Home Novelet Cinta Aku bukan ‘Playboy'
Bab 6 – ‘Silvia’

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 6 – ‘Silvia’


Pengalaman pahit di Celcom aku tinggalkan. Aku bertukar kerja ke bidang hiburan. Aku menjadi Penolong Pengurus di Tanjong Golden Village Cinema – TGV.


Bertugas di TGV cawangan Mines Wonderland Shopping Complex di Seri Kembangan. Kerja aku menjadi lebih seronok kerana sentiasa dapat melihat filem-filem terbaru setiap minggu.


Di TGV cawangan Mines ini aku menguruskan 5 buah dewan panggung wayang dan 15 orang pekerja. Kebanyakkan pekerja aku adalah bekas pelajar Universiti Putra Malaysia – UPM kerana jaraknya yang dekat dengan Mines Wonderland Shopping Complex. Kebanyakkan pekerja adalah ‘part time staff’ sahaja.


Salah seorang pekerja aku bernama Silvia. Seorang gadis berumur 23 tahun. Pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Oleh kerana kesukaran mendapatkan kerja tetap dengan Ijazah yang ada, dia menjadi ‘part time staff’ di TGV.


Silvia merupakan anak Sarawak dan berasal dari Serian, Sarawak. Beragama Kristian. Namun beliau fasih berbahasa Melayu. Paling aku suka dengan Silvia ini, jiwa rocknya.


Bukan setakat rock macam Wings atau Search. Tapi rock Silvia ini lebih kepada Black Metal. Sampai aku pun tak tau nama-nama group underground yang dia minati. Tapi aku suka gayanya.


Walapun subang di telinga ada 2 atau 3 subang. Bertindik di hidung dan pusat. Tapi budi bahasanya tetap sopan lebih-lebih lagi kepada orang-orang tua seperti pelanggan TGV yang berusia.


Oleh kerana keunikkan diri Silvia ini, aku cuba mengatur langkah mengayatnya. Langkah pertama aku dapatkan no telefon 'handphone'nya daripada fail peribadi pekerja.


Langkah kedua, aku buat menyiasat latar belakang dirinya melalui rakan-rakan sekerjanya. Aku selalu membuat rondaan rutin di kaunter tiket, kaunter ‘candy bar’ dan pintu masuk ke panggung wayang. Alasan aku kepada pekerja untuk melihat mereka melakukan kerja mengikut prosedur. Padahal pada masa yang sama, aku bertanya kepada mereka tentang diri Silvia.


Hasil temu bual dengan pekerja-pekerja aku yang juga rakan-rakan sekerja Silvia, rupa-rupanya Silvia ini baru putus cinta dengan seorang lagi pekerja aku bernama Mohsin. Nasib baik baru putus cinta. Kalau sedang bercinta, boleh saja aku putuskan. Hahahaha. Niat jahat dah bermula.


Sebagai seorang Penolong Pengurus, memang menjadi kewajipan aku untuk memastikan semua pekerja hadir bekerja mengikut jadual tugasan masing-masing. Maklumlah ‘part time staff’ macam ini, memang kena pantau betul-betul jadual tugas masing-masing. Kebajikan pekerja pun perlu dijaga, maka jika pekerja ada apa-apa masalah biasanya mereka akan menghubungi handphone aku.


Pada satu malam, ketika itu aku ‘off duty’, aku datang ke TGV untuk menonton wayang cerita baru. Sebagai Penolong Pengurus aku mempunyai ‘access’ untuk masuk menonton wayang secara percuma dengan tempat duduk aku pilih sendiri.


Niat aku hari itu saja nak tengok Silvia. Tapi lepas aku pegi ke ‘candy bar’ untuk mengambil air coke dan popcorn, baru aku tahu rupanya Silvia juga ‘off duty’ pada hari yang sama. Takde rezeki lah aku nak mengorat. Terus aku masuk ke dalam panggung wayang.


Baru aku nak melangkah ke dalam ‘Hall no 5’, handphone aku berbunyi. Tanpa sempat melihat ‘Caller Id’ di skrin handphone, terus aku menjawab, “Hello. Saya Zul. Sapa tu?”


Terdengar suara lembut di corong telefon sebelah sana, “Helo En. Zul. Saya Silvia ni. Nak mintak tolong la Encik Zul. Boleh ke?”


Nada suara bertukar lembut, aku berkata, “Oh Silvia. Ye ada apa boleh saya bantu?”


Silvia bersuara, “Em macam ni. Tadi saya call Nina. Tapi dia tengah duty di kaunter tiket. Tu saya call En. Zul. Macam ni. Saya terkandas di komuter Serdang ni. Kunci motor saya hilang. Tak tau tercicir kat mana. So saya nak balik rumah sewa takde kunci motor. Teksi pun takde kat sini. Tu mintak tolong En. Zul kalau boleh, hantarkan saya ke rumah sewa saya. Boleh ke?”


Pucuk dicita, ulam mendatang. Walaupun perasaan penuh ‘excited’, namun aku melontarkan suara dengan tenang, "Oh. Boleh aje. Saya pun memang tak keje ni. Awak tunggu kejap. Saya datang di stesen komuter situ ye.”


Silvia dengan suara yang girang menjawab, "Ok En. Zul. Terima kasih banyak. Saya tunggu sini ye. Dekat dengan public phone stesen ni.”


Tanpa melengahkan masa. Aku buang semua pop corn dan air coke di tanganku ke dalam tong sampah. Ala benda boleh ambik free sesuka hati. Tak nak makan buang saja.


Dalam masa 10 minit aku telah tiba di lokasi tempat Silvia menunggu. Dengan kereta Wira Aeroback 1.6 Auto berwarna hitam aku mempelawa Silvia menaikki kereta ku ini. Kereta ini aku beli dengan duit gaji aku sendiri. Aku dah mula berdikari. Tidak menggunakan duit ibu dan bapaku lagi.


Masuk je ke dalam kereta ku, Silvia berkata, "Terima kasih banyak En. Zul. Tolong saya malam ni. Saya tak tahu nak call sapa lagi dah. Dah lewat malam kan. Maaf ye menyusahkan En. Zul.”


Aku dengan muka ‘control cool’ membalas, "Ala takde hal la. Saya pun memang ade lepak kat wayang tadi. 'Off day' hari ni. Tapi bab kebajikan pekerja saya kena jaga, walapun cuti ke keje ke, tetap sama. Pekerja susah saya kena tolong.”


Dalam hatiku, "Untuk kamu boleh la Silvia. Kalau staff lain call aku malam-malam mintak tolong, memang aku off aje handphone aku. Hahahaha.”


Sambil berborak dalam kereta, Silvia menunjukkan jalan ke rumah sewa dia. Takdelah jauh mana pun. Lebih kurang 10 minit je dari Stesen Komuter Serdang tadi.


Sebaik saja tiba di parking rumah flat tersebut, aku bertanya, "Ni Silvia nak ambik kunci motor spare kat rumah lepas tu nak pegi stesen komuter balik ke? Saya boleh hantarkan?”


Silvia menjawab, "Eh tak apa En. Zul. Esok aje saya pegi dengan kawan. Sekarang dah malam. Saya pun takut bawak motor lewat malam macam ni.”


Aku berkata, "Ok lah kalau begitu. Tapi esok kalau awak takde sesiapa nak hantar, saya boleh ambil awak. Tak susah pun. Dekat je rumah awak ni.” Aku cuba memancing. Heheheh. 


Namun Silvia membalas dengan senyuman sambil berkata, "Ish, segan la En. Zul. Takkan la boss lak datang ambik staff. Tak apa En. Zul. Tak nak susahkan En. Zul. Jasa En. Zul malam ni pun dah banyak untuk saya. Nanti saya belanja En. Zul makan ye.”


Jawabku pantas, "Takde susah apa pun. Tapi bab makan tu ok. Nanti kita makan sama ye.” Sambil tersenyum Silvia melambaikan tangan sewaktu aku beredar pergi dari kawasan rumahnya untuk bergerak pulang.


Semenjak malam itu, hubungan aku dengan Silvia menjadi rapat. Silvia yang baru putus cinta dengan staff ku bernama Mohsin, lebih banyak mencurahkan isi hatinya kepada aku.


Apa saja masalah dalam hidupnya dikongsikan bersama dengan aku. Aku pula sebagai pegawai beliau, akan memastikan jadual kerja Silvia tamat seawal yang boleh agar dia tidak balik lewat malam.


Maklumlah perempuan bawak motor balik lewat malam memang merbahaya. Aku cuba nak tumpangkan dia pergi dan balik bekerja tapi Silvia menolak dengan sopan.  Aku tidak mahu memaksa. Dia selesa bermotor datang bekerja biarlah. Asalkan selamat.


Namun Silvia bekerja di TGV ini hanya sementara sahaja. Dia akhirnya mendapat tawaran sebagai Guru Sandaran di Kuala Terengganu. Nak tak nak, terpaksa juga aku melepaskan dia pergi.


Sepanjang hubungan aku dengannya di TGV ini, kami hanya keluar makan dan menonton wayang bersama di panggung wayang cawangan lain agar tidak diketahui kakitangan tempat kami bekerja. Silvia memang pandai menjaga budi bahasa dan tingkah lakunya sepanjang perhubungan kami. Dia juga telah menganggap aku sebagai teman lelaki istimewanya.


Malam perpisahan kami adalah di Perhentian Bas Putra di Kuala Lumpur. Waktu itu hati terasa sedih kerana ingin melepaskan Silvia pergi. Lepas ni agak susah untuk kami bertemu dan berbual setiap hari kerana jarak yang memisahkan.


Namun Silvia menenangkan hatiku dengan berkata, "Awak jangan risau ye. Nanti cuti sekolah saya balik KL ini kita jumpa. Kita stay hotel sama ye. Saya dah takde rumah sewa kat sini dah.”


Terkejut. Tapi aku terus mengukir senyuman kerana mendengar ayat itu. Memek mukaku yang tadi sedih kini berubah menjadi merah keceriaan.


Dalam hati, "Bila la nak cuti sekolah ni. Dia dah offer ni. Tunggu masa je ni. Stay hotel sama. Wow. I like. Tak sabar ni. Hahahahah”.


Kemudian aku berpesan, "Ok awak. Baik-baik jaga diri di sana ye. Kalau boleh cuti awal awak bagitau la saya ye. Hotel Istana saya siapkan untuk awak ye.”


Itulah kata-kata terakhirku kepada Silvia sebelum dia menaiki bas untuk ke Kuala Terengganu bagi memulakan tugas sebagai Guru Sandaran di sana.


Masuk je ke dalam kereta, aku membuka radio dan kedengaran lagu kumpulan Scorpions bertajuk, "When You Came Into My Life”. Seumpama lagu latar ‘soundtrack’ kisah aku dengan Silvia, bait-bait lirik lagu ini,


"You give me your smile, a piece of your heart, you give me the feel I've been looking for, you give me your soul, your innocent love, you are the one I've been waiting for, I've been waiting for.


We're lost in a kiss, a moment in time, forever young, just forever, just forever in love. When you came into my life, it took my breath away, cause your love has found it's way, to my heart.


You make me dream, by the look in your eyes, you give me the feel, I've been longing for.


I wanna give you my soul, all my life, cause you are the one I've been waiting for, I've been waiting for so long.


When you came into my life, it took my breath away, and the world stopped turnin' round, for your love.


When you came into my life, it took my breath away, cause your love has found it's way, to my heart, into my heart....”


Semoga Silvia cepatlah kembali ke KL waktu cuti sekolah nanti. Tak sabar rasanya aku menunggu. Tapi sementara menunggu Silvia balik untuk cuti sekolah 3 bulan akan datang, siapa pula akan mengisi kekosangan hati ini?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.