Bab 22
Luna


Tidur bukan sekadar tidur

Mimpi bukan sekadar mimpi

Impian masih boleh dikecapi

Selagi ianya ditanam di hati


“Nah, ambil ni,” seorang lelaki berusia 50-an memberikan sebiji buah epal kepadaku.

“Terima kasih ya pak cik tapi saya tak ada duit. Macam mana?”

“Ambil saja. Anggaplah yang pak cik ni belanja. Kamukan orang baru di kampung ini. Kami sebagai warga yang prihatin perlulah saling membantu antara saatu sama lain.”

Sudah hampir seminggu aku berada di kampung ini. Aku berasa gembira dan sekarang aku mendapat keahlian di kampung ini. Penduduk kampung di sini sangat baik dan ramah. Mereka menjaga penduduk mereka dengan baik.

Walaupun sudah berada di sini selama seminggu, aku masih tidak jemu mengikut rutin harian di kampung ini. Bukan itu sahaja, aktiviti di sini juga sangat padat. Selain itu, barangan di sini juga dijual secara percuma. Aku boleh katakan yang di sini ialah tempat impian semua manusia. Apa yang kita perlukan ada di sini.

Aku tinggal di dalam sebuah rumah yang dibina oleh penduduk kampung ini semasa pertama kalinya aku datang ke kampung ini. Pada ketika itu, hatiku tergerak untuk membantu mereka dan tidak memikirkan langsung untuk jalan pulang ke rumahku. Di sini aku dapat keluarga angkat.

Ketua kampung baru memulakan ucapan, semua penduduk kampung berkumpul di tengah-tengah plaza. Ada juga yang menyiarkan siaran langsung bagi penduduk kampung yang berada di dalam rumah mereka. 

“Selamat pagi kepada semua penduduk kampung sekalian. Pada hari esok, sempena hari ulang tahun kampung kita yang ke-58. Kita akan adakan suatu pesta besar-besaran di kampung kita. Oleh itu, marilah kita bekerja bersungguh-sungguh untuk menyambut hari ulang tahun ini. Berharap yang semua penduduk di sini berbincang dengan AJK kampung kita. Perlulah dimaklumkan bahawa akan ada suatu acara yang hebat akan berlaku pada esok hari. Iaitu pertandingan tradisi kampung kita. Jadi carilah bahan-bahan yang sesuai untuk pertandingan esok. Jika begitu, sesiapa yang tidak akan bertanding besok silalah bantu siapkan perhiasan kampung kita hari ini. Itu sahaja ucapan saya selebihnya saya suruh AJK yang uruskan pula. Sekian, terima kasih.”

Apa sebenarnya pertandingan tradisi kampung ini. Semasa aku tengah memikirkan sesuatu aku menemui Tula iaitu budak perempuan yang selalu membantuku di sini. Aku menganggap dia sebagai adikku sendiri. Aku memandangnya dan dia mula mengatakan sesuatu kepadaku dalam keadaan suaranya yang terlalu perlahan aku perlu mendekatkan telingaku pada mulutnya untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.

“Akak Luna, saya nak tanya ni?”

“Apa dia?” Aku membisik pada telinganya.

“Akak, jom ikut serta pertandingan tradisi kampung kita esok.”

“Boleh ka? Tapi itu pertandingan macam mana? Maaflah akak ni baru lagi di kampung ini, jadi tak tahu sangatlah.”

“Boleh. Tapi tak apa. Serahkan kepada saya. Saya akan bantu sebaik yang mungkin.” Dia menunjukkan reaksi yang gembira sambil memandangku dengan penuh keyakinan.

“Kalau macam tu barang apa yang perlu kita lakukan sekarang?”

“Kita perlu cari besi batu mineral yang kuat dan sesuai untuk alatan kita.” Apa maksudnya. Adakah kami akan membuat senjata untuk pertandingan esok ataupun apa? Lebih baik aku tanya.

“Jadi pertandingan esok adalah pertandingan tempurlah.” Dia mengangguk sambil memuncungkan mulutnya.

Mulai tengah hari tersebut kami terus mecari bahan mineral yang sesuai di dalam sebuah gua yang Tula temui baru-baru ini. Katanya inilah tempat rahsianya dan dijadikan tempat penyembunyiannya ketika dia dalam jiwa yang tidak tenang. 

Sekarang aku tahu rahsia budak ini dan aku perlu menepati janji untuk tidak menghebohkan kepada sesiapa mengenai tempat ini. Setelah meneroka lebih dalam gua ini akhirnya kami menemui suatu bahan mineral yang sesuai untuk buat alatan.

Kemudian kami terus pulang ke rumah Tula dan menempa suatu pisau yang kuat dan ringan. Aku hanya memikirkan untuk menghasilkan pisau daripada alloi keluli tahan karat. Aku tak kata yang aku yang tempa ataupun Tula yang tempa tetapi yang tempa adalah ayahnya, Karim.

Berkat kemahiran ayahnya pisau tersebut dapat ditempa dalam masa yang singkat dan kualitinya yang baik. Tuan Karim mencuba mengukir sebatang kayu dan kelihatannya pisau tersebut terukir dengan baik.

“Hmm… Elok, kualiti pisau ni nampaknya boleh menang untuk pertandingan esok.”

Sekarang sudah waktu malam, aku menghirup udara malam yang segar di luar rumah. Aku melihat suasana pada malam ini yang meriah dengan semua orang yang tengah menyiapkan persiapan untuk hari ulang tahun esok. Suasananya agak rancak dengan penduduk yang bersuka-ria dan tiada langsung tekanan diberikan kepada sesiapa.

Dalam perjalananku ke gerbang pintu, aku menemui seorang lelaki yang pernah aku nampak. Di sebelah lelaki tersebut ada seorang perempuan yang mempunyai hasrat sesuatu pada lelaki tersebut.

“Hah, itupun kau Luna. Akhirnya kami jumpa juga kau.” Bagaimana lelaki tersebut dapat tahu nama aku? Aku tak rasa yang dia ni orang kampung di sini.

“Kau… Kau siapa?” Dia memandamgku dengan penuh hairan.

“Ini akulah takkanlah kau tak kenal. Kau lupa kawan ke apa?”

Mengapa aku tak dapat ingat apa-apa. Aku memicit kepalaku perlahan-lahan. “Apa yang kau nak daripada aku. Tunggu jangan dekat.” Dia kelihatan resah apabila melihatku dan cuba untuk mendekatiku. “Tolong jangan dekat, apa yang kau dah buat pada aku. Argh…” Selepas daripada itu, aku tidak dapat untuk melihat apa-apa selain daripada kegelapan.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh