Reykal dan Tenku berjalan di sekitar hospital. Telah
hampir setengah jam mereka berdua meronda kawasan hospital tersebut tetapi
bayangan kantin masih tidak jua kelihatan. Masing-masing masih mencari sambil
menahan rasa lapar dan dahaga. Tenku kadangkala merungut-rungut kecil tentang
fasaliti di hospital tersebut yang baginya amat menyusahkan. Sementara Reykal
kelihatan lebih tenang meskipun dia juga bersependapat sedemikian. Cuma tidak
diluahkan melalui kata-kata. Hanya bergumam di hati semata-mata.
“Kantin
tak jumpa water cooler pun
jadilah.”ujar Tenku seraya menekan butang memancurkan air dan meneguk
sepuasnya. Terasa kesejukan air mengalir ke tekak menghilangkan rasa dahaga.
Selepas
Tenku, Reykal mengambil peluang tersebut meneguk air sepuas-puasnya. Tubuh yang
tadi terasa lemah kini mula berasa segar. Setelah sudah mereka berdua berjalan
meronda kawasan hospital itu lagi.
“Hospital
ni setahu aku dah lama beroperasi. Sejak dari zaman tentera Jepun lagi.”getus
suara Tenku secara tiba-tiba.
“Mana
kau tahu? Pandai-pandai saja kau buat cerita.”ujar Reykal acuh tak acuh.
“Aku
tahu lah. Sebab tadi aku terbaca bingkai gambar yang memaparkan sejarah
hospital ni.”jawab Tenku.
“Masa
bila kau baca? Aku tak perasan pun.”ujar Reykal kehairanan. Tenku hanya tersengih-sengih.
Reykal
mendengus kecil. ‘Kalau dah dasar ulat
buku, pergi mana pun bahan bacaan juga yang dicarinya.’gumam hati kecil
Reykal. Kemudian dia tertawa sendiri dengan sikap dan perangai Tenku yang sememangnya
tidak boleh diubah itu.
“Hmm.
Sebab dah lama beroperasi fasaliti yang berada dalam hospital ni agak usang.
Kau tengok sendiri betapa susah kita nak cari kantin. Satu penunjuk arah pun
tak ada. Lagi satu yang aku agak kurang senang dengan mana-mana hospital adalah
dari segi layanan. Baik dari petugas biasa sehinggalah ke doktor. Kadangkala
cakap kasar bukan main. Muka pulak kelat macam tertelan buah peria. Bukan payah
lagi nak bagi senyuman. Sebab itu orang lebih kerap ke hospital swasta.
Walaupun mahal tetapi servis yang mereka bagi bagus. Tetapi aku tak maksudkan
semua petugas hospital macam tu sebab ada jugak yang baik.”Tenku berceloteh.
Reykal
hanya menjadi pendengar setia. Sesekali dia mengangguk setuju dengan kata-kata
Tenku itu.
“Aku
komen ni bukan apa. Untuk kebaikan juga. Macam mana kalau pelancong asing
datang ke Malaysia menggunakan khidmat rawatan di hospital yang menyediakan
layanan yang teruk? Kau dapat bayang tak bagaimana imej Malaysia di mata dunia?
Hancur beb! Ini baru sahaja aku sentuh bab perkhidmatan hospital. Belum lagi aku
cakap tentang hal perkhidmatan lain.”tokok Tenku lagi.
“Negara
kita perlukan satu anjakan dalam memangkin cita-cita Tun M dalam merealisasikan
Wawasan 2020. Kalau dari segi infrastruktur aku rasa tidak perlu dicakap lagi
sebab bagi aku segala bentuk pembangunan berada pada tahap yang terbaik. Tetapi
kita perlu satu perubahan dari aspek mentaliti. Mentaliti masyarakat kita bagi
aku boleh dikategorikan dalam kelas ketiga. Terlalu pasif dan adakalanya tidak
berkembang. Tiada disiplin diri dan suka sangat berfikiran negatif.”lanjut
Tenku lagi.
Reykal
kagum dengan kepetahan Tenku berkata-kata tentang hal-hal sedemikian rupa.
Kalau diikutkan lelaki ini tidaklah berpelajaran tinggi sangat cuma di
peringkat STPM sahaja, tetapi pengetahuannya tentang hal-hal semasa sangat
dipuji. Mungkin ini berkat kerajinannya membaca buku sepanjang masa, akur
Reykal di dalam dirinya sendirinya. Tetapi dalam masa yang sama lelaki itu
tetap berprinsip bahawa buku tidak mampu menjelaskan semua yang berada dalam
dunia ini.
“Cuba
kau tengok masyarakat Jepun. Aku bukan nak bandingkan tapi bagi aku masyarakat
di negara sana sangat menjaga adab dan tatasusila. Bahkan mereka sangat
berdisiplin dalam apa-apa hal sekalipun.”ujar Tenku lagi. Ternyata lelaki ini
benar-benar tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat di negara ini.
Reykal
termenung panjang memikirkan kata-kata Tenku. Terdapat kebenaran dalam
kata-katanya itu. Reykal mengakui perkara tersebut. Baginya Jepun wajar
dijadikan contoh dalam aspek pembangunan mentaliti masyarakat. Dia teringat
sewaktu Jepun dilanda bencana alam dahulu. Walaupun kekurangan makanan dan
terpaksa menginap di kem penempatan sementara tetapi saat bantuan makanan tiba
mereka tidak berebut-rebut. Bahkan sikap mereka sopan dan sanggup beratur
menerima bantuan makanan tersebut. Kenapa perkara yang sama tidak boleh
dipraktikkan di negara ini? Reykal mengeluh sendirian.
Penat berjalan mereka duduk di salah sebuah kerusi
yang tersedia. Kini mereka berdua berada di dalam kawasan taman bunga. Kawasan
taman tersebut sedikit terdedah, namun suasana langit yang agak redup ditambah
dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan diri terasa nyaman. Berada di
situ membuatkan kedua-dua diam mengunci bicara. Masing-masing melayani perasaan
sendiri terutamanya Reykal.
Berada
di kawasan sebegitu tidak semena-mena menggamit rindunya terhadap Ayu Emelda.
Meskipun bibir melafazkan kebencian tetapi hatinya masih sayang terhadap wanita
itu. Reykal mengeluh berat. Dahulu sewaktu zaman bahagia bersama wanita itu,
Reykal rajin mengajaknya bersiar-siar di taman bunga seperti itu. Dan wanita
itu sering kali tertawa bahagia saat Reykal berkata-kata puitis dan madah-madah
cinta. Saat itu dunia terasa seperti milik mereka berdua. Namun semuanya kini
hanya tinggal kenangan.
Tetapi
Reykal tidak berasa menyesal cuma terkilan kerana janji yang pernah diungkap
bersama telah hancur berkecai. Semuanya hanyalah janji palsu semata-mata.
Meskipun hati masih sayang tetapi untuk berpatah balik buat kali kedua kepada
Ayu Emelda tidak sama sekali. Bukan prinsip hidupnya. Sekali dia meludah, dia
tidak akan menjilat balik ludahan tersebut.
Reykal
menyeluk poket seluarnya. Jarinya mencari-cari telefon bimbit tetapi tidak
terdapat di dalam poketnya itu. Reykal meraba-raba di poket yang lain dan juga
bajunya. Ternyata telefon bimbitnya tiada. Reykal mengetap bibir.
“Mesti
jatuh masa kemalangan tadi.”bisik Reykal perlahan.
Dia
mengeluh. Telefon bimbit itu adalah telefon bimbit yang dibeli bersama dengan
Ayu Emelda. Hanya itu satu-satunya kenangan yang tinggal sebab lain-lain barang
telah dibuang olehnya saat mengetahui wanita itu curang. Dan kini kenangan yang
satu itu turut hilang sepertimana dia kehilangan Ayu Emelda.
“Kau
cari apa?”tegur Tenku yang melihat Reykal tercari-cari akan sesuatu.
“Aku
cari handphone aku. Hilang. Maybe jatuh masa accident tadi kut.”jawab Reykal.
Serentak
itu, Tenku turut mencari-cari telefon bimbitnya. Tetapi ternyata dia senasib
dengan Reykal apabila telefon bimbitnya turut hilang.
“Hmm..
Kita senasib. Telefon aku pun dah hilang.”keluh Tenku.
“Alamatnya
habis duit gaji kita bulan ni beli telefon baru.”rungut Reykal pula.
Dan
masing-masing akhirnya mengeluh. Tetapi tidak lama apabila Tenku kembali
bersuara.
“Aku
baru teringatkan sesuatu.”cetus Tenku secara tiba-tiba.
“Apa
dia yang kau teringat sangat tu?”tanya Reykal.
“Tak
ada lar. Tadi kan kita cakap pasal sejarah hospital ni. Aku baru teringat satu
fakta penting yang kau mesti tertarik punya.”ujar Tenku sambil
tersengih-sengih.
Reykal
mengangkat keningnya sebagai bahasa isyarat menyuruh Tenku menyampaikan fakta
itu kepadanya.
“Sebenarnya
ada yang cerita bahawa belakang hospital ini dulu ada kubur askar Jepun yang
mati dalam berperang.”tokok Tenku lagi.
“Habis
apa masalahnya kalau ada pun?”celah Reykal.
“Kubur
askar Jepun selalunya berhantu sebab roh mereka tak tenteram.”jelas Tenku
bersungguh-sungguh.
“Merepek
saja lah kau ni, Tenku. Aku tak percaya semua tu.”sanggah Reykal.
“Aku
cerita ni bukan suruh kau percaya pun. Sekadar info semata-mata. Lagi pun aku
teringat cerita hospital berhantu kau tadi tu.”balas Tenku dengan nada
mengendur.
Reykal
mengangguk-angguk kecil mendengar kata-kata Tenku.
“Kau
nak dengar satu kisah seram tak pasal hantu tentera Jepun ni?”
“Cerita
tentang apa?”tanya Reykal.
“Tentang
kisah hantu tentera Jepun lar. Ini kisah benar. Aku dengar dari kawan aku
dulu.”balas Tenku bersungguh-sungguh.
“Hmm..
Macam menarik jugak. Ceritalah aku nak dengar jugak.”balas Reykal.
Selajur
itu, Tenku membuka bicara menceritakan kisah tersebut. Reykal mendengar dengan
penuh berminat.