ACT 1: Part 7
SEPANJANG petang, Mior berseorangan di bilik stor busuk itu. Gelap. Berseorangan, dan kebas punggung. Kepala ditolak-tolak ke belakang, menghasilkan bunyi sendi patah pada tulang. Lega sedikit sengal di leher.
Romancinta – Mojo dinyanyikan kerana bosan. Bila hilang mood, Mior merenung gelap dengan penuh bosan. Satu-satunya yang menjadi arah pandang ialah cahaya yang memancar dari sebalik ruang pintu. Namun cahaya itu tidak sampai padanya.
Aki dikenali kerana mereka pernah ditahan di boys home. Kuro... Kuro.... Lelaki sasa itu menjadi kawan Aki sejak kedua-duanya bergelar freshman di university yang sama dengannya, dan seterusnya dikenali kerana selalu membantu Aki membalas dendam padanya.
Mata dipejam. Bunyi lagu Nirvana terasa memekak di telinga. Suara jerit Babamok – ayahnya mengiringi alunan band metal tersebut. Libasan tali pinggang pada tubuh menimbulkan denyut dan sakit, dan tangisan ketakutan Farha menimbul kemudian, mengganti suara marah Babamok.
Mior – enam belas tahun, melangkah ke biliknya sendiri sambil menahan pedih di seluruh tubuh. Farha, adiknya yang berumur dua belas tahun dilihatnya sedang mengintai di sebalik pintu dengan muka basah. Baru lepas menangis. Mior tersenyum kecil.
"Kau dah kenapa nangis-nangis?"
"Kenapa ayah marah kita sebab dapat A dalam peperiksaan?"
"Sebab ayah unik." Pintu bilik Farha ditolak, dimasuki. Mior melabuhkan duduk di katil si adik. Si budak yang berdiri di pintu sambil memicit-micit jari dipandang. "Kau dah makan?" soalnya. Farha pada ketika ini juga sedang dihukum berlapar kerana alasan yang sama dengannya, dapat A dalam peperiksaan.
"Belum..."
"Kau nak ikut aku keluar?"
"Nanti ayah marah kita langgar arahan dia."
"Dia marah kita ikut arahan dia, bukan langgar." Tangan adiknya dicapai, lalu ditarik keluar. Farha mengekori lambat-lambat.
"Kenapa ayah unik, Mior?"
Kunci Ford Focus diambil. Itu kereta terbaru yang ada dalam kediaman mereka. Setahu Mior, ayahnya seorang yang berjaya. Memiliki ramai pekerja, dimana semuanya lelaki dan ganas-ganas belaka. Tapi tidak pernah memiliki pejabat, kerana pejabat bisnes si ayah berada di bawah meja.
Enjin Ford Focus dihidupkan. "Kau bayangkan. Kalau kita dapat A, kita disuruh masuk sekolah asrama. Disuruh masuk universiti. Nanti kerja duduk dalam bilik, belajar. Jadi nerd. Ayah tak perlukan nerd. Ayah nakkan orang yang boleh uruskan semua anak buah dia nanti."
Farha mendiam. Ford dipandu membelah jalan. Laju. Mencari seronok. Melepaskan tekanan. Hingga menarik perhatian polis kerana memandu melebihi had laju. Farha terjerit cuak. Mior tergelak teruja. Radio dipasang, kebetulan menyanyikan Nirvana. Sampai di sebuah pasar basah, seorang makcik tiba-tiba memuncul di sebalik barisan kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Farha memekik lagi, terkejut bila tubuh tua itu dihentam bumper kereta, terhentak ke cermin hadapan dan terus tergolek, terpelanting ke belakang kerana kereta masih tidak berhenti.
Ketawa Mior mati. Mencerlang matanya memandang cermin pandang belakang. Brek perlahan-lahan ditekan.
Farha juga menoleh, namun tidak mampu melihat apa-apa disebabkan orang awam semakin penuh di tempat kejadian. Bahkan kereta polis juga berhenti mengejar kerana kemalangan yang tidak disengajakan itu. Kereta yang memperlahan kembali melaju bila Mior perasan ada orang awam yang menuding jari ke arah mereka.
Lari!!
Sampai di rumah, Babamok ternampak darah pada keretanya. Bila disoal, Mior dan Farha menjawab takut-takut. Berbanding marah, Babamok tergelak kuat. Jangan takut katanya. Kereta itu kereta curi. Nombor plat dah ditukar. Polis takkan dapat menangkap selagi Mior dan Farha menutup mulut. Mana-mana insan yang cuba nak melapor akan ditutup mulutnya oleh Babamok sendiri.
Dan Mior mendapat usapan di kepala pada hari itu. Takut iya, cuak pun iya, tapi rasa bangga lebih menimbul kerana akhirnya si ayah memujinya dengan ikhlas.
CAHAYA lampu tiba-tiba menerangi alam. Mior memejamkan matanya erat. Menahan pedih. Mata dipejam kelip beberapa ketika, membenarkan retina menyelaraskan diri dengan perubahan cahaya. Bahunya tiba-tiba ditekan kuat.
"Mior!! Baik kau bagitau aku betul-betul apa yang ada kat rumah tu!!"
Dengan mata sebesar garisan, muka Kuro yang menerjahnya cuba dipandang. Kabur gila. "Kau dah kenapa menjerit tiba-tiba..."
Kuro mendengus. "Sorang kawan aku terbunuh kat rumah tu!"
"Bila?"
"Baru kejap tadi!"
"Heh. Siapa bunuh? Aki? Farha?"
Dengusan kasar terlepas lagi, lalu Kuro mencekak kolar baju lelaki itu. Mior, setelah penglihatannya pulih sepenuhnya, memandang Kuro dengan pandangan kosong.
"Cuma sekejap kitorang berpisah. Cuma sekejap kitorang berasingan. Kau dengan Farha pergi berkali-kali tapi takda apa yang terjadi. Kenapa bila kitorang pergi, benda buruk terjadi?!"
"Mana la aku tau. Kau buat apa sampai penunggu tu marah sangat dengan korang? Kau curi emas ke... curi barang peribadi dorang ke... rogol Farha dalam tu ke..." Tanda lahir di tulang kolar Kuro dipandang. Berkerut dahinya. Serta merta ingatan dibalik pada kejadian di balai polis...pada keluarga mangsa yang memarahinya kerana telah membunuh seorang emak kepada lima beradik. Wajah berjambang di hadapannya kini dipandang bersama nafas sendat.
Dia ialah anak makcik tu...??
Kuro terdiam. Kolar baju Mior dilepaskan dan dia keluar.
Mior mendengus. "At least bagi la aku berjalan sikit oii!! Naik semun dah punggung aku!!"
Namun jeritan itu ditenggelamkan oleh pintu stor yang kembali bertutup rapat.
PEDULIKAN jeritan dari stor, Kuro beralih pada Aki yang membelek diari di atas meja. Punggung dihempas kasar ke sofa. Rakannya yang patah tangan itu menjeling.
"Kau nak ambik wuduk dulu? Solat dulu?"
Nafas ditarik dalam. "Kau percayakan hantu ke Aki?"
"Aku dah jumpa seekor hari tu. Tapi sekarang aku dah tak sure aku bermimpi atau benda tu memang benar-benar wujud." Diari terus diselak dan diselak. "I mean... man... apa kita nak jawab kat mak Coral?" soalnya sambil menoleh pada si kawan.
Nafas dalam dilepaskan panjang sambil dia menolak kepala ke belakang. "Mior tak tahu menahu pasal benda yang ada kat rumah tu."
"Tell me about it. Farha masih tak hilang terkejut. Aku suruh dia tidur dalam bilik, biar lega jantung yang dah meletup tu."
"Mior cakap maybe sebab kita buatkan penunggu tu marah."
Aki menoleh lagi. "Pasal kita jumpa mayat dia dan ambik diari ni?" Diari berkulit merah itu ditunjuk. Kuro menjungkit bahu. "Aku rasa, lebih baik kita tutup hari ni dengan jazakallah, solat, carik semangat, kembali pada yang Esa. Kita dah penat. Kita terlalu terkejut. Apa-apa yang terjadi, ada sebabnya." Diari ditutup dan Aki bangkit.
Si kawan yang beralih ke bilik air dipandang kosong. Deruan nafas yang tak keruan di dada dibuang lagi buat kesekian kali. Sebal. Sesal. Sedih. Bersalah. Semua perasaan negatif bercampur aduk. Diari merah itu ditarik dari tengah meja dan dibuka halaman pertama. Sebuah kalendar 1995 menjadi benda pertama yang dilihat. Pemiliknya bernama Aminah, seorang gadis belasan tahun.
"What the hell are you... vengeful spirit? Atau sekadar psychotic murderer..." soal Kuro bersama helaaan nafas penat.
KURO dan Aki tertidur di sofa sepanjang malam. Bila bangun keesokan harinya, Mior tengah menjerit-jerit di dalam bilik stor kerana nakkan air minum, makan, berak dan kencing. Aki baru nak membantu namun Kuro menghalang.
"Manusia boleh aje tahan minum sampai tiga hari. Takkan baru sehari dah give up. Lembik," omelnya sambil menggosok gigi di depan pintu stor.
Mior mendengus. "Nanti aku berak kencing kat sini, padan muka kau."
"Padan muka kau sebab hidup dengan berak kencing kau sendiri. Kalau aku, aku tak kisah. Pintu boleh aje ditutup." Daun pintu ditarik, baru nak menutup.
"Okay! Okay!! Apa dia yang korang nakkan dari aku! Aku bagitau!"
Kuro dan Aki bertukar pandang, lalu sama-sama tersenyum. "Kau tunggu kejap. Aku nak mandi, nak makan, tukar baju. Nanti lepas badan dah segar, kitorang datang balik kat kau." Kuro memberi sengih busuk.
Aki menganggukkan kepala berkali-kali sambil mengukir senyum pada tawanan mereka. "Sebab tu aku lebih suka berkawan dengan dia berbanding engkau," sengihnya.
Mior melepaskan jerit marah hingga tenggelam di sebalik daun pintu yang tertutup rapat.
MASUK tengah hari, Mior masih tidak dilawati. Farha yang dah pulih dari rasa terkejutnya semalam sedang berbual dengan si ibu dalam telefon di dapur. Aki sekadar merenung di sebalik pintu, sebelum menoleh ke luar bila terdengar bunyi kenderaan masuk.
Itu Kuro, dengan lauk pauk untuk makan tengah hari.
"Aku jumpa Flora dengan Nat," lapornya sambil menyerahkan plastik berisi nasi dan lauk pada Aki.
"Dorang tanya pasal Coral?" soalnya. Sememangnya mereka mengenali kenalan-kenalan gadis bidayuh yang dah arwah itu. Macam friends of friend dalam Facebook.
"Yep. Aku tak boleh nak jawab apa. Aku cakap je dia dah balik lepas hantar lunch kat kita semalam."
Angguk. Lauk pauk dipindahkan pada bekas makanan. Kuro mendapatkan air sejuk di dalam peti sejuk. Milo sejuk disediakan. Farha yang memerhati mereka dipandang.
"Kau nak makan sekali, lady? Aku tak letak minyak dagu dalam ni." Lauk ayam ditunjuk. "Pesaing cinta kau pun dah takda nak buat dajal," tuturnya rendah sambil melabuh duduk.
Aki buat bodoh. Farha pula mendekat.
"Aki dengan awek semalam ada apa-apa ke?"
Kedua-dua lelaki yang baru nak meneguk air, tertoleh serentak.
Buat seketika, Aki terpaku. "No... not really."
"Lebih kepada... apa peribahasa tu? Menampar angin?" Dagu ditunjal, ligat mencari peribahasa yang betul.
"Bertepuk sebelah tangan," ujar Aki datar, membetulkan bahasa si kawan.
"Yes!" sambut Kuro dengan mata membulat sambil menoleh kembali pada Farha. "Coral tak pernah bagitau, tapi tak bermakna Aki tak perasan. Dia buat bodoh je kat feeling budak tu selama ni." Monotone menyindir. Mudahan terasa!
Bersama hembusan nafas pendek, si Snow White jantan menjeling pada rakan lelakinya. Terasa Kuro sengaja nak menyerang dirinya kerana mengabaikan perasaan Coral selama ini... dan ya, sesungguhnya dia sangat merasa bersalah sekarang. Imbasan kepala berdarah Coral lalu dibayangkan di ruang fikiran. Nafas terasa berat kini.
Farha tertoleh-toleh antara dua pemuda bila keadaan bertukar senyap tiba-tiba. Janggal. Kuro meneguk air macam tak puas manakala Aki bersandar bersama senyuman kecil berisi pilu.
Okayyy....
"S-so... bila kita nak lapor kat polis?" soal si gadis dengan perlahan, antara benar-benar ingin tahu serta nak memecahkan ais yang tiba-tiba terbentuk dan memerangkap mereka di dapur itu.
"Apa yang kita nak lapor?" soal Aki pula, membuat gadis itu terpaku.
"Pasal an angry spirit on a loose and tanggalkan kepala kawan kitorang?" cadang Kuro pula, sempoi menjawab.
"Yang pedajal Coral bukan spirit atau penunggu atau hantu la..." desis Farha, panas hati berbual dengan dua sahabat yang gemar menyambung kata-kata masing-masing.
"Aku tahu la bahlul!" Bahana akal yang masih tak hilang terkejut, Kuro membalas kasar. "Aku cuma nak bagitau kau yang takda penjelasan logikal yang boleh diberi kat polis... Nak-nak, kita yang kena tuduh bunuh Coral, sebab kita berada di lokasi kejadian!"
"Tapi kita tak bunuh dia, pun..."
"Huh. Kau bagitau aku berapa ramai yang dimasukkan dalam penjara sebab dituduh atas kesalahan yang tak dibuat? Satu-satunya yang ada kat rumah tu masa tu ialah kau, aku dengan Aki. Rumah tu takda bukti siapa yang pernah hidup. Takda letrik, takda bekalan air dan kawasan jenayah ialah sama dengan tempat bapak kau meninggal, dimana polis tak jumpa sebarang leading untuk pembunuh. Kau rasa kita akan terlepas gitu je? Kau akan jadi saspek pembunuh free-free, tahu?"
Mulut terasa dijahit terus.
Kuro bangkit tanpa menyentuh makanan tengah harinya walau sedikit. Nasi berisi lauk itu diletakkan di bawah tudung saji, kemudian sekotak Ribena di dalam peti sejuk didapatkan. "Aku nak bagi minum haiwan kesayangan kita tu. Kau buat la apa yang kau nak kat anak dara tu. Aku halalkan."
"Jilake," desis Aki pada cawan di tangan.
Farha tersenyum kecil. Nasinya masih belum habis manakala Aki pula baru menyentuh makanannya. Sambil mengunyah, Aki berpaling padanya.
"Awak balik lepas ni? Saya boleh hantarkan."
"Tak..."
"Kenapa? Mak awak tak bising ke?"
"Dia kat rumah Dickens sekarang. Dickens suruh saya stay sini, perhatikan awak dengan Kuro."
Aki tergelak nipis. Terasa kelakar kerana menyimpan perisik musuhnya sendiri. "Apa dia yang awak nak perhatikan kat kitorang?"
"Saya pun tak sure. Your daily routine, I guess? Tapi sekarang, saya boleh lapor kat dia yang awak dengan dia tengah tolong saya siasat pasal kes bunuh ayah."
Kepala diangguk bersama cemikan. Farha mendekatkan wajah.
"Tak apa ke... saya bagitau dia macam tu?"
"Bagitau je la. Tak elok menipu."
"Tapi... saya ingatkan korang sembunyikan diri dari dia."
"Nope." Tubuh disandarkan. "Tak bersembunyi dari sesapa. Saya, Kuro dan Dickens... dah pun tak berkait. Thanks to arahan mahkamah. Apa yang berbaki cumalah sejarah. Sebab kenapa dia hantarkan awak untuk spy on kitorang, saya masih tak faham sebabnya." Farha direnung tepat ke dasar. "Atau dia ada motif lain yang awak tak bagitau kitorang?"
Kepala digeleng, jujur. "Saya tak tahu apa-apa..." Nasi kembali dimakan.
Aki tersenyum kecil. Kepala dipaling ke pintu bila melihat Kuro masuk kembali.
"Kenapa?"
"Dia kehausan. Sekali sedut, kempis terus kotak." Kotak Ribena yang dah kosong dibuang ke tong sampah. Satu lagi kotak diambil dari peti sejuk dan dibawa pada Mior.
Kuro dihantar pergi dengan senyum. Aki berpaling kemudian, memandang Farha yang juga memandang pintu dapur. "Awak tak kisah kitorang permainkan abang awak macam ni?" soalnya, berniat menduga.
Kepala digeleng. "Dia kuat orangnya. Kena seksa tiga hari takkan lemahkan semangat dia. Ini kan pula baru sehari."
"Good..." Sengih.
MALAM kembali mencium semula bumi Allah, tetapi masih tiada pergerakan dari Kuro dan Aki yang cukup memberansangkan untuk dijadikan laporan. Lenovo ditutup di atas meja, dan diari merah diletakkan di atasnya. Aki yang duduk bersila di meja jepun, sedang membaiki beberapa telefon bimbit lama. Yang dah siap, disusun di satu tempat. Yang belum siap, masih penuh di dalam sebuah kotak A3.
Kuro pula menonton TV sejak tadi. Dari satu siaran ke satu siaran, dan berhenti pada Lelaki Kiriman Tuhan.
Aki mendongak dari laptopnya, terdengar pekikan suara perempuan dalam TV. "Dude, natang apa tu?"
"Drama melayu. One part melayu, three part drama."
Dan mendiam lagi, sebelum kedengaran lagi jerit pekik dari dalam TV. Aki mendongak sengal. "Kau tengok benda lain yang lagi berguna boleh tak? GoShop ke... Avengers ke...."
"Aku dari tadi channel surfing, dude. Takda yang fun langsung. Nickelodeon masih tak update Teenage Mutant Ninja Turtle aku. Apa benda yang dorang tengah buat kat office, honesty?!" Fox movie ditekan, memaparkan Pitch Perfect 2. "Ahah, pretty ladies..." Kaki dipanjangkan ke meja dan tangan dilipat ke belakang kepala. Santai lepak.
Melihat perangai malas itu, Aki menderam. "Daripada kau membuang kat TV, kan lagi elok kau tolong aku baiki semua benda ni? Kau lagi power bab-bab barang elektronik kot!" Isi telefon bimbit yang bersepai di atas meja ditunjukkan.
"Takkan aku nak buat benda yang senang macam tu? Aku bagi kau peluang tunjuk pandai kat girlfriend engkau." Sengih nakal diukir sambil mata diisyaratkan pada si gadis yang bersandar pada dinding dan memerhati mereka. "Satu lagi, aku pelik kenapa kau nak baiki benda yang sah-sah tak dapat dibaiki. Aku masih ada spare phone dalam bilik."
"Aku tahu la, pandai. Aku cuma asingkan parts yang rosak dengan parts yang boleh dipakai. Aku masih cuba nak baiki camcorder ni..." Satu video kamera lama dikeluarkan dari kotak di sebelah meja.
Kuro merenung tajam. "Tu yang kau dapat masa bekerja kat kedai laptop kat UNiMAS tu?"
"Yep. Budak tu dah taknak sebab dah memang tak dapat pakai. Aku rasa masih boleh diselamatkan ni. Tinggal nak rebuild balik je ni." Video kamera itu dibelek-belek.
Kuro mengeluh keras. "Kau ingat tu pistol yang boleh bukak pasang semula? Nak rebuild macammana, perumah dia pun bersepai."
Aki menunjukkan kotak Ribena bersama mata bersinar. "There's always room for improvement."
Mata dikecilkan. "Ada beza menjadi seorang yang kreatif dengan menjadi seorang yang bodoh, kau sedar tak? Kau, on the other hand, menyedihkan."
Mata Aki melintang datar.
Kuro bangkit dari duduk. "Aku masih simpan Walkman aku rasanya. Kejap." Dan terus beralih ke bilik sendiri.
Farha yang masih bersandar di dinding dan menumpang dengar, kini memahami bahawa dua lelaki ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam hal-hal teknologi. Tapi apa benda yang bahaya sangat sampai Dickens menyuruhnya memantau kedua-duanya sampai sekarang? Ah, malas.
"Kenapa korang buat benda tu sedangkan ada lagi benda lain yang lebih penting yang korang tak selesaikan?" getusnya, semakin hilang sabar.
Aki menoleh. "Baiki benda ni penting." Video kamera rosak, ditunjukkan.
Geram ditahan, lalu telunjuk dituding pada bilik stor. "Korang simpan abang aku dalam tu. Bukan ke korang sepatutnya soal siasat dia sekarang?"
"Mior boleh tunggu. Masanya akan sampai untuk kita soal siasat tanpa perlu bersusah jadi good cop and bad cop," sengih. Screwdriver dimainkan pada tangan.
Gadis itu tergeleng, kurang percaya. "Kawan korang baru mati semalam. Kena penggal. Completely. Korang taknak call polis, pastu korang nak buat kerja ni sendiri. Aku ingatkan korang bersungguh... tapi yang seorang pergi tengok TV sepanjang hari..." Tangan ditunjuk pada Kuro yang hilang entah ke mana. "Yang lagi seorang baiki handset rosak..." Tangan dialihkan pada Aki yang masih membalas tenungannya dengan muka comel. "Whataaa?" Tangan dibawa ke kepala, membuat gaya letupan kecil. Mind blown.
Nak tergelak pun ada melihat emosi si perempuan. "We do, yes, tapi kerja yang tergesa-gesa takkan membuahkan hasil yang berpatutan. Bawak bersabar, Farha. Masanya akan sampai jugak nanti..."
Kuro memuncul kemudian sambil mengangkut kotak berisi telefon-telefon bimbit. Bulat mata Farha melihat telefon bimbit yang sangat banyak begitu. Sekotak A3 ada pada Aki, dan ditambah sekotak lagi dari Kuro. Gagal menahan rasa ingin tahu, si cantik merapati ruang tamu. Nak terus melihat.
Lelaki berjambang itu meletakkan kotak A4 tersebut ke atas meja kopi. Walkman rosak dihulur pada Aki sebelum bersila di depan meja. Hand tool yang dikumpul dalam sebuah bekas dirombak, mencari screwdriver.
"Untuk apa phone banyak gila..." Farha ternganga. Bilangan bermacam-macam jenis telefon bimbit pelbagai jenama itu mungkin menghampiri 50 buah.
"Ni semua phone yang orang dah tak pakai," jawab Kuro tanpa menoleh. Masih fokus mencari alat yang dikehendaki.
"Aku ulang soalan. Untuk apa...??"
Aki menoleh. Melihat kerut keliru di muka Farha, tergelak dia. Ah, tak pernah tak seronok melihat muka cantik itu. "Hahaha. Saya dengan Kuro letakkan kotak kosong kat kedai-kedai sekitar Desa Ilmu ni, termasuklah dalam UNiMAS. Dekat kotak kosong tu, kitorang tampal poster iklan Kempen Asingkan Waste Product Elektronik Dengan Sampah Biasa sebab barang elektronik jauh lebih merbahaya kalau dibuang sesuka hati sebab beracun."
"And of course, aku rasa kau tau yang kempen yang kitorang buat sebenarnya palsu. Kitorang nakkan gajet free je," sambung Kuro bersama sengih, mula membedah Motorola.
"One man's garbage is other man's treasure." Aki turut tersengih, melontar kotak Ribena kosong ke kepala Kuro.
Farha merenung datar. "Aku sure phone rosak yang dah tak berguna ialah every man's garbage."
"Hahaha. Untuk perempuan yang tak pandai macam kau, memang la semua benda garbage," balas Kuro selamba, membuat Farha menjengil. "Kita tak perlukan SIM kad untuk hidupkan semua phone. Kau ingat kau boleh senang-senang break coding IMUI Sony, Apple, Samsung segala bagai?"
"So, apa yang dibaiki ialah benda yang penting." Aki menambah bila muka Farha makin berkerut tak faham. Phone yang dah dibaikinya tadi dicapai satu dan diangkat ke depan muka Farha. Snap. Skrin kamera itu ditunjuk pada si gadis. "Ada yang masih boleh tangkap gambar, masih boleh rakam dan rekod video, ada yang masih boleh call, ada yang masih boleh dengar radio. The rest ialah bergantung dengan imaginasi nak gunapakai semua sumber ni macammana." Senyum.
"Buat pelan saja tak cukup. Kena tahu gunapakai sumber, baru boleh execute pelan kau properly..." balas Kuro lagi. Suaranya kini tenggelam macam bercakap dari dasar tekak bahana fokus pada Motorola yang dah mula bercerai di atas meja.
Farha menolak kepala ke langit, tak tahan menunggu dan memahami benda yang dirasakan tak berguna. "Aku tak faham korang," getusnya. Samsung bergetar dalam poket jeans. Ditarik. Ada emel masuk, terus diperiksa. Air muka Farha berubah sedikit melihat maklumat yang disampaikan. Kedua-dua sahabat baik itu itu direnung sebelum dia memutuskan, balik rumah je terus.
"Eh, nak kemana?" soal Aki, menoleh terperanjat.
"Balik!" Beg bertali satu yang bergantung di tepi tingkap, dicapai.
"Biar aku hantarkan." Aki bangkit.
"Tak payah. Aku tahu balik sendiri."
"Tapi Farha..."
Kuro berpaling ke pintu, pada Farha yang sedang menyauk kasut. "Sementara tunggu kitorang, apa kata kau tengok TV," sarannya bersama sengih. "Cerita cinta ada, anime ada, phycholosigal thriller ada. Aksi atas katil pun ada, hahaha."
Farha yang memasang kasut ke kaki memandangnya dengan renungan datar. "TV tak tunjukkan 18sx."
"Itu tu tak bermaksud dorang terus hentikan rakaman dan tak salurkan kat industri lain, heheheh..." Bermakna gelaknya.
Farha menjuling mata ke langit sebelum terus bergerak pergi. Aki menghela nafas panjang, sedikit kecewa, manakala Kuro memudarkan ketawanya bila tiada sesiapa nak tumpang gelak.
RUANG rumah cukup hening. Cuma bunyi detikan jam yang didengari telinga yang sihat, juga bunyi kenderaan yang kadang kala bersimpang siur masuk ke dalam perumahan. Suara-suara yang diisi bahasa melayu Sarawak juga mengetuk telinga sekali sekala.
"Ne gaya orang tua nak jaga nemiak lingo tingai giya!"
Aki mendongak, spontan menoleh. Kuro yang perasan pergerakan kepala rakannya, mengerling sekilas.
"Kau dengar tak tu?"
"Tu Mai Wan, dude. Aku tak faham macammana dia boleh marahkan anak dia 24 jam 7 hari tak reti nak bosan."
"Bukan Mai Wan. Tu." Bibir dimuncungkan ke arah stor dimana Mior sedang diikat dan disimpan. Kuro mengerut dahi, turut menoleh ke arah yang sama.
"Tak guna... dengar sini, assholes!! Aku nak kencing!! Lepaskan aku sekarang!!"
Jeritan itu kedengaran meletup keluar dari stor. Kuro dan Aki bertukar sengih. Serentak mereka bangkit, meninggalkan kerja yang serabai di atas meja. Pintu stor dibuka, melihat Mior dengan riak tegang setegang tegangnya. Urat menimbul di sisi kepala. Kulit mukanya merah sekali. Malah urat leher juga menimbul keras sampai nak terputus.
"Aku nak kencing!! Lepaskan tali aku...!!" Serius!!!
Kedua-dua lelaki menjungkit sebelah kening.
"Boleh..."
"Tapi dengan syarat..."
"Kau kena collaborate dengan kitorang untuk tangkap pembunuh hantu tu."
"Tandatangan perjanjian damai to never retaliate."
"Lepas tu baru boleh pergi kencing."
High-five.
Mior ternganga rendah, memandang kedua-duanya silih berganti. "Korang gila?" Nafas didesis bila terasa pundi kencing nak meletup. Tapi masih mampu ditahan walaupun rasanya dah nak hujung-hujung.
"Bukan gila, tapi waras. Aki, ambikkan Lenovo," arah Kuro tanpa mengalihkan renung pada Mior di depannya. Rakannya itu menurut. "Farha bagitau sebab sebenar kau datang Sarawak ialah sebab kau nak siasat kematian ayah kau. Menurut laporan polis, bapak kau ditemui mati di rumah hantu tu. Senjata pembunuhan, tak jumpa. Apparently, benda yang sama berlaku kat kawan aku semalam. She's dead too. Klu tentang pembunuh masih sangat kabur, tapi dia wujud. Aku tak percaya pembunuh ialah hantu, tapi ada benda lain yang gunakan nama baik hantu untuk buat jenayah dekat rumah terbiar tu. So sekarang kita ada common goal yang sama – rumah misteri itu. Aku sudi mencemar diri tolong kau cari pembunuh bapak kau." Senyum.
Mior mengerut dahi. "Kenapa nak mintak tolong aku?"
"Ahah. Tu yang buat citer ni jadi menarik." Aki yang datang semula dengan Lenovo yang dah hidup, ditunjukkan. Wajah Dickens tertayang di depan skrin. "Kitorang dapat tahu dari Farha yang kau dengan dia ada kaitan dengan dia." Telunjuk dituding ke muka Dickens di depan skrin. "Farha bagitau, Dickens yang support kedatangan kau ke Sarawak, tapi apa yang aku tak faham, kenapa dia suruh kau datang ke Sarawak sedangkan takda benefit untuk dia kalau dia tolong kau. Apa yang kau nak cari di rumah hantu tu sebenarnya? Kenapa Dickens hantar Farha untuk terus spy aku dengan Aki walaupun dia dah dapat apa yang dia nak? Personally, aku dah taknak apa-apa kaitan lagi dengan Dickens memandangkan kau anak buah dia, tapi kali ni kes berkecuali – dia dah initiate another war dengan merompak rumah aku, dan kawan aku juga dah mati. Jadi masalah cuma satu, kesudian kau untuk berkolaberasi dengan kitorang."
"Bunyi macam bodoh." Mior mencemik.
Kuro masih dengan senyum. Printscreen laporan polis terhadap Mior ditunjukkan di depan lelaki itu sendiri. "Nama kau dah blacklisted sebagai penjenayah juvana sejak sekolah menengah. Peneraju geng kongsi gelap milik bapak kau; Babamok. Aku tak faham kenapa kau nak cari pembunuh ayah kau, tapi kau takkan dapat work alone dengan tenaga kau seorang. Kau bekas banduan yang jauh lebih bahaya dari kitorang, doy. Kitorang boleh tolong mudahkan kerja kau."
"Aku masih tak faham. Kenapa aku?" soalan diulang, dengan riak berkerut kini. "Korang dah ada support Farha. Pakai je la dia!"
"Personally, aku tak berkenan nak bekerja dengan double-face bitch like her–erk!" Spontan mengaduh bila Aki menyiku pinggang. Kuro cuba membalas dengan menumbuk bahu Aki, si kawan dah bertahan dengan lengan. "Lebih baik buat member dengan orang yang ketara bencikan aku berbanding perempuan berlidah cabang." Rahang dijengul pada Aki.
"Tambahkan ally bukankah lebih baik dari tambah enemy dalam mengejar objektif yang sama?" Aki menyampuk, bersandar bahu pada pintu.
"That woman is a trouble. Bila baru kau nak sedar, Aki?!" marah Kuro kembali, namun disambut si kawan dengan muka degil tak berperasaan.
Mior mendiam, masih dengan dahi berkerut dan muka tegang. Kuro merapatkan wajah.
"Come on... cakap kau nak collab dengan kitorang. Kau nak kencing atau tidak?"
Mior mendengus. Liur diludah ke muka Kuro. Lelaki itu terpaku.
"Kau mungkin tak baca habis pasal laporan jenayah aku. Masa aku sekolah menengah, aku terlibat dalam kes langgar lari, kemudian dimasukkan ke boys home. Di boys home, aku terjumpa Aqi, selalu bergaduh di mana-mana, even selepas keluar dari boys home. Dalam salah satu perkelahian, aku halang niat Aki nak dapatkan bantuan jiran semasa ayahnya tengah diserang sakit jantung kat rumah dia. Kau lupa, Aki? Aku penyebab bapak kau mati!!"
Kuro mengerut dahi, menoleh pada Aki yang diam membisu. Mior beralih pula pada Kuro.
"Kau. Ford emas, di luar pasar basah Ayer Keroh... kau lupa? Kereta yang dipandu laju dan langgar mak kau sampai mati on the spot. Kau nak tahu siapa yang pandu kereta tu? Aku. Orang yang aku langgar lari mak engkau masa tu... aku!!"
Mata Kuro mencerlang luas. Penumbuk dikepal dan buk!
Kuatnya tumbukan Kuro membuatkan Mior terjatuh ke belakang bersama kerusi itu sekali. Lalu si mangsa melepaskan ketawa galak. "Aku pembunuh mak ayah korang! Ayah aku ialah orang yang besarkan aku jadi macam ni! Apa kebaikan yang kau boleh dapat dengan berbaik dengan aku semata-mata nak bantu aku cari pembunuh ayah aku, bodoh!!"
Dan Kuro terus melepaskan penumbuk sepuas hati.
Aki di belakang sekadar memerhati tanpa simpati. Hingga pecah lebam muka Mior, Kuro masih tidak berhenti melepaskan amuk. Air mata sempat menitis dalam amarah. Sebelum tebusan mereka benar-benar black out, Aki lekas menarik tubuh Kuro. DIpaksa tarik ke luar stor, meninggalkan Mior terbaring dalam keadaan berikat pada kerusi.
Proses pendamaian tergendala.