Home Novelet Alternatif KHADAMKU
KHADAMKU
meddmenov
25/11/2022 07:00:29
35,532
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 11

“Hei Abuzen, isteri kau nyanyuk kan? Nyanyuk!”

 

“Hei Abuzen, engkau memang malas, tak pandai buat kerjakan? Baik aku suruh pekerja lain saja buat. Engkau tak ada di sini pun tak apa.”

 

Begitulah. Bila Nahmaran mulai gagal menarik perhatianku, dia mula menyerang peribadi. Mulanya aku tidak nampak bagaimana dia boleh tahu hal-hal peribadiku, seperti isteriku punya masalah memori jangka pendek. Adila mudah lupa perkara yang berlaku lebih dari seminggu.

 

Aku membiarkan sahaja kerana segala penghinaan yang dihamburkan Nahmaran langsung tidak luak sedikitpun. Aku telah bertahun kerja dan telah dimaki ramai bos. Nahmaran hanyalah salah seorang daripada mereka. Ia penghinaan cara budak-budak kurang matang.

 

Objektif Nahmaran menghina peribadiku ialah demi meraih perhatianku. Psikopat akan gembira pabila engkau terkesan dengan perbuatannya. Lagi dia gembira, lagi dia galak menyerangmu. Ubat menghadapi golongan begini ialah engkau jangan mengendahkan mereka.

 

Nahmaran mulai melemah tatkala aku tidak menghiraukannya, dan aku dapat menangkap sesuatu yang tidak pernah aku beritahu sesiapapun, dari mulutnya. Iaitu hal Adila yang nyanyuk itu. Doktor kata ia belum serius dan aku risau dengan tanda-tanda awalnya. Aku terberitahu Danielle rakan sekerjaku tatkala kami berborak di pejabat. Hanya Danielle seorang yang tahu selainku.

 

Hanya Danielle seorang!

 

“Danielle, engkau Danielle bukan?” Soalku kepada Nahmaran.

 

Nahmaran diam.

 

“Tak usah berdalih lagi. Aku tahu engkau Danielle. Mengapa Miss? Lain benar perangai kau di sini.”

 

Nahmaran diam lagi. Lama kejanggalan membelenggu kami, barulah dia mula bersuara.

 

“Ya. Mengapa lambat benar engkau meneka?”

 

“Suaramu dan rupamu...lain....”

 

“Sebab aku Khadam Besar.”

 

“Dan mengapa perangai engkau macam haram di sini?!”

 

“Abuzen, semua yang dipenjara di sini diberikan tugas. Aku diberikan tugas agar menyeksa psikologimu sehingga engkau bercadang keluar dari sini lebih awal dari sepuluh tahun.”

 

“Aku tahu kau teruk juga dulu. Tapi ada masa-masa kau tease aku. Dan dulu kau tak seteruk ini tahu tak? Apa dah berlaku Danielle?”

 

“Aku ditekan, Abuzen. Aku mahu keluar awal dari sini.”

 

“Apakah CEO juga dipenjarakan?”

 

“Ya, di sini juga namun di dalam kumpulan lain di sini. Bukan Manhaman itu.”

 

Aku melopong. Rupanya alam merah ini ada kumpulan lain juga. Tentang bagaimana Danielle tahu CEO ada di sini, aku tidak berminat ambil tahu.

 

“Danielle, jika aku tidak keluar sehingga tahun kesepuluh, apa akan berlaku padamu?”

 

“Aku akan kekal di sini sehingga tahun kesepuluh dan kita akan keluar bersama-sama.”

 

“Hah?”

 

“Jika kau keluar awal aku pun akan turut keluar awal.”

 

Aku menepuk kepala. Mengapa tidak aku berlakon sahaja supaya aku boleh keluar awal? Sebentar, jika aku keluar awal bukankah aku perlu membayar di dunia nyata?

 

“Bukankah kita perlu membayar jika keluar awal?”

 

“Ya. Itu jika kau sendiri yang minta keluar awal namun tidak menyatakan apa sebabnya kepada Manhaman. Jika engkau meminta disebabkan engkau dibuliku, dan engkau nyatakan terang-terang pada Manhaman, maka engkau boleh keluar awal tanpa membayar apa-apa di dunia nyata.”

 

“Mengapa kau tak beritahu awal-awal?!”

 

“Ia rahsia. Tapi disebabkan semuanya sudah terbongkar sekarang, maka dah tak ada makna lagi rahsia itu.”

 

“Jadi engkau sanggup menyimpan rahsia itu sehingga mengurung Isytrok... dan engkau turut membuli Kinatiao dan Kinabalon... apa punya psiko!”

 

“Ya. Aku perlu mengeluarkan Isytrok agar kau lagi terseksa.”

 

“Kau memang kejam! Psiko!”

 

“Ya. Kau tak ingat perangai aku bila deadline makin dekat?”

 

“Tapi kau tak seteruk tu kadang-kadang kau ok. Tapi kau disini psiko, macam %^&$% perangai kau. Oh, jadi, disebabkan semua dah terbongkar...sebentar bukankah kau yang bongkarkan? Yang kau sebut-sebut rahsia aku tu pasal apa?”

 

“Aku terbongkarkan sebab kau! Kenapa kau tak berlakon tak tahu saja?”

 

“Sebentar, apakah aku masih boleh berpura-pura gagal dan mahu keluar sekarang?”

 

“Tidak lagi. Identiti kita sudah terdedah satu sama lain. Kau dah kenal aku. Sebab kau push akulah maka aku terpaksa dedahkan diri! Jika identiti terdedah maka tiada lagi peraturan, segala tetapan di alam ini hancur. Kita terpaksa menunggu sepuluh tahun.”

 

“Tidak. Aku yakin ada cara lain. Kita boleh keluar dari sini. Ia hanya pil! Danielle, aku tahu jika kita berjaya buktikan kita dikambinghitamkan Rozmey Resources kita boleh keluar dari sini.”

 

“Bagaimana? Apa yang buat kaufikir begitu?”

 

“Entah. Aku perlukan seseorang dari dunia nyata untuk buat sesuatu. Engkau tahu bagaimana berhubung dengan mereka?”

 

“Aku tak tahu. Jangan tanya aku.”

 

“Nampaknya kita akan terperangkap di sini lagi tujuh tahun.”

 

Manhaman dari jauh kulihat sedang mengamati perbualan kami. Aku kini faham maksud Nahmaran. Manhaman akan melakukan sesuatu bagi memastikan kami ditahan di sini selama tujuh tahun lagi.

 

**

 

Abuyo mendedahkan penemuannya. Dia mengeluarkan salinan cetakan semua hasil penyelidikan internet di atas meja di depan Rozemy.

 

“Encik Rozemy Salim, saya dah tahu kegiatan encik, semua perkaitan encik dengan syarikat pembekal pil dan drip bag Aman Biotech dan Rozmey Resources.”

 

Rozemy diam.

 

“Encik Rozemy, mengapa engkau melakukannya?” Abuyo merenung Rozemy yang duduk bersetentang dengannya dipisahkan meja.

 

Rozemy diam masih. Abuyo menghentak meja dengan penumbuknya, ibunya yang bersama sedikit terkejut.

 

“Mengapa?!” tengking Abuyo.

 

“Kerana hanya mereka bertiga, termasuk bapamu Abuzen yang mengetahui projek itu. Aku mahu mereka ‘dipenjarakan’ dan dalam tempoh itu aku akan berpindah sepenuhnya ke luar negara.”

 

“Jadi, apakah maksudmu tiga orang itu?”

 

“CEO dan pengurus besar syarikat bapamu, lagi dua orang. Mereka semua dipenjarakan menggunakan pil itu. Dan syarikat bapamu telah dicairkan.”

 

Abuyo menganga. Adila di sebelah turut menganga.

 

“Beginilah Encik Rozemy. Engkau boleh pilih, sama ada kita settlekan di sini atau aku akan bawa ke mahkamah. Tetapi aku mahu pampasan. Bapaku telah dipenjara selama tiga tahun kerana perbuatanmu. Dan aku mahu engkau meminta maaf sekarang.”

 

“Aku minta maaf.” Terpacul permohonan maaf segera dari mulut Rozemy, menyedari dia diperangkap. “Aku ketakutan ketika itu. Aku akan salurkan pampasan.”

 

“Aku mahu gaji yang sepatutnya bapaku dapat jika dia bekerja dengan syarikat lamanya selama tiga tahun. Dan engkau berikan kepadaku antidot kepada pil itu.”

 

Rozemy akur. Tepat telahannya. Abuyo tidak datang berseorangan. Polis sudah tiba di muka pintu pejabatnya. Peguam Abuyo turut tiba di situ.

 

“Encik Rozemy, anda ditahan kerana mengarahkan aktiviti penggubahan wang haram.” 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh meddmenov