Bab 34
Rachel


“Oi, kau sedar tak ni. Aku panggil kau si rambut perang. Kau tak apa-apakah?” Aku terdengar suara seorang lelaki memanggilku. Aku buka mata dan mendapati aku sekarang berada di dalam penjara. Bagaimana aku boleh berada di sini? “Kau dah sedar juga akhirnya.” Suara lelaki tadi masih lagiku dengar.

“Siapa kau dan di mana kau?” Aku tak nampak lelaki tersebut.

“Aku di sinilah.” Sedar sahaja dia berada di hadapan penjaraku. Dia mengetuk-ngetuk besi tersebut membuatkan aku sedar akan kehadirannya. “Tak baiklah perempuan menanya seseorang yang dia kenali macam itu. Sepatutnya lebih formal dan sopan-santun.”

“Apa yang kau nak daripada aku.”

“Tak adalah, aku cuma risau kepada kau sahaja. Tengok, kau tak sedarkan diri begitu lama membuatkan aku merasa simpati.”

“Usahlah simpati dengan orang yang tak kenal. Lebih baik simpati dengan diri kau sendiri.” Aku melihatnya juga berada di dalam penjara. Di sini agak berbeza dengan di kampung sebab mereka gunakan besi sebagai pintu penjara ini.

“Hahaha…” Apasal pula dengan lelaki ni. “Rambut kau merah macam salah seorang kawanku. Kau ni mesti ahli sihirkan.” Bagaimana dia boleh tahu aku ni ahli sihir.

“Bagaimana kau boleh tahu tentang aku ni?”

“Rambut kau saja menunjukkan yang aku tahu kau ni ahli sihir. Tapi aku tak pasti itu tepat ataupun tidak. Aku menembak sahaja kenyataan tersebut pada kau. Jadi memang betullah kau ni ahli sihir.” Aku mengangguk.

“Macam mana kau kena tangkap?”

“Aku melilau-lilau di kawasan ini untuk cari kawan aku. Sedar-sedar sahaja mereka dah tangkap aku. Hahaha…” Dia ketawa. Kelihatannya dia ada sesuatu yang dia sembunyikan. “Kau pula macam mana? Aku tengok orang yang bawa kau ke sini sampai kena buat kau pengsan.”

“Sebenarnya aku tak berapa nak ingat sangat.” Aku memegang kepalaku. “Aku berada di dalam sebuah rumah kayu kemudian aku rasa sangat panas dan terus pengsan. Sedar-sedar sahaja aku ada di sini.”

“Oh, macam tu lah kisahnya. Aku tak boleh biarkan mereka tangkap perempuan yang tidak sedar. Sekurang-kurangnya berilah kau pertahankan diri kau dulu.” Dia semangat pula. “Satu lagi, kau nak keluar tak daripada penjara ini.” Aku angguk.

“Mestilah nak.”

“Kalau macam tu kau tunggu dan lihat.” Dia menyuruhku untuk tunggu sebentar. “Hello! Cik cantik, boleh datang tak.” Seorang warden perempuan datang menghadap selnya.

“Apa yang kau nak?” Apasal warden ni datang pula. Jangan kata yang dia perasan dia cantik. 

“Sebenarnya, saya kasihanlah melihat seseorang yang secantik awak ni bekerja seperti ini. Awak tak layak dengan kerja ini. Sejujurnya, saya nak kata yang mereka tak gunakan awak dengan baik.”

Aku tergamam juga melihat warden perempuan itu berbincang dengan lelaki misteri tersebut dengan baik. “Apa maksud awak yang saya ni cantik. Janganlah macam-macam nanti majikan saya tahu habislah saya.” Biar betul perempuan ini berubah perangai terus.

“Saya tahu sebab itulah, datang kepada saya dekat lagi. Berikan kepada saya sedikit pelukan.” Aku tak sangka yang perempuan itu memang berikan pelukan kepada lelaki tersebut. Namun, lelaki tersebut mengambil segugus kunci yang tergantung pada seluar perempuan tersebut. 

“Saya rasa baik, terima kasih.” Mereka melepaskan pelukan masing-masing. “Sebab awaklah saya ada suatu impian saya. Saya berhasrat untuk kecapinya. Terima kasih.” Perempuan warden tersebut terus keluar daripada ruang ini.

“Wah, aku tak sangka! Kata-kata kau lagi bahaya daripada aura kau. Siapa kau sebenarnya?” Aku curiga dengannya.

“Lebih baik rahsia. Lagipun ini bukannya cerita aku. Aku dah dapat kunci, kau memang nak keluar ni.” Aku mengangguk. “Tapi boleh tak tunjukkan aku suatu magis yang kau ada.” Aku takut nak cerita tetapi lebih baik rahsiakan. 

“Maaflah tapi aku tak boleh gunakan magisku sebab aku tak ada…” Tiba-tiba, aku merasakan yang badanku sangat ringan sepertinya ada tenaga yang mengelilingi badanku. Adakah aku boleh gunakan lagi magisku. Lebih baik mencuba.

“Tak ada apa? Apa maksud kau?” Dia menyoal padaku.

“Tak ada tongkat. Ha. Aku tak ada tongkatku.”

“Betul juga tu. Kawan aku juga gunakan tongkat bila nak hasilkan magisnya. Maaflah bertanyakan pasal benda tersebut.”

“Tak apalah.” Dia membuka selnya dengan kunci tersebut. Kemudian dia ingin membuka selku pula. Sewaktu dia mencuba untuk membuka selku. Tiba-tiba, dia menjadi kaku. “Kau OK tak ni?” Dia sedar balik.

“Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak baik akan berlaku padaku.” Pintu sel dibuka juga akhirnya. Dalam masa yang sama dinding selku yang diperbuat daripada batu-bata, pecah. Kemudian suatu letusan berlaku. Mujurlah lelaki tersebut menarikku ke belakangnya dan mara ke hadapan untuk mengena letusan tersebut. “Selamat tinggal.” Dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepadaku.

Aku terjatuh di atas lantai dan kesan daripada cahaya letupan itu membuatkan mataku silau dan tidak nampak seketika. Mujurlah aku tak cedera akibat letupan itu. Mungkin lelaki itu cuba melindungiku. Aku dapat rasakan yang letusan tadi itu adalah suatu magis. Aku tak rasa yang orang kendalikan magis sehebat itu daripada kawasan ini. Entah kenapa yang aku rasakan di sini ada kehadiran 3 orang yang aku tak kenal. 

“Macam mana kau tahu aku ada di sini?” Lelaki tersebut bercakap.

“Ingat tak susah nak cari kau di sini?” Kedengaran pula suara seorang perempuan A berkata kepada lelaki tersebut.

“Aku tahulah tentang tu. Lagi satu, macam biasa magis kau. Memang nak bunuh aku.” Lelaki tersebut berkata kepada seorang lagi perempuan yang kelihatan seperti ahli sihir.

“Kalau aku tahu, aku gunakan letupan yang lagi kuatpun tak apa.” Suara perempuan B pula kedengaran.

“Dia ni macam mana?” Perempuan A berkata.

“Dia ada kawan dia tengah cari dia. Lebih baik kita pergi dahulu sebelum kena tangkap.” 

Kemudian, suara mereka tidak lagi kedengaran. Aku dapat membuka kembali mataku. Bukan itu sahaja, Luna pun masuk ke dalam ruang ini. Nampaknya dia juga mesti terlepas daripada tangkapan mereka. Apasal dia memakai pakaian pengawal di sini.

“Kau tak apa-apa?” Dia menarik tanganku. Aku bangun perlahan-lahan lalu mengangguk kepadanya. 

“Ya, aku tak apa-apa. Jadi kau tak kena tangkaplah?” Dia mengangguk.

“Aku baru sahaja melepaskan diri. Kita kena cepat.”

“Keluar daripada sini?”

“Taklah, kita kena cari Mimi sebelum racun dalam badan kita merebak sepenuhnya.”

“Apa maksud kau racun?”

“Yang haritu kita makan di kampung tu.”

“Pasal tu aku tak makanpun sebab tak lalu dengan masakan mereka. Aku nak pesan kat kau tapi bila tengok kau makan macam orang kebulur jadi akupun biarkan sajalah.”

“Kau mesti tahu vaksin untuk racun tersebutkan?”

“Aku rasa aku tahu kot. Akukan ahli sihir. Aku mungkin tahu macam mana untuk dapatkan vaksinnya tetapi akan memakan masa yang lamalah. Sebab aku tak mahir sangat dalam bidang tersebut.” Dia menepuk dahinya.

“Sudahlah, kita kena cari Mimi pula.” Mimipun kena tangkap. Kami naik ke tingkat atas bangunan ini. Pintu ini membawa kami ke suatu ruang yang mempunyai suatu mesin yang besar. Namun bilik ini kosong dan tiada sesiapa di sini. Luna mendekati mesin tersebut dan melihat spesifikasi pada mesin tersebut. Aku merasakan suatu yang tidak senang akan terjadi. Apabila aku memanggil sahajanya. Ada seseorang di belakangku lalu menghentak tangannya pada bawah leherku. Kesan daripada hentakan tersebut membuatkan aku terpengsan. Nampaknya ini adalah suatu perangkap. Dia kemudiannya ke arah Luna.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh