Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
Ninie Othman
31/5/2017 11:40:34
29,179
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

KERETAdiparkir di halaman rumah namun pemandunya masih bertapa di dalam kenderaanitu. Merenung rumah desanya dengan pandangan yang kosong. Mindanyabersimpang-siur dengan pelbagai persoalan yang entah bila akan mendapatjawapannya. Stereng digenggam erat lalu dahi dihantuk ke situ buat beberapakali. Kepalanya sakit memikirkan apa yang sebenarnya sedang terjadi ke atas dirinya.

“Organ-organ dalaman awak semuanyasihat. Takde apa-apa penyakit dan tahap kesihatan awak juga sangat baik.”

“Tapi leher saya sakit doktor. Pedihmacam kena toreh dengan pisau aje.”

“Saya dah check tadi. Memang takde apa-apa yang perlu dirisaukan.”

Sesi perbualan bersama doktor taditerngiang-ngiang di telinga. Amar semakin bingung. Jika tiada apa-apa jadiapakah sebenarnya yang membuatkan lehernya sakit? Malah dia mempunyai masalahtidur malam sejak kebelakangan ini. Tubuhnya juga sering berasa lesu danmenyebabkannya tidak larat untuk bekerja seperti biasa.

Kelibat seseorang yang melintasi tingkapkaca yang bertutup memeranjatkan Amar. Siapa pula tu? Tanpa membuang masa, diabergegas keluar dari kereta dan berjalan mendekati tingkap. Dia cuba mengintaikeadaan di dalam sebelum masuk ke rumah. Cermin tingkap yang bertutup rapatmembataskan pandangan lalu dia membuat keputusan untuk membuka pintu utama.

Pintu dikuak luas. Jantungnya berdeguplaju secara tiba-tiba. Kesunyian yang menyelubungi rumah itu terasa menyentapkeberaniannya sehingga ke ulu hati. Selepas beberapa minit, dia melangkah masukke dalam. Setelah memastikan tiada sesiapa di situ, dia akhirnya membaringkandirinya ke katil untuk melepaskan lelah. Cuba merelakskan minda yang berserabut.

Baru sahaja terlelap tidak sampai 5minit, dia terjaga apabila mendengar bunyi aneh di luar bilik atau lebihtepatnya di ruang tamu. Jantungnya kembali berdegup kencang. Entah mengapa diamerasakan ada sesuatu yang ghaib sedang menemaninya di rumah selepas kematianarwah neneknya. Dia pun tidak tahu kenapa dia berfikir sedemikian. Dia seorangyang tidak percayakan kewujudan hantu dan seringkali dilihat mengejekrakan-rakan yang penakut seperti Leman dan Berahim.

Tetapi kali ini situasinya berbeza.

“Amar….”

Amar tersentak. Dia segera bangun dariperbaringan sambil memandang tepat ke pintu yang separa terbuka. Ada suara yangmemanggilnya. Dia tidak berganjak dari posisinya.

“Amar, mari keluar…”

Kali ini Amar benar-benar ketakutan.Dahinya merenik peluh dan kedinginan serta-merta membaluti seluruh tubuhnya.

Bukankah itu suara arwah neneknya?

“Krekkkk…” Pintu yang tiba-tiba terbukadengan lebih luas membeliakkan mata Amar. Daun pintu itu bergerak sepertiditolak oleh seseorang.

Apabila keadaan kembali senyap, diabangkit meninggalkan katil dan bergerak perlahan-lahan ke pintu. Dari situ diamenjengulkan kepalanya keluar bilik dan memeriksa keadaan di ruang tamu yangterletak tidak jauh dari situ. Tiada apa-apa yang berubah di ruangan tersebutdan sedikit sebanyak mengembalikan keberaniannya.

Langkahnya terhenti di tengah-tengahruang tamu. Matanya melilau ke setiap sudut dan akhirnya tubuhnya berakhir disofa. Dia duduk bersandar sambil memikirkan kejadian menyeramkan yang berlakusebentar tadi. Dahinya dipicit-picit kasar.

Pening!

“Amar…”

Suara itu muncul semula. Dia sudah tidakbetah mahu duduk di ruang tamu itu lama-lama. Kunci kereta yang terletak diatas meja dicapai kasar. Dia akan pergi melepak di warung Pak Abu sahaja. Rumahitu dirasakan terlalu asing dan melemaskan. Selepas mengunci pintu utama, diamemecut kereta ke warung. Kedatangannya disambut oleh Leman dan Berahim yangmasih belum pulang.

“Am, duduk sini. Ada benda yang kitaorang nak tanyakan pada kau,” ujar Leman sambil tangan kanannya diangkat keudara. Melambai-lambai supaya Amar duduk di meja yang sama.

Amar hanya menuruti. Kerusi plastikditarik dan dia menghenyakkan punggungnya ke situ. Sempat dia memesan secawanair milo panas dari Pak Abu.

“Ada apa?” tanya Amar. Langsung tiadasenyuman pada wajahnya.

Leman dan Berahim memandang Amar buatbeberapa saat. Lelaki ini nampak stresssahaja. Pasti masih bersedih dengan pemergian Nek Cu. Yalah, orang tua itu baruseminggu meninggal dunia.

“Sabarlah Am. Nek Cu mesti dah bahagiadekat sana sekarang. Kau doakan aje semoga rohnya dicucuri rahmat,” sampuk PakAbu dengan tiba-tiba. Dia muncul dengan secawan air milo panas di tangannya.Minuman itu dia letakkan ke meja, di hadapan Amar.

Amar tidak berkata apa-apa. Dia hanyameneguk air yang dipesannya dengan selamba. Berkelung asap keluar darimulutnya. Separuh air itu dia teguk.

Leman dan Berahim ternganga. Mak aih!Air panas mendidih dia telan macam tu aje?

“Sakit urat ke?” tegur Berahim apabilatangan Amar kembali menyentuh lehernya.

“Aku pun tak tau.” Itu jawapan Amar.Nada suaranya mendatar.

Samad menepuk bahu Leman lalu duduk disebelah Amar. Dia memesan air kopi kaw dan sepinggan char kuey tiaw goreng. Diabaru selesai dengan kerja-kerja di kebun dan datang ke situ untuk mengisi perutyang berkeroncong. Peluh yang mengalir di dahi dikesat dengan tuala kecil yangterselempang di bahu.

“Tak ke kebun ke?” Samad menyoalrakan-rakannya.

“Tengoklah petang-petang nanti. Kaulainlah Mad. Kena kerja keras…” perli si Leman. Keningnya diangkat-angkat. Berahimtersengih lebar.

“Apa yang lainnya?”

“Kau kan dah ada girlfriend. Kena kerja keraslah kalau nak pinang si Milah tu,”jawab si Berahim pula. Ada terselit rasa cemburu melihat Samad yang sudahmempunyai teman wanita. Dia usahkan teman wanita, mahu bercakap dengan kaumwanita pun sudah menggigil satu badan.

Samad tersenyum pahit. Ada-ada sahajalahsi Leman dengan Berahim ni. Dia dengan Milah belum lagi menjalinkan apa-apahubungan yang serius. Kalau ikutkan dia, sudah lama dia mahu menjadikan Milahsebagai isteri tetapi Milah masih belum sedia untuk berkahwin buat kali yangkedua. Susah juga mahu membuka pintu hati Milah.

“Minum aje ke Am? Tak makan sekali?”Samad menyapa Amar. Sengaja menukar topik perbualan.

Amar menggelengkan kepala lalumenghabiskan baki air milo panas yang bersisa di dalam cawan. Kemudian diamemesan secawan lagi air milo panas. Dia belum puas menghilangkan dahaganyadengan hanya secawan minuman panas. Ketika pesanannya sudah berada di atasmeja, dia terus meneguknya dengan rakus. Pedih melalui anak tekaknya tetapi diasangat berpuas hati!

Mulut tiga sekawan itu terlopong sambilpandangan mereka terpaku pada muka Amar.

“Bertenang Am. Panas tu. Nanti melecurmulut kau,” nasihat Samad. Sudahlah cuaca panas meruap, boleh pula si Amar menelanair panas itu dengan selamba.

Dalam beberapa saat sahaja air itu habisdiminum Amar. Kemudian dia meminta secawan lagi minuman panas.

“Lagi panas lagi bagus Pak Abu!”

Leman menelan liur. Entah kenapa semasaAmar memesan air minuman, air mukanya kelihatan berbeza. Lain dari yang biasa.Tidak sedap pula hatinya tetapi dia mengunci mulut kerana tidak mahumembincangkannya di hadapan Amar.

Pak Abu membancuh air minuman yangketiga itu dengan air yang panas mendidih lalu menyerahkannya kepada pemudatersebut. Kali ini dia turut berdiri di situ sambil memerhatikan Amar minum.Dua kali teguk sahaja dan cawan minuman itu kosong. Masih berasap walaupun airsudah tiada. Pak Abu merenung wajah Amar buat beberapa saat. Wajah itu nampaksedikit aneh. Bagaikan bukan Amar yang dia kenali selama ini. Adakah keranaarwah Nek Cu?

“Jauh mengelamun Pak Abu?” tegur seorangpelanggan yang baru masuk ke warung. Cepat-cepat orang tua itu pergi mengambilpesanan.

Namun dahaga Amar masih belum hilanglagi. Ternyata tiga cawan minuman tidak mampu melunaskan rasa dahaganya. Mukadan badannya lencun dengan peluh selepas minum air panas. Perlakuan anehnyadiperhatikan oleh Leman, Berahim dan Samad dalam diam.

“Ni duitnya Pak Abu!” Amar bingkasbangun seraya meninggalkan beberapa keping not kertas di atas meja.

Ngauman enjin kereta bingit membelahpetang itu. Amar menekan minyak kereta dan memecut meninggalkan warung Pak Abu.Pelik betul perangai Amar pada pandangan mata tiga serangkai itu. Sampai lidahmereka terkelu untuk berkata-kata. Pak Abu datang menghampiri. Dia mencuitlengan Leman.

“Baik pergi tanya Tok Guru Semail.”

“Kenapa Pak Abu?” Leman bertanya dengankening terangkat.

“Hm, kamu pergi tanya pasal Amar. TokGuru mesti tau.” Hanya itu yang dijawab oleh Pak Abu. Dia tidak mahumenerangkan dengan lebih panjang kerana dia tahu Tok Guru Semail adajawapannya.

“Ala Pak Abu, bagitaulah,” desak Leman.

“Apa yang Tok Guru tau, Pak Abu?” SiSamad pula yang ingin tahu.

Pak Abu sekadar tersenyum dan beredar kedapur untuk membancuh air minuman sejuk untuk para pelanggan. Dia tidak mahumemandai-mandai dalam hal ini. Biarlah Tok Guru Semail sahaja yang membuatkesimpulannya.

“Apa maksud Pak Abu?” Berahim bingung.Macam-macam perkara pelik yang dia telah saksikan pada hari itu terutamanyaAmar. Perubahan sikapnya memang terlalu ketara dan pastinya ada sesuatu yangtidak kena pada lelaki itu. Sekarang Pak Abu pula menyuruh mereka bertemudengan Tok Guru Semail untuk hal Amar.

“Kau orang tak rasa apa-apa ke masa Amarkat sini tadi?” Soalan Berahim dibalas dengan soalan Leman.

Berahim dengan Samad merenungcawan-cawan kosong di atas meja.

“Macam manalah dia boleh teguk air panasmacam tu ye? Peliklah aku tengok.” Samad menzahirkan rasa hairannya. Kalau diasudah lama melecur mulut.

“Dia pun macam nak marah-marah aje.Selalunya dia tak macam ni.” Samad menambah.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.