ACT 1: Part 5
[DESA ILMU – 1221H]
KEESOKAN harinya, Aki dihantar lagi ke hospital kerana cedera yang diberikan oleh Mior pada malam sebelumnya. Hasilnya, tangan yang sepatutnya sekadar disokong arm sling kini bertampal simen.
Dua sahabat lelaki itu selamat balik ke Desa Ilmu. Saga 86' memasuki laman rumah mereka. Selepas enjin dimatikan, Kuro keluar dari kereta bersama gelak kecil.
"Dude, sepanjang aku kenal kau, kau pernah ditendang, ditumbuk, dilanggar kereta, hampir mampus sebab dikelar pisau... and now you live with a sprained frickin' elbow? Hahaha... Sarawak too much to handle, yes?"
"Mior bukan calang-calang fighter, dude." Defensif.
"Right... right... kau dah berkarat, dude."
Mereka sama-sama masuk ke rumah dengan langkah tenang macam tiada lagi masalah akan datang. Namun kecoh masih tidak reda bila Coral pula datang semasa menghantar makanan tengah hari kepada mereka. Melenting beruk gadis itu dibuatnya bila melihat keadaan terbaru Aki.
"Tangan kau baru nak baik tapi patah lagi?!!" jerkahnya bersama muka merah.
Kuro dan Aki berpandangan. "Well, things happen."
"Apa yang terjadi? Siapa yang pedajal kau kat tempat cedera sampai berkali-kali?" soalnya dengan muka serius. "Tak guna betul..."
Bahu dijungkit. "Kau bawak apa tengah hari ni? Nasi ayam?" soal Aki bersama sengih. Memang dia mengharap makanan percuma hari ini. Gadis bidayuh itu mengeluh, manakala Kuro sekadar memandang sambil berpeluk tubuh.
Pintu rumah tiba-tiba dibuka seseorang dari luar. Mereka bertiga serentak menoleh, melihat Farha menyerbu macam paparazzi yang dahagakan berita sensasi. Muka terkejut Kuro, Aki dan Coral dipandang satu persatu.
"Aku disuruh bukak laluan Dickens dajalkan korang dua sebab mak aku dijadikan tebusan so it is not my damn fault aku terlibat dengan semua benda ni," ujarnya terus tanpa salam.
Tu dia. Mukadimah rumit di tengah hari. Kuro, Aki dan Coral sama-sama memandang Farha dengan muka blur, manakala tetamu yang tak diundang itu menutup pintu rumah sebelum kembali menentang mereka. Pada Aki terutamanya.
"Kau mintak aku bagitau apa yang aku tahu, kan? Here it is, aku bagitau apa yang kau nak tau. Aku ialah victim antara korang dengan dia!" Mata dicerlangkan geram.
Aki dan Kuro berpandangan seketika.
"Kau baru sebut nama Dickens?" Kuro menyoal dengan riak muka – betul ke apa yang telinga aku baru dengar?
"Awak kenal Dickens? Alastair Dickens?" Aki menambah dengan muka berkerut seribu.
Farha mengangguk. "Dia pakcik aku."
Serentak kedua-duanya jatuh rahang. "Kau serius?" Tak percaya.
Coral memandang ketiga-tiganya silih berganti. "Siapa Dickens?"
Farha memekam bibir. "Tak kisah la pasal tu. Tapi perniagaan mak, duit perubatan mak, duit emak kat bank, semuanya dipegang Dickens. Aku tak tau apa masalah korang dengan dia tapi dia cari aku sebab aku kebetulan dekat dengan korang kat negeri ni!" Aki dipandang bersama riak tangis. "Tolong lepaskan aku supaya aku boleh hidup dengan tenang, please..."
Kuro dan Aki berpandangan lagi.
Farha disuruh bertenang, dan mereka berkumpul di meja makan di dapur. Coral disuruh balik supaya tidak terlibat dalam urusan mereka, namun gadis itu buat perangai degil macam Tanggang si anak derhaka. Malas bertekak panjang, Kuro akhirnya membenarkan gadis itu mengikuti perbincangan dengan syarat, jangan sampai Dickens tahu dia terlibat.
Coral berpeluk tubuh. "Siapa Dickens sebenarnya? Kenak bunyinya macamlah dia sangat penting."
"Penting alright. Punca sebenar rumah aku dipecah rompak, gajet-gajet aku dimusnahkan, safety precaution senang-senang kena breach, server mampus, and hard drive hilang." Kuro beralih dari Coral kepada Farha. "Sejauh mana kau tau pasal kitorang?"
"Aku tak tau langsung." Kepala digeleng. "Dickens call satu hari, dan suruh aku dekati korang sebab dia nak pantau korang dengan jarak yang lebih dekat dari point of view aku."
"Awak sure this is okay?" soal Aki, sedikit curiga. "Awak buat kerja untuk dia, means, awak yang terima ancaman kalau hal ni kantoi kat dia pulak."
Farha memekam bibir. "Habis, kau jugak duk tanya segala bagai kat aku..." Muka diraup berkali-kali, rimasnya rasa. "Aku pun sebenarnya dah tak tahan buat kerja dia dalam sembunyi. Aku tak reti langsung... korang dua senang-senang tahu aku yang pecah masuk hari tu, aku tak tau macammana, tapi aku tau korang bukan couple gay semata!" Aki dan Kuro dipandang silih berganti. "Aku dah taknak terlibat dengan semua ni, please..."
"Kau currently tengah blowing whistle." Kuro mendekatkan kepala. "And seriously lady, mampus kalau Dickens tahu. Kitorang sendiri tak dapat nak percayakan kau kalau dia contact kau sekarang ni."
Air mata terasa bergenang di bening mata. "Aku tak pernah nak merasa hidup macam ni! Aku perempuan normal! Aku cuma nak selamatkan mak aku dari dipergunakan Dickens sesuka hati! Aku nampak winning chance dari korang... so aku nak bekerjasama dengan kau! Salahkah?! Tolong jangan layan aku macam ni..." Air mata pecah lalu.
Aki dan Coral menjeling tajam pada Kuro, sama-sama memarahi dalam diam. Lelaki itu pula sekadar bersandar lenang, tidak merasa sebarang rasa bersalah membuatkan anak dara orang menangis. Tiada walau sedetik.
Lauk tengah hari lupa nak disentuh.
Farha menahan sedih di hati, lalu lelaki berkulit cerah itu direnung. "Aki, please.... Aku minta maaf sebab khianat posisi rumah korang kat dia, tapi aku dipaksa. Aku tak berniat... sorry... please, tolong aku..."
Kuro merenung si gadis, tajam sekali. "Apa dah jadi dengan hard drive aku sekarang?" soalnya, membuat Farha menoleh dengan wajah sayu.
"Aku dah berikan kat dia. Apa benda dalam tu dan kenapa dia nak, aku tak tahu. Aku cuma buat kerja aku je... please jangan marah..."
Nafas dalam ditarik panjang hingga penuh dada. "Please jangan marah, katanya..." dengusnya. Ayam goreng dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah geram.
Farha merenung si lelaki. "Kalau benda tu penting sangat, aku cuba ambil balik dari Dickens?"
"Tak tak tak, tak payah." Aki menahan lekas. "Dickens bukannya boleh buat apa kalau dia dapat benda tu pun. Nak buat jadi bantal pun tak boleh sebab keras sangat."
Kuro bersandar. "Unless kalau dia boleh crack masuk defense system aku, which is... not possible." Kepala digeleng. Dickens dikenali sebagai lelaki korporat yang cukup tahu macammana nak memainkan benang untuk dapatkan apa-apa yang dia nak, tapi lelaki itu tidak memiliki kepakaran dalam bidang teknikal mahupun elektronik. Macam seorang datuk zaman Jepun yang dihulur smartphone.
"Tapi boleh jadi dia upah orang lain nak crack hard drive kau. Hacker bukan seorang kat dunia ni, dude." Aki menjeling.
"Yea..." desis Kuro rendah, turut menjeling. Bibir bawah digigit, dan Farha yang memerhati mereka, dipandang. "Well, one problem at a time." Paha ayam dituding pada si gadis. "Apa kata kau start explain apa sebenarnya relationship kau dengan Mior dan kenapa korang ke pergi ke rumah hantu tu."
Aki dan Coral memandangnya. Farha pula mendiam seketika.
"Mior... abang aku. Kitorang... ah, dammit." Pipi digaru. "Kitorang anak Babamok, salah seorang ketua kongsi gelap di KL. Kitorang diajar macam-macam, mostly cara berkelahi... guns... everything. Tapi Baba... tak pernah bertanggungjawab sebagai ayah. For the whole time in our life, kitorang dibesarkan macam askar. Dia bekas komando. Kitorang dah macam kadet dia yang tak pernah ditauliahkan. Dah bukan anak. So aku lari. Aku dah tak sanggup terima layanan yang macam tu... bagi dia, kitorang bukan family. Emak aku pun... lari sama. Kitorang tak tahan... serious, kitorang tak tahan... dude's a monster..."
Berkerut dahi Kuro mendengar si anak perempuan memanggil ayah sendiri raksasa. "Tapi Mior stay?"
Angguk. "And then, aku lay low kat sini. Hidup macam normal. Nobody knows me here, serius aku rasa macam bina hidup baru... kalau kau faham la."
"Faham." Kedua-dua lelaki membalas serentak, membuat Coral menoleh.
"Lepas tu Mior datang beberapa hari lepas... bawak berita yang ayah kitorang ditemui meninggal kat rumah dekat Asajaya tu..." Wajah ketiga-tiganya direnung satu persatu. "Serius. Aku pergi sebab nak tengok tempat yang jadi kubur ayah aku, takda alasan lain! Mior cakap dia nak siasat rumah tu sebab dia rasa polis buat kerja bodoh. Tapi setiap kali kitorang pergi sepanjang minggu ni... kitorang tak jumpa apa-apa! Yet... Mior masih tak give up..."
"What is he, anak bapak or something?" Aki tergelak perlahan.
Nafas ditarik dalam. "Aku rasa Mior ada alasan lain dia siasat rumah tu... sebab dia sekarang peneraju geng kongsi gelap ayah. Boleh jadi tu alasannya... tapi aku tak sure apa dia."
Terdiam.
"Macammana dengan Dickens?" soal Kuro pula. "Ada kaitan dengan Mior?"
Farha mendiam seketika, merenung nasi berkuah di depan mata. "Aku tak tau."
Aki tersenyum kecil. Tubuh dirapatkan pada meja dan tangan Farha dicapai. "Apa kata kau bina hidup baru dengan aku, kat sini. Kita afterall, bersama-sama dalam masalah ni. Sabah nampak macam cukup syarat nak buat tempat honeymoon."
Automatik Kuro menyiku rusuk di bawah ketiak si kawan. Sempat nak mengurat! Dibiarkan Aki tergolek kesakitan ke lantai, sisi wajah Coral pula ditolak supaya jangan mengambil hati dengan perangai miang yang Aki tunjukkan. Gadis itu pula tidak bereaksi. Melihat bahasa tubuh yang keras itu, Kuro menghela nafas dalam. Farha dipandang lagi. Minah ini pun nampak selamba tak kisah.
"So, lepas semua ni, apa yang kau nak buat?"
"Aku sebenarnya... nak mintak tolong sikit."
"Pulak?"
Aki menyokong lengan kanan ke atas meja, cuba mengangkat dirinya supaya bangkit. Wajah cantik wanita itu dipandang prihatin. "Awak nak mintak tolong apa? Saya akan tunaikan."
"Aku suruh kau mati, kan?" desis Kuro, kali ini memanjangkan kakinya ke tubuh si kawan supaya terus terbaring.
"Em... pasal Mior... aku nak korang sedarkan dia yang takda guna terus cuba siasat rumah hantu tu. Aku rasa dia pun dipergunakan Dickens. Kalau tak, dia takkan bersungguh pergi rumah tu hari-hari." Bicara termati seketika, mencari nafas. "Aku faham perasaan dia nak cari pembunuh ayah, tapi sedangkan polis sendiri tak dapat nak cari, macammana dia nak cari."
"Kenapa kau rasa Dickens pergunakan Mior?"
"Sebab yang jumpa mayat ayah ialah Dickens. I mean... rumah tu berbatu jauhnya kat pedalaman sana, macammana dia yang duduk kat Kuching boleh tergerak nak jumpa? Tak masuk akal... plus, Dickens jugak yang bagitau Mior pasal pembunuhan dalam rumah berkunci tu."
"Aha?" Kuro menjungkit hidung ke langit. "Tu maklumat yang menarik."
"Apa pulak pendapat peribadi kau pasal pembunuh ayah kau?" Aki menyoal kemudian.
"Aku tak tau... I mean, dia dibunuh dalam rumah hantu. Polis tak jumpa senjata membunuh. Tiada tanda-tanda pergelutan. None. Kes tu masuk dalam X-file. Mior taknak terima dan masih nak mencari... aku harap dia sedar lekas, benda yang impossible, tetap impossible."
"Rumah hantu, haha..." Ketawa nipis dilepaskan, membuat Farha menjeling geram. "Kalau ayah kau terbunuh, maksudnya pembunuhan tu tak impossible." Kuro tersengih, bersandar. "Takda benda yang terbunuh sebab tiba-tiba. Tentu ada sesuatu yang berlaku... aku setuju dengan Mior dalam hal ni. Dia patut terus cuba cari pembunuh ayah dia."
Aki menjeling. "Kau nak tolong dia?" soalnya curiga. Bukan Kuro namanya nak tolong Farha sesuka hati. Kuro tak sukakan Farha, dan dia maklum tentang itu dari awal lagi.
Lelaki berkulit sawo matang itu masih dengan sengih. "Cinta hati kau suruh kita stop Mior buat kerja bodoh, aku nak tolong la ni. Tapi aku buat dengan cara aku sendiri."
Aki menjungkit sebelah kening. "Aku sekarang ni kudung dan tempang sekaligus. Gajet kau semuanya rosak. Mior masih dalam bonet Saga kau. Dickens terlibat dengan kedua-dua beradik ni... aku rasa kau perlu rebuild balik bunker kau sebelum cuba nak selesaikan masalah yang datang sekaligus. Lagi-lagi nak kerah otak berfikir pasal kes X-file yang Mior nak selesaikan..."
"It called, multi-tasking." Kuro menjungkit kening berkali-kali. "Come on. Kita punya bakat dalam situasi macam ni la, bukan dalam academic achievement. Kau tahu, kan? Are you with me, dude?" Penumbuk diangkat, meminta bro fist.
Nafas dalam ditarik. "Fine." Sikunya dilaga dengan penumbuk Kuro. "So, kita nak start dari mana?" Farha yang tersengih lebar dikerling. Tanpa diundang, hatinya merasa lembut dan tenang. Senang hati melihat gadis kesayangannya itu bergembira.
Kuro menolak kerusi ke belakang. "Buat perjanjian damai dengan Mior."
KURO bergerak ke luar rumah, ke arah Saga hitam berkilat kesayangan yang diparkir di laman. Bonet belakang diketuk.
"Hoi, dengar sini. Sekali ketuk tanda ya, dua kali tanda tidak. Kau masih hidup ke?"
Senyap. Tiada respon.
"Ala, dah mati ke. Aku tunggu tiga hari lagi kut, sampai confirm bau busuk mayat kau keluar."
Bonet diketuk sekali dari dalam. Kuat sekali. Seperti melepas marah.
Kuro tersenyum puas hati.
Bonet dibuka, mendedahkan Mior yang diikat kaki, tangan, dan ditutup mulutnya dengan pelekat hitam. Lelaki berambut pendek itu menderam sedikit bila bertemu pandang dengan Kuro, tapi perhatiannya lebih tertumpu pada udara segar yang menyerbu ke tubuh setelah sepanjang malam diikat dan disimpan di dalam bonet kereta.
Kuro merendahkan tubuh sambil menongkat siku pada sisi kereta. Suka melihat kesengsaraan musuh rakannya ini. "Kau okay, Mior? Nak keluar? Nak kencing? Nak berak? Nak kasih sayang?"
Mata dijuling ke langit dan kepala direbahkan kembali.
Dengan tenaganya seorang, Kuro mengangkut keluar tubuh lelaki dewasa itu seperti mengangkut guni. Didukung terus ke stor rumah. Sempit. Kecil. Tiada tingkap. Jalan keluar cuma satu pintu, dan sebiji mentol menyala terang di siling. Aki yang dah menunggu, selesai menyediakan kerusi beserta tali di dalam stor itu.
Persoalan, 'siapa tu?', 'korang nak buat apa?' dan 'kenapa?' beberapa kali bergema dari arah belakang. Suara-suara kecil dan merdu itu membuktikan pemiliknya ialah perempuan. Salah satu suara itu milik suara adik perempuannya, namun Mior tidak mampu memusing kepala ke belakang untuk menjawab rasa ingin tahunya. Mulut juga masih ditutup pelekat bagi menghalang sebarang jeritan.
Dia didudukkan. Tubuh diikat pada sandaran kerusi, kedua belah kaki diikat pada kaki kerusi, dan lengan diikat pada lengan kerusi. Mior merenung Kuro yang tersengih-sengih di sandaran pintu. Aki yang selesai mengikat dirinya pada kerusi, lalu menanggalkan pelekat pada mulut. Gumpalan kain yang juga digunakan bagi menghalang deramannya keluar dan didengari orang awam, diludah ke lantai. Kering habis mulut. Diludah-ludah sisa kain yang terasa pada lidah dan dinding pipi. Bunyi cium dibuat berkali-kali, menjana liur untuk membasahkan mulut.
"Mana korang belajar torture orang macam ni?" soalnya bersama suara yang agak tenggelam di dasar tekak.
"Common sense," Kuro merapat.
"Common sense kau tak cukup common sebab pergunakan tetamu macam aku. Aki, come on. Kau nak biar je kawan kau dipermainkan macam ni? Ingat balik semua kenangan manis kita, dude."
"Kau bukan kawan aku, setan. Dan jangan panggil aku dude."
"Ala... kau merajuk ke... hahahhaha. Kau tak ingat first time kita berjumpa kat Henry Gurney? Kita karaoke sama-sama, kita belasah budak-budak lain sama-sama, kita makan sama-sama. Isn't that fun?"
"No! Kau menyanyi dua jam lepas tu kau buat aku yang bayarkan. Kau panggil budak-budak nak pukul aku tapi kau sendiri pukul dorang termasuk aku sendiri. Kau yang rampas semua ayam aku. Kau tak pernah buat aku macam kawan!"
"Hahaha. Kau masih Aki yang aku kenal. Hahahaha! Ni pulak siapa?" Pandangan ditoleh pula pada Kuro yang berpeluk tubuh di sebelah Aki. "Aku rasa macam pernah jumpa kau..." Tetapi kabur di minda.
"Aku boyfriend dia." Ibu jari ditunjuk pada Aki. "Kan honey?" Punggung Aki ditepuk kuat hingga terloncat si kawan.
Mior memicingkan mata. "Kau... yang teman Aki datang serang aku kat uni dulu." Rasanya dia ingat. Bertubuh sasa, berkulit sawo matang, dan cukup rapat dengan Aki sampai boleh buat lawak gay santai.
"Ha'ah. Kita jarang jumpa tapi aku tau banyak pasal kau dari cerita Aki."
"Hah. Kau ni jenis boyfriend yang ambik tau semua benda yang boyfriend cantik kau tu ceritakan masa dia bosan?"
Aki berkerut dahi bila dipanggil cantik. Kuro pula tergelak kecil.
"Yep. Kalau tak bagi perhatian kat dia, nanti dia ingat kita dah tak sayang dia. Hati dia, aku kena jaga. Kan, sayang." Sambil tersengih nakal, kepala ditoleh pada Aki, namun rakannya itu buat tak tahu. Melihat kenakalannya tidak dilayan, Kuro menoleh kembali pada Mior dengan senyum hambar. "Tak penting untuk kau ambik tahu siapa aku. Apa yang lebih penting ialah, apa yang aku tahu tentang engkau."
Mior mencemik. "Apa yang kau tahu?"
"Basically, all of them." Kuro mendekat, lalu bahu Mior ditepuk. Anak mata coklat gelap itu direnung tepat ke dasar. "Pasal family kau, pasal adik beradik kau, bisnes haram family kau, dan bapak kau mati kat rumah hantu kat Asajaya sana."
Riak Mior berubah sedikit. Dari sinar ceria senang lenang kepada serius membunuh. Pandangan mata Kuro direnung tajam. "Farha bagitau?" Jadi betullah suara Farha yang didengarinya di luar tadi. "Farha buat team dengan korang? No way, dia sepatutnya tutup mulut atas arahan Dickens."
Kuro dan Aki bertukar pandangan bermakna sekilas sebelum menentang Mior kembali. "Aki dengan Farha had a thing. Lepas ditanya, Farha cakap dia ke rumah hantu tu sebab nak cari klu pasal pembunuhan ayah kau. So, kitorang nak tolong."
"Wha... hahahhahaha. Kau simpan aku dalam bonet kereta sepanjang malam, kau ikat aku kat kerusi... sekarang tiba-tiba nak cari pembunuh bapak aku? Kalau kau bosan sangat, pergi langgan pelacur la bodoh!! Puih!"
Spontan mata terpejam bila muka terkena liur likat Mior. Macam jilake... "Aku pun tengah fikir balik sebab kenapa aku bersetuju buat kerja ni..." Baju Mior ditarik bagi mengelap mukanya.
Mior mencemik. "Kau pernah pergi ke rumah tu? Aku pergi setiap hari. Takda apa! Apa-apa yang polis tak jumpa, aku sendiri tak pernah jumpa! Kau ingat dengan bantuan kau, kes ni dapat diselesaikan dengan senang? Bodoh!!"
"Macammana kalau aku bawak balik klu untuk kau," ujarnya sambil terus mengelap muka sehingga diyakini bersih dari bau, warna dan rasa.
"Polis sendiri tak jumpa..."
"Well, polis takda mata macam aku." Aki yang masih santai berdiri tegak, ditepuk bahunya. "Jom, lawat rumah tu dulu. Baru aku boleh decide nak proceed nak buat perjanjian damai dengan celaka ni atau tidak," ujarnya, terus keluar.
Aki hanya memandang dalam diam. Mior yang masih dengan muka masam dipandang. Tanpa berkata apa-apa, lampu ditutup dan pintu dikunci dari luar.