Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 47

SEBAIK saja perut diisi dengan pelbagai makanan. Yazir mengajak Indira untuk mengambil angin di belakang halaman rumahnya. Dari tadi senyumannya tidak lekang dari bibir. Dia bagaikan bermimpi ketika ini, si gadis pujaan berada di sisinya. Berbunga-bunga hatinya.

"Dira... I betul-betul cintakan you, sayang. I nak sehidup semati dengan you. You tinggalkan Qarizh. I merayu sangat dekat you. I janji lepas you mintak cerai dekat Qarizh, I takkan sakiti you lagi. I akan jaga you. I janji."

Yazir mengangkat tangannya. Bersungguh-sungguh menjanjikan kata-katanya itu. Macamlah Indira nak ikut permintaannya itu. Dia sudah berkahwin. Dan hatinya hanya untuk Qarizh. Tiada orang lain yang boleh menggantikan suaminya.

"Kenapa kau terlalu obses dengan aku? Aku rasa aku tak ada apa-apa keistimewaan apa-apa pun. Ataupun kau sengaja buat macam ni sebab kau tak boleh tengok Qarizh lebih daripada kau, kan?" Sinis nada suara Indira meneka isi hati Yazir yang sebenar. Dia tak percaya yang Yazir terlalu mencintainya. Lelaki macam Yazir ni, perempuan keliling pinggang. Tak pernah serius. Lihat dari muka pun sudah tahu.

Air muka Yazir berubah keruh. Namun sedaya-upaya dikawal agar Indira tidak perasan. Memang dia buat semua ni kerana tidak boleh melihat Qarizh yang lebih daripada dia. Dari dulu sampai sekarang, semuanya Qarizh. Qarizh saja yang mendapat apa yang dimahunya. Sedangkan dia? Merana. Menderita bersama si ibu. Qarizh hidup dalam keluarga yang bahagia. Dia pun mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Kerana itu, dia tekad untuk merampas apa yang Qarizh ada. Qasrina sudah disingkirkan dari hidup Qarizh. Giliran Indira pula.

"Kenapa kau tak jawab soalan aku?" Indira mendesak. Dia tahu apa yang sedang bermain di dalam hati Yazir ketika ini. Mesti lelaki ini sudah merancang untuk mengulangi perbuatannya dua tahun lepas. Fikir dia akan mengaku kalah macam tu saja? Memang tidaklah. Sebelum Yazir mahu menyentuh badannya, bersiap-sedialah dengan aksinya nanti. Tunggu masanya...

"Tak baik sayang tuduh I macam tu. I ikhlas mencintai you. Kalau tak, I takkan segila ini untuk dapatkan you. I memang sukakan you dari pertama kali kita jumpa. You ada satu aura yang I sendiri tak dapat nak jelaskan macam mana. Hanya I saja yang tahu."

Hujung bibir Indira terjongket naik. Sinis. Klise sungguh ayat romantis yang diungkapkan oleh Yazir. Langsung tidak menyentuh hatinya. Lainlah kalau Qarizh yang ungkapkan kata romantis itu. Pasti hatinya berbunga-bunga. Senyumannya takkan lekang dari bibir.

"Aku tak percaya kata manis lelaki macam kau, Yaz."

Yazir mengetap bibirnya. Pergelangan tangan Indira dicengkam kuat. Nampaknya gadis ini hanya berpura-pura senang bersama dengan dia. Fikirkan Indira memang sudah jatuh hati dengannya. Nampaknya dia silap tafsir.

"Kau nak buat apa dekat aku?"

"Kita main macam dulu. Itu yang I rindukan sekarang ni, sayang. I ingat you ikhlas dengan I. Rupanya you berlakon saja."

Indira melepaskan tawa kecil. Kepala diangguk sekali. "Aku tak sangka yang kau ni boleh tahan bodoh jugak, eh."

"What?" Tinggi nada suara Yazir. Dia tak percaya yang Indira boleh berkata begitu kepadanya. Perempuan ini sudah lupa ke apa yang dia dah buat dua tahun lepas? Tak serik lagikah?

"You memang rindu dengan belaian dan sentuhan I, kan? Sebab tu you nak cabar I sekarang ni."

Indira tersenyum. "Buatlah kalau berani. Nak bawa aku masuk bilik kau? Dipersilakan. Aku tak takut pun dengan kau, Yaz. Kau silap nilai aku. Mungkin dua tahun lepas kau boleh memperbodohkan aku sebab waktu tu aku tak fikir panjang. Tapi sekarang, jangan haraplah kau boleh buat benda yang sama dekat aku masa ni." Tenang saja Indira membalas kata-kata Yazir. Berkobar-kobar dia ingin melawan Yazir. Tangan dan kakinya sudah gatal dek tidak sabar mahu menonjolkan aksi yang terpendam.

"Auch! Jangan kasar sangat, bro." Sengih Indira. Dikerling ke arah pergelangan tangannya yang dicengkam kuat oleh Yazir. Nampaknya lelaki ini memang cabar dirinya.

"You memang tak serik, kan? Okey, tak apa. I akan sahut cabaran you!"

"Kau memang lelaki tak guna, Tengku Yazir." Sinis Indira membalas. Tubuhnya sudah berada di atas bahu lelaki itu.

"You yang buat I jadi lelaki tak guna. Kerana I tergila-gilakan you. I akan buat you sampai jadi milik I. Kalau you tak nak tinggalkan Qarizh, biar I yang buat dia tinggalkan you." Omongan Yazir berbaur ugutan. Bibirnya tersungging sebuah senyuman sinis. Terbayang apabila lelaki itu meninggalkan Indira. Tak sabar rasanya....

"Jangan berharap sangat. Takut kau yang kecundang teruk nanti. Aku tak nak bertanggungjawab. Jangan bunuh diri sudahlah. Sendiri yang terseksa. Bukan kita orang."

Yazir melepaskan dengusan kasar. Indira sengaja meronta-rontakan tubuhnya saat Yazir sedang berjalan melepasi kolam renang.

Kedebush!

Kedua-dua mereka tumbang ke dalam kolam renang. Indira dengan segera melarikan diri daripada Yazir. Dipanjatnya tangga kolam renang itu. Namun, Yazir boleh dikatakan tangkas juga. Dia menarik hujung baju Indira dari belakang sehingga gadis itu terjatuh semula ke dalam kolam renang. Bergelut mereka di dalam kolam renang itu.

Yazir menolak belakang kepala Indira sehingga bibir mereka bersentuhan. Dengan rakusnya dia mencium bibir lembut itu.

"Arghhhhh!" Yazir memalingkan wajahnya apabila Indira mengigit bibirnya sehingga luka berdarah. Boleh tahan tajam juga gigi gadis itu. Masak dia macam ni. Itulah padahnya memaksa orang. Sendiri yang mendapat.

"Jijik aku dengan kau. Lelaki kotor!" Indira menepis air kolam renang dengan kasar sehingga terpercik ke wajah Yazir.

"Lepaskan akulah. Aku tak nak dengan kau. Sedarlah diri tu!" tempik Indira dengan kuat. Wajah Yazir dipukul-pukulnya beberapa kali sehingga meninggalkan kesar calar. Indira kali ini, memang betul-betul melawan. Takkan sesekali dia membiarkan lelaki itu melemahkan dirinya.

"Indira!" jerit Yazir.


"ABANG QAR kita dah sampai. Abang yakin ke kakak ada dekat sini?" Dibuang pandangannya ke arah sebuah rumah agam yang terletak tidak jauh dari situ.

Qarizh sekadar menganggukkan kepalanya. Dia hanya mengikut kata hati. Hatinya kuat mengatakan yang Indira diculik oleh Yazir. Hanya lelaki itu saja yang bermati-matian mahukan isterinya. Tak ada orang lain lagi.

"Alamak...," gumam Haura perlahan. Bibirnya digigit lembut.

"Kenapa?" Kening Qarizh terjongket sebelah.

"Abang Kizo misscalled Haura nak dekat 30 kali. Abang Saif dengan Abang Aditya pun sama. Matilah Haura macam ni."

"Jangan risau. Aku akan bertanggungjawab nanti. Kau dah tolong aku ni pun dah cukup bagus, Haura. Aku berterima kasih sangat dekat kau sebab sanggup risikokan diri kau untuk aku. Jujur, aku mula sayangkan kau sebagai adik aku sendiri. Setiap kali aku tengok kau, mesti aku akan teringatkan arwah adik aku." Jujur Qarizh. Ditenungnya anak mata coklat perang milik Haura Sahirah itu. Memang tak dapat dinafikan. Haura memiliki rupa paras yang cantik.

"Haura buat demi Kak Dira. Haura tak nak tengok dia tersakiti lagi. Haura sayangkan dia walaupun baru sekarang kami nak rapat. Abang Qar kena kuat lawan musuh. Selamatkan Kak Dira. Jadi hero dia. Haura akan backup abang dari belakang."

Qarizh mengusap bahu Haura sebelum kepalanya dijatuhkan sekali. "Terima kasih, Haura. Kau tunggu sini. Apa-apa call aje abang kau Si Saif tu. Mintak dia orang datang ke sini untuk bantu kalau aku lama sangat tak keluar dari rumah tu."

Haura angguk. Kereta dinyahkunci. Segera Qarizh keluar dari perut kereta sambil mengisi beberapa biji peluru ke dalam Glock 18 yang sememangnya dibawa oleh Haura. Cerdik betul adik Si Kizo dengan Saif ni. Memang boleh pakai.

"Abang, please. Hati-hati," pesan Haura ke arah Qarizh yang sudah mahu melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Qarizh toleh sekejap. Mengangguk. Dipandang semula pagar yang tidak ditutup rapat. Segera dia menolak pagar itu sehingga dapat meloloskan dirinya masuk ke dalam. Terjengah-jengah kepalanya memerhatikan kawasan sekeliling. Bertindak berjaga-jaga.

Haura melepaskan keluhan panjang. Satu hal pula nak kena hadap Si Kizo nanti. Habislah dia nanti. Demi Qarizh dan Indira, dia sanggup buat apa saja. Janji kakak kesayangannya tidak apa-apa.

Tok! Tok!

Terkejut Haura apabila ada seseorang mengetuk cermin keretanya. Tangannya naik mengurut dada yang sedikit berombak laju. Orang ni nak bunuh dia agaknya. Haish!

Teragak-agak dia mahu menurunkan tingkap. Kalau dibuatnya orang di luar ni, anak-anak buah Yazir macam mana? Habis dia seorang di sini. Memang dia ada skil nak berlawan. Tapi kalau ramai macam mana? Penyek dia nanti.

Mungkin lelaki itu tahu dia takut hendak menurunkan tingkap. Hud yang berada di kepalanya ditolak separuh ke belakang. Kelihatan wajahnya yang berkerut nipis merenung ke arah Haura.

"Lah, Abang Riel rupanya. Ingatkan siapa. Buat terkejut orang sajalah. Eh, kejap. Macam mana...."

"Tak perlu kau tahu. Qarizh mana?" Laju saja Airiel mencantas percakapan Haura. Sudah sekian lama dia menghilangkan diri dek menguruskan hal peribadinya, kini dia muncul kembali setelah mendapat berita daripada Saif.

"Dia dah masuk dalam. Baru aje. Abang nak masuk dalam jugak ke?"

Airiel tidak menjawab. Pandangannya dialihkan ke arah rumah milik keluarga Yazir itu. Bibirnya diketap perlahan. Qarizh memang suka bertindak seorang diri. Apa gunanya ada anak-anak buah. Mamat ni memang nak kena.

"Aku nak masuk dalam. Kau alert keadaan sekeliling kau. Yazir ramai anak buah," pesan Airiel kepada Haura sebelum dia berlari anak masuk ke dalam rumah agam itu.

Terkebil-kebil Haura dibuatnya. Sudahlah tiba-tiba menjelma. Begitu pantas lelaki itu menghilang sebaik saja meloloskan diri masuk ke dalam rumah itu. Garu kepala Haura dibuatnya. Pening, pening. Nak tak nak, dia kenalah beritahu Saif. Abangnya itu walaupun acah-acah mafia tapi masih lagi ada sisi kelembutan. Kalau dengan Kizo, jangan haraplah. Silap hari bulan, melayang tubuhnya keluar dari Malaysia. Uish, jauhkan....

Tut...

"Hah, Haura! Adik dekat mana?" Cemas nada suara Saif di hujung talian.

Haura menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Boleh pekak dia mendengar jeritan si abang. "Abang tolong bawa bertenang. Adik okey saja. Adik nak beritahu abang yang adik dekat depan rumah Yazir ni. Abang Qar dengan Abang Riel dah masuk dekat dalam. Tinggal adik saja yang duduk dekat dalam kereta ni. Abang and the geng bolehlah datang sini sebab Abang Qar ada pesan tadi."

"Okey, okey. Nanti abang dengan yang lain datang ke sana. Adik ni suka buat abang cuak, kan? Tahu tak yang...."

"Ya, adik tahu. Abang Kizo tengah panas dengan adik, kan? Abang Qar dah janji yang dia akan bantu adik nanti. Don't worry. Adik terima saja. Lagipun, adik yang nak tolong dia orang."

Kedengaran Saif melepaskan nafas perlahan.

"Okey, abang akan ke sana. Please stay safe. Jangan leka," pesan Saif kepada adik kesayangannya yang seorang itu.

"Ya, abang. Don't worry. Cepat sikit datang sini."

Saif mengeyakan. Segera dia mematikan talian. Diajaknya kawan-kawannya yang lain bergerak ke rumah Yazir. Sempat lagi, dia memberitahu Kizo dan Izz tentang keberadaan Qarizh sekarang.

"Qarizh ke sana?" soal Izz dengan keningnya yang terjongket tinggi. Macam mana adik iparnya itu boleh tahu keberadaan Indira? Ke lelaki itu sekadar mengikut kata hatinya?

"Ya, Haura sendiri beritahu saya. Dia ada cakap yang Qarizh dan Airiel dah masuk dalam rumah tu. Saya yakin yang dia orang akan bergelut. Jadi ada baiknya, kita bertindak sekarang."

Izz mengangguk. Kizo hanya mendiamkan diri. Dia mengerling ke arah Hilmi yang berdiri di sisi Adiyan. Sempat lagi, dia menjeling. Benci sungguh dia pada Hilmi dan Adiyan. Dia memang anti dengan pengkhianat. Langsung tak diberi peluang kepada pengkhianat yang sudah pun berubah. Pada dia, sekali dah buat silap. Selamanya akan buat silap.

"Kita gerak sekarang. Kizo kau suruh budak-budak yang lain standby. Malam ni juga, kita kasi habiskan Yazir tu. Aku dah tak boleh nak biarkan dia lagi. Kalau dibiar lagi, makin teruk jadi budak tu."

Kizo angguk. Akur dengan arahan Izz. Diajaknya Aditya untuk naik satu kereta dengannya. Manakala yang lain akan naik kereta Izz dan juga Saif.

"Dari tadi aku nampak Kizo tu duk jeling-jeling dekat kita. Ke dekat kau? Tapi macam aku yang terasa sekali. Kenapa?" bisik Adiyan kepada Hilmi sambil mengekori langkah Saif dari belakang.

"Dia tak suka aku dengan Haura," balas Hilmi tanpa memandang Adiyan yang berada di sebelahnya.

Terkebil-kebil Adiyan memandang Hilmi yang sudah melangkah jauh daripadanya. Jari naik menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal.

Hilmi memang suka Haura, kah? Ketat saja mukanya bila dilarang berhubung dengan gadis itu oleh si abang.


Previous: BEM 46
Next: BEM 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza