Home Novel Travelog DOKTOR LOVE
Bab 9; Farhana Fadzil @ Dr Asmara

     9

Aku@ Farhana Fadhil

“Hari ni tak payah masak-masak di rumah. Kita jalan-jalan je. Kak Far nanti tiga hari lagi akan balik KL. Biar papa tunjukkan tempat papa ni”

Kata-kata papa bagaikan ada lucunya. Baru seminggu di sini, dia sudah melabelkan pulau ini sebagai pulaunya? Kupandang wajah papa. Dia kelihatan segak dengan kemeja-t berkolar berwarna biru cair. Rambut yang bersisir rapi seperti selalu. Satu kebiasaan yang sudah sangat biasa aku lihat, papa memang begitu setiap hari. Cuma, sejak papa menjadi pesara, lebih banyak masa yang dilapangkan untuk keluarga. Dahulu, hari ahad sahaja, papa akan menghilangkan diri di padang golf, tetapi sejak di pulau ini, kata papa, dan tidak perlukan golf lagi. Dia sudah menemui banyak hobi baru! Dan aku masih belum lagi melihat papa keluar menerokai hobi baru yang dia selalu sebut-sebutkan lagi!

“Pergi mana kita?” Soal mama, tersenyum.

“Gunung Raya. Tapi kenalah waktu petang. Malam nanti papa bawa ke Chenang. There’re something special will’be happen tonight.Tengah hari kita ke Tanjung Rhu. Makan tengah hari di sana.”

“Gunung Raya? Tanjung Rhu? Ingatkan an evening at Paris? Atau Tea at New York?” Kak Farina menyoal sambil ketawa. Kupandang wajah Kak Far lagi. Dia bercakap dengan tawa, bermakna dia merasa gembira dengan tempat ini. Entah mengapa tempat ini amat menarik perhatiannya juga. Aku? Aku gembira di sini, Cuma tanpa Wawa dan Fatin, aku agak kesunyian.

“Tempat yang papa nak bawa ni lebih baik daripada Paris atau New York Far. Heaven on earth.Cuma, tak ada Eiffel Tower je.” Papa menjawab dengan ketawa.

Papa terpandang akan wajahku yang berkerut, seperti tidak percaya akan kata-katanya, yang di sini, syurga kepada yang pandai menilai kecantikan pulau ini.

“Betul Adik. Di sini semuanya ada. Walaupun tempat ni sibuk kadangkala terutamanya cuti sekolah, tapi hati papa terasa lapang sangat.”

“Yang paling penting, tiada lagi bumbung orang, dinding orang, dan lantai orang.”Mama menyambung dengan tertawa. Benarlah kata-kata mama, sesiapapun tidak boleh menafikannya. Mama terasa selesa setelah lama berkongsi dinding, bumbung dan segalanya yang mama perkatakan!

Dalam hatiku, entahlah! Banyak yang berumbai-balik. Antara suka dan duka. Semuanya silih berganti. Ada suka dan duka! Walaupun gembira berada bersama papa dan mama, serta Kak Farina dalam seminggu yang akan datang ini, tetapi dalam hati masih ada gundah gulana! Entah, apalah yang menjadikan hatiku bagai disagat sembilu! Pilu! Sendu tanpa sebab! Pasti ada sebabnya, dan entah alasan apakah yang menjadikan hatiku tidak segembira.

“Ala papa, mama, Adik tu adalah sebabnya tu. Dia kena jatuh cinta dengan orang kat sini. Barulah dia ada ‘feel’ berada di sini!” Aku sekadar menjeling tajam ke wajah Kak Farina, dan dia hanya tertawa. Entah apa yang seronok sangat mengenakan aku ketika ini.

“Sayang, jangan selalu muncung-muncung. Sekali muncung tu tak boleh dihilangkan lagi. Kan susah. Lama-lama muncung tu dah jadi macam serigala jadian.” Sekali lagi Kak Farina mengenakan aku! Entah apa anginnya pagi ini, asyik mengenakan orang saja!

Aku masih lagi dengan wajah masam mencuka!Dalam fikiran yang masih lagi keliru! Sukar mahu lepaskan keselesaan di sini, dibandingkan dengan tingal di Kuala Lumpur. Apatah lagi perlu tinggal bersama Kak Azeana, yang pastinya tidak akan sama dengan tinggal bersama mama dan papa. Atau tinggal dengan Kak Farina dengan kawannya, apa juga yang akan terjadi, jika kedua mereka terpaksa keluar kawasan untuk bekerja? Ah keliru! Yang mana satu harus aku pilih!

Tanpa sedar, aku sudah berada dalam kereta. Berada di bahagian tempat duduk di belakang papa sebagai pemandu. Kak Farina pula berada di belakang tempat duduk mama.

“Hai, ada orang tu ‘mabuk asmara’ juga mama?” Kak Farina masih lagi mengusik, menggoncang rasa di jiwa.

Terpandang mama yang berbisik dengan Kak Farina.Aku sengaja hanya berbuat tidak Nampak akan perbuatan mereka berdua. Agaknya mama meminta Kak Farina berhenti mengusik perasaanku. Agaknyalah! Terlihat Kak Farina sudah berhenti mengusikku.

Mungkin dalam sehari dua lagi, akan aku perolehi jawapan yang pasti, apakah tindakan yang harus aku ambil.

A. Kekal di Kuala Lumpur. Pilihan, bersama Kak Azeana, atau Kak Farina.

B. Kekal di sini.

Dan mataku pejam sekali lagi.Cuma merehatkan fikiran dengan berdoa dan berharap, agar aku berupaya membuat pilihan dengan bijaksana.Perbualan mama dan Kak Farina tidak sesekalipun mengganggu pemikiran dan keputusan aku untuk meneruskan pengajianku tahun hadapan. Sesekali senikata lagu Rihanna, Farewell, menderu-deru di hujung telinga. “Farewell, somebody is gonna wish you are here. That somebody is me.” Liriknya sahaja bagaikan menyentuh lagi perasaan sukmaku. Buat sekian kalinya, aku terasa jantungku bagai disentap lagi! Dan sebenarnya, semuanya mengganggu mood aku lagi!

“Cuba Adik tengok tempat ni.Kita dalam perjalanan ke Tanjung Rhu.”

Kata-kata papa menjadikan aku memandang keluar tingkap. Kami melalui sebuah jalan yang bertar. Jalan kelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok Rhu. Angin yang bertiup bagai menderu, mengoyangkan pokok-pokok Rhu yang kelihatan berbaris dengan lurus sepanjang jalan. Sesekali pepohon itu bagai melenggok ke kiri dan kanan jalan.

“Elok buka tingkap. Baru boleh rasa angin di luar ni.” Terdengar suara papa mencadagkan sesuatu. Aneh, dalam keadaan menjelang tengah hari, hampir jam 11 pagi. Tentu panas matahari akan membakar, membuatkan terasa bahang kepanasan.

Dan rupanya, prasangka aku salah sama sekali. Sebaik sahaja cermin dibuka, angin menderu bagai menerpa, menampar wajahku tanpa rasa malu. Sesekali bunyi muzik pokok Rhu yang perlanggaran sesame sendiri, bagaikan muzik sedap yang berirama.

“Far dan Adik dengar muzik tu kan? Sebab itulah Pokok Rhu dipanggil dengan namanya tu, ada bunyi ‘Rhu, Rhu..’ kan?” Mama menyoal menjadikan telingaku lebih peka dengan okestra yang senang dinyanyikan, melodi yang indah yang tidak akan dapat aku gambarkan berlaku di tempat lain.

“Adik! Senyap je. Okaykan tempat ni. Unik.” Papa menyoal seolah mahu aku bersuara.

“Ya papa. Okay.” Segera aku keluarkan Baby Boo aku daripada beg kamera, aku acukan lensa, merakam memori yang indah. Melihat kepada lintuk pokok rhu, hati terasa lapang. Lentuk riuk pepohon bagaikan tarian indah, menghilangkan separuh daripada gundah kelana dalam sukma.

Melihat deretan gerai dan pasir bersih yang mengunjur sepanjang pantai Tanjung Rhu, aku tidak dapat menahan hatiku lagi daripada berlarian di pantainya. Segera aku turun daripada kereta papa dan berlarian di pantai. Kak Farina yang mengikuti dari belakangku, sekadar menjerit dalam kadar perlahan, “Adik, tunggu…”

“Adik, satu pesanan penaja. Apa juga pun yang berserabut dalam fkiran adik, nanti kita selesaikan. Sekarang ni enjoy dulu. Kak Far janji, nanti Kak Far akan dengar apa masalah adik ya.” Pujukan Kak Farina hanya aku sambut dengan anggukkan kecil sahaja.

Ringan sahaja kepala aku mengaku akan kata-kata Kak Farina.Apa juga pun pendapat sesiapapun, yang hanya boleh membuat keputusan hanyalah aku! Hanya aku! Hanya jawapanku sahaja yang boleh menentukan masa depanku, di pulau ini, atau di Kotaraya sana!

Pasir pantai yang berwarna keemasan bagai menyambut mesra, dan berkilauan dipanah cahaya suria yang baru mendaki di dada langit. Pulau-pulau kecil di hujung tanjung bagaikan satu kesamaran yang meminta aku menekanya sendiri.

“Adik nampak tak pulau-pulau yang kelabu di hujung sana tu. Mama kata hujung sana tu negara Thailand.Pulau ni kan sempadan saja dengan Thailand.”

“Thailand?”

“Thailand lah.Negara Siam.”

Lensa terus aku acukan ke hujung sana. Sesekali ombak yang baru sahaja menderu, menunjukkan air baru sahaja mulai pasang.

Mama mulai berjalan menghampiri kami yang leka menyaksikan omabk yang memutih di hujung tanjung sana.Ternampak sebaris pasir memutih bagaikan benteng menuju ke sebuah pulau kecil.

“Adik dan far Nampak benteng pasir tu?”

“Ya, kenapa mama?”

“Kalau air surut, kita boleh jalan sampai ke pulau tu. Sekarang ni air tengah pasang, jadi ada pusaran. Disebabkan tanjung Rhu ni banyak pulau, ada pusaran di tengah.Cuba tengok di tengah tu, ada banyak pusaran, air macam berbuih, warna putih.”

Dua pasang mata terus memandang kepada arah pusaran yang dikatakan mama.Memang benarlah kata mama, pusaran air tidaklah begitu jelas, tetapi boleh napak buih-buih putih di atas putaran ombak yang berpusar dan berputar berulang kali.

“Bahaya tak mama?”

Mama mengangguk. “Ni lah yang orang luar tak tahu. Pantai ni Nampak macam tak bahaya. Matapun sedap memandangkan. Tapi kalau mandi waktu macam ni, pusaran tu menjadikan badan kita berputaran, susah bernafas, dan boleh jadi lemas macam tu, walaupun orang tu pandai berenang.Dah banyak kes di sini.”

“Habis tu, tak de pun amaran jangan berenang ketika air pasang?” Segera persoalan bersarang di hatiku. Jika situasi air pasang boleh mendatangkan bahaya kepada pelancong terutamanya, sepatutnya ada peringatan dan ingatan.Dengan kata yang lebih jelas lagi, ‘tanda amaran’ kepada mereka yang kurang mahir tentang keadaan pantai Tanjung Rhu ini.

“Itulah. Itu juga yang Kak Far tengah fikir juga ni.”

“Itulah. Mungkin Far boleh tulis rencana, bagaimana bahayanya pantai ni kepada majlis Bandaraya ke? Tulis rencana di akhbar ke?”

“Tak semudah itu mama. Kena ada bukti. Kena kaji kes. Begitulah.”

Mama mengangguk-angguk. Aku masih lagi menyaksikan pusaran air yang mama katakana. Bagai tidak percaya di bawah lapisan air yang Nampak sahaja tenang, terkuci kebinasaan jika kita tidak ketahuinya. Dalam rahsia ciptaan Allah, tersembunyi banyak rahsia alam.

“Jomlah ke sana, papa nak pesan makanan.”

Aku mengikut Kak Farina menuju ke meja yang diperbuat daripada kayu. Bangku panjang yang disediakan juga diperbuat daripada kayu. Bumbung yang beratapkan daun kelapa kering bagaikan memayungi kami daripada sinar terik matahari. Angin tengah hari, seakan menyejukkan tubuh yang mulai kepanasan disimbah cahaya pagi.

“Lepas makan, kita balik rumah sekejap. Lepas asar papa bawa pergi makan di Gunung Raya.”

“Tak payah baliklah papa, kita ronda-ronda je. Far bukannya lama di sini. Dan dua tiga hari, kena balik KL.” Cadangan Kak Farina ada baiknya.

“Bagi Adik lima minit. Adik dan ronda-ronda dan ambil foto.”

Aku tinggalkan Kak Farina sedang ligat berbual dengan papa dan mama. Sebaliknya, selepas menjamah makanan yang tidak kurang lazatnya, aku segera menyambar Baby Booku dan mengabadikan memoria yang cantik, seluas pandangan mata di Tanjung Rhu. Tempat ini memang menakjubkan. Pasirnya mulus, bagaikan terletak sebujur jauh teratur daripada hujung sana ke hujung sini, seolah menganjur terletak molek, putih dan bersih. Butiran pulau yang terletak tidak jauh seolah mencantikkan lagi kanvas ciptaan Ilahi. Warnyanya hijau, seolah menyegarkan langit yang diwarnai dengan warna biru yang lembut.Tompokan awan memutih, seolah ditampal di dada langit. Indah!

Ombak pantainya berbunyi seolah muzik yang indah, berdesir bagaikan nyanyian asyik di telinga. Muzik dengan nada yang tinggi rendah bergantian, asyik sekali! Apalah Kuala Lumpur jika mahu dibandingkan dengan tempat ini! Seolah syurga dunia yang tiada galang gantinya.

Andai bicara tentang ‘ombak’, dan ‘pantai’, juga berbicara tentang Gunung dan angin syahdu, di pulau ini, ada semuanya!

Dan petang silih berganti. Kami dibawa menuju ke Gunung Raya seperti yang dijanjikan mama dan papa. Jalanrayanya agak bersimpang siur, kepalaku menjadi pusing. Pening dan meloyakan juga!

“Kenapa Adik? Muncung semacam saja?”Mama mula menyoal. Barangkali wajahku mempamerkan muka yang mencuka di cermin hadapan kereta papa.

“Pening mama. Jalan pusing-pusing.”

Mereka hanya ketawa. “Buka cermin tingkap. Papa tutup aircord. Sedap udara di sini.”

Angin petang yang menerpa melegakan sedikit kepala yang masih berousing-pusing. Pepohon yang hijau, ada yang ketinggiannya mencecah puluhan meter. Sesekali pokok yang berdaun merah dan jingga, menggamit jemariku dengan menekan butang kamera, mengabadikan foto mereka.

Dan akhirnya, setelah lama berputaran, menambah sakit kepalaku, kami tiba di puncak Gunung Raya. Aku melangkah dengan wajah yang masih mencuka, aku kira, ekoran kepalaku yang masih lagi berat dan sarat! Jemariku menayangkan muncung lensa ke muka pintu Hotel D’Coconut Hill Resort di Gunung Raya, dan seolah ternampak seorang lelaki berdiri di situ. Masih menunggu dia beredar, sebaliknya dia masih berdiri di situ. Seorang jejaka dengan kemeja kelabunya. Dan jemariku menekan butang, mengabadikan foto jejaka itu seolah lagak seorang paparazzi.

Dan Gunung Raya dengan angin yang ramah, menyambut kami dengan senyuman. Cuma, senyumanku yang masih mahal untuk dilemparkan di sini.

Dan lagu ini, bagaikan menari dengan iramanya dalam sukmaku,

When you're down and troubled
And you need a helping hand
And nothing, nothing is going right
Close your eyes and think of me
And soon I will be there
To brighten up even your darkest night...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh (NORA ISMA FUAD)Noor arbaiah ismail