dua puluh lima kali. - Arman Batrishah

Dila tersenyum. Bicara lelaki ini, sedikit sebanyak mengusik hati. Dila sign in ke blognya. Dan tekan butang private.

Okey, kalau betullah awak pengikut setia blog saya, apa post pertama saya kat dalam tu. - Gadis Buntu.

Sah tak lama lagi, Arman bakal tukar nickname faebooknya mengikut apa yang dikatakan Bad sebentar tadi. Masak aku kali ni. "Bad, kau ingat tak posting pertama Warkah Buat Kamu."

Sepantas kilat, Bad berpaling ke arah Arman. Bad tenung dalam-dalam anak mata Arman berwarna hazel itu. Wajah Bad membengis seakan mahu mengamuk. Bad langsung tak bergerak ke mana-mana posisi pun, hatta mengalihkan tangannya dari tetikus.

"Okey-okey kau buat kerja kau, aku buat kerja aku." Arman gabra. Buatnya Bad betul-betul jadi incridible hulk kejap lagi, mahu pc itu terbang atas kepala Shahrul. Shahrul budak meja depan Bad, lelaki pendiam dan sukar diramal. Kadang-kadang suka hati dia aje nak datang kerja atau tidak, tapi hasil kerja tiptop.

"Aku dah scan anak mata kau. Dan aku tak jumpa jawapan. Sorrylah ya sahabat dunia akhirat," kata Bad lalu dengan selamba badak, dia mengadap pc menyambung kerjanya. Tangan yang memegang tetikus digerakkan ke kiri dan ke kanan. "Ada ke tanya aku pasal minah tu. Bukan aku yang peminat fanatik dia, engkaukan...?" Ingatkan dah habis, rupanya Bad sambung lagi," eloklah kau orang berdua nanti, aku tumpang bahagia. Sekarang aku nak sambung kerja, jangan lupa hal 'semua' kita petang ni."

"Lu bikin gua gabra beb," Arman tepuk bahu Bad dua kali.

"Ha...ha...ha..." Bad gelak lepas. "Gua memang mau lu bagi lu kalut. Nampak sweet sangat." Terkekek-kekek Bad tahan gelak sambil anak mata sekejap tertancap ke skrin pc, kemudian beralih pula ke storyboard di atas mejanya. Composite adalah proses memasukkan pergerakan mengikut jumlah minit atau saat yang ditetapkan berpandukan kepada storyboard. Ketika proses composite itu juga nanti, akan dimasukkan background, dan juga audio. 

Arman buka google chrome, dia teringat untuk selongkar sahaja blog Warkah Buat Kamu itu. Arman mengeluh, "adoi... pandai pula dia pergi private blog dia."  . Argh! Hentam sahajalah, betul tak betul belakang kira. Fikir Arman.

Previous: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.