Wanita ituberhenti, dia tidak lagi menulis diari. Hanya cara lama untuk dia menyimpankenangan, biarlah buku itu menjadi kenangan. Dia menoleh ke arah luar tingkap. Memikirkan soal Ayumi.Ya! Anak itu akan diberi nama Ayumi.
Wanita itu kemudiannya berpaling wajah,menyambung diari ringkas tentang apa yang terbuku di hatinya.
“Aku berjayakahwini Arif. Aku berjaya! Dia adalah yang selayaknya. Aku percaya dia akanmenguruskan zuriatku. Dan aku mahu keturunan dari zuriatku. Apa yang perlu akulakukan, telah aku lakukan, sekarang giliran Arif untuk menjaga Ayumi dengansebaiknya.”
Wanita yangbernama Ratna itu bangkit dari kerusi, menutup diarinya. Dia berjalan ke tepitingkap. Diari itu hampir siap. Banyak yang perlu diubah tentang diri Arifsebagai seorang ayah. Yang pasti, dia telah menyiapkan suaminya sebelum hariitu datang!
Hari yangdinanti penuh debaran. Hari yang dirasakan paling malang. Satu-satu rancangantelah tersusun rapi dan lengkap, semua terkandung di dalam diari yang telahsiap dikarang.
Wanita itumelihat ke luar jendela, dari luar, kelihatan lampu jalan semakin samar, malahada yang malap terus. Dia kemudian duduk memeluk tubuh dengan kedua kakidirapatkan ke dada. Dia bersendirian. Dia sudah tidak ada lagi sebarangperasaan. Satu masa nanti, Arif perlu memilih. Ya! memilih
Memilih dia atau Ayumi!
Kerana salah satu dari mereka perlu mati!