4 Tahun kemudian
Tania memerhatikan sahaja anak daranya yang sedang sibuk menyusun pakaian untuk dimasukkan ke dalam bagasi.
"Berapa hari kat sana?" soalnya dengan nada perlahan. Adwa berpaling memandang mamanya. Wajah sayu wanita itu membuatnya rasa agak bersalah. Dia menghampiri dengan senyuman.
"Dua minggu," jawabnya sambil duduk di sisi wanita itu. Tania mengeluh perlahan.
"Adwa tak penat ke? Baru aje minggu lepas balik dari Jepun. Esok dah nak terbang ke Istanbul pla," soalnya agak risau. Adwa tersenyum sambil mencapai jemari wanita itu.
"Mama jangan risau. I'm okay."
"Mama risau sebab Adwa itu dah 24 tahun tau. Nak membujang sampai tua?" soal Tania dengan nada sinis. Adwa menggigit bibir.
Pasal kahwin lagi?
Tania menggenggam jemari anak daranya itu.
"Bila Adwa travel, mama dan nenek tinggal sendiri kat rumah besar ini. Sekurang-kurangnya kalau mama dah ada cucu, tak lah bosan sangat," sambungnya dengan senyuman nakal.
"Mama please. Adwa tak ready lagi dengan benda-benda itu. Lagi satu, Adwa masih muda lah mama. Bukannya dah tua sangat," balas Adwa dengan kening berkerut.
"Okay. Mama nak tanya, bila nak ready? Mama dan nenek dah tua tau," kata Tania separuh menyoal. Dia bukannya tidak tahu sebab utama mengapa gadis itu masih single sampai saat ini. Adwa tersengih menayangkan barisan gigi putihnya.
"Adwa tunggu mama kahwin dulu," balasnya selamba.
"Adwa!" satu cubitan singgah di lengan gadis itu. Adwa tergelak besar. Tania menggeleng perlahan.
Budak ini buat bazir air liur aje.
*****
Fuadzi menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan. Lautan biru yang terbentang luas di hadapannya kelihatan tenang tidak seperti hatinya saat itu. Dia mengeluh.
"Ayah dan bonda dah rancang semuanya dengan teliti. Selepas Fuad balik bercuti, kita langsungkan."
Kata putus Tengku Farid tidak boleh dibantah sama sekali. Sekiranya dia menolak, maka ayahnya itu akan menghalaunya keluar dari Vila Kasih. Memang dia takut jika dihalau dari Vila megah milik ayahnya itu. Tapi bukan kerana harta. Dia cuma tidak sanggup berpisah dengan Tengku Mariam dan Izdan. Fuadzi mengeluh lagi. Benarkah dia sudah tidak ada pilihan lain?
"Hello, you tak gila kan? Kalau nak bunuh diri itu pergi lah tempat lain. Bukan kat sini!" sergah satu suara. Fuadzi pantas berpaling dengan perasaan terkejut. Kelihatan seorang gadis berdiri tidak jauh dari tempatnya sedang memandangnya dengan wajah bengis.
"Turun lah! Nak buat drama titanic ke apa!" marah Adwa. Fuadzi turun perlahan. Dia langsung tidak sedar yang dia sudah berada di atas penghadang kapal yang sedang mereka naiki itu. Adwa mendengus geram melihat wajah tenang lelaki itu.
Memang tepat sangkaan aku. Orang melayu ni!
Bulat mata Adwa apabila melihat dengan jelas wajah Fuadzi apabila lelaki itu mula menghampirinya.
"Apa khabar?" soal Fuadzi dengan senyuman lebar. Adwa hilang kata-kata.
“Adwa?” soal Fuadzi lagi.
"Fuad, buat apa kat sini?" soal Adwa semula tanpa menjawab. Fuadzi tersenyum.
“Saya sedang bercuti. Iz pun ada,” jawabnya sengaja menekan nama Izdan. Adwa mengangguk dengan senyuman hambar.
“Saya ada hal. Jumpa lagi,” katanya sambil berlalu dengan pantas tanpa sempat Fuadzi menahan. Fuadzi hanya memandang langkah laju gadis itu. Dia tersenyum lagi.
Adwa...,
*****
“Mana Ad?” tanya Lufia sambil memandang sekeliling.
“Katanya nak ambil angin kejap. Tak tahu pula dia tangkap angin tu kat mana,” jawab Diana sambil sibuk memeriksa satu persatu baju pengantin yang dibawanya.
“Yang kau ni sibuk nak kerja dah kenapa? Kita ni sedang bercuti lah makcik,” celah Rania separuh menyindir. Sakit matanya memandang sahabatnya itu yang sibuk sepanjang masa dengan kameranya. Diana hanya tersengih mendengar sindiran gadis itu.
“Ad ni biar betul. Kita ni bukannya atas daratan. Angin ada kot kat mana-mana,” kata Lufia separuh merungut.
“Luf, kau jadi model aku hari ni,” pinta Diana separuh merayu.
“Tak nak. Aku nak round kapal dengan Nia lepas ni. Kau minta tolong kat Ad aje,” balas Lufia sambil keningnya sudah terangkat memandang Rania. Gadis itu tergelak kecil sambil menunjukkan ibu jarinya.
“Okay. Tapi Ad kat mana ek?” soal Diana sambil turut memandang sekeliling mereka.
“Panjang umur,” kata Rania sambil melambai ke arah Adwa yang sedang berjalan menghampiri mereka.
“Aku takut sangat kau sesat tadi,” kata Lufia sambil memandang gadis itu dari atas ke bawah. Adwa hanya tersenyum kecil.
“Ad, tolong jadi model aku hari ni,” pinta Diana sambil berjalan menghampiri Adwa. Berkerut kening Adwa membalas pandangan gadis itu. Diana tersengih sambil mula memeluk pinggang rampingnya.
"Alah, sekali ni aje. Please… " rayu Diana dengan wajah penuh mengharap.
"Banyak lah kau punya sekali. Luf please. Kali ni giliran kau pula. Minah seorang ni sibuk aje nak kerja. Kita ni tengah bercuti lah Ana," balas Adwa masih berdolak dalik dengan permintaan sahabat baiknya itu.
“Aku dah kata dah tadi,” celah Rania.
"Tak nak lah Ad. Sekejap lagi aku nak merayau dengan Nia. Alah, kejap aje tu. Macam tak biasa pula, " jawab Lufia sambil tergelak kecil.
"Sorry Ad," ucap Rania yang sengaja menunjukkan riak wajah simpatinya. Adwa mencebik geram.
"Please, please, please,” rayu Diana seperti budak kecil. Tangannya masih memeluk pinggang gadis itu.
"Okay, ni yang terakhir. Aku baru nak tengok wayang kat bawah itu," balas Adwa dengan berat hati.
"Sayang Ad! Tak apa, lepas ni Ana teman ya, " jawab Diana girang.
"Diana," panggil satu suara. Adwa dan Diana serentak menoleh. Rania dan Lufia sudah lesap entah ke mana. Cuma yang kelihatan seorang pemuda tinggi lampai sedang berdiri memandang tenang ke arah mereka.
"Tengku Hadwan," Diana tersenyum lebar menghampiri lelaki itu. Adwa sudah duduk di kerusi yang berhampiran sambil memandang sahabatnya itu. Gadis itu boleh dikatakan tidak lengkap hidupnya tanpa kamera. Kalau boleh semua benda hendak digambarnya. Apa yang dia tidak gemar adalah menjadi model tidak berbayar pada gadis itu.
"Adwa, this is Tengku Hadwan. Pasangan kau hari ni, " beritahu Diana dengan teruja. Adwa berdiri menyambut salam lelaki itu.
"Just Wan. Nice to meet you, " ucap Tengku Hadwan tanpa senyuman.
"Mee too, " balas Adwa turut kedekut dengan senyumannya.
Okay, ni pertama kali aku buat kerja dengan robot.
Bisiknya dalam hati.
*****
"Kenapa tak beritahu aku yang Tengku Hadwan jadi model lelaki kau hari ni?" soal Lufia tidak berpuas hati. Sudah lama dia teringin untuk bertemu dengan model kacak itu.
Macam mana pula Ana ni boleh sambar Hadwan tu?
Lufia memandang Diana yang tersenyum lebar.
"Kau tak tanya pun, " balas Diana selamba.
"Ad, macam mana? Kacak tak Tengku Hadwan tu?" soal Rania pula sambil menyiku lengan sahabatnya itu. Adwa yang leka mengupas kulit buah oren berhenti sejenak sambil memandang wajah teruja Rania.
"Siapa suruh merayau tadi?" soalnya geram.
"Alahhh... ," Rania menarik muncung panjang.
"Menyesalnya aku.. ," Lufia mengeluh perlahan.
"Hah, itu lah. Aku sengaja tak beritahu sebab nak beri peluang dengan minah seorang ni. Korang berdua senang aje cari yang sebiji macam Hadwan itu. Yang aku risau minah seorang ni lah," celah Diana sambil menjeling Adwa. Lufia dan Rania saling berpandangan sebelum tersenyum memandang Adwa. Gadis itu seperti biasa. Tidak ada perasaan.
"Jangan nak libatkan aku pula,” balas Adwa tenang sambil masih tekun dengan buah orennya.
"Ad..," panggil satu suara dari arah belakang. Mereka berempat serentak berpaling mencari pemilik suara tersebut. Balqish tersenyum manis memandang rakan-rakan lamanya itu.
"Kau pun ada kat sini? " soal Lufia sinis.
"Aku dah hilang mood nak bercuti," kata Rania pula sambil memalingkan wajahnya ke arah lain. Diana menoleh memandang Adwa yang sudah kelihatan pucat. Dia menyentuh jemari gadis itu.
"Baik kau pergi dari sini Qish. Kita dah tak macam dulu lagi. Kau sendiri yang dah buang kami," kata Lufia sambil memandang tajam ke arah gadis itu. Balqish tunduk malu dengan kata-kata Lufia. Dia akui kesilapannya. Menyesal pun tidak berguna. Adwa bangun lantas berlalu tanpa memandang wajah gadis itu. Balqish mengeluh perlahan.
"Kau sepatutnya tak tegur dia tadi Qish. Kami dah tak boleh terima kau semula. Lagi satu, aku rasa lebih baik kita anggap aje yang kita tak pernah kenal sebelum ni, " kata Diana tegas sebelum berlalu mengikut langkah Adwa. Lufia dan Rania turut bangun menuruti langkah sahabat mereka itu. Tinggal Balqish dengan wajah sayu memandang rakan-rakannya berlalu pergi.
*****
Izdan melangkah ke balkoni biliknya. Dia merenung kosong ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Izdan mengeluh perlahan.
"I miss you, Adwa, " ucapnya hampir tidak kedengaran. Dia meraup wajahnya. Apa yang perlu dia lakukan agar gadis itu tidak lagi melarikan diri daripadanya? Sudah 4 tahun berlalu, namun dia masih tidak mengerti mengapa Adwa Riana asyik melarikan diri daripadanya tanpa sebab. Izdan tunduk sambil memicit dahinya. Dia benar-benar terseksa dengan sikap gadis itu. Empat tahun yang lalu dia hampir hilang arah apabila mengetahui gadis itu mahu berpindah. Dia akui memang silapnya tidak pernah menghubungi gadis itu. Namun selepas berpindah ke Itali, dia langsung terputus hubungan dengan Adwa. Bukan sekali tapi berkali-kali dia cuba untuk menghubungi gadis itu semula. Namun dia hampa. Harapannya semakin tipis apabila Lufia memberi amaran supaya tidak menghubungi Adwa lagi. Namun dia bersyukur apabila dua minggu yang lepas, dia telah menerima emel daripada seseorang yang tidak dikenalinya memberitahu Adwa akan berada di Istanbul. Dia gembira dan sangat berterima kasih kepada penghantar emel tersebut. Izdan tidak mahu memikirkan motif si penghantar emel itu sekarang. Apa yang dia sangat risaukan saat ini bagaimana penerimaan Adwa apabila melihat dirinya nanti?
***
"Adwa, kau pernah tak jatuh cinta kat aku?" soal Izdan nakal sambil merenung Adwa yang sedang tekun membaca buku. Adwa menggeleng perlahan tanpa memandang lelaki itu. Berkerut dahi Izdan. Dia menarik buku yang ada di tangan gadis itu.
"Iz!" marah Adwa. Bulat matanya memandang lelaki itu. Izdan merebahkan tubuhnya di atas rumput hijau sambil berbantalkan buku milik gadis itu. Adwa mendengus geram.
"Fine. I love you! Nak apa?" soal Adwa tanpa berfikir panjang. Dia tahu sangat perangai lelaki itu. Kalau dah buang tabiat maksudnya lelaki itu menginginkan sesuatu daripadanya. Izdan tersengih. Dia bangun dan merebahkan kepalanya di atas bahu sahabat baiknya itu.
"Janji dengan aku. Kalau suatu hari nanti kita tiba-tiba terpisah lalu bertemu semula, kau jangan pura-pura tak kenal aku,” kata Izdan separuh meminta. Adwa tergelak besar.
"Tiba-tiba. Baik lah aku janji. Bagi balik buku tu," pintanya sambil menghulurkan tangan. Izdan menggeleng dengan riak wajah yang tidak puas hati.
"Kau nak aku jawab apa?" soal Adwa yang mula rimas.
“Janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku,” balas Izdan kini dengan wajah serius.
"Issh kau ni. Aku janji. Kita ni kawan Iz. Selama-lamanya akan jadi kawan. Memang aku tak akan tinggalkan kau. Selagi kau tak kahwin selagi tu kau kena duduk diam-diam bawah ketiak aku dan Luf," jawabnya separuh bergurau. Izdan mula tersenyum.
“Asyik nak mengumpat aku aje” celah Lufia yang baru sampai. Dia mengambil tempat di sisi Adwa.
“Kenapa lambat?” soal Izdan dengan kening berkerut.
“Aku terlelap tadi selepas balik dari sekolah,” jawab Lufia sambil mencapai minuman kotak perisa laici yang dibawah oleh Adwa. Adwa pantas menarik buku dari tangan Izdan apabila sedar lelaki itu leka melayan Lufia.
“Mereng!” marahnya. Izdan dan Lufia serentak tergelak.
***
Izdan tersenyum apabila mengingat semula kenangan tersebut. Tanpa sedar dia sering meluahkan perasaannya pada Adwa tanpa disedari oleh gadis itu dan dirinya sendiri. Sudah berpisah baru dia sedar perasaan sebenarnya pada Adwa. Menyesal pun tidak berguna.