Home Novel Seram/Misteri Pohon
Pohon
Aiman Quinto
8/8/2018 12:58:03
15,614
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
5

Pagi Isnin yangbiasa. Mereka yang bekerja di luar kawasan kampung sudah bergerak seawal enampagi. Yang bekerja dalam kampung masih berlengah-lengah di rumah. Yang tidakbekerja pula tidak bercadang untuk bangun sebelum matahari tegak di ataskepala. Sesetengah manusia suka bangun awal pagi untuk menyiapkan kerja-kerjarutin mereka. Ada sesetengah lebih gemar tidur di pagi hari. Aku tergolongdalam golongan pertama.

Pagi ini aku sudahbangun awal dan mencuci pakaian yang berlambak dalam bakul pakaianku. Segalapakaian yang kotor aku masukkan ke dalam mesin basuh. Satu skop sabun pencuciaku bubuh bersama. Mesin basuh dihidupkan. Kemudian, aku duduk menggoyang kakidi hadapan televisyen selama hampir sejam. Apabila mesin basuh siap menjalankantugasnya, giliran aku pula untuk menjemurnya di ampaian. Aku buka pintu depanrumah, pakai sepatu lalu berjalan ke ampaian di belakang rumah. Sejak dulu akufikir rumah ini sepatutnya ada pintu di bahagian belakang. Lebih mudah untukmenjemur pakaian apabila ampaian terletak di belakang rumah. Aku ingat lagijawapan arwah ayah ketika aku tanyakan soalan ini kepadanya.

“Tak usah adabanyak sangat pintu. Lagi banyak pintu yang menghubungkan luar dan dalam rumah,lagi mudah pencuri nak masuk. Bukan pencuri je. Kadang-kadang ular masuk kerumah. Ayah taknak risikokan nyawa anak-anak ayah. Bagi ayah, satu pintu puncukup. Bukan jauh sangat nak berjalan. Exercise sikit,” kata ayah. Kemudian,dia tergelak besar.

Satu persatupakaian aku sidai sebelum dikepit dengan penyepit baju. Ketika aku khusyukmenyidai pakaian, terdengar bunyi tangisan bayi di belakang rumah.

Aku agak terkejut.Aku segera mencari punca tangisan itu. Risau juga jika ada orang membuang bayidi kawasan rumah aku. Semakin aku mencari, bunyi itu semakin jauh. Akhirnyabunyi itu hilang sebelum aku menjumpainya.

Aku menggaru kepalayang tidak gatal.

“Aneh.”

“Faris, ibu dahsiapkan sarapan. Mari makan,” laung ibu daripada dapur.

“Baik ibu,” laungaku kembali.

Aku jemur sehinggasiap, kemudian berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Bakul aku kembalikan ketempatnya sebelum melabuhkan punggung di meja makan. Karipap yang dihidang ibuberbau lazat sekali. Belum sempat aku menjamah karipap itu, ibu mengingatkanaku supaya basuh tangan dahulu.

Lantas aku ke dapuruntuk membasuh tangan. Tiba-tiba terdetik untuk aku tanyakan perihal bunyitangisan bayi tadi kepada ibu.

“Ibu, tadi ibu adadengar bunyi baby nangis tak?”

“Baby? Tak adapulak. Lagipun mana ada baby dekat-dekat area sini. Jiran-jiran kita semua dahtua, takkan beranak kot. Anak pun dah besar-besar. Kalau nak kata cucu,mestilah kita tahu kan,” jawab ibu.

“Betul mak takdengar apa-apa? Tadi masa adik jemur baju tadi adik macam ada dengar bunyibaby. Risau jugak takut ada orang buang baby dekat rumah kita.”

“Hish, jangan cakapmacam tu. Nanti kalau ada betul, kita pulak susah. Entah-entah bayangan kamu jekot. Ataupun petanda anak ibu dah nak kahwin, nak kasi cucu dekat ibu.” Ibumelirikkan pandangan ke arahku. Dia tersenyum sinis.

Aku membalas dengansenyuman nakal.

“Ke situ pulak ibufikir. Calon pun tak ada, macam mana nak kahwin. Hahaha.”

“Ke kamu nak ibucarikan? Ramai jugak kawan-kawan ibu yang ada anak lebih kurang baya kamu. Anakdara kampung ni pun berlambak.” Ibu kelihatan agak bersemangat. Lain daripadabiasa.

“Ibu, nanti sejukpulak karipap tu. Jom makan dulu.”

“Pandai ye ubahtopik. Takpelah. Pasal kahwin ibu serahkan dekat kamu je lah. Nanti dah adacalon, tunjuk dekat ibu. Kalau lulus ibu benarkan kahwin. Ibu tak mahu paksakamu kahwin nanti kalau tak bahagia, ibu pulak yang dipersalahkan. Biarlah sukasama suka,” ujar ibu. Ibu sambung, “Tapi, ingat sikit. Masa tak tunggu kamu.Jangan sampai dah tua kerepot baru nak kahwin. Macam Pak Kadir kamu tu.”

Aku endahkan apayang ibu katakan dan terus beralih ke meja makan. Ibu mengekori aku lalu dudukbersama aku. Kami sama-sama ambik satu karipap lalu suapkan ke mulut. Rasarangup dan intinya yang masih hangat memberi rasa yang amat lazat.

“Ibu, kenapa ibunak kahwin dengan Pak Kadir?” Aku membuka mulut menyuarakan kesangsian aku.

Ibu tersenyum. “Ibuada banyak sejarah dengan Pak Kadir dan arwah ayah kamu.”

“Ceritalah, ibu,”desak aku.

“Malulah. Panjangceritanya.”

“Ringkaskan. Manalah tahu terbuka pintu hati adik untuk beristeri,” bodek aku.

“Arwah ayah kamudah lama berkawan dengan Pak Kadir tu. Dari kecik, sama macam kamu denganRazak. Ke mana-mana mesti pergi sama-sama. Ditakdirkan suatu hari, dua-duajatuh cinta dengan ibu. Mula dari situ lah diorang bersaing untuk dapatkan ibu.Kalau ayah kamu beri hadiah, Pak Kadir mesti bagi hadiah lagi besar. Kalau PakKadir beri bunga, ayah kamu mesti beri bunga yang lagi harum. Macam tu lah.Yang dapat untungnya ibu. Sebab dapat dua hadiah. Kadang-kadang sampaihari-hari ada je hadiah diorang hantar.”

“Wah, mesti ibucantik sangat dulu sampai ramai peminat,” usik aku.

“Kamu nak cakap ibukamu sekarang ni tak cantik lah?”

Ibu bercekakpinggang. Aku ketawa kecil.

“Sampai satu haritu kan, diorang punya persaingan tu macam sengit sangat. Diorang ajak ibu jumpadiorang dekat bawah pokok besar dekat hujung kampung tu. Ibu ingat lagi. Masatu dah senja. Langit pun dah berubah warna. Diorang nak putuskan siapa yangmenangi hati ibu. Diorang tahu tempat tu keras. Sengaja tempat tu dipilih.Selagi tak dapat keputusan, tak ada sesiapa boleh balik. Diorang tak kisahkalau ada yang disorok hantu malam tu. Diorang berkeras nak jawapan itu.”

Aku dengar dengankhusyuk sekali. Dalam tidak sedar, satu persatu karipap aku suap ke mulutsehingga hampir habis.

“Masalahnya merekalelaki, ibu perempuan. Kalau apa-apa berlaku, mesti ibu yang kena dulu. Ibupulak dah besar panjang anak dara masa tu. Bimbang jugak duduk tempat tersorokmacam tu dengan lelaki. Jadi ibu pun buat keputusan.”

“Ibu pilih ayah?”teka aku. Aku boleh tahu jawapan itu kerana ibu akan berkahwin dengan ayah.

“Tentulah ibu pilihayah kamu. Ibu dah lama jatuh cinta pada dia. Cuma ibu terlalu malu untukluahkan. Pertama kali ibu terima hadiah daripada dia, ibu masuk bilikmelompat-lompat macam orang gila. Sampai tertidur peluk bunga ros yang ayahkamu beri. Bila ibu bangun, habis rosak baju ibu sebab tersangkut pada duribunga tu,” cerita ibu dengan tekun. Kelihatannya seperti sedang terbayangkisah-kisah lama dalam album kehidupannya.

“Apa jadi denganPak Kadir lepas tu?”

“Ibu kesian sangatdengan Pak Kadir. Ibu rasa macam ibu dah permainkan dia. Ibu bukannya sengaja.Dari mula-mula diorang beri hadiah kepada ibu, diorang tak pernah cakap diorangsuka ibu. Diorang cuma datang ke rumah, beri hadiah, kemudian balik. Jadi ibuterima sajelah. Lagipun, mula-mula ibu ingat Pak Kadir tu cuma jadi posmen ayahkamu untuk beri hadiah kepada ibu. Tak sangka dia pun sukakan ibu.”

Aku tersenyumpahit. Sekarang aku faham apa yang Pak Kadir rasa. Rasa pedih apabila kau cubabuat sesuatu untuk tunjukkan rasa cinta kau kepada seseorang tetapi akhirnyakau disalah anggap dan di friendzone tanpabelas kasihan.

“Jadi, sebab ituibu terima lamaran Pak Kadir?” tanya aku sekadar mendapatkan kepastian.

Ibu angguk.“Walaupun dah berpuluh tahun, Pak Kadir tak pernah berkahwin. Ibu dapat rasakanyang dia masih cintakan ibu sehingga tak sanggup berkahwin dengan orang lain.Jadi ibu fikir apa salahnya ibu beri dia peluang untuk mengisi kekosongan yangarwah ayah kamu tinggalkan. Ibu tetap cintakan ayah kamu, tetapi ibu rasaseperti ibu perlukan seseorang untuk jaga ibu. Nanti kalau kamu dah berkahwin,kamu ada keluarga sendiri untuk dijaga. Lagipun, Pak Kadir tu lah orang yangpaling rapat dengan ayah kamu selepas ibu. Selepas ibu cakap ayah kamu yang dahmenangi hati ibu, diorang langsung tak bergaduh. Diorang cuma ketawa danbersahabat seperti biasa.”

Aku angguk faham.Namun, aku sendiri masih belum jelas kenapa aku amat membencinya. Rasa sepertiada sesuatu yang hilang daripada puzzleyang bermain di minda aku sekarang.

“Jadi, sekarangkamu dah dapat motivasi untuk berkahwin?” soal ibu.

“Errr...”

Ketika aku masihragu-ragu untuk memberi jawapan. Tiba-tiba kelihatan ada seorang bayi merangkakdi belakang ibu dan kemudian hilang di dapur. Celaka, getus hatiku.

*****

“Betul, Faris.Sumpah aku dengar bunyi mengilai tu semalam. Kuat sangat. Aku tutup telingadengan bantal pun boleh dengar lagi,” cerita Mat bersungguh-sungguh. Dia dudukdi atas motosikalnya manakala aku duduk di muka pintu sambil mengetip kuku.

Aku angguk acuh takacuh.

“Kau dengar tak apayang aku cerita ni Faris?”

“Ya, aku dengar.Semalam kau terjaga lepas dengar ada bunyi mengilai. Mungkin kau lupa tutup tvkot,” duga aku.

“Kau jangan buatmain-main. Benda macam ni kalau kau main-main lagi lah dia menghantui kau.”

Aku tersentak.Tiba-tiba, kata-kata Mat mengingatkan aku dengan peristiwa pagi tadi.

“Kalau benda tumenghantui aku, apa aku nak buat Mat?”

“Haa tahu puntakut. Kalau kau rasa macam benda tu macam nak berdamping dengan kau ataupunmacam dah suka dekat kau, lebih baik kau pergi jumpa ustaz ataupun mana-manadukun atau bomoh cepat-cepat. Bila dia dah mula berdamping dengan kau, dahbersarang dekat tubuh kau, susah dia nak keluar. Jarang-jarang orang bolehbuang.”

“Takut pulak akudengar.”

“Jangan risau lah.Kalau ada benda-benda macam tu, mesti kau boleh detect awal-awal. Nampakbayangan ataupun bunyi benda-benda pelik. Kalau kau tak namapak benda-bendamacam tu kira okay lagi lah tu,” jelas Mat.

“Tak, sekarang niaku risaukan kau. Aku tak dengar apa-apa semalam, tapi kau dengar ada bendamengilai kuat dekat luar. Entah-entah benda tu dah suka dekat kau, Mat,”seloroh aku.

“Eh, kau jangancelupar sangat Faris. Yang kena tu nanti aku. Dah menggigil-gigil kaki aku ni.”Mat mula gelisah.

“Hahaha, kau nipenakut sangat lah Mat. Daripada kau duduk resah gelisah dekat sini, lebih baikkau pergi masjid bertaubat sikit. Mohon dijauhkan benda-benda tak baik macamtu,” nasihat aku.

Entah kenapa akusendiri rasa aku juga patut buat begitu. Aku juga risau dengan apa yang berlakukebelakangan ini. Tak mengapa, aku cuma perlu tunggu beberapa hari lagi.Harap-harap tiada apa-apa peristiwa aneh lagi yang akan berlaku dalam beberapahari ini.

Ternyata harapanitu tidak dimakbulkan tuhan. Sebelum Mat meninggalkan perkarangan rumah aku,dia memusingkan pemecut motosikal. Deruman enjin motosikal kedengaran kuattetapi motosikal itu langsung tidak berganjak daripada tempatnya.

Aku berhentimengetip kuku dan menoleh ke arahnya. Ada seorang wanita berpakaian serba putihdengan rambut panjang dan kusut membonceng di belakang Mat. Wajah wanita ituditundukkan. Matanya dipejam rapat seperti sedang tidur.

“Alamak, kenapamotosikal ni buat hal pulak ni,” marah Mat.

Aku menelan liur.Halkumku naik lalu turun semula. Kedua-dua mata aku pejam dan gosok. Perempuanitu masih tidak berganjak. Jantungku berdegup semakin laju.

Tiba-tiba, matanyadibuka memperlihatkan bola matanya yang tiada hitam dan putih. Hanya warnamerah pekat bak darah. Dia merenung ke arahku. Darah tiba-tiba mengalirdaripada matanya. Bibirnya bergerak sedikit seperti cuba mengatakan sesuatu.Aku kuatkan semangat untuk tidak berkelip melihat wajah yang menakutkan itu.

“FARIS!!!” Suarayang maha kuat keluar daripada mulut perempuan itu.

Aku segera menutuptelinga tetapi bunyi itu masih bergema dalam gegendang telingaku. Telingakuterasa amat sakit seperti hendak berdarah. Air mata terbit di kelopak matakumenahan kesakitan. Hati aku semakin gusar dan mula diselubungi perasaan takut.

Bunyi azankedengaran menandakan sudah masuk waktu Asar. Perempuan itu hilang. MotosikalMat berfungsi seperti biasa. Gema yang bermain di telingaku beransur-ansurberubah menjadi bunyi deruman motosikal Mat yang meluncur laju meninggalkanperkarangan rumah aku.

Aku beristighfarbeberapa kali. Aku segera masuk ke dalam dan menunaikan solat Asar.

“Celaka! Apa bendatu nak dengan aku sebenarnya?!”

Previous: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto