1-Bab 9

ACT 1: Part 9

[HARI YANG SAMA... TENGAH HARI]

Aki sedang mengadap Lenovonya. Mior sudah dilepaskan, dan diberi ruang untuk membersihkan diri dalam bilik mandi mereka. Farha dah pun menghilang tanpa memberitahu sesiapa. Kuro pula tenggelam dalam pembacaan diari merah di tangan. Setiap helaian yang berusia puluhan tahun itu diselak satu persatu.

"Dude, kau pernah tengok cerita cinta sadis?" tegurnya tiba-tiba.

Aki menjuling dari laptop di depan mata. "Sadis macammana?"

"Yang sadis... yang tragis... yang love gone wrong punya kisah cinta..."

Pemuda itu mendiam seketika. Berfikir panjang. "Romeo and Juliet? Laila dan Majnun? Every Disney story ever?"

"Disney?"

"Yang versi original versi Grimm Brothers punya. Bukan versi family-friendly Disney yang semua orang tahu."

"Ehh... family-friendly Disney pun boleh bagi kisah cinta sadis, macam kisah Meg dalam Hercules pun agak menyedihkan." Kertas yang berusia puluhan tahun itu terus diselak dengan cermat.

Sekali lagi Aki menjulingkan mata pada temannya. "Meg??"

"Yeah. Heroin. Dia jual roh dia kat Tuhan Greek whatever, sebab nak hidupkan balik boyfriend dia yang dah mati, tapi bila boyfriend dia hidup balik, boyfriend dia curangi dia dengan perempuan lain. Meg tu pulak akhirnya terpaksa memperhambakan diri dengan Tuhan Greek tu sampai dia mati."

Aki ternganga sebelum tergelak kecil. "Tak sangka aku tengah menyembang pasal Disney... no wonder orang ingat kita gay."

Kuro tertawa tanpa mengalihkan pembacaan. "Orang ingat kita gay sebab muka kau cantik licin macam perempuan dan sebab kau rapat dengan aku, bukan sebab tahu karakter Disney!"

"Heh." Nafas dilepas sekali berupa sedakan. Rahang yang licin digosok sekali dua, menyesali kekurangan lambang kelelakian di muka. Bukan dia taknak, tapi bila cuba nak simpan, jambang yang tumbuh pula ala-ala hidup segan mati tak mahu. Menyedihkan. Kuro yang jambang nipis yang memenuhi rahang dikerling. Kadang-kadang cemburu juga dengan fizikal si rakan yang subur dibajai hormon testosterone itu. 

"Kau kenapa tiba-tiba tanya pasal kisah cinta sadis?" soal Aki kemudian.

"Sebab aku tengah baca yang real life." Diari merah ditunjuk pada si rakan. Gambar Babamok terkeluar dari helaian diari dan jatuh ke lantai. Kuro terkedu seketika, spontan terbayang wajah Mior. "Aku lupa nak tanya pasal ni. Kau rasa Mior tau ke tidak pasal hubungan bapak dia dengan minah bernama Aminah ni?" Diari di tangan ditunjuk.

"Tanya la dia lepas ni."

Gambar di lantai dicapai dan dimasukkan ke dalam buku semula. "Honestly dude, aku tak pernah tahu Mior tu family guy. Nak cari pembunuh ayah dia, nak cari benda tahyul sebab nak berbakti kat pakcik dia... or whatever." Kepala digeleng, masih gagal mencerna maklumat tersebut. "All in all, semua alasan dia berpunca dari satu benda – rasa sayang dia kat ahli keluarga dia. Entah apa perasaan dia bila jumpa Farha kat negeri ni."

"Defensive, I'd say. Salah satu sebab dia belasah aku hari tu sebab aku cuba nak rampas Farha dari dia. Dia berniat melindungi adik dia dari aku."

Kuro mencemik. "Lahanat. Tiba-tiba aku rasa macam aku tak dapat nak bencikan dia." Diari dilontar ke arah meja. Duduk direndahkan dan kaki dipanjangkan ke atas meja kopi.

Senyum segaris meleret di bibir pink. Aki kembali fokus pada Google di skrin, membaca sebarang info mengenai Kaki Arnab seperti yang dimaklumkan oleh Mior. Kening spontan terloncat bila membaca ayat 'sumpahan', kemudian bersiul rendah.

"Dude. Google cakap Kaki Arnab memang cursed, dowh."

Kuro menoleh. "Okay. Big bold tick untuk benda tahyul."

Aki menyambung kata. "Widely known for good luck charm. Dijadikan sebagai keychain. Tapi, according to lore... err... apa 'lore' dalam bahasa Melayu ehh..." Muka ditala ke langit. Berkerut merut nak terjemah ayat.

"Kepercayaan?"

Boleh la tu. "Ikutkan kepercayaan, benda ni sejenis voodoo yang dibuat oleh ahli sihir beratus tahun dulu... alsorabbit foot is cursed with extreme good luck... tahap tuah sampai boleh tukarkan pengemis jadi raja. Tapi sebenarnya, for those who loosing it... ended up dying..." Nada memperlahan di akhir kata manakala anak mata melekat pada barisan ayat di blog tersebut.

Kuro ternganga. "For real?"

"Tu yang ditulis kat sini. Betul ke tidak, aku tak tau. Legend ni tersebar luas kat Barat... that apparently dipercayai oleh beberapa orang dari Timur."

"So... Dickens anggap bapak Mior mati sebab hilangkan Kaki Arnab? Lepas tu Mior pun percaya?"

"Itu satu probability, dan boleh jadi dia mati sebab nak cari Kaki Arnab, tapi terbunuh sebab penunggu tu jaga benda ni." Aki memberi pendapat macam memberi kemungkinan dua kali lima sepuluh.

Kuro merenung muka serius si kawan. "Kau masih tak dapat lari dari isu penunggu tu, kan? Dunia ni takda hantu, Aki! Semuanya manusia! Hantu cuma mainan perasaan! Atau ilusi! Atau yang paling boleh dipercayai, jin dan syaitan sebab memang tertulis dalam al-Quran!"

"Kalau macam tu, jin ialah penunggu tu. Macam saka."

"Aki oiiiii... berenti cakap pasal benda ni. Kalau orang dengar kau bercakap, kau boleh dijadikan bahan lawak Bomoh satu Malaysia, tahu?"

"Tapi si tua tu memang gila pun."

"Exactly. Kau tak gila macam dia. Banyak benda yang orang anggap magis dah boleh dijelaskan dengan sains sekarang. Semua benda ada penjelasan logik."

Berkerut habis muka si kawan. "Habis tu penjelasan logik apa yang kau ada yang boleh bunuh Coral dalam masa yang sangat singkat macam hari tu?"

Gamam seketika. "Aku tak tahu!" Liur ditelan, menerima ceteknya ilmu ketika ini. "As a matter of fact, aku takleh fikir apa-apa logical explanation. Tapi aku sure penunggu takkan penggal kepala manusia siap golekkan kat kita sebab nak halau kita keluar! Much less bagi amaran dalam bentuk tulisan berdarah!"

Aki terdiam terus. Itu bernas!

Kuro mendengus. "Aku tak tahu apa dia, tapi benda yang bunuh Coral... ialah sesuatu yang ada kesedaran diri. Boleh berfikir, boleh buat keputusan. Kalau sole purpose cuma nak membunuh, dia dah pun bunuh kita semua, perangkap kita dalam rumah tu. Tapi dia bagi kita keluar. Ada benda yang tak kena... seriously!"

"Argh..." Aki mencengkam rambut dan menolak kepala ke belakang. Sakitnya kepala...!! Siling direnung, cuba berfikir macam Kuro. "Habis... dia yang ada di rumah itu... tengah jagakan Kaki Arnab??"

Kuro menggelengkan kepala, tanda tak tahu. "Pun, kita masih tak tahu kalau Kaki Arnab benar-benar ada dan wujud kat rumah tu. Boleh jadi itu sesuatu yang Dickens tipu. Boleh jadi sekadar satu alasan kepada Mior untuk buang masa berbanding ganggu masa dia." Wajah Dickens dibayangkan dalam kepala.

Aki memandang rakannya kembali. "Tapi Babamok mati di rumah tu."

"Ada berjuta sebab kenapa dia datang ke rumah tu untuk mati kat situ selain nak cari Kaki Arnab. Maybe that's how he preferred to die... just maybe." Tangan mengipas udara. "Kita takkan tahu alasan sebenar sebab dia dah arwah, Aki, dan kita takda maklumat sahih pasal tu."

"Fine. Tapi kalau kita consider Mior bercakap benar, yang Babamok dan Dickens sama-sama cari Kaki Arnab sampai Baba mati... macammana dorang tahu Kaki Arnab tu ada kat situ dari awal lagi sampai boleh call Mior, mintak tolong dan hantarkan anak sedara dia ke situ?"

Dan sama-sama terdiam. Terfikir persoalan baru yang muncul.

"Kau rasa kita overthink isu ni?" soal Kuro pada meja kopi.

"Aku tak tahu," jawab si kawan, juga pada meja.

"Aki."

"Apa?"

"Kau betul-betul percaya ke dark magic?"

"Aku percaya yang nothing is impossible selagi manjadda wajadda."

Senyap.

Terhidu bau wangi dari belakang, membuat kedua-duanya menoleh. Mior muncul berkemban sambil menggigit epal hijau. "Korang ada baju lebih yang aku boleh pakai?" pintanya. Bila dilihat pada saiz tubuh Aki dan Kuro, pakaian kedua-duanya boleh dipinjam.

"Kau makan epal aku?" Kuro menegur sengal. "Bayar ar."

Mior menjeling malas sebelum merenung Aki. "Aki, nak pinjam baju?"

"Kenapa tak pinjam dari aku?" soal Kuro pelik.

"Sebab kau busuk."

Kuro mendengus. Aki dilihatnya bergerak ke bilik, dan diekori Mior kemudian. "Kau jangan liwat kawan aku yang cantik tu!" jeritnya.

Dan ketika itu juga Mior terundur-undur sambil menekan perut. Senak sebab kena tendang la tu. Kuro melepaskan ketawa. Terdengar bunyi letup dari Lenovo, tanda ada email masuk. Lelaki sasa itu bangkit, nak bergerak ke Lenovo Aki sebelum teralih perhatiannya ke pintu. Seseorang menekan loceng rumah, diiringi ketukan dan salam.

Siapa yang masih sangat sopan?

Salam dibalas dan pintu dibuka. Kuro terpaku bila dua orang pegawai polis berdiri di luar rumah.


[HARI YANG SAMA... SETENGAH JAM SEBELUM ASAR]

FARHA mengangguk-angguk berkali-kali. "Ya... ya... saya tak tipu. Saya yang bersama dengan dorang masa tu. Encik tahu pasal kematian Babamok? Saya anaknya, tahu kan? Saya ajak mereka ke rumah tu masa tu. No, saya tak sure kalau saya pernah jumpa gadis bidayuh ni. Iya... ya... kalau ada apa-apa, saya laporkan kat encik. Thanks."

Aki dan Mior memerhati dari dalam rumah. Kuro pula berdiri tegak di pintu, memandang sesi soal siasat yang sepatutnya dibuat untuknya tetapi disampuk Farha yang tiba-tiba datang. Setelah kedua-dua pegawai polis percayakan testimoni Farha, mereka pergi.

Gadis itu menghembus nafas panjang. Lega sedikit. Kuro yang merenungnya dipandang. "Takda terima kasih sebab elakkan kau dari jadi saspek polis?"

Buat tak dengar. "Kau buat apa datang lagi ke sini?"

"Aku bawak lunch." Tangan diangkat, menunjukkan bungkusan berisi nasi dan lauk.

Kuro merenung datar. "Kau pergi mana tadi?"

"Kerja, duh. Aku ada komitmen aku, tak macam korang." Kasut ditanggalkan dan gadis itu terus masuk ke rumah bujang itu macamlah bapak dia yang punya. Pada si abang yang tidak berkelip memandangnya, Farha menegur bersama sengih. "Hai, Mior. Punggung kau dah hilang semun?" ujarnya sebelum terus beralih ke dapur.

Kuro mendengus, mengekori lekas. "Aku tak berkenan kau sesuka hati keluar masuk rumah aku, apatah lagi buat rumah aku macam rumah kau sendiri!"

"Aku baru tolong kau lepaskan diri dari polis kejap tadi. Sekarang kau nak lashing out on me sebab bawakkan makanan untuk kau? Sorry, tapi aku tak faham konsep membalas budi yang kau tengah buat sekarang." Pinggang dicekak sebelah bersama riak tak puas hati.

"Kau buat jenayah apa kat Sarawak ni sampai polis datang ke rumah kau, Kuro?" Mior datang menyampuk sambil terus mengunyah epal.

Lelaki itu menoleh geram. "Kau diam. Tu epal ke berapa yang kau makan?"

"Aku lapar! Farha, hidangkan aku nasi tu sekarang!"

"Ambik la sendiri," cemik Farha. Pada Kuro yang masih memandangnya dengan muka macam nak makan, kenyit diberi.

Si lelaki mendengus deras, sakit hati kerana dipermainkan dua beradik dalam rumah sendiri. Jari jemari dikepal-kepal dan dipatah-patahkan sendinya. Mior tergelak suka melihat perangai itu. Sedikit isi epal lalu diludah ke lantai.

Mata Kuro mencerlang seluasnya. "Kurang ajar kau!" Sepantas kilat dia meloncat dan menangkap pergelangan tangan Mior yang nak melarikan diri. Sepantas itu juga si tetamu kurang ajar menepis cengkaman itu. Terlepas. Lalu Kuro dan Mior bertentangan seperti dua ekor raja singa yang berebut tanah pemerintahan.

"Kuro." Aki yang di ruang tamu, memanggil tenang.

"WHATT?!!"

"Little Izzue hantar alert." Monotone melapor sambil memalingkan kepala jauh ke belakang. Wajah tegang rakannya yang dipandang serius. "Frontier."

Air muka Kuro berubah seratus lapan puluh darjah. Alert. Dipedulikan nafsu membunuh pada Mior dan Farha, dia bergegas ke ruang tamu. Punggung dilabuh pada sofa. Tubuh direndahkan, kedua belah siku ditongkat pada lutut dan kepala dijengul panjang ke skrin Lenovo. Perkara tajuk pada emel dibaca.

[FRONTIER]

Benarlah. "What the..." desis Kuro perlahan. Air mukanya dah macam perdana menteri yang diberi berita pertahanan negara telah diceroboh pengganas.

Aki menolak Lenovo ke arah rakannya. Kuro terus menarikan jari telunjuk pada papan syntap, menarik emel ke bawah hingga sampai pada satu link berwarna biru. Ditekan. Tetingkap baru timbul, memaparkan sebuah peta. Sebuah icon jarum berkepala biru sedang menunjukkan sebuah lokasi di Kota Samarahan, yakni;

"Kampung Bangka Semong. Itu kampung tempat aku diselamatkan dulu!" Aki terperanjat.

"Frontier. Apa benda tu sampai ada hantar emel noti memasing siap dengan mapping macam tu?" tegur Farha di belakang sofa, entah sejak zaman bila ada di situ dan mencuri dengar. Mior turut ada sama di sebelahnya.

Aki menoleh. "Frontier ialah secret codeword antara aku dengan Kuro, diambik dari perkataan frontierland, tanah koboi. Prepare everything and fight."

"And of course, sekarang dah tak secret!" getus Kuro sambil mencerlangkan mata pada Aki. "Berhenti kantoikan segala bagai kat crush kau!!" Bengangnya ya Malik!!

Dipedulikan si kawan. Pada Farha dan Mior yang masih tekun mendengar, dia meneruskan kata. "Hard drive Kuro yang Farha curi dan hilangkan tengah kena hack. Lokasi hacker yang tengah godam hard drive dia ada di situ..." ujarnya sambil menunjuk pada icon jarum kepala biru.

"Apa benda yang penting sangat dalam tu?" ujar Mior pula, kurang percaya dengan tahap awas keduanya.

Kuro mengeluh malas tanpa menoleh. "Dalam drive aku tu benda yang Dickens dah lama nak tapi aku tak pernah beri. Kali ni dia dah berjaya dapat dengan bantuan adik kesayangan kau tu..."

"Benda apa?" soal Mior lagi.

"Gambar dia," jawabnya, dan disambut ketawa nipis dari Aki.

"Haa??" Giliran Farha pula terkejut beruk. "Aku habiskan masa spy korang dan rompak rumah korang dan curi hard drive kau... semata-mata untuk bagi gambar dia kat dia??" Kuro dipandang dengan muka tak percaya. Lelaki itu menoleh padanya. "Gambar yang macammana kau cakap ni? Gambar dia tengah deal dengan bos group kongsi gelap lain, atau gambar dia terima rasuah, atau gambar dia meliwat anak ikan dia, atau..."

"Gambar muka dia je," jelas Kuro lagi, dan disambut Aki lagi bersama ketawa berpanjangan. Sedikit demi sedikit hingga terlepas mendadak menjadi dekah yang besar sekali hingga berpantulan di seluruh ruang rumah. Aki tergolek ke lantai sambil menekan perut. Geli benar rasa hati. Entah gelakkan apa sampai adik beradik itu berpandangan keliru. Kuro pula turut tertawa, tetapi kerana berjangkit dengan gelak Aki.

"Korang biar betul," balas Mior pula. Susah nak percaya.

"I've encrypt the crap out of my drive... but that doesn't mean someone tak boleh nak decipher iteventually..." Peta dipandang lagi. Jumlah hacker bukannya seorang di dunia ini, dan ada yang sedang cuba nak memecah masuk ke dalam defense system yang susah payah dibina. Siapa agaknya? Orang upahan Dickens, kah? Kalau iya....

Kepala jarum pula ditekan.

Satu lagi pop-up window keluar, memaparkan sebuah video seorang gadis muda dengan rambut diikat ke kanan memuncul di depan skrin. Daripada rias mukanya, seperti masih muda belia. Malah berbaju sekolah juga. Mata bulatnya penuh fokus merenung skrin, dan langsung tidak perasan webcam dipecah masuk oleh defense system hard drive yang sedang cuba dirungkai.

Kuro ternganga luas. Orang yang sedang cuba menggodam perisiannya sekarang ialah seorang budak perempuan?! "Sejak bila hacking dah jadi macam chatting game dengan Sim Simi dalam kalangan budak-budak?"

"Aku pernah jumpa budak ni... tapi apa yang buat aku curious, macammana dia boleh buat Little Izzue hantar email?" Aki menoleh pada Kuro bersama tanda soal di kepala.

"Dia pakai backdoor password." Kuro menjeling, membuat Aki bersiul rendah.

"Password pun ada pintu belakang? Hahaha." Aki dan Kuro menoleh, melihat si gadis yang sedang tertawa. "She's awfully young..." Gelak lagi. "Entah-entah enker... enkri... that whatever, senang sangat sampai budak-budak pun boleh crack."

Kuro menahan sengal. "Yeah, budak-budak pun boleh crack sedangkan sorang minah 30-an tak boleh nak sebut encryption, apatah lagi nak ambik tahu pasal programming."

Membulat mata Farha! "Aku 23 tahun, okay!"

"23 tahun sejak 2012." Datar.

Mereka bertukar pandangan garang.

"Kau cakap Dickens arahkan kau curi hard drive aku?" Kuro sambung menyoal bersama nada keras.

"Ya."

"Kau kenal budak ni?" Telunjuk dituding pada skrin.

"Tak."

"Kalau hard drive yang kau beri kat Dickens sampai kat budak ni, is it safe to assume yang budak ni ialah... somehow... hacker yang Dickens upah?? Hard drive aku ialah bukti, dan budak ni ialah bad news bagi keselamatan siber negara kalau dia ikut arahan Dickens."

Farha mendiam seketika. "Aku tak tahu."

Mencerun lelaki itu dibuatnya. "Tak tau... tak tau.... Habis apa yang kau tahu?!"

"Aku dah cakap aku tak buat kerja Dick dengan ikhlas! Aku sendiri nak lepaskan diri dari dia! Berapa ramai atau tenaga pakar mana yang dia pakai untuk buat kerja kotor dia, aku tak pernah peduli!"

Kuro mendengus.

"This is bad... this is really really bad..." Tak habis dengan masalah kematian Coral dan menyelesaikan misteri pembunuhannya, sekarang satu lagi masalah datang. Kuro meraup muka sambil terus memandang wajah beku di skrin.

"Kau nak risau apa? Bukannya ada apa-apa dalam gajet engkau, pon."

"Apa yang aku risau ialah Dickens ada sumber manusia yang boleh buat kerja hacking macam ni! A child, no less!"

"Dah dah la tu," sampuk Aki, menenangkan keduanya sebelum suara masing-masing naik ke langit. Farha melepas dengus ke tepi manakala Kuro kembali menentang awek budak sekolah dalam skrin Lenovo. "Apapun, kita masih tak tau apa-apa pasal minah ni. Anytime dia boleh decode password untuk bom engkau tu pulak, so aku strongly suggest kita gerak lekas."

"Bom? Bom apa?" soal Farha terus. "Tadi kau cakap gambar." Kedua-dua sahabat lelaki itu direnung dengan muka ingin tahu.

Aki dan Kuro tidak menjawab.

"Gerak kemana?" soal Mior pula.

"Sini." Kedudukan rumah di Kampung Bangka Semong itu ditunjuk. "Hacker yang boleh compete dengan Kuro ada kat situ, dan kampung ni pun bersebelahan je dengan rumah hantu tu. Kita patut check it outKilling two birds with one stone, gitu."

"Tapi sebelum tu, makan dulu boleh?" soal Mior, menepuk perut yang masih mahu diisi.

Previous: 1-Bab 7
Next: 2-Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh