ACT 2: Part 7
Paina here! I think this is enough to show the gist of my story, Projek Kuro Aki. I did this with "being a men" in mind so there're lots of urban slang yang rasanya tak friendly melalui pembacaan di Ilham. There's the line we have to respect but its a hustle to baiki all the jokes too. So cukuplah di sini.
By the way, you can explore the rest of Kuro Aki story from my Wattpad account, same name: PainaRena.
Thanks for reading!
_______________________
MALAM masih berisi dengan penghuni yang belum tidur. Ada yang tahajud, ada yang gigih membaca novel, ada yang gigih menulis novel, ada yang bermesej dengan potensi peneman hidup, dan ada juga yang gigih nak menggodam sebuah software milik penumpang di rumahnya.
Bo mengangkat tangan ke atas, meregangkan tubuhnya sepuas hati. Fuh. Penat! PC Apple dipandang. Pada Izzue Codec yang masih mahukan password untuk dibuka. Virus ini dicipta untuk tujuan kemusnahan, dan dicipta khusus untuk Dickens... maksudnya virus ini bukan bersifat tamakkan duit atau mahu mencipta huru hara dengan mencuri fail atau identiti pengguna.
It simply kills.
Naluri menggerakkan tangan. Dia rasa dia nampak macammana Kuro mencipta dan memasang virus ini. Code-code dipisahkan, dipasang semula, diletakkan ke dalam program yang diciptanya sendiri khusus untuk meleraikan password yang sukar itu. Mata semakin berat, namun tidak lari dari data-data di hadapannya. Kelopak mata tidak berkelip walau sekali. Fokusnya tidak hilang walau kantuk mula memakan diri. Tetapi programming umpama dadah kepada minda, seterusnya kepada tubuh badan. Yang menggerakkan anggota badannya kini ialah dopamine semata. Maka jari terus berketik selagi akal masih mampu berfikir.
Walaupun kepala dah mula terasa ditarik ke belakang oleh suatu kuasa asing.
Memori terbuka. Tersingkap luas.
Dia menyukai nombor dan coding sejak zaman tak ingat. Mula-mula bakatnya dikesan guru tadika. Terus dia dimasukkan ke darjah satu semasa berumur 4 tahun. Dia rindu rumah. Dia rindu abang kembarnya. Dia rindu nak bermain dengan rakan-rakan seusianya, dan pada masa yang sama dia bencikan rakan-rakan sekelas yang tak tahu mengira membaca serta sekolah yang memaksa dia mengikuti pelajaran yang dirasakan, dah lapuk.
Kalau nak mengajar, buat la cara mengajar! Buat apa ajar benda yang dia dah tahu!!
Gagal membiasakan diri dengan standard sistem pendidikan negara, emak dan ayahnya memutuskan untuk tidak menghantarnya ke sekolah. Dia kemudian bersekolah di rumah, diajar untuk beradab dan menjadi budak berdisiplin. Diajar agama oleh mak ayah sendiri. Khusus untuk bab itu sahaja. Untuk membina peribadi mulia dalam diri. Untuk menghayati agama. Untuk melatih sekeping daging di dalam hati supaya menjadi suci murni. Untuk mengenal Tuhan yang Maha Esa.
Dan mereka berjaya. Dia menjadi lebih humble, sekurang-kurangnya sehingga dia berada sekitar usia 12 tahun.
Kereta ayahnya dilanggar sebuah Mercedez hitam. Mercedez itu sedang membawa seorang lelaki berprofil tinggi bernama Alastair Dickens. Bo melihat sendiri ayahnya yang tercedera di dahi dan hidung terpaksa meminta maaf kepada lelaki jahanam yang berani memarahi ayahnya kerana membuatnya lambat ke mesyuarat.
Hey. Engkau yang langgar bapak aku, kenapa engkau yang marah?!
Baran Bo mencapai kemuncak bila ayahnya menerima pula saman dari lelaki jahanam itu. Duit dibayar dengan duit. Lalu Bo memecah masuk firewall syarikat IT lelaki itu, menyalin software yang sedang diusahakan oleh kumpulan IT mereka, menyiapkan sendiri software anti-virus tersebut, dan kemudian disebarkan di internet secara percuma.
Syarikat Dickens rugi berjuta.
Bo berpuas hati. Namun tidak lama, kerana polis mencarinya atas arahan Dickens. Ayah dan emaknya menangis melihat dia digari untuk dimasukkan ke dalam lokap.
Itu pertama kali dia duduk dalam penjara. Sejuk. Dan sunyi. Dan menakutkan, kerana penjara menyimpan berpuluh manusia luar kawalan. Dia menjadi insaf pada malam itu.
Dickens melepaskannya keesokan hari bersama tawaran. Bekerja dengannya.
Bo menolak. Dia mahu hidup dengan mak dan ayahnya, serta adik beradiknya. Dia perlu mengajar abangnya matematik sebab abangnya akan menjalani peperiksaan UPSR.
Kemudian keluarga mereka menerima saman lagi, atas kesalahan yang tidak berlaku kali ini. Tetapi kerana kecekapan peguam Dickens membuat kerja kotor, ayahnya hilang duit lagi.
Si emak naik hantu. Bila Dickens datang untuk meminta izin emak dan ayahnya supaya dia bekerja dengannya, si emak mencucuk kangkang Dickens dengan pensel milik abangnya.
Dickens dimasukkan ke dalam hospital. Kali ini emaknya pula masuk lokap. Dan duit hilang lagi. Untuk bayar saman. Untuk keluarkan emak dari penjara. Dan untuk bayaran perubatan Dickens.
Bo semakin rimas.
Dickens datang lagi. Mengajaknya bekerja lagi. Kali ini dia bersetuju, tetapi diminta supaya Dickens melepaskan keluarganya. Dickens bersetuju, dengan syarat, dia menukar nama kepada Alastair Boadicea – nama sebagai bukti dia ialah anak angkat Dickens. Suatu bentuk legalisasi.
Tapi dia tak tahu yang Dickens menipu. Dia masih naif dengan permainan Dickens. Kerana bilamana dia buat perangai dan menunjukkan sebarang tanda melawan, keluarganya yang akan menerima balasan.
Akhirnya Bo menjadi seorang anak angkat yang sangat taat. Apa-apa yang Dickens suruh, semuanya dituruti, tak kira halal dan haram. Dia menjadi biasa.
Giliran ayahnya naik hantu. Dia masih ingat macammana ayahnya mencari Dickens di banglo lelaki itu. Bo ketakutan – bukan takutkan ayahnya, tapi takutkan apa yang Dickens boleh buat dengan kejadian yang berlaku. Dickens akan saman dan terus saman, dan keluarganya akan terus hilang punca pendapatan. Bila takda duit, adik-beradiknya tak dapat makan. Tak dapat bayar yuran sekolah. Tak boleh beli buku. Tak boleh bayar bil.
Dia tak boleh biarkan itu terjadi.
Lalu dia menghalang ayahnya. Dia menyebut kata-kata yang dirasakan boleh menghentikan ayahnya.
"Aku ialah Boadicea. Aku bukan lagi Siti Aisyah. Aku anak Dickens. Aku bukan lagi bintikan Lukman Ariff!"
Dia cuma mahu ayahnya berhenti dan pergi supaya mereka akan jadi lebih selamat. Mereka takkan mampu lawan Dickens.
Tubuh tiba-tiba merasa hangat. Merasa tekanan rangkulan. Mata Bo separuh pejam. Pelukan itu cukup lama, erat, hangat, dan bergetar sifatnya. Ayahnya sedang menangis. Bo merasa matanya berkaca.
"Satu benda yang ayah nak cakap... kau jangan berani mengaku makhluk lain sebagai Tuhan selain Allah.... Ayah tak kisah kau tukar nama kau... tapi jangan tukar agama kau... kau faham Siti Aisyah!!"
Sehingga kini, kata-kata itu masih bermain di belakang fikiran.
"Ayah akan dapatkan kau balik... kau tunggu..."
Itu ialah janji yang dia pegang sehingga kini.
Azan Asar berkumandang, mengejutkan Bo. Kepala yang terlentok, spontan menegak. Terkejut. Terperanjat. Kiri dilihat. Kanan dilihat. Dia masih berada dalam bilik yang macam stor sampah. Leher yang terasa lenguh lalu diurut, memikirkan mimpinya sebentar tadi.
Kenapa tiba-tiba mimpikan kisah lama? Dia tidak pasti.
Skrin Apple dilihat. Perkataan ACCESS GRANTED terpapar di skrin. Bo ternganga. Dia berjaya. YES!!! Kedua belah tangan dilambung ke langit. Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah!! Hahahahhha!!
Dengan muka bersemangat, Bo mengadap skrin kembali. Butang Enter ditekan.
Satu icon gambar terpapar di tetingkap. Hanya satu, tiada yang lain. Ini tidak dijangka. Bo mati-mati ingatkan program.exe atau suatu bentuk link atau anything.... Double click pada icon tersebut, dan paparan gambar kemaluan lelaki terbentang di depan mata sendiri.
"Why the fff..." Mulut melopong luas. Aku habiskan masa berhari semata-mata benda ni?? Dan apa yang dia maksudkan dengan virus yang boleh memusnahkan apa entah itu?? Ini sekadar gambar yang sangat lucah!! Lawak bodoh apa ni Bang Kuro!!
Skrin Apple tiba-tiba glitching. Bo terperanjat lagi. Anak mata sempat menangkap perkataan yang terbentuk dan bersembunyi di sebalik glitches – [TOLD'YA I'LL *** YOU UP]
Beberapa saat kemudian, PC yang mahal itu bertukar gelap. Mati. Si hacker tergamam.
Pure destruction. Blindly.
"He didn't lie... at all..." desisnya pada diri sendiri.
"NAH."
Hard drive di sebelah pinggan dipandang, lalu Kuro menoleh. Bo sedang memandangnya dengan muka malas. Wangi syampu turut menyapa hidung. Ah segar awal pagi.
"Reti mandi rupanya." Sengaja menegur bersama sengih sambil menyambut hard drive tersebut.
Muka malas bertukar sengal. Bersama keluh berat, dia mengambil tempat duduk di sebelah si lelaki.
"Congrates!" ujar Kuro tiba-tiba. Bo mengerut dahi sambil menjeling, dan terus bertambah lapis kerutnya bila lelaki berjambang itu menunjukkan gambar mukanya. Bo ternganga luas.
Muka itu cukup kotor. Ye la, tak mandi dua hari, rambut berminyak, muka berminyak, mata bulat sebab terkejut (kerana PC glitch sebelum termati), mulut melopong, air liur berbekas di tepi bibir (mungkin baru bangun tidur), serta lighting dari skrin PC membantu menambah buruk wajahnya. Berkilat!
"Apa benda... macammana???" Kuro dipandang dengan tanda soal terapung penuh di kepala.
"Abang programkan Little Izzue untuk tangkap gambar siapa orang yang berjaya pecah masuk codec abang sebelum matikan sistem dia." Sengih.
Bukaan nganga jatuh lebih luas. "You nasty hacker, you...!!" Lengan sasa itu dipukul sekuatnya. Geram! Dan pada masa yang sama, kagum juga. Bo menghela nafas panjang sambil tersandar, kini melihat Kuro dari sudut berbeza. "Abang cakap betul. Benda tu dicipta untuk memusnahkan. Kalau hantar ke al-Qaeda, maybe boleh tumpaskan dorang."
Kuro terkekeh. "Abang dah bagi amaran, kau buat pekak. Padan muka."
"Apa dia?" tegur Mior pula. Alang-alang mencuri dengar, kepala dipanjangkan ke arah mereka.
Lelaki berjambang itu mendesis pendek. "Eh, sibuklah kau!" Mior ditolak supaya menjauh.
"Bo berjaya crack masuk. Baru je nak bukak, dia rosakkan PC Bo." Nasi lemak diletakkan ke dalam pinggan.
Muka kecewa itu kesian benar. "Tu la. Abang dah cakap jangan bukak..." Tangan yang terasa nak naik dan mengusap kepala si gadis, sedaya upaya ditahan.
"Lain kali bila bagi nasihat tu beria la sikit," cemiknya. Nasi berisi nasi lemak dimasukkan ke dalam mulut. Selajur, mata yang kelat dan berat, terbuka luas. "SEDAAAAPPP!!!"
Terkejut beruk mereka di dapur itu, termasuklah Puan Ekin dan Emir yang baru nak menapak masuk. Bo memandang Kuro dan Mior dengan mata yang bersinar terang laksana mentari tengah hari.
"Siapa masak ni??"
"Abang." Aki yang masih di depan dapur gas, menyahut.
"Sedap giler bang!" Dan nasi lemak dimasukkan ke dalam mulut macam tak ingat. Nak sedut terus kalau boleh.
"Kau tak makan dua hari, memanglah semua makanan sedap," balas Aki bersama ketawa nipis.
"Tapi memang superb..." tambah Mior pula, tak kalah menang dengan tahap gelojoh Bo kali ini. "Kalau kau perempuan, aku dah lama pikat kau dan jadikan kau bini aku." Sudu digoyang-goyang di udara sambil memandang lelaki berapron itu.
Kuro tergelak. "Kau nampak dah kenapa aku taknak lepaskan dia? Kalau Aki kahwin sekalipun aku sanggup ikut duduk serumah dengan dia. Perut aku dah terbiasa dengan masakan dia saje."
"Habislah perempuan yang nak compete dengan Bang Aki nanti..." Emir menggeleng kepala, lalu memasukkan sudu ke dalam mulut. "SEDAAAAPPP!!" Giliran dia pula memekik ke langit.
Puan Ekin tertawa terus dibuatnya. "Aki! Kau kerja dengan aku je la, sebagai tukang masak! Just name your price!"
"Hahahaha. Sorry, tapi tak boleh. Pagi ni kami kena keluar. Dah lama sangat duduk sini." Tangan dilap pada apron. Apron digantung pada dinding dan dia duduk bersama di meja itu.
"Alaa duduk je la lama-lama. Tapi Bang Aki sorang la. Yang lain boleh balik," ujar Bo bersama sengih.
"Amboi engkau!" Membulat mata Kuro dibuatnya.
Aki sekadar tersenyum kecil. Dia melabuh duduk sambil merenung Bo yang sedang tersengih luas. "Tadi abang dengar kau cakap kau berjaya tembus firewall Little Izzue? Betul ke?"
"Little Izzue??"
"Defence system yang protect hard drive tu." Bibir dimuncungkan pada hardware yang terletak elok di sebelah pinggan Kuro.
"Ohh... A.I. yang vulgar nak mampus tu... that speaks the nature of its owner..." balas Bo sambil menjeling tajam pada Kuro. Lelaki berjambang itu buat tak dengar, selamba mengunyah dan menikmati nikmat dunia. "Ye, Bo berjaya tembus."
"Apa yang ada dalam tu?" soal Mior dan Emir serentak. Sama-sama ingin tahu.
Lalu Kuro memberi jeling malas pada Mior. "Aku dah cakap dulu, kan? Gambar muka Dickens."
"Gambar muka–bhahahha!! Uhuk uhuk uhuk!!"
Sekali lagi mereka di meja makan itu terperanjat. Bo terbatuk kasar berkali-kali, namun bercampur aduk dengan ketawa yang tak habis. Tekak sendat dek nasi lemak yang melekat. Kepedasan sambal menambah sengsara hingga membuat tekaknya gatal. Muka padat sekali dengan darah. Mata berair, dan hidung turut berair. Sengsara.
Ekin lekas menghulur air kosong. Kuro pula menepuk-nepuk belakang gadis itu. Bila batuknya reda sedikit, Bo melepaskan sisa ketawa pula. Kuro dipandang dalam kabur air mata.
"Muka... hahhaa... muka Dihhahaha... abang jahat hahahhaaha..." Penumbuk dilepaskan ringan ke dada bidang itu.
Lelaki itu tersenyum janggal. Aki kemudian dipandang dengan kening dijungkit tinggi. "Punchline sampai."
Ilham pun sampai sama. Aki spontan mengeluarkan stick note kuning dari dalam poket seluar, lalu dipanjangkan ke arah Bo yang masih cuba melegakan anak tekaknya disana. "Apa pendapat kau pasal ni, Bo?"
Kuro dan Mior sama-sama mengerut dahi, memandang Aki dengan riak keliru.
"Yang kau bagi ke dia dah kenapa?"
"Kau dengan aku sama-sama tak boleh decode. Nak harapkan Mior, langit yang terbelah dulu, so aku nak try nasib..." Tenang menjawab.
Kening Kuro bercantum. Cadangan itu diterima, lalu mereka sama-sama merenung anak gadis itu. Bo nampak tenggelam dalam fikiran sendiri. Barisan nombor pada kertas dilihat sambil menepuk-nepuk dadanya. Dibaca. Bercantum keningnya, lalu kertas kuning itu dicapai. Mata dikerlip sekali dua.
132921153271145133.5.192
"So?" soal Mior lagi. "Apa pendapat kau? Nombor-nombor tu ada apa-apa maksud ke?"
"Sorry. Saya tak faham apa maksud dia," balas si gadis.
Serentak kedua-dua lelaki mengeluh. Takda nasib, huh...
"I mean... frontier tu apa benda??" sambung Bo dengan muka berkerut seribu sambil menghulur kertas tersebut pada Mior kembali.
Kuro kelam seketika. "Kau cakap frontier? Nombor-nombor tu tulis... frontier??" Ditekan code word yang sepatutnya hanya dikongsi antara dia dan Aki itu.
"Ya."
"Kau biar betul. Tapi macammana kau tengok??" Kertas tersebut dicapai dari tangan Bo dan dilihat depan-depan.
"Abang tak nampak? Abang boleh buat firewall susah gila yang nak di-crack, tapi kod ni simple je. Budak tadika pun boleh baca."
Kata-kata itu sekali lagi menarik perhatian mereka semua.
Bo menggaru pipi, sedikit janggal dengan renungan mata yang diberi padanya. Telunjuk dituding pada nombor-nombor ganjil. "Okay, fokus dekat prime number. Ada tak kadang-kadang bila abang tengok prime number, abang rasa macam boleh hidu bau gas..." Tangan dikipas di depan hidung. "Atau bila nampak kuasa dua, dia nampak lebih terang glowing berbanding nombor ganjil? Try that." Kuro dipandang dengan muka jujur.
Si lelaki tersenyum kaku. "Sorry. Abang bukan alien."
Si gadis mengeluh. "I can't be the only one yang boleh rasa macam tu.... Look. Nombor satu appear darker. Nombor ganjil berada dalam setiap titik. Ketara sekali. Jadi kalau kita tenggelamkan nombor satu dan jadikan setiap number hasil dari multiplication, jadi kod nombor ni sekadar huruf mengikut abjad je." Penumbuk dihentak pada tangan sendiri. "Basically, tenggelamkan nombor satu and voila! You decode it!" Kening ditinggikan bersama senyum lebar.
Mior pula memandang Kuro yang merenung kertas tersebut dengan mata tak berkelip. "Bukan ke frontier ialah secret passcode antara kau dengan Aki..."
Kuro menjeling. "Sejenis "secret" yang dah jadi open secret sebab dikongsi dengan kau dan Farha sebab mulut kepoh Aki..." deramnya perlahan sambil mencerun pada Aki. Lelaki berkulit cerah itu sekadar beriak kosong.
Mior mendiam seketika. "Atau ada orang lain yang tahu??" soalnya bersama senyuman kecil. Enggan membayangkan apa yang hatinya sedang rasai kini.
Lelaki berjambang itu tidak membalas. Wajah Farha terbayang lagi di ruang fikiran. Hampir sembilan puluh peratus keraguan pada wanita itu kini!
Puan Ekin yang mencuri dengar dari tadi akhirnya menyampuk. "Kalau korang tak kisah aunty tanya... apa maksud frontier?"
"Prepare everything and fight," balas Kuro dan Aki dalam nafas sepatah.
Tetapi kenapa Farha menyampaikan mesej itu kepada mereka... malah dengan cara serumit ini??
_____
PainaRena
Enough Said