BAB 13 FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA MENYAMPAIKAN
APA YANG DIKATAKAN GST DAN PRODUK HALAL KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
Halal merupakan satu perkataan dan
maksud yang kerap dikupas dan difahami oleh cendekiawan akademik Islam dalam
merealisasikan halal kehidupan seharian
seorang muslim.GST (Government Service Tax) dimana satu percukaian barang –
barang yang terpilih sahaja .
GST tidak akan dikenakan ke atas bahan
makanan asas seperti beras, gula dan tepung . Oleh itu Kolej Universiti Islam
Melaka melalui Fakulti Pengurusan Hospitaliti
perlu memberi penerangan dan pendedahan apa yang dikatakan kehidupan seorang muslim yang sederhana
dari segi umur melalui pembelajaran Amali masak dan hidup
gaya sihat melalui penyusunan menu seimbang.
Dari segi amalan halal merupakan perkara
yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam dalam pelbagai aspek seperti produk makanan yang halal dihasilkan mengikut
syariat Islam,Sumber kewangan yang diperolehi dari hasil titik peluh sendiri
tanpa menindas atau merampas hasil orang lain . Pelaksanaan GST, sistem percukaian negara akan dapat
diurus tadbir dengan lebih berkesan, saksama dan efisien selain dapat mengelak
berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih.Masyarakat Melayu Islam di
negara ini sering digemparkan dengan pelbagai dakwaan sesuatu produk yang di ragui status
halalnya amnya jua berkaitan
pelaksanaan GST.Ini akan membuat mereka begitu cemas serta mudah melatah tanpa
fikir positif dan lebih berhati – hati dalam membeli atau menyediakan produk makanan
maupun hiasan dalam rumah. Kolej Universiti Islam Melaka perlu memainkan peranan penting dalam industri
Pendidikan Pengajian tinggi dimana memberi ilmu jual beli melalui konsep GST kepada siswa- siswi amnya dalam kontek halal dan selamat dari segi penyediaan
makanan .
Harus diingat jika terambil atau
mengambil bahan yang tidak halal(haram) dalam tubuh badan kita akan jadi lemah
dan keimanan akan menurun dengan tidak disedari langsung oleh dirinya.
“Inilah
sikap segelintir belia Islam yang
pandang ringan soal halal dan mudah menerima berita tanpa menilai kesan baik
buruknya berita yang diterima.”Peranan pendidik seharusnya jua memainkan peranan iaitu memberi
pemahaman tentang GST dalam kontek kehidupan harian amatlah penting bagi
generasi muda amnya kontek barang-
barang yang baik serta berpatutan dalam kehidupan seharian serta pandai menyusun menu dalam kontek penyediaan makanan .
“Wahai
manusia, apa yang ada di bumi yang halal
lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya
syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata”(Al-Baqarah
168).
Maksud ayat di atas amat jelas kehidupan dan persekitaran kita perlu
mengamalkan kehidupan yang sempurna(halal) serta menjauhkan perkara yang tidak
halal (haram).
Jom siswa – siswi KUIM renung dan lihat bahan makanan yang kita beli
atau makan di sesebuah restaurant yang
mereka hasilkan . Kita jarang melihat bahan yang terdapat dalam kandungan
makanan yang bertin serta kotak? Inilah masalah manusia hari ini dimana nak cepat terus ambil dan bayar tanpa melihat
akan keperluan seharian serta kebaikan
pada makanan tersebut seperti bahan pengawet, lemak yang digunakan,tarikh luput
pada makanan dalam tin dan pelbagai lagi.
Siswa siswi Kolej Universiti Islam Melaka perlu ingat
bahawasanya badan yang sihat dan minda yang cergas datang dari sumber makanan
yang halal serta berkat bila dimulakan dengan bismillahiramanirahim .
Kedua Penekanan pada siswa siswi ialah bagaiamana kita berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan harian
sesuatu bahan makanan yang dibawah pulang………….adakah perlu beli atau tidak bahan makanan yang berdarah seperti
ayam,ikan,daging dan sebagainya. Harus diingat jika bahan makanan yang berdarah
tidak dibasuh dengan air bersih maka makanan tersebut dikira tidak bersih
dimana akan berlaku keracunan makanan yang di luar jangka .Perbelanjaan hemah
adalah satu cara kehidupan yang sempurna dalam kontek Islam beramal gaya hidup
sihat.
Ketiga siswa/siswi fakulti
Pengurusan hospitaliti KUIM diberi
penekanan ketika masak perlu ikhlas serta memahami tujuan menyediakan makanan
pada tetamu hatta keluarga sendiri. Alat
memasak dan peralatan jua diberi penekanan dari segi campuran bahan makanan
yang halal dan tidak halal ketika digunakan.
Harus diingat dalam Industri
Perhotelan ada pelbagai cabang restaurant yang menggunakan bahan yang halal dan
tidak halal……oleh itu sebagai pusat pengajian Tinggi Islam perlu jua memberi
penerangan dan pededahan awal pada siswa – siswi Fakulti Pengurusan Hospitaliti tentang halal
dalam kehidupan seharian.