Home Novel Komedi/Romantik Komedi Beb, I Love You!
Bab 32

“Ibu yakin ke hubungan mereka akan kembali pulih? Macam mana dengan Wan?” soal Tania dengan kening berkerut. Maria tergelak kecil.

“Nia ni dah fikir jauh. Ibu Cuma nak hubungan Adwa dan Iz kembali pulih macam dulu. Tak kisah lah mereka jadi kawan sampai selamanya. Apa yang penting mereka berdua tu baik seperti sebelum ni,” balasnya. Tania mengangguk faham.

“Tak tahu lah sampai bila Adwa macam ni. Nia simpati pada Iz,” katanya separuh merungut.

“Adwa ada cerita lagi pasal Balqish?” tanya Maria ingin tahu

“Tak ada. Tak mungkin Adwa nak buka mulut lagi pasal budak tu. Tengok lah apa budak tu dah buat. Dia bukan saja malukan Adwa. Malah turut rosakkan hubungan Adwa dengan Iz. Nasib baik Adwa tak nak lapor polis hari tu. Ikutkan hati, Nia nak saman budak tu,” jawab Tania dengan perasaan geram. Dia tidak akan pernah lupa apa yang telah dilakukan oleh Balqish. Masih segar di ingatannya bagaimana Adwa menjalani hari-harinya dengan air mata.

“Ibu Cuma terfikir apa yang berlaku pada gadis itu sekarang,” kata Maria. Tania mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Biar lah bu. Tak ada maknanya kita nak ambil kisah pasal budak tu,” balasnya sambil bangun dari kerusi lantas menuju ke sinki. Maria hanya mengangguk tanda setuju.

                                 *****

Lufia menghampiri Adwa yang sedang berdiri menghadap pantai.

“Ingatkan tak nak ikut tadi,” tegurnya. Adwa hanya memandang sekilas ke arah gadis itu.

“Tak nak join mereka?” soal Lufia lagi. Adwa menoleh ke arah kumpulan yang sedang berkumpul tidak jauh dari tempat mereka. Dia melepaskan keluhan. Pandangannya dihalakan semula ke arah laut yang terbentang luas.

“Adwa,” panggil Lufia dengan kening berkerut. Risau dia dengan kebisuan gadis itu. Selepas mereka balik melawat sekolah, Izdan terus mengajak mereka ke pantai. Dia tidak menyangka yang Adwa akan bersetuju. Mungkin juga gadis itu setuju kerana Tengku Hadwan yang memujuknya.

“Aku ni kejam sangat ke Luf?” soal Adwa tanpa memandang gadis itu. Lufia pula yang terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Kenapa semua orang seperti nak salahkan aku sebab tak nak berkawan dengan Iz? Kenapa aku rasa semua orang tak puas hati selagi aku dan Iz tak berbaik macam dulu. Kenapa aku rasa yang aku dihukum hanya sebab lelaki itu?” soal Adwa dengan perasaan sebak. Lufia menggigit bibir. Dia menyentuh jemari gadis itu. Adwa membalas pandangan Lufia.

“Kenapa?” soalnya lagi.

“Maafkan aku kalau aku juga tergolong dalam senarai tu. Satu hal yang kau perlu tahu Ad. Walau apapun keputusan kau, kami sentiasa sokong kau,” balas Lufia dengan senyuman hambar. Dia memang rasa bersalah pada gadis itu. Adwa mesti tertekan kerana asyik diberitahu supaya memberi peluang pada Izdan. Walhal mereka tidak tahu apa sebenarnya yang benar-benar dikehendaki oleh Adwa.

“Biar aku yang tentukan apa yang terbaik untuk aku,” balas Adwa dengan nada serius. Lufia tersenyum mengangguk.

                               *****

Tengku Hadwan memandang Adwa yang sedang duduk santai di depannya. Selepas balik dari pantai, gadis itu tidak banyak bicara. Hanya bibirnya yang mengukir senyuman.

“Ad okay?” tanyanya dengan nada lembut. Adwa membalas pandangan lelaki itu dengan senyuman. Tengku Hadwan ikut tersenyum. Dia memandang sekeliling kawasan halaman rumah gadis itu.

“Ad memang membesar kat kampung ni ke?” tanyanya lagi.

“Ya. Kenapa?” soal Adwa pula.

“Saya suka kampung ni. Boleh ke saya datang lagi?” soal Tengku Hadwan separuh meminta. Sebenarnya dia sangat iri hati apabila tahu yang gadis itu membesar di kampung itu bersama Izdan. Sungguh beruntung lelaki itu. Adwa tersenyum.

“Kalau suka sangat, tinggal aje kat sini,” balasnya sambil mencapai buah epal yang sudah dipotong kecil. Tengku Hadwan terkedu mendengar kata-kata gadis itu. Dia silap dengar ke?

“Kalau nak tinggal terus kat sini tu memang boleh. Tapi, saya kena jadi suami awak dulu,” balasnya selamba. Giliran Adwa pula yang terkedu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Maksud saya, bukan macam tu,” balasnya dengan senyuman pahit. Tengku Hadwan tergelak kecil. Dia sudah dapat mengagak yang gadis itu tidak sedar akan apa yang baru saja di tuturkan olehnya.

“Baru nak masuk jarum,” usiknya. Adwa ikut tergelak.

“Tapi kalau Wan suka kampung ni, Wan boleh datang bila-bila masa,” kata Adwa selepas tawanya reda. Tengku Hadwan mengangguk dengan senyuman.

“Thank you Ad,” ucapnya. Adwa hanya tersenyum. Dia akui cepat selesa dengan lelaki itu. Namun dia masih tidak pasti akan perasaannya yang sebenar pada Tengku Hadwan. Adwa menarik nafas dalam. Dia harap lelaki itu sabar menunggu sehingga dia benar-benar bersedia untuk menerima seseorang semula. Tengku Hadwan masih memandang gadis yang kini sedang menatap langit malam. Dia sangat berharap ada sedikit ruang di hati gadis itu untuk dirinya.

                                 *****

Izdan yang sedari tadi berdiri di tepi tingkap memerhatikan kedua-dua insan itu hanya mampu mengeluh.

“Hai, hari ni aje dah lebih sepuluh kali kau mengeluh. Tak penat? Kenapa tak terus terang aje dengan Adwa?” tegur Razi yang kini berdiri di sisinya.

“Bila sampai?” soal Izdan tanpa mempedulikan teguran lelaki itu.

“Baru aje. Nak lepak mana malam ni?” jawab Razi separuh menyoal.

“Malas nak keluar malam ni,” balas Izdan perlahan. Razi mengangguk.

“Lusa dah nak balik. Cepat sangat masa berlalu. Kau tak jawab lagi soalan aku tadi,” katanya separuh mengingatkan.

“Aku tak tahu lah Zi. Adwa langsung tak nak beri aku peluang untuk bersuara,” balas Izdan seperti orang yang putus asa. Razi menepuk bahu lelaki itu

“Aku bukan nak lemahkan semangat kau. Tapi aku tengok Wan tu dah mula mendapat perhatian Adwa. Harapan kau semakin tipis. Kau kena bersedia untuk kecewa lagi Iz,” kata Razi. Berkerut kening Izdan membalas pandangan sahabatnya itu.

“Sebagai kawan, aku dah tolong yang termampu. Penentuan siapa yang akan berjaya itu bergantung pada tindakan kau sendiri,” sambung Razi. Izdan menarik nafas dalam. Bukan dia tidak setuju dengan kata-kata lelaki itu. Cuma dia tidak mampu menerima sekiranya ia benar-benar berlaku. Mampukah dia hidup bahagia tanpa Adwa Riana?

“Aku balik dulu. Malam ni kau fikirkan sekali lagi. Fikirkan bagaimana nak sampaikan pada Adwa. Aku pula yang nak ajar kau. Dah lah aku pun masih gagal nak ngorat Luf. Pandai lah kau nak buat apa. Aku doakan yang terbaik untuk kau,” kata Razi sambil menepuk bahu lelaki itu. Izdan hanya memandang Razi yang sedang berlalu turun dari rumah. Tanpa sedar dia mengeluh lagi.

                                     *****

Langkah Adwa terhenti apabila melihat Izdan yang sedang berdiri di halaman rumah sambil tersenyum memandangnya.

“Morning,” ucap Izdan. Adwa meletakkan baldi di tangannya. Niat hendak menyiram bunga tidak kesampaian. Dia membatalkan biatnya untuk kembali masuk ke dalam rumah apabila Izdan berjalan mendekatinya.

“Kenapa?” soal Adwa tanpa senyuman. Dia tidak selesa apabila lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.

“Adwa, aku sayang kau. Bukan sebab kau kawan aku. Aku sayang kau lebih daripada tu,” ucap Izdan tenang. Dia hampir tidak tidur malam tadi akibat memikirkan cara untuk memberitahu gadis itu. Dia tidak pernah lupa amaran Adwa. Namun dia tidak ada pilihan lain. Dia perlu beritahu gadis itu sebelum dia benar-benar terlewat. Dia sedar akan peluangnya sangat tipis. Adwa membalas pandangan lelaki itu dengan kening berkerut.

“Kenapa tiba-tiba? Sejak bila aku ni lebih daripada yang kau maksudkan?” soalnya dengan riak wajah serius. Walaupun terkejut dengan pengakuan Izdan namun Adwa sedaya upaya berlagak tenang. Izdan tersenyum. Sejak bila? Dia sendiri tidak sedar bila perasaan itu wujud. Yang pasti sejak Adwa muncul dalam hidupnya, dia merasa lengkap.

“Sejak kau hadir dalam hidup aku,” balas Izdan dengan nada tegas. Adwa tergelak kecil.

“Cukup lah Iz. Aku penat,” balas Adwa sebelum berlalu.

“Adwa, aku serius,” kata Izdan sambil cuba menahan langkah gadis itu. Adwa berhenti melangkah.

“Jangan ganggu aku lagi. Aku mohon,” balas Adwa sebelum berlalu semula. Izdan membatalkan niatnya untuk menahan gadis itu semula. Keluhan berat dilepaskan. 

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.