Home Novelet Cinta Aku bukan ‘Playboy'
Bab 7 – ‘Di sana menanti, di sini menunggu”

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 7 – ‘Di sana menanti, di sini menunggu”


Setelah ketiadaan Silvia di sisi, masa lapangku banyak dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku mula mencari rakan-rakan lama yang telah lama tidak dihubungi. Kebetulan pada satu malam, aku tersalah dail no telefon. Panggilan itu telah dijawab seorang gadis.


Aku memperkenalkan diriku sebagai Zul kepada gadis yang menjawab telefon itu. Gadis itu pula menyangka aku sebagai teman lamanya yang juga bernama Zul. Ketika itu dia bertanya aku pelbagai soalan semacam telah lama mengenali diriku.


Aku terus melayan. Padahal aku dah tau salah orang. Hehehe. Sembang punya sembang sampai aku kantoi tak tau nak jawab apa. Sebab dia tanya aku kenapa lama tak balik kampung di Sabah? Heheheh part itu aku dapat tangkap, Sabahan rupanya gadis ini.


Terus lah aku buka cerita sebenar. “Saya Zul. Tapi Zulkefli.” Terus terdiam awek tu. Lantas aku bertanya, “Awak nama siapa ye?”


Dia diam seketika. Mungkin malu. Kemudian dengan perlahan menjawab, “Saya Sue. Maaf ye awak. Saya ingat kawan lama saya. Nama dia Zul juga.”


Sue berasal dari Tawau, Sabah. Dua hari berbual mesra di telefon, aku terus mengatur janji temu kami yang pertama. Kira ‘blind date’ lah. Dia meminta aku mengambilnya di asrama jururawat dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya – PPUM kerana dia merupakan pelajar jurusan jururawat di situ.


Jam 8.30 malam aku tiba di parking asrama tersebut.


Dari kejauhan nampak dia berjalan ke arah keretaku. Kataku dalam hati, “Omak ai, lawanya awek ni.”


Body cantik. Gred A. Ukuran badan 36, 24, 34. Tinggi lebih kurang 5kaki 4inci. Muka berbentuk oval. Kulit putih melepak. Memang standard Sabahan semua putih-putih. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak terlalu berisi. Gebu. Memang ‘taste’ aku ni. Rambut panjang dibiarkan lepas paras dada. Berkasut tumit tinggi sesuai dengan ‘dinner dress’ labuh warna cream.


Langkahnya disusun penuh sopan. Sambil berjalan ke arah ku. Senyum mesra. “Adui. Bahan baik ni.” Kataku dalam hati.


Setibanya hampir dengan keretaku, aku mula menegur, “Assalamualaikum. Saya Zul yang call awak tu.” Sambil aku menghulurkan tangan bersalam.


Dia pun menyambut salamku, “Waalaikum salam. Saya Sue. Maaf ye haritu saya salah orang. Ingat awak kawan lama saya.” Kami ketawa kecil bersama sebab sama-sama tersilap.


Aku mempelawa dia masuk ke dalam kereta dan mengajaknya makan di sebuah restoran di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dia bersetuju. Sambil memandu kami berbual mesra. Namun aku banyak bertanya tentang latar belakang dirinya.


Menurut Sue, dia anak yang sulung. Berasal dari keluarga petani di Sabah. Keluarga yang sederhana. Mempunyai seramai 6 orang adik-adik yang masih kecil. Mujur dia belajar jurusan jururawat. Tidak perlu membayar apa-apa bayaran bahkan mendapat elaun sebab belajar sambil bekerja. Ditanggung kerajaan.


Niatnya ingin mengubah nasib keluarga di kampung. Maka dia ingin belajar dan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat lulus sebagai pelajar dan menjawat jawatan tetap sebagai jururawat di PPUM ini. Aku kagum dengan semangatnya.


Katanya lagi, dia tiada saudara-mara di Kuala Lumpur atau Semenanjung Malaysia. Jadi dia ‘survive’ hidup sorang-sorang di sini. Dua tahun sekali baru dia akan balik kampung di Sabah, itupun jika ada duit yang mencukupi. Sedih pulak aku dengar kisah hidupnya.


Namun gadis secantik Sue ini tidak harus disia-siakan. Terus aku pasang niat untuk membantu dan menjaganya sepanjang dia berada di sini. Setakat wang ringgit bukan masalah untuk aku. Orang susah kita kena tolong. Dah memang aku diajar sejak kecil. Lagi-lagi pulak awek lawa macam dia ni. Memang lagi wajib la kena tolong. Hehehehe.


Bermula malam janji temu ‘blind date’ kami yang pertama, hubungan kami menjadi terus mesra. Dalam masa tak sampai dua minggu. Maklumlah Sue tiada saudara atau teman rapat di KL ini. Hanya aku lah tempat dia mengadu.


Aku pula memang tengah kesorangan menunggu kepulangan Silvia. Hari demi hari aku berbual di telefon dengan Sue. Berjumpa sekali sekala untuk makan bersama. Akhirnya aku jatuh hati dengan layanan yang diberikan Sue kepada ku.


Lalu aku mengajak Sue pergi bercuti denganku di ‘rest house’ keluargaku di Fraser’s Hill. Sue yang memang tidak pernah menjelajah Semenanjung Malaysia ini berasa amat teruja dengan pelawaanku.


Namun aku berterus terang dengan Sue sebelum kami bergerak ke Fraser’s Hill. Kataku, “Sue, awak ok ke nanti stay kat rumah sana tu kita berdua je. Yelah, bilik memang ade 3 bilik. Tapi dalam rumah tu kita berdua je. Kita pulak stay sana 3 hari. Ok ke?”


Sue menjawab ringkas, “Ok je.”


Dalam hatiku, “Budak ni faham ke aku bawak dia pegi sana nak buat apa dengan dia? Ke dia buat tak faham atau memang dia tahu tapi malu? Ni nak kena siasat ni.”


Setibanya kami di ‘rest house’ keluargaku di Fraser’s Hills, memang seperti yang dijangka. Tiada sesiapa di situ kerana ibu dan bapaku berada di rumah Cheras dan tiada urusan perniagaan di mana-mana. Mereka hanya berehat di rumah sahaja. Penjaga rumah pula telah melengkapkan segala keperluan dapur di rumah itu mengikut arahanku.


Aku pun memunggah barang dari kereta dan membawa masuk ke dalam rumah. Rumah ini adalah jenis Banglo 2 tingkat. Tingkat atas adalah master bedroom yang dilengkapi pejabat tempat bapaku membuat urusan kerjanya. Tingkat bawah terdapat 2 bilik yang besar untuk tetamu yang datang ke rumah ini.


Aku bertanya kepada Sue ketika aku mengangkat begnya, “Beg awak ni nak letak kat bilik mana?”


Sue menjawab, “Saya duduk di bilik yang awak duduk la. Tak nak saya duduk sorang-sorang. Takut. Hehehe” Sambil dia tergelak kecil.


Aku pula tergelak besar, “Hahahaha. Awak duduk dengan saya sebilik ye?”


Jawabnya, “Yelah”.


Selesailah siasatan aku. Tak perlu tanya banyak. Kejap lagi mulakan operasi saja. Dah dia bagi ‘green light’. Kalau tak faham lagi tu, bahalol sangat la aku. Hahahaha.


Percutian kami selama 3 hari di Fraser’s Hill amat berbaloi. Hanya lebih kurang setengah hari sahaja kami menghabiskan masa di luar rumah untuk riadah dan lawatan ringkas. Selebihnya masa kami dihabiskan di dalam rumah.


Lebih tepat lagi, hanya di dalam bilik sahaja. Mujurlah bilik itu dilengkapi semua peralatan, TV, Astro, Peti Ais dan Bath Tub. Yang paling penting katil saiz King untuk kami beraksi.


Makin lama aku dengan Sue, makin aku terpaut hati dengan dirinya. Dia pandai melayan aku baik dari segala segi. Namun yang penting, dia suka memasak dan menghidangkan aku dengan pelbagai masakan hasil air tangannya sendiri. Semuanya sedap-sedap belaka.


Dalam hatiku berkata, “Sue ni kalau buat bini, memang sesuai sangat. Putih. Gebu. Pandai masak. Lemah lembut. Adui masalah aku ni. Aku tak nak kahwin lagi. Tapi dia ni sesuai sangat buat bini. Layanan semua best. Terbaek. Gred A plus plus.”


Sedang aku menunggu Sue memasak di dapur yang dilengkapi segala bahan-bahan mentah dan segar yang dibeli siap oleh penjaga rumah ini, aku terlihat kalendar di dinding rumah ini.


Hatiku terus berkata, “Alamak, minggu depan dah mula cuti sekolah. Sure Silvia balik KL. Serabut gak ni nak handle. Yang kiri Sue. Yang kanan Silvia. Di sana menanti, di sini menunggu.”


Terus aku teringat rangkap-rangkap lirik lagu kumpulan Ukay’s,


“Seumur hidup aku, ini yang pertama, pintu hatiku diketuk oleh dua wanita, punyai ciri selama ini ku cari, berbeza wajah ayunya tetap asli.


Kalau ku pilih di sini, apa kata di sana. Kalau ku pilih di sana, di sini akan terluka. Perlukah aku pilih keduanya, bahagi kasih seadil-adilnya.


Sungguh ku merasa resah untuk menilai sesuatu yang indah, namunku ada pepatah yang aku gubah.


Di sana hanyalah menanti, sampai bila pun ku tak pasti, bertanya khabar melalui tinta, jarang sekali bertemu muka, namun ku tahu dia setia.


Dan di sini tetap menunggu, berada jelas di mataku. Kasih tak luak terhadap aku, sanggup menunggu kata putusku, sayang ketabahan mu menawanku.....”


“Awak, mari makan.” Lamunan ku terhenti. Sue mengajak aku makan tenghari yang telah disiapkan di atas meja.


Aku memandang Sue. Baiknya layanan Sue kepadaku. Takkan sanggup aku nak berterus terang kepadanya tentang Silvia. Apa yang harus aku lakukan kini?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.