Home Novel Seram/Misteri Pohon
Pohon
Aiman Quinto
8/8/2018 12:58:03
15,655
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
2

1996

“Pakcik Rahim,betul kat pokok besar di hujung kampung tu keras? Betul ke tempat tu berhantu?”tanya aku. Sebagai budak berusia empat tahun, aku memang penuh dengan perasaaningin tahu.

“Ish, tempat tumemang berhantu. Jangan main dekat situ. Dulu kan, dekat kampung ni adapontianak. Malam-malam tak ada orang pun yang berani nak keluar rumah. Dia akanterbang sekeliling kampung mengilai-ngilai cari manusia dan hisap darah mereka.Jadi, malam-malam memang sunyi sangat kampung ni. Paling lewat pun lepas Isyak,semua rumah dah gelap. Suatu hari, imam kampung ni bermesyuarat dengan ahlimasjid. Diorang buat bacaan Yasin tujuh malam berturut-turut. Pada hari ketujuhtu, pontianak tu jadi lemah. Dia tak larat nak terbang, jadi dia berpaut padapokok ni. Jadi imam dengan ahli-ahli masjid pun kepung pontianak tu. Lepas tupaku belakang leher pontianak tu dekat batang pokok tu. Pontianak tu terusterbakar dan hilang. Sampai hari ni paku tu melekat lagi dekat pokok tu. Adaorang cakap, dia dengar ahli masjid cakap, roh pontianak tu ada lagi dekatsitu. Dia tunggu ada orang cabut paku tu. Lepas tu dia akan balas dendam dekatseluruh kampung,” cerita Pak Rahim panjang lebar.

“Dahsyatnya.” Akuyang dari tadi khusyuk mendengar memberi respons.

Razak masih denganwajah selambanya tidak yakin dengan kesahihan cerita tersebut.

*****

2014

Malam itu suasanasungguh tenang. Sudah lama aku tidak melalui malam-malam yang tenang begini.Maklumlah di US budaya mereka berbeza. Jika aku berada di luar kampus, lautanmanusia akan menghuni malam terutamanya di kelab-kelab malam dan pusat-pusatperjudian. Jarang sekali suasana tenang ini dinikmatinya. Dengantugasan-tugasan yang perlu disiapkan setiap malam dan subjek-subjek yang perludiulangkaji, aku akan sentiasa diisi dengan malam-malam yang sibuk. Itupunbelum ditambah parti di rumah berhampiran yang selalu mengganggu konsentrasidan menyesakkan fikiranku.

Ya, malam-malambegini yang terbaik. Sunyi. Bunyi cengkerik yang menghidupkan suasana malam.Sesekali ada bunyi motosikal yang lalu. Aku harap malam ini akan terus begini.

Vroooommmmm!!!

Aku mendengus kuat.Tamatlah malam aku yang tenang. Jelas sekali malam ini akan dihidupkan denganderuman motosikal mat-mat rempit yang berlumba malam ini. Aneh sekali, sekalianrakyat marhaen sibuk menaiki pengangkutan awam kerana kenaikan harga petroltetapi mereka masih sibuk membazir petrol dengan perlumbaan keberanian yangsia-sia.

Aku terus-menerusmemaki hamun mereka dalam hati. Aktiviti tidak bermoral mereka akan memberipengaruh negatif kepada kanak-kanak di kampung. Aktiviti mereka harus dibendunglebih awal. Aku doakan mereka terbabas ataupun ditangkap polis. Harap-harap doamenjurus ke arah keburukan ini dimakbulkan Tuhan untuk masa depan yang lebihbaik.

*****

Aku tidur dengannyenyak sekali malam itu. Segala alarm yang dipasang langsung tidak aku mampumengejutkan aku daripada lena. Solat Subuh yang sepatutnya menjadi kewajipandilantakkan sahaja. Sudah terlajak, bukan sengaja. Jika aku ingat, aku akanmenggantikannya nanti. Jika terlupa, semoga Allah mengampuni aku.

Sebaik membukamata, ada sesuatu yang membuatkan aku segera bangun. Satu bau yang menggodaderia bauku. Aku bingkas berdiri dan mula menjejak punca bau tersebut. Ternyatatekaanku benar. Bau tersebut membawa aku ke dapur. Aku dapat lihat ibu sibukmemasak. Pasti sekali itu kari kepala ikan kegemaran aku. Aku kenal benar bauitu.

“Dah bangun?” sapaibu. Aku sedikit terkejut. Tidak ku sangka ibu sedar akan kehadiran aku.Mungkin inilah naluri seorang ibu.

“Baru bangun,”jawabku ringkas.

“Ibu sengaja takkacau kamu tidur. Mesti kamu penat kan. Kalau lapar makanlah dulu sarapan bawahtudung saji tu.” Ibu mengambil secubit garam lalu menghamburkannya ke dalammasakan yang dimasaknya. Kari dikacau rata untuk melarutkan garam.

Sejujurnya akumemang sudah lapar. Lebih-lebih lagi selepas terbau masakan ibu yangmenyelerakan. Tetapi kari tersebut tidak akan dihidang sebelum tengah hari.Perut kosongku sudah berbunyi meminta untuk diisi. Aku membuka tudung saji. Adabeberapa jenis kuih yang sudah aku lupa namanya terhidang di dalam sebuahpinggan. Aku capai satu secara rawak lalu menyuap ke mulutku. Aku dudukmenghadap makanan.

“Ibu, mana abang?Tak nampak pun dari tadi,” soal aku.

“Awal pagi lagiabang kau keluar. Dia kerja harini.”

“Ooo....” Akumengangguk faham. Kuih perlahan-lahan dikunyah. Setelah hampir penuh perutmenghadam kuih, barulah aku sedar bahawa aku belum menggosok gigi. Biarlah, inicuma rahsia aku,kau dan Allah. Lagipun belum pernah aku dengar ada orang sakitperut sebab makan tanpa menggosok gigi terlebih dahulu. Setakat ini belum adafatwa yang mengatakan berdosa jika tidak menggosok gigi sebelum makan. Jadi akuandaikan air liur basi yang masih membasahi lidahku sebagai perisa tambahansarapan hari ini.

Aku bangkit lalukembali ke bilik. Sementara menunggu waktu makan tengah hari, aku perlumembersihkan diri dan juga membersihkan bilik itu. Masih ada barang-barang yangbelum sempat dipunggah semalam. Ketika aku sibuk mengemas, ada bunyi bisingyang kedengaran dari luar rumah. Sepertinya jiran sebelah rumah sedangberbual-bual di beranda rumah. Aku curi-curi mendengar perbualan mereka.Walaupun perkara ini tidak beretika, tetapi dengan cara ini lebih mudah untukaku update tentang apa yang berlaku di kampung.

“Tak sangka pokokdekat hujung kampung tu betul-betul berhantu,” kata salah seorang daripadamereka.

“Kau biar betul,Mat. Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi aku dengar ada hantu dalam kampungni.”

“Betul, Pak Aji.Pagi tadi saya ikut ketua kampung ke sana. Saya nampak dengan mata kepala sayasendiri ada mayat kena paku atas pokok tu,” katanya bersungguh-sungguh.

“Mayat siapa Mat?”tanya Pak Aji.

“Mayat si Anis,anak Mak Ton. Alaa, Mak Ton yang tinggal sebelah sungai tu.”

“Ish, kesiannya.Innalillah.”

“Tadi diorang barusiap turunkan mayat tu daripada pokok tu. Sekarang tengah mandikan. Nanti siapkafan, jempulah datang masjid. Kita solat jenazah sama-sama dengan orangkampung. Moga-moga roh si mati dicucuri rahmat.”

“Insya-Allah.”

“Saya gerak duluya, Pak Aji. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Enjin motosikaldihidupkan. Mat meninggalkan perkarangan rumah Pak Aji emninggalkan Pak Ajiberseorangan di beranda dan meninggalkan tanda tanya dalam mindaku.

Aku segeramendapatkan fon aku yang sedang dicas. Punat ditengah fon tersebut ditekan.Skrin masih gelap. Pandanganku dialihkan ke plag.

Celaka! Aku terlupamenghidupkan suis. Ternyata kecuaian manusia membawa kepada kebodohan. Barusahaja aku bercadang mahu menelefon Razak untuk ajak dia keluar selepas makantengah hari. Entah kenapa aku rasa tak senang duduk dekat rumah selepasmendengar perbualan Pak Aji dengan Mat tadi. Macam ada sesuatu yang tak kena.

*****

Usai mengisi perutdengan masakan ibu yang aku idam-idamkan, aku meminta izin keluar. Aku mahupergi ke rumah Razak dengan harapan dia akan ada di sana. Sejak menjadi yatimpiatu beberapa tahun yang lalu, Razak tinggal seorang diri di rumahnya. Segalamakan dan minum ditanggung hanya untuk dirinya. Dia tidak pernah menyatakanhasrat untuk berkahwin. Setiap kali soalan tentang kahwin diajukan kepadanya,pasti sahaja dia akan berseloroh mahu melangsungkan perkahwinan bersama aku.Errr, maksud aku bukannya kami gay. Dia mahu menggabungkan majlis perkahwinankami berdua.

“Memandangkan akudah tak punya sesiapa, keluarga kau dah macam keluarga aku sendiri. Jadi, akurasa ada baiknya kalau kita buat majlis sama-sama nanti. Itu pun kalau kauizinkan,” kata Razak. Kata-katanya agak menyedihkan. Sebagai sahabat, sudahpasti aku merasa simpati. Tetapi masalahnya, aku sendiri belum ada calon untukdiperisterikan. Terpaksalah dia menunggu lebih lama.

Ibu berpesan supayaaku pulang sebelum matahari terbenam. Walaupun aku sudah besar, pesanan itumasih ibu berikan kepada aku. Bukan kerana dia tidak percaya akan aku, tetapikerana dia seorang ibu yang menyayangi anaknya. Aku sebagai seorang anak perluakur dan cuba untuk mengikutnya. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Akutersenyum sendirian.

Selang beberapapuluh saat, aku tiba di hadapan rumah Razak. Rumahnya kelihatan agak berbezaberbanding kali terakhir aku ke sini. persekitarannya keihatan tidak terurus.Beberapa tayar buruk berlonggok di hadapan rumah. Kasut buruk yang tidakberpasang berada di atas tanah menjadi tapak pembiakan nyamuk. Begitu jugapasu-pasu buruk yang telah pecah dibiarkan sahaja dengan air jernih bertakung.Pokok-pokok bunga yang dahulunya menceriakan pemandangan rumah itu kini telahlayu, menimbulkan suasana suram.

“Jak, ooo Jak,”panggil aku.

Tiada orangmenyahut panggilan aku. Motosikal Razak juga tidak dapat dikesan. Mungkin diatiada di rumah. Aku cuba mengetuk pintu beberapa kali. Masih tidak bersahut.Lantas aku ubah fikiran dan berjalan menuju ke masjid. Pasti orang-orangkampung berada di sana untuk menunaikan solat jenazah.

Walaupun hanyaberjalan kaki, kampung ini tidaklah terlalu besar. Aku sempat tiba sebelumorang kampung mula menunaikan solat jenazah sebagai penghormatan terakhirkepada si mati. Aku sendiri hampir terlupa kaifiat solat jenazah. Kali terakhiraku menunaikannya adalah ketika ayah meninggal dunia. Selepas ayah meninggaldunia, aku lebih banyak berkurung di rumah kerana biasanya arwah ayah lah yangselalu membawa aku melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Nak harapkanabang, hampeh.

Alhamdulillah. Usaimenunaikan solat jenazah, sempat juga aku mengucapkan takziah kepada keluargasi mati. Si bapa seperti biasa kelihatan tenang. Mungkin sudah menerima takdiratau mungkin juga sekadar menyembunyikan kesedihan dan memendam rasa di sebaliksenyuman yang diukir kepada penduduk kampung. Si ibu pula masih eratmenggenggam tisu di tangan. Pipinya masih lembap dan matanya masih berkaca.Beberapa orang wanita pertengahan umur duduk rapat disampingnya cuba mengisikekosongan hatinya serta berkongsi kesedihannya.

Aku tidakmeluangkan masa yang banyak di dalam masjid. Aku hanya tunggu jemaah di luarsebelum berarak bersama mereka ke tanah perkuburan di belakang masjid. Setelahjenazah bersemadi di liang lahat dan disedekahkan doa, penduduk kampungberansur pulang. Hati aku masih tidak senang untuk pulang. Masih ada sekelumitsangsi tentang perbualan yang aku dengar tengah hari tadi.

“Hantu kat pokok tudah datang balik.”

Ayat tersebutmenarik perhatianku. Aku menoleh. Tiga orang wanita berusia sedang sibukbergosip sambil menunggu waktu Asar.

“Kau biar betul,Jah. Entah-entah kau nak aibkan si mati je,” perli wanita yang kelihatan palingtua.

“Betul, Kak Esahoi. Rumah Kak Ton tu depan rumah saya je. Masa tu kan, saya tengah sidai kain.Tiba-tiba si Jaafar anak Pak Kassim tu datang jerit-jerit. Dia cakap dia jumpamayat si Anis tu kena paku dekat pokok tu,” cerita Mak Jah.

“Ish, takut pulaksaya dengar. Tapi betul ke pokok tu berhantu, Jah?” soal wanita ketiga.

“Betul, Tipah. Kautak ingat ke masa kita muda-muda dulu, ramai orang mati dekat situ. kau takpercaya kau tanya Kak Esah ni. Dia mesti ingat lagi.”

Mak Esah diam tidakmemberi respons kepada Mak Jah dan Mak Tipah. Selang beberapa ketika, Mak Esahbersuara, “Udah-udahlah kita kenang masa lalu. Dah berpuluh-puluh tahun dahberlalu. Lebih baik kita doakan si mati. Malam ni jangan lupa datang tahlildekat masjid. Mudah-mudahan roh arwah Anis tu dirahmati Allah.”

Betul kata MakEsah. Perkara terbaik yang kita boleh buat ialah sedekahkan ayat-ayat sucial-Quran dan mendoakan agar si mati dirahmati dan ditempatkan di tempat yangbaik-baik. Tidak elok jika kita bercakap perkara-perkara yang tidak baiktentang orang yang telah meninggal dunia apatah lagi membuka aibnya.

Walaupun mencuridengar perbualan orang lain adalah sesuatu yang tidak beretika, tetapisekurang-kurangnya aku dapat sedikit sebanyak maklumat. Tetapi apa yang akudengar belum cukup untuk menenangkan hati aku. Aku dapat rasakan seperti adakebenaran yang tersembunyi. Tak mungkin roh yang telah lama bersemadi mampumengancam nyawa manusia. Aku tak percaya. Tahyul.

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto