Home Novel Thriller/Aksi Matriks
Matriks
Aiman Quinto
1/6/2017 06:36:52
17,898
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Beli Sekarang
Senarai Bab
5

Sunyi. Aku tak tahu apa yang harus aku buat.Aku sudah hilang arah. Tiada lagi cahaya untuk menyinari jalan aku. Bulan punsudah hilang. Malam sudah lewat. Mungkin aku patut pulang ke rumah tetapi hati iniasyik membantah. Mungkin aku masih trauma dengan kejadian semalam. Satu hariaku pengsan. Aku tak boleh salahkan sesiapa. Aku memang manusia malang. Memangitu nasib aku.

Mungkin aku patut pinggirkan diri aku ataukurung diri di dalam rumah. Aku tak mahu nasib malang aku merebak ke orang laindi sekitarku. Aku rasa amat bersalah dengan Juliana. Aku memang lemah. Aku takpernah menang walaupun aku lawan balik.

Macam mana aku nak lindungi orang lain kalauaku tak mampu untuk melindungi diri sendiri. “Macam mana aku nak lindungi orangyang aku sayang?!” Aku menjerit melepaskan geram. Aku duduk menghadap dindingdi hadapan. Aku tumbuk dinding berkali-kali. Nafasku semakin kencang.

“Anak muda, anak tak apa-apa?” makcik penjualdorayaki menegur aku.

Aku mengalihkan pandangan ke arah wanita yangtelah lanjut usia itu. Nafasku ditala – cuba bertenang.

“Orang muda memang ada banyak masalah. Zamanremaja adalah zaman peralihan apabila seseorang manusia mula matang.Kadang-kadang mereka akan tertekan dengan tanggungjawab yang harus dipikulmereka. Dan kadang-kadang ada antara mereka yang tersilap memilih jalan hidupkerana terlalu mengikut perasaan,” ujar wanita itu dengan seulas senyuman.

Aku terus mendengar. Namun, ada sesuatu yanglain pada wanita yang berdiri bongkok di hadapan aku itu. Dia tak sepertihari-hari sebelumnya.

“Ingat, nak...Makcik dah lama hidup.Bermacam-macam ragam manusia makcik dah tengok. Kadang-kadang makcik nak tegurtapi makcik tahu mereka tak akan dengar,” rintih wanita itu dengan wajahkecewa.

“Makcik,” kata aku. “Macam mana makcik bolehcakap bahasa Melayu?”

Dia terdiam sebentar. “Semuanya bermulasemalam. Apabila permainan Matriks bermula, semua bahasa pertuturandiselaraskan supaya setiap orang faham pertuturan antara satu sama lain,”jelasnya. Aku masih rasa seperti ada yang aneh tentang makcik ni.

“Makcik tahu apa yang berlaku?” tanya akusangsi. Kata-katanya tadi seperti dia tahu sesuatu tentang Matriks.

“Tidak. Makcik cuma tahu ini kerja Tuhan.”Wanita itu mengukir senyuman lagi. “Hanya Tuhan yang cukup berkuasa untukmencipta keajaiban ini. Jika ini kerja manusia, pasti ada kelemahan dankekurangannya. Manusia tidak berupaya untuk buat segala-galanya. Kadang-kadangada perkara yang kita harus buat tetapi kita tak mampu untuk melaksanakannya.”

Aku menggaru belakang kepala. “Makcik, sayarasa sudah lama kita kenal tapi saya tak pernah berkesempatan untuk tanya namamakcik,” kesal aku.

“Nama makcik Naname.”

Aku merenung ke dada langit. Betul cakapmakcik. Manusia memang hidupan yang lemah. Allah menciptakan kita sempurnatetapi kita yang membuatkan diri jadi tidak sempurna. Ada beban yang terpaksakita lepaskan untuk terus maju ke hadapan. Dan, beban aku ialah kisah silamaku.

Bulan muncul dari sebalik awan. Sinarankeemasan bulan penuh itu bagaikan sedang tersenyum ke arahku. Ia mengiyakankata-kata hatiku. Bintang-bintang yang bertaburan berkelip-kelip menyokong aku.

“Makcik, terima kasih,” ujar aku menghargainasihatnya. Aku menghantarnya pulang. Kemudian, barulah aku berjalan ke rumahku.Perjalanan yang sungguh sunyi ditemani lampu jalan dan diperhatikan bulan danbintang.

“Tsk... tsk... tsk...”

Bunyi itu datang daripada lorong itu. Mata akumemerhatikan sebuah lorong yang terletak di antara kedai bunga dan kedai buku.Aku memasuki lorong itu. Lorong yang amat gelap.

*****

Gelap, musuh bagi kanak-kanak bawah umur. Gelapmenjadi simbol ketakutan manusia. Frasa-frasa yang mempunyai perkataan ‘gelap’sering dikaitkan dengan perkara buruk. Tradisi memberikan pandangan yang burukkepada perkataan gelap ini sudah menjadi turun-temurun masyarakat seluruhdunia. Minda mereka diracuni dengan mitos dan legenda yang sudah menjadisejarah serta penipuan. Maka, lahirlah sebuah generasi yang takut dengan nikmatdan kurniaan Allah S.W.T. Dan aku adalah salah seorang yang lahir daripadagenerasi itu.

Kegelapan adalah kurniaan untuk memberikanketenangan kepada manusia. Masa yang paling sesuai untuk manusia tidur nyenyakdalam keadaan sejuk agar dapat mengumpulkan tenaga bagi menghadapi hari esok.Masa ini jugalah waktu umat Islam digalakkan beribadah dan bertahajud.

Aku tak perlu takut dengan kegelapan.

Aku berjalan membelah kegelapan di hadapanku. Selangkahdemi selangkah. Bermula dengan satu langkah yang menjadi dua langkah sehinggasekarang sudah tiga belas langkah. Aku semakin menghampiri bunyi tadi. Jantungberdegup semakin kencang.

“Ayah, jangan tinggalkan Satoshi.”

“Adik,” aku cuba menyapa. Seorang kanak-kanaksedang menangis seorang diri di hadapan aku. Aku tidak dapat melihat wajahnyadalam keadaan gelap sebegini. “Apa adik buat kat sini?”

“Ayah... Ayah...” Dia terus memanggil ayahnya.Perkataan yang sama diulang berkali-kali.

Mungkin dia sedang meracau. Aku cubamengejutkannya. Saat aku menyentuh lengannya, aku terasa kesejukan kulitnya.Amat sejuk. Dia bagaikan hendak beku. Tidak, keadaan lebih teruk daripadasangkaan aku. Dia langsung tidak memberikan apa-apa respons. Aku tak rasa diaakan sedar. Dia akan demam jika aku tinggalkan dia di sini. Aku perluselamatkan dia agar tidak mati kesejukan.

Aku memeluk tubuhnya. “Ayah di sini, nak,”bisik aku di telinganya dengan harapan dia akan berhenti meracau seperti sedangdirasuk.

Tanpa membazirkan sesaatpun, aku terusmenggendongnya di belakang aku seraya membawanya pulang ke rumah.

“Ayah, jangan tinggalkan Satoshi.” Budak ituakhirnya terlelap di belakangku.

Satoshi? Mungkin itu namanya. Aku perluselamatkan budak ni. Tiba di rumah, aku meletakkan budak itu di atas katil dansegera menyelimutkan tubuhnya. Wajahnya yang putih bersih aku tenungdalam-dalam. Pasti ada sesuatu yang menghantui dirinya.

*****

“Saya kat mana ni?” Budak lelaki berumurlingkungan 11 tahun itu terpinga-pinga. Dia baru terjaga.

“Adik kat rumah abang,” jawab aku ringkas. Sesisoal jawab akan menyusul nanti.

Aku menggosok kelopak mataku untukmenghilangkan rasa kantuk akibat tidak tidur semalaman. Aku risau budak ituakan terkejut dan melarikan diri.

“Apa yang berlaku? Macam mana saya boleh masukdalam rumah abang? Apa yang abang buat kat saya?” Jawapan ringkas akumengundang 1001 persoalan di minda budak yang belum matang itu.

Aku mengeluh. Banyak betul soalan yangdiajukannya. Aku akan cuba jawab yang aku mampu sahaja. “Baiklah. Kamu dengarsini. Abang akan jawab soalan tu satu persatu. Pertama, semalam adik meracautak tentu pasal. Kedua, abang yang bawak adik ke sini time adik tertidur. Ketiga, abang cuba selamatkan adik daripadamati kesejukan semalam. Dan sekarang giliran abang untuk bertanya. Apa yangberlaku semalam?”

Dia mengunci mulutnya. Wajahnya ditundukkan.

Ok, finekalau tak nak cerita. Aku cuba nak tolong kau. Aku tanya cara baik kau tak nakjawab. Biar aku korek rahsia tu.

“Kejadian semalam ada kena-mengena dengan ayahadik, kan?” duga aku.

Budak itu mengerutkan dahi. Dalam keadaan akuyang duduk malas di atas kerusi, budak itu tiba-tiba berlari ke arah pintu danmelarikan diri. Aku terkejut. Dalam keadaan yang terpinga-pinga, terkial-kialaku mengejarnya. Dia menghilang. Aku gagal mengejarnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto