Salam...
Sudah lama tidak menulis di Ilham ini. Mungkin kerana kekurangan Ilham. Dalam sela waktu yang terbatas antara kerja dan minat saya menulis tentang satu kisah. baru beberapa Bab sudah di tulis. belum habis lagi kisahnya. Belum di edit lagi. Kisah manusia biasa yang menempuh perjalanan yang luar biasa. Seorang yang bercita-cita kecil merasai kembara yang besar.
Ini kisah Hirzan, anak kampung yang terusir dari kampungnya. Tiada kelulusan yang tinggi. Kerana desakan untuk hidup dan mencari rezeki untuk Isterinya yang sarat mengandung dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Dengan Harapan yang besar. Penghijrahannya membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia terperangkap dalam sindiket Dadah terbesar di Malaysia. Tiada jalan keluar. Hirzan sedar jika jalan ini di pilih tali gantung menjadi pengakhiran hidupnya. Dia nekad. Tapi Sindiket itu lebih dahulu memerangkapnya.
Tugasan menjadi Keldai Dadah adalah arahan terakhir sindiket itu jika dia mahu bebas. Sebaik sampai di Amerika dia tertangkap dan di penjarakan. Dia sedar rupanya dia telah di aniaya oleh Sindiket itu. Dendam membara di hatinya. Hidup di penjara benar-benar menyeksakan. Kerana satu kejadian dia terlepas dari penjara. Bermulalah perlarian yang panjang untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Hirzan bukalah seorang hero seperti cerita saya yang lain. Dia anak muda yang biasa tetapi terlontar ke tempat yang luar biasa. Kerana menempuh perjalanan tidak terduga mengubah seratus peratus anak kampung ini. Matlamat hidupnya kembali ke pangkuan Isteri dan anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Sindiket itu perlu di musnahkan terlebih dahulu sebelum lebih ramai menjadi Keldai Dadah mereka.....kembara Hirzan baru bermula.