Bab 15

Selagi ada cahaya

Di situlah ada harapan

Di mana harapan bersinar

Masanya untuk kecapi


Sekarang aku berada di dalam kurungan ahli sihir. Aku tak sangka yang mereka tak buat lantai di sini. Dan penjara ini hanya dibuat daripada potongan buluh. Sungguh klasik seperti orang dulu-dulu. Aku tergelak. Sementara itu, warden penjara ini melihatku tergelak.

“Apa kau gelak-gelak?” Wardennya ialah perempuan.

“Hahaha…Lawaknya. Aku ingatkan ahli sihir hebat sangat. Sekarang aku berada dalam lokap yang pintunya diperbuat daripada buluh dan diawasi oleh seorang perempuan. Nampaknya mereka tak ambil berat sangat dengan penjara di sini.” Rancangan ketiga adalah provokasi.

“Engkau ni kan…” Dia cuba untuk menenangkan diri. “Tak apalah, berseronoklah selagi boleh sebelum engkau ditukarkan menjadi haiwan.”

“Siapa tahu aku akan menjadi haiwan apa tetapi aku pasti yang perempuan macam kau dan memang akan menjadi haiwan yang sama dan tidak cantik.”

“Biarlah apa yang engkau nak cakap. Aku nak tukar shift ni. Selamat tinggal.” Warden tersebutpun meninggalkan penjara ini.

Kemudian warden yang barupun masuk dan mula melihatku sambil tergelak. “Hahaha…Kau kena tangkap. Sungguh menyedihkan.” Aik suara ini macam pernah aku dengar. Dia tidak menunjukkan mukanya lagi.

Aku tak boleh teka salah kalau tak malu aku. “Siapa kau sebenarnya?” Dia melihatku sambil tersenyum. Kemudian dia membuka hoodienya dan melepaskan getah rambut yang diikatnya pada rambutnya yang berwarna putih.

“Macam mana dengan sekarang kenal tak aku?” Apa yang dia buat di sini.

“Sandra, apa yang kau buat di sini.” Aku agak terkejut pada mulanya.

“Bagaimana rancangan kau.”

“Aku tengah buat ni.”

“Buat dalam penjara ni.” Dia mengangkat keningnya sebelah.

“Taklah, aku tunggu malam ni.”

“Biar betul kau ni. Kau nak tunggu kau kena sumpah dulu baru nak buat ke apa.” Dia tak percaya.

“Semuanya dalam kawalan aku jangan risau.”

“Kalau begitu ambil benda ni.” Dia melempar sehelai kertas dan sebilah pisau tajam bersarung.

“Terima kasih.” Aku terhutang budi.

“Satu lagi, tentang kawan kau Arluna sedang berada di Kampung Mimpi.”

“Bagaimana dengan Mimi?”

“Untuk sekarang ini aku hanya tahu yang dia berada di Kampung Pemburu. Selain daripada itu, tiada maklumat mengenainya.” Kemudian dia terus keluar daripada tempat ini.

Aku tak sempat nak tanya dia lagi macam mana dia tahu aku di sini. Adakah dia memang benar ahli sihir ataupun apakah dia sebenarnya. Aku terdengar yang ketua kampung ini mengatakan tentang catatan Sandra sebagai urban legend dan aku menemui Sandra sekarang. Adakah dia memang benar-benar hantu. Seram sejuk pula memikirkan tentang itu.

Sementara itu aku cuba membuka pagar buluh tersebut. Kelihatannya seperti sudah buka. Adakah dia yang buka pintu ini masa bercakap dengan aku tadi. Nampaknya aku dapat idea baru. Tunggu sajalah malam nanti sehingga encik mondok datang.

Pada sebelah malam pula, aku terdengar suara daripada bawah tanah. “Hello budak, bersedia.” Aku melihat sekeliling dan ternampak seorang warden yang tengah bergosip dengan seorang warden yang lagi satu.

“Awak tahu tak yang ada pesta di plaza. Ketua benarkan kita pergi.”

“Bagaimana dengan banduan ini?”

“Biarkan saja dia. Bukannya dia boleh keluarpun.”

“Jomlah.” Mereka berdua keluar daripada penjara dan warden yang mengajak tadi menunjukkan sign OK kepadaku.

“Baiklah saya sudah sedia Encik Mondok.” Kemudian tanah digali keluar. Alang-alang tu aku membuka pintu buluh yang aku duduki.

Lubang yang besar yang telah digali aku masuk. Aku keluar dan berada di dalam menara. Sementara itu, aku menggunakan mod flashlight daripada telefon bimbitku. Sejujurnya, barang yang orang kampung bagi memang aku tak guna. Kemudiannya, aku terus berlari menuju tangga yang ada untuk naik ke puncak.

Aku tiba di hadapan pintu. Aku mencuba memulas tombolnya malang sekali tidak boleh buka. Sepertinya pintu ini terkunci. Aku membuka kertas yang diberi Sandra tadi dan membaca isinya. Di situ terdapat peta dan caraku untuk membuka pintu ini.

Setelah menghadam isi surat tersebut, aku meletakkan cap tanganku pada suatu pengesan cap tangan bersebelahan pintu tersebut. Kemudian dalam beberapa saat pintu tersebut dapat dibuka. Akupun segera masuk ke dalam bilik tersebut untuk melihat apa yang ada.

Di hadapanku hanya terdapat sebuah meja dan suatu komputer. Aku membuka komputer tersebut dan mencuba mengubah program komputer tersebut dengan memasukkan virus. Senang kata aku godam komputer tersebut.

Dalam beberapa minit sahaja sistem bertukar dan program magis dihentikan di kampung ini. Selain itu, program sumpahan pula direset tetapi tak boleh untuk mengubah sepenuhnya dan aku telah menetapkan penggunaan magis adalah terlarang. Sesiapa yang menghasilkan magis akan terima padahnya.

Aku menemui pendrive pada komputer tersebut. Mungkin pendrive ini akan membantuku nanti. Program dalam pendrive aku telah format dan memasukkan program yang telah baru aku reka. Setelah program telah dimuat turun aku menjumpai suatu PDA di bawah meja komputer. Aku cuba untuk membuka PDA ini mujurlah baterinya masih lagi ada.

Perkataan pertama yang terpapar dalam PDA ini ialah ‘TESLA’. Kemudian terdapat beberapa nota dalam pda ini yang menceritakan formula untuk membebaskan manusia daripada hutan ini. Caranya adalah mengubah program di setiap menara di kampung yang ada dalam hutan ini. Tetapi dengan satu syarat, semua penduduk kampung perlu keluar dan kesan sampingan akan membuatkan mereka menyesal. Namun aku tak rasa yang cara ini akan berhasil, Jadi, aku akan mengetepikan program ini.

Tiba-tiba, pintu diketuk-ketuk daripada luar. Suara ramai orang perempuan mula kedengaran dari luar. “KNOCK…KNOCK…BUKA PINTU!” Aku rasakan yang orangnya penyihir. Tiada pilihan lain lagi, aku terus menghancurkan komputer tersebut dan membawa masuk PDA dan pendrive bersamaku ke dalam beg sandangku.

Aku menemui jalan pintas untuk turun daripada menara ini dengan cepat. Terdapat suatu wayar yang tersambung daripada luar yang berhubung ke suatu tempat.

Namun begitu, aku tak rasa yang itu jalan yang akan aku pilih. Mujurlah di situ ada mikrofon dan alat komunikasi. Aku tak memilih untuk melarikan diri, sebaliknya memberi tahu seluruh penduduk kampung ini.

“Urm…Test 1…2…3…Clear. Kepada semua penduduk kampung sekalian jangan risau. Sekarang kalian semua sudah terbebas daripada sumpahan penyihir. Tetapi Maafkan saya sebab saya tak boleh nak buang sumpahan ini keseluruhan sebabnya semua di sini dah ada genetic demihuman sejak daripada lahir. Sebab itu, anda boleh jadi manusia tetapi anda akan menjadi haiwan juga, Jadi bangunlah penduduk kampung ini, lawanlah ahli sihir. Sesungguhnya mereka tidak boleh membuat apa-apa pada anda. Ingatlah pesanan saya yang selagi di mana ada harapan kecapilah sinarannya. Rasanya itu saja ucapan saya. Terima kasih kerana sudi meminjam telinga anda semua.” Aku keluar daripada bilik tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak kumpulan penyihir pengsan di hadapan pintu. Adakah mereka guna magis. Nampaknya seperti ya. Perlukah aku bagi ucapan lagi. Neh, tak payahlah. Buat letih aku saja.

Aku pun keluar daripada menara tersebut menggunakan tangga utama dan melalui pintu hadapan. Aku menarik nafas dan menghela nafas lega. Namun begitu, walaupun rancangan aku berjalan lancar, aku masih tak boleh lari daripada ahli sihir yang mengepung ku.

Kelihatan seperti ketua mereka berkata “BERHENTI SEKARANG!” Aku berhenti. “JANGAN BERGERAK.” Aku duduk bersila apabila mendengar perkataan tersebut. “Awak pergi pegang dia dan gari dia. Kita akan bakar dia hidup-hidup malam ini juga.”

“Wah, macam witch huntlah menarik! Witch mana yang nak kena bakar hidup-hidup ni.”

“Bukan witch tapi kaulah.” Kemudian tangan dan kakiku diikat daripada belakang. Untuk pertama kalinya aku berasa sangat tenang dan tak menggelabah ni.

“Buatlah kalau berani, pastikan kau buat di depan khalayak peduduk kampung malam ini. Satu lagi yang engkau buat jangan sentuh langsung beg sandang aku, kalau tak kau akan menyesal.” Aku kata itupun ada salah seorang daripada mereka yang galak untuk mengambil beg sandangku. “Bagaimana?”

“CEPAT SEDIAKAN KAYU, KITA AKAN LAKUKAN UPACARA SEKARANG JUGA.”

Sekarang eksperimen pun bermula, aku digantung dan diikat di suatu tiang kayu berbentuk salib. Di bawahku ada beberapa longgokan kayu. Aku gembira apabila ramai orang datang pada malam ini. Manusia yang disumpah kini menjadi manusia. Aku harap sumpahan sudah dileraikan walaupun mereka masih lagi demi human.

Ketua ahli sihir mula berucap, “pada malam ini, ada seorang manusia yang menceroboh menara kampung kita dan membuat pengumuman tak munasabah. Disebabkan itu, dia akan dihukum bakar sampai mati sekarang juga. Ini pengakhiran hidup kau. Ada apa-apa nak ucap.” Aku mengangguk.

“Selamat malam kepada semua penduduk kampung semua. Sepertimana yang anda telah dengar tadi. Apa yang saya ceritakan adalah perkara yang benar. Mulai sekarang kalian jangan takut lagi dengan penyihir kerana mereka tidak boleh sudah mengapa-apakan kalian semua. Disebabkan itu, bangkit dan tentanglah mereka kerana mereka tak dapat untuk melakukan kelebihan mereka.” Suasana sangat sepi. Nampaknya penduduk ini memang tak pandai nak menentang orang jahat.

“Ucapkan selamat tinggal kepada dunia.” Dia melemparkan obor api ke dalam longgokan kayu yang berada di bawahku. Aku terus memetik jari. Api mulai naik dengan marak. Kumpulan penyihir kelihatan gembira. Setelah menunggu beberapa minit dalam api, aku masih lagi dalam bentuk yang baik pada mata mereka. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

“Apa yang dah jadi ni.” Penduduk kampung dan penyihir mula keliru dengan apa yang telah terjadi padaku melalui apa yang mereka lihat.

“Kan saya dah cakap. Kalau kalian tak percaya cakap saya macam mana kalian nak bantu diri kalian masing-masing.” Kemudian mereka mulai sedar dan menentang kumpulan penyihir. Penyihir tidak boleh menghasilkan magis. Satu per satu daripada mereka di tangkap dan mereka melepaskan aku yang tergantung di tiang setelah api terpadam. 

Orang yang melepaskan ikatan bertambah lagi keliru apabila mendapati yang berada di tiang itu bukanlah aku dan hanyalah suatu patung mannerquin sillicon. Kemudian aku muncul daripada lorong di antara rumah berdekatan plaza tersebut. Aku menghadap ketua penyihir mereka yang telah diikat.

“Kau…Sihir apa yang kau gunakan.” Aku ketawa.

“Mana ada sihir. Aku bukannya pengecut macam korang. Semua tu adalah sains mungkin dan terima kasih kepada menara tesla aku dapat ubah fikiran korang dengan membakar patung mannerquin yang takkan terbakar selagi suhu tak mencapai kepanasan tertentu.”

“Bagaimana pula dengan suara yang kami dengar tu.”

“Senang saja, aku masukkan speaker ke dalam patung tersebut sebab itu korang boleh dengar suara aku dengan jelas.”

“Apasal kami tak boleh guna magis?”

“Kembalilah kepada fitrah anda. Manusia bukanlah makhluk yang diciptakan mempunyai sihir. Jin dan seumpama dengannya saja yang boleh guna sihir, mengerti.”

Kemudiannya aku menuju ke arah penduduk kampung yang lain untuk menceritakan yang aku selamat. Pertama sekali aku pergi berjumpa adalah bertemu dengan ketua kampung. Susah sikit nak jumpa apabila mereka dalam bentuk manusia sekarang.

Aku disapa daripada belakang oleh seseorang. Aku mendapatinya adalah ketua kampung. “Terima kasihlah kerana membantu kami. Kami sangat terhutang budi pada awak. Ada apa-apa yang boleh kami, penduduk kampung ini bantu.” Aku mengangguk. “Ceritakan.”

“Antara Kampung Mimpi dan Pemburu mana lagi dekat? Kalau boleh, saya nak minta tumpang untuk bertolak ke sana malam ini juga.”

“Boleh saja. Lagi satu memang betul ka yang sumpahan kami sudah terungkai.” Aku menggeleng. Dia terkejut.

“Kan saya dah bagi tahu tadi yang sumpahan ahli sihir dah terlerai tetapi disebabkan kalian ada genetik haiwan daripada keturunan yang disumpah, makanya ianya menjadi sesuatu yang kekal. Tak salah saya kalian boleh berubah bentuk menjadi manusia tetapi kekuatan sebagai haiwan adalah sama. Satu lagi, kalian ada sumpahan dengan alam ini yang menyebabkan kalian tak akan keluar daripada hutan ini atas satu syarat. Anda semua kena bersatu untuk keluar tetapi akan menerima kesan sampingan yang akan ada di dunia manusia. Jadi saya sarankan kalian untuk tidak keluar daripad sini.” Aku menghabiskan kata-kata ku apabila melihat masih ada lagi sisa-sisa makanan pesta yang kami rancang.

“Apa yang kita nak buat dengan ahli sihir ini semua. Adakah patut kita halau mereka ataupun pancung?”

“Bahaya jika halau mereka Lagipun kalau pancung macam terlebih keterlaluan. Apa kata bagi mereka buat kerja. Kerja tukang gaji. Lagi senang penduduk kampung pantau mereka.” Ketua kampung pun mengangguk.

“Bagus juga idea kamu ni. Saya ni pun mengidam juga nak ada tukang gaji.”

“Jika begitu adakan perjanjian dengan mereka sekarang sebelum terlambat.” Setelah menulis isi perjanjian dalam kertas. Aku dan ketua kampung pergi ke ketua ahli sihir dan mula untuk berunding.

“Apa yang kau nak!”

“Rilekslah…Kami nak adakan perjanjian dengan kalian semua di sini. Sama ada kalian ingin duduk di penjara ataupun hidup bebas.”

“Itu bukan masalah kau.”

“Kalau macam tu kau nak masuk dalam penjara dan kena hukuman seperti buruhlah ataupun kalau kau ikut perjanjian untuk hidup bebas, kau akan lebih senang lagi di sini.”

Berikutnya adalah isi perjanjian yang akan ditandatangani:


-PERJANJIAN ANTARA AHLI SIHIR DI KAMPUNG HAIWAN-


#Ahli sihir akan dijadikan tukang gaji dan akan dihantarkan ke setiap rumah penduduk kampung.

#Ahli sihir perlulah mengikut segala arahan tuan mereka selagi tidak menjejaskan maruah mereka.

#Ahli sihir akan mendapat penghargaan sekiranya mereka melakukan layanan dengan baik.

#Jika dilanggar perjanjian ini akan menerima padahnya baik penduduk baik ahli sihir.


“Bagi aku tengok isi perjanjian itu.” Dia melihatnya dengan mata yang terbeliak. “Biar betul kau ni, perjanjian jenis apa ini.” Nampaknya dia tidak percaya. “Lepaskan aku.” Dia meronta-ronta.

“Jadi kau nak jadi pekerja buruhlah ni.” Dia menggeleng.

“Aku tak nak jadi apa-apa.”

“Apa! Boleh kau ulang ayat tu aku nak dengar. Alang-alang tu pengikut kau sekali cakap benda yang sama macam kau cakap.”

“Aku tak nak jadi apa-apa.” Hanya dia seorang saja yang cakap. Sementara itu yang lain tidak mengikutnya. Dia terkejut sambil melihat di belakangnya.

“Tahniahlah kepada kau sebab sekarang kau sudah kehilangan segala magis kau. Mulai hari ini kau hanyalah warga biasa yang akan bekerja sebagai pelayan rumah. Kalian di sini siapa yang ingin jadi ketua.” Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang bersemangat.

“Saya nak jadi.” Aku menyuruh penduduk kampung melepaskan ikatannya. Kemudian seperti yang aku sangkakan dia mula menggunakan magis.

Suatu obor api datang ke arahku. Malangnya tidak sempat lagi mengenaku, gadis tersebut terus jatuh pengsan. Obor api itu terus menghilang

“Semua tangkap dia bawa masuk rumah sakit.” Ketua kampung memberikan arahan.

“Apa yang kau buat pada dia.”

“Aku ubah peraturan magis di sini. Penggunaan magis tidak lagi menggunakan mana sebaliknya nyawa sendiri. Macam mana. Nak ikut atau tak nak. Jika tak nasib korang semua bakal menjadi sama.”

Nampaknya setelah melihat kejadian tersebut baru mereka menandatangani perjanjian yang aku dan ketua kampung buat ni. Mulai malam itu, para penyihir semua menjadi pelayan peribadi untuk penduduk kampung di sini.

“Saya…Saya nak jadi maid kau.” Nampaknya ketua penyihir mereka tadi yang kehilangan magis ingin menjadi pelayan aku.

“APA!!!” Aku agak terkejut.

“Saya Rachel, akan menjadikan anda sebagai tuan saya. Saya akan taat dan akan menurut segala perintah anda.”

“Tunggu sebentar…” Aku menemui ketua kampung. “Tok dia nak jadi pelayan saya macam mana ni.”

“Terima sajalah. Anggaplah itu adalah penghargaan kepada kamu sebagai membantu kami di sini.” 

“Tapi tok, dia ni…”

“Ambil saja.” Aku mengeluh.

Aku menemui Rachel kembali. “Kalau macam tu aku terima kau sebagai pelayan aku.” Dia melompat sambil tersenyum dan menangis. Apa masalah budak ni. Dia kelihatan sebaya dengan aku saja. “Kau umur berapa?”

“16. Tahun ni nak masuk 17. Ada apa?” Aku risau kalau Mimi tahu pasal ni.

“Tak ada apa-apa. Satu lagi siapkan barang kau sekejap lagi kita akan bertolak.”

“Bertolak? Pergi mana?”

“Kampung Mimpi.” Dia membuat ekspressi tak sangka.

“Tapi kampung itu sangat bahaya. Ahli sihir di sana sangat bahaya. Tetapi sekiranya anda mahu pergi juga. Saya akan membantu.”

“Kau kena janji dengan aku yang kau takkan khianati aku. Aku lagi risau yang itu saja.”

“Baiklah saya janji.” Dia tersenyum. Adakah ini memang benar sifat dia. Rasa annoying betullah.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh