Home Novel Seram/Misteri Pohon
Pohon
Aiman Quinto
8/8/2018 12:58:03
15,616
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
3

Alhamdulillah,selesai tahlil malam pertama. Dapat juga aku sertai jemaah masjid dan beramahmesra bersama penduduk kampung. Semuanya gembira dengan kepulangan aku. Akumenjadi kebanggaan kampung kerana menjadi orang pertama di kampung ini yangberjaya melanjutka pelajaran ke luar negara. Kebanyakan sahabat-sahabat yangsebaya dengan aku tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malah,hanya sebilangan yang menyambung pelajaran di dalam negara. Yang lain tidakmempunyai wang dan terus bekerja sebagai buruh di kilang-kilang atau mewarisikerja-kerja lain daripada keluarga mereka di kampung ini. Kembang juga akuapabila dihujani pujian daripada penduduk kampung. Malangnya, kecut semulaapabila ditanya kerja apa. “Belum rezeki lagi. Insya-Allah dalam dua tiga bulanni,” jawab aku.

Walaupun aku ni fresh graduate, kadang-kadang susah jugaknak dapat kerja. Segulung ijazah daripada luar negara bukan penentu rezeki.Rezeki itu lebih meluas dan hanya diketahui oleh yang Maha Agung. Dialah yangmengatur segala-segalanya. Sebagai insan yang lemah, aku hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakkal.

Usai menjamahsedikit kuih yang dihidang, aku bercadang untuk balik terus ke rumah. Aku takmahu ibu duduk di rumah seorang diri lama-lama. Aku tahu abang aku bukannyamelekat dekat rumah. Bagi dia, rumah tu macam RnR. Dia boleh balik sesuka  hati dan keluar bila-bila dia mahu. Aku takboleh bayangkan betapa risaunya ibu. Aku rasa ibu pun dan tak mahu layanperangai abang. Aku harap aku mampu menjadi penawar untuk mengubati hati ibu,menutup segala luka yang abang toreh pada hati ibu.

Sampai sahaja akudi tangga masjid yang terakhir, hujan tiba-tiba mencurah dengan lebat sekali.Angin bertiup kencang. Aku dapat rasa tempiasnya walaupun berdiri di bawahbumbung. Aku terpaksa batalkan niat aku untuk pulang awal. Guruh mulaberdentum. Ternyata kampung itu dilanda ribut. Aku berasa sesal kerana tidakmerujuk ramalan cuaca dahulu. Jika ribut tidak reda, aku terpaksa bermalam dimasjid dan berqiam bersama jemaah masjid. Aku bingung sebentar. Rasa sejuk mulamenyengat tulang dalam badanku.

Tiba-tiba, daripadajauh kelihatan satu cahaya bergerak laju menghampiri perkarangan masjid. Sebuahmotosikal masuk ke perkarangan masjid dan terus diparkir di tempat parkirberbumbung. Penunggangnya kelihatan basah kuyup. Helmet berwarna hitamditanggalkan.

“Jak,” panggil aku.

Razak menoleh laluberjalan ke arah aku. Wajahnya kelihatan resah.

“Kau ke manaharini? Seharian aku cari tak nampak langsung batang hidung kau.”

“Sorry Faris. Akusibuk. Harini aku kerja. Ni aku baru balik daripada kerja. Penat.”

Dia kelihatanmuram. Tidak ceria seperti selalu. Aku tak pasti patutkah aku bertanya tentangkeadaanya atau biarkan sahaja. Aku pilih untuk tidak bertanya dan beralih ketopik lain.

“Aku rasa ribut nilambat lagi nak berhenti. Nampaknya kita sama-sama tersadai kat sini. Aku ingatmalam ni aku tidur dekat masjid je. Kau?”

Razak teragak-agakuntuk menjawab. Bagaikan ada sesuatu yang penting harus dilakukannya.

“Aku ikut kaulah.”

“Aku masuk ke dalamdulu. Kau pergilah tukar apa yang patut. Ada kain pelikat dekat dalam.”

Aku tunggu di dalammasjid sementara Razak menyalin pakaiannya yang basah kuyup. Usai menyalinpakaian, Razak tidak berbual denganku sebaliknya dia terus menutup mata dantidur. Mungkin terlalu penat. Aku menelefon ibu dan memberitahu bahawa akutidak pulang malam ini. Aku terus melelapkan mata di samping Razak.

*****

Alhamdulillah, akudapat memulakan hari aku dengan beribadah kepada yang Maha Esa. Walaupun bukanamalan yang sering aku lakukan, kepuasan itu masih terasa. Sesuatu yang kau takakan pernah rasa apabila kau sibuk melayari bahtera mencari kekayaan di duniaini. Apakah kau puas mengejar kekayaan? Semestinya kau akan inginkan lebih.Dunia ini tak akan pernah cukup. Kadang kala kau juga perlu mencari sesuatuyang memberikan kau ketenangan dan erti kehidupan itu sendiri.

Sesudah menunaikansolat Subuh berjemaah, aku membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah. Akutidak menyertai jemaah masjid mendengar kuliah Subuh. Aku risau tentang keadaanibu di rumah. Keluar daripada pintu masjid, aku sempat menjenguk ke arah tempatparkir yang digunakan Razak semalam. Kosong.

Aku tak tahu kemana Razak menghilang. Dia tiada di sebelah aku apabila aku bangun qiam pagitadi. Mungkin dia terjaga ketika hujan berhenti dan terus pulang ke rumah. Akumenyarung selipar Adidas lalu berjalanpulang. Langit masih gelap dan jalan agak sunyi.

Sampai di pinturumah, aku berdehem sebelum memberi salam. Belum sempat genggamanku mengetukpintu, pintu dibuka. Wajah ibu yang kelihatan agak sugul muncul daripadasebalik pintu.

“Ibu, kenapa muramje harini? Kan adik dah cakap, adik tidur masjid semalam.” Aku terus mendakaptubuh ibu. Tiba-tiba aku dapat rasakan bahu aku mula basah. Dada ibu mulasebak.

Aku menepuk-nepukbelakang ibu.

“Ibu, kenapa ni?Cuba beritahu adik,” ujar aku cuba menenangkan ibu.

Ibu menangisteresak-esak. Mulutnya menggigil. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan daripadadua bibir yang terkatup itu. Ibu terlampau sedih. Aku tidak pernah melihat ibusebegini. Apabila menerima berita pemergian ayah, ibu tidak sesedih ini. Dialebih tenang dan merelakan suratan Ilahi.

“Ibu, adik adabersama ibu. Ibu tak perlu laluinya sorang-sorang,” pujuk aku.

Ibu kelihatansemakin tenang. Dia cuba melawan perasaan sedih yang menikam jiwanya.Perlahan-lahan dia membuka mulut. “Abang kamu.”

“Kenapa denganabang?”

“Dia dah pergi,”jawab ibu perlahan. Ibu melepaskan dakapan. Dia duduk di atas sofa sambilbertongkat dagu. “Tengah malam semalam. Ibu sibuk cuci pinggan di dapur.Tiba-tiba ada bunyi orang ketuk pintu. Kuat sangat. Mula-mula ibu takut nak bukak.Tapi lepas dengar suara abang jerit marah. Ibu cepat-cepat ibu bukak pintu.”

Aku dudukberhadapan ibu. Dalam hati, aku sedang mengumpul perasaan marah terhadap abangaku.

“Lepas ibu bukakpintu, dia tolak ibu ke tepi. Ibu terjatuh. Dia marah-marah cakap ibu lambatbukak pintu. Buang masa dia. Dia terus masuk bilik dia dengan baju dia yangbasah kuyup tu. Ibu bangun sendiri nak tutup pintu. Risau tempias.”

Biadap. Tak gunabetul lelaki tu. Aku betul-betul geram dengan dia kali ni. Dia tolak ibu. Lepastu tinggal ibu.

Dahi aku berkerut.Gigi aku ketap rapat. Marah.

“Lepas tu, belumsempat ibu kunci pintu balik, abang kamu keluar. Dia bawak beg pakaian dia. Diasuruh ibu ke tepi. Jangan halang pintu. Ibu tanya dia nak ke mana. Dia tengkingibu. Dia cakap dia dah serabut duduk rumah ni. Asyik dengar ibu membebel. Diacakap dia dah taknak balik. Dia cakap ibu dah ada adik, jadi dia dah tak perlunak jaga dia. Dia nak keluar daripada neraka ni.”

Mata ibu kembaliberkaca. Ibu segera menyeka air matanya yang bertakung pada kelopak mata.

“Retak hati ibu nikamu tahu. Anak yang dah lebih tiga puluh tahun ibu jaga. Ibu berisegala-galanya. Sampai hati abang buat macam ni,” kata ibu dengan nada suarayang tersekat-sekat.

Aku duduk melututdi hadapan ibu. Kedua-dua tanganku menggapai tangan kanan ibu. Aku cium tanganibu.

“Ibu, ibu janganlahsedih. Ibu pun tahu ibu tu memang macam tu. Nanti sama-sama kita doakan abangbalik.” Aku cuba pujuk ibu.

Ibu angguk. Dalamhatinya terbuku seribu kerisauan tentang abang. Itulah naluri seorang ibu.Kasih sayang seorang tiada bandingnya.

“Assalamulaikum.”

“Abang pergi tengoksiapa dekat luar ya, ibu.”

Ibu angguk memberiizin.

Aku bangun laluberjalan ke muka pintu. “Waalaikumussalam. Oh, Mat. Ada apa datang singgah?Taknak masuk dulu?” jemput aku.

“Aku tak masuk dahFaris. Nak cepat ni,” kata Mat. “Aku sebenarnya nak mintak tolong sikit ni.”

Matmenggerak-gerakkan tangannya memberi tanda menyuruh aku datang lebih dekat.Matanya melilau-lilau ke kanan. Aku keluar menghampirinya dengan berkaki ayam.

“Apa dia?” tanyaaku.

“Dekat kubur. Pagini Pak Imam jumpa jenazah Anis tu terkeluar daripada kubur dia,” bisik Mat.

“Astaghfirullahalazim.Macam mana boleh jadi sampai macam tu?”

“Entahlah Faris.Bumi tak terima kot.”

“Ish, tak baik cakapmacam tu. Arwah baru lagi meninggal.”

“Sebab tu lah akubisik ni. Taknak orang kampung lain tahu. Yang tahu sekarang ni, Pak Imamdengan jemaah masjid yang rapat dengan dia, keluarga Anis, aku dan kau. Akutaknak bukak aib sesiapa. Kalau ikutkan kau pun aku taknak beritahu. Tapi PakImam tu suruh cari orang nak tolong tanam balik jenazah tu. Kau pun tahudiorang semua tu dah tua. Dah tak larat buat kerja-kerja berat ni.”

“Aku faham, akufaham. Bila nak tanam ni?”

“Pukul 8,” jawabMat.

Aku menoleh ke arahjam tangan pada pergelangan tangan Mat. 7.47 pagi. Elok sangat lah tu. Aku punbelum mandi. “Okay, kejap lagi aku sampai.”

“Baik, aku nakpergi masjid dulu ni. Jumpa pukul 8. Assalamualaikum.”

Mat menghidupkanmotosikalnya lalu memecut hilang daripada pandangan. Aku menggeleng kepala.“Tak pernah berubah kawan aku yang sorang ni.”

*****

Mat, salah seorangkawan yang dah lama aku kenal. Walaupun hubungan kami tak serapat aku danRazak, Mat atau nama sebenarnya Muhammad bin Jailani salah seorang sahabat yangmesra dengan aku. Atau lebih baik jika aku kata dia mesra dengan semua pendudukkampung. Mat digelar orang kampung sebagai ‘Mat Heboh’. Apabila adaberita-berita baru di kampung, dia lah orang pertama yang akan sebarkan beritatersebut ke seluruh kampung.

Bukan sekarangsahaja, aku masih ingat ketika kami masih bersekolah. Dia muda setahun daripadaaku. Ada seorang rakan sekelas aku, namanya Rashid. Dia terkucil ketika latihanbola sepak di padang sekolah. Keesokannya habis heboh satu sekolah. Semua orangmentertawakan Rashid. Rashid diberi gelaran ‘Rashid Bocor’. Rashid serta-mertamengesyaki Mat menghebohkan cerita itu kerana Mat juga berada di padang sekolahpada hari kejadian.

Rashid dan duarakannya telah berjumpa Mat selepas sekolah. Mereka paksa Mat mengaku. Mat cubauntuk berdalih. Rashid berasa amat marah. Dia telah mengikat Mat di sebuahpohon besar di hujung kampung. Rashid menangis dan akhirnya dia mengaku.

Kekejaman Rashidbelum berakhir di situ. dia ingin membalas dendam. Sebungkus plastik dikeluarkandaripada poket kirinya. Plastik itu diletakkan di hadapan muka Mat.

“Mat, kau tahu apaada dalam ni?”

Mat menangis sambilmenggeleng.

“Kau akan tahunanti.” Simpulan plastik itu dileraikan. Dari jarak yang agak dekat itu, Matdapat lihat beberapa ekor kerengga yang agak besar berada di dalam plastik itu.

Seluar Mat dibuka.Amat mudah. Malah, Mat tidak memakai seluar dalam. Anunya tergantung di hadapantiga lelaki yang sedang mentertawakannya. Rashid menuang plastik berisikerengga itu ke atas anu Mat.

Mat meronta danmenjerit. “Tolong! Tolong! Lepaskan aku, Shid. Aku mintak maaf. Aku janji akudah tak ganggu kau lagi lepas ni.”

Rashid hanyaketawa.

“Tolong lepaskanaku,” rayu Mat lagi. Dia meronta tetapi tidak dapat meleraikan ikatan itumahupun kerengga yang sedang merayap di hujung anunya yang belum disunatkan.

“Rasakan. Nantikerengga tu gigit anu kau sampai kau terkencing. Padan muka kau lahanat.”

Rashid danrakan-rakannya meninggalkan Mat seorang diri di situ. Beberapa jam selepas itu,aku dan Razak menjumpai Razak dalam keadaan separuh bogel di tempat lepak kamiitu. Air matanya sudah kering. Anunya habis bengkak tidak seperti rupa yangsepatutnya. Kami leraikan ikatannya lalu memapahnya ke rumah Tok Ketua.

Tok Ketua yang jugamerupakan bapa kepada Rashid, membawa Mat ke hospital. Malam itu, Rashidmenerima akibat daripada perbuatannya. Belakang badannya berbirat dengan kesanrotan. Apabila dilihat, kesan rotan itu langsung tidak terkira malah belakangbadannya kelihatan seperti jalur gemilang. Inilah cara seorang bapa mendidikanak supaya menjadi orang yang berguna.

Tepat jam 8 pagi,aku tiba di kawasan tanah perkuburan. Pak Imam dan jemaah masjid sudahberkumpul. Mat tiba bersama motosikalnya. Aku berjalan diekori Mat.

“Astaghfirullahalazim.”Aku agak terkejut melihat keadaan jenazah Anis. Keadaan wajahnya tidak ubahseperti semalam tetapi kain kafan yang menyelimuti tubuhnya basah, dikotorilumpur dan ada banyak kesan koyak.

Mereka berkumpuldan cuba membersihkan sedikit jenazah sebelum ditanam semula. Aku mencapai skopdan menggali semula lubang yang sudah terkambus dek hujan semalam. Cukup tujuhkaki aku sediakan liang lahad, aku memberitahu Pak Imam bahawa semua telahtersedia. Aku dan Pak Imam bertukar kedudukan. Aku membantu menghulurkan jenazahkepada Pak Imam dan Pak Habib. Perlahan-lahan jenazah itu disematkan ke dalamliang lahad diiringi doa. Liang lahad itu kemudiannya aku kampus semula. Cuacasudah mula panas. Aku dapat rasakan peluh mengalir di pelipisku. Namun akulangsung tidak merungut malah aku rasa gembira. Entah kenapa suatu perasaanmuncul kembali dalam atmaku.

Aku gembira. Akusesal. Aku sedih. Semuanya bercampur. Jujurnya, sejak dulu lagi aku menyimpanperasaan terhadap Anis. Dia lah cinta pertama aku. Aku bercadang untuk jadikandia cinta terakhir aku juga. Tetapi segalanya mustahil sekarang. Dia telahpergi. Mungkin itu membuatkan aku sedih.

Aku sesal keranadari dulu aku tak berterus terang kepada dia tentang perasaan aku. Aku sentiasaterbayangkan saat-saat bahagia bersama dia, tetapi aku tidak pernah berusahauntuk menjadikannya suatu kenyataan. Aku sendiri telah lupa sebab kenapa akutidak pernah cuba untuk tackle gadispujaan aku itu.

Tetapi hari ini akugembira kerana aku terasa aku amat dekat dengannya. Dia seperti amat hampirdenganku. Aku juga berpeluang untuk menyumbangkan tenaga dan doa untuk dia. Akuharap dia tenang dan bahagia di sana.

Usai mendoakanarwah, kami semua bersurai. Aku yang terakhir meninggalkan kawasan itu keranaaku pergi menyimpan penyodok terlebih dahulu. Sebelum meninggalkan kawasan itu,aku sempat menoleh dengan rasa berat hati. Dari jauh, kelihatan kelibat seorangwanita berpakaian putih duduk menghadap kubur arwah Anis. Rambutnya yangpanjang menutupi wajahnya. Aku biarkan dan terus berjalan.

Pada mulanya akufikir hanya saudara terdekat atau orang kampung. Tetapi apabila difikirkansemula, hanya lelaki yang berada bersama kami tadi. Kali kedua aku menoleh,wanita itu telah menghilangkan diri. Aku istighfar lalu berjalan terus kerumah. Badan aku sudah mula berbau. Aku perlu mandi.

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto