Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Si Gadis Pembunuh
Maryani Zailani
11/11/2022 09:44:42
26,598
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Sinopsi

Beberapa karya lukisan dilarikan secara misteri di Galeri Seni Antonio menarik perhatian beberapa pihak. 

Aniq Zafran, penyiasat muda yang sudah menjangkakan kejadian itu. Amanah yang dipegang menyebabkan dia tidak pernah berputus asa untuk mengikuti perkembangan kes kehilangan karya lukisan di galeri terbabit.

Michael Angle seorang insan terbuang jiwanya tertarik dengan karya dilaporkan hilang dalam kejadian pecah tersebut yang mempunyai kemiripan dengan motif rekaan gelang tangan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pencarian maklumat mengenai kejadian itu dipenuhi dengan gangguan yang tidak diketahui puncanya.

Kidman, sang pencuri karya yang tidak menyangka kegiatan mereka diganggu seseorang. Juga, seorang pencinta yang kecundang dalam merebut seorang wanita bernama Manisah daripada sahabatnya sendiri, Zainuddin. Mati hidup semula, mustahil untuk mendapatkan cinta wanita itu.

Tanpa mereka sedari, kejadian di Galeri Seni Antonio merupakan permulaan kepada pembalasan dendam yang tersimpan rapi selama ini. Mereka yang terlibat sentiasa dihantui dengan dosa-dosa lampau.

“Kau fikir dengan cara membawa aku keluar dari rumah ini, mampu menyingkirkan aku selamanya?” – Si gadis pembunuh

“Macam mana perasaan kau agaknya di alam sana melihat aku menjadi satu-satunya permaisuri tunggal dalam istana ciptaan kau?” – Mawar

Sekembalinya seseorang yang dipercayai sudah meninggal dunia, semakin merumitkan keadaan. Masing-masing dihidangkan dengan ilusi mengelirukan minda. Kebenaran terbongkar seiring dengan berjalannya waktu.


Previous: Bab 3
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.