Home Novel Umum makanan dan kehidupan
makanan dan kehidupan
sang pena
6/6/2017 16:19:21
29,498
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 7

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN TIDAK SEIMBANG

Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungikarbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalamnisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. Kesan pengambilan makananyang tidak seimbang menyebabkan tubuh badan memperolehi gizi yang tidakseimbang. Kekurangan nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan menyebabkanpelbagai penyakit seperti Anemia, Kwasyiorkor, Skurvi dan Riket. Kekuranganprotein akan menyebabkan penyakit Kwasyiorkor iaitu gejala seperti perutbuncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, dan badanlemah. Skurvi pula adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C dimana tubuhbadan akan lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas serta gusi membengkak danmudah berdarah.

Hal ini adalah pembawakepada serangan sakit jantung serta tekanan darah tinggi dan strok. Akibatpengambilan garam yang berlebihan pula akan menyebabkan ginjal gagal berfungsi.Bagi individu yang mengambil kuantiti makanan terlalu banyak pula lebihberpotensi untuk menghadapi masalah kegemukan. Masalah kegemukan berlakuapabila berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang bersesuaian denganketinggiannya. Seterusnya akan menyebabkan diabetis, darah tinggi, kanser kolonjuga berpotensi berlaku. Diabetis melitus apabila aras glukosa berlebihandaripada julat normal.

 

 

Osteoporosis pula berlakukerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupidalam gizi. Kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis danrapuh dan mudah patah. Sakit jantung kebiasaannya berlaku apabila tahapkolesterol dalam darah tinggi. Selain itu kolesterol berlebihan yang terenappada dinding arteri seterusnya menyempitkan salur darah dan menyebabkan jantungsukar untuk mengepam darah akan menjadi punca kepada penyakit strok.

Oleh itu, kita hendaklah lebih bijaksanadalam mengatur menu pemakanan harian kita supaya masalah kekurangan gizimakanan serta kesannya dapat kita hindari serta dapat mengamalkan budaya hidupyang sihat. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pastijumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itumungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepukdada tanya selera”.Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalamkekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegahsembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia jugamencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.Tahukahanda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalubanyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam semua ini bolehmenyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat! Proses ini berlaku denganlambat dan anda tidak akan menyedarinyasehingga anda diserang sakit jantungbeberapa tahun kemudian.Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darahyang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga beratbadan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.

Betapa pentingnya gaya hidup yang sihat sertapemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian kita.Pemakanan yang seimbangakan menyebabkan kita hidup lebih sihat. Dan terdapat kajian yang menunjukkanbahawa pemakan yang seimbang dan teratur akan memanjangkan jangka hayatseseorang itu. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.