Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 2

AKU menatap skrin computer di hadapanku tanpa berkedip. Hari ini tulisan ‘ED’ meliputi kisah perkahwinan seorang wanita yang menceritakan kisah percintaannya dengan suaminya. 


ED tidak pernah mengecewakan peminatnya. Dan aku tidak pernah jemu membaca setiap hasil penulisannya. Bila agaknya aku dapat bertemu dengan idolaku. Anganku sendiri.


“Hoii apa termenung??,” usik Salena lalu menolak flat skrin Marsha ke arahnya. 


Dia ingin tahu apa yang di baca Marsha sehingga dia benar-benar focus dan tidak perasankan dia yang berada di belakangnya sedari tadi.


“ED lagi???!!!..kali ni cerita tentang apa pulak??,” tanya Salena lalu menarik kerusi berdekatan dengan meja Marsha lalu duduk. 


Dia juga minat dengan hasil nukilan ‘ED’ namun dia tidak sefanatik Marsha yang pagi petang siang malam asyik sebut dan cerita tentang kehebatan idolanya. Tahulah ‘ED’ seorang penulis yang hebat. Tapi dia tidaklah seperti Marsha terlalu obsess dengan ‘ED’ sehingga semua petikannya di simpan di dalam peti.


“Tentang perkahwinan this lady!,” ujarku excited lalu menunjukkan petikan gambar yang terdapat di artikel ED. 


“Kau ni memang die hard fan si ED tu kan?? Cubalah research tanya budak-budak kat sini..mana tahu diaorang tahu siapa ED boleh kau jumpa dan minta tips dari ED,” ujar Salena. 


Dia tahu Marsha begitu meminati penulis bebas initial ED dan Marsha ingin sekali bertemu dengan penulis itu. Tapi sehingga kini dia tidak tahu siapa penulis itu? 


“Kau ingat aku tak pernah cuba?? Aku dah tanya pada budak-budak kita..semua tak tahu siapa ED tu?,” ujarku dengan wajah sedih. 


Susah betul hendak mendapatkan maklumat tentang ED. Kerana sebab pertama, dia hanya mengunakan nama initial ED. Kedua, tidak di sertakan gambar. Dan ketiga, dia penulis bebas. Hai susahlah nak tahu. Dah buat search kat ‘google’ dan ‘yahoo’. Dia tak ada blog. Private person betul si ED ni.


“Kau rasalah kan..si ED ni perempuan atau lelaki??,” tanyaku pada Salena.


Salena mengerutkan dahinya bila Marsha bertanya pendapatnya mengenai ED.


“Aku rasa ED perempuan sebab hanya wanita sahaja yang pakar dalam interpret perasaan dan menjiwai watak diri seseorang itu dengan begitu baik sekali,” jawab Salena dengan penuh yakin.


“Betul juga kata kau kan? Lelaki mana tahu tentang perasaan…dan aku tak rasa lelaki akan tulis feeling-feeling begini kan?,” ujarku lalu memandang wajah Salena.


“So far aku tidak pernah kenal penulis lelaki yang tulis macam tu..,” jawab Salena.


Aku mengerutkan dahi lalu menjeling kearah Salena bila dia berkata demikian. Betul apa yang di katakan Salena. Ruangan tentang hati dan perasaan selalunya di monopoly oleh kaum hawa kerana kaum hawa lebih memahami tentang hati dan perasaan. 


Tapi aku masih tidak dapat melupakan surat Lasindah yang aku baca semalam. Surat yang di tulis oleh Erhan Daniel. Aku tabik spring pada Erhan kerana dia tidak merasa segan dan malu meluahkan isi hati dan perasaannya kepada Lasindah. Kalau lelaki sekarang tak macho jika tulis jiwang cintan cintun begitu. Tapi Erhan tidak? Jadi boleh pakai lagi ke teori Salena mengenai penulis yang ber-initial ‘ED‘ itu adalah seorang wanita?


“Hah Shah, yang kau ni asyik termenung dari tadi dah kenapa?? Masih ingatkan si Azlee tu lagi ke?,” tegur Salena bila Marsha termenung lagi. Marsha jarang bermenung begitu. Adalah apa yang di fikirkannya. 


“Azlee?? Issk mana ada..aku dah malas nak fikirkan tentang dia buang karan aku je..semalam aku terbaca satu surat-,”


“Surat!!?? Surat apa?? Dari siapa??!!,” tanya Salena tidak sabar ingin tahu.


“Ni nak beritahu lah...kau ni pun..surat untuk penyewa lama kau kenal siapa Lasindah???,” ujarku lalu menoleh kearah Salena.


“Lasindah!!??..aku rasa penyewa sebelum aku dulu..ah kenapa dengan Lasindah tu??,” soal Salena lagi.


“Kau pernah jumpa Lasindah?,”


“Pernahlah sekali masa aku tengok-tengok rumah nak sewa..dia yang sambut aku masa tu..ah kenapa?,”


“Cantik orangnya??,” tanyaku ingin tahu.


“Cantik lah she’s Indonesian malay belanda..macam pelakon Indonesia siapa nama dia tu?? Ala..Tamara Bel-something-something..ah macam muka dia lah,” ujar Salena cuba mengingati akan rupa paras Lasindah penyewa lama rumah mereka. Orangnya memang cantik. Berkulit putih gebu. 


Aku membesarkan bola mataku bila Salena berkata demikian. Kalau betul lah Lasindah secantik actress wanita Indonesia Tamara tadi, patutlah Erhan begitu sayang dan memujanya.


“Kau dah kenapa besarkan mata macam nak terkeluar biji mata kau tu??,” usik Salena bila Marsha kelihatan benar-benar terperanjat bila dia beritahu akan paras rupa Lasindah.


“Tak ada, semalam..aku terbaca surat Lasindah dari kekasih hatinya..iaitu Erhan Daniel….I have no idea that both of them are Indonesian?,” ujarku lalu mengerutkan dahi.


“Kau ingat kat Malaysia..ni hanya orang Malaysia sahaja yang tinggal ke?,” usik Salena bila temannya merasa pelik bila mengetahui bekas penyewa rumah mereka orang Indonesia.


“Tak adalah..aku cuma hendak beritahu kau, yang si Erhan ni romantic gila orangnya!!..tulis surat untuk Lasindah..sekarang ni mana ada orang hantar-hantar surat lagi..,” ujarku lalu mengetuk butang keyboard pantas menaip sesuatu. 


Ruangan aku masih belum siap lagi jika si Singa betina tu tahu pasti aku di bahamnya. Puan Sarah tu garang macam singa patutlah suaminya Encik Haiqal takut padanya.


“Ah betul lah tu memang si Erhan tu romantic gila..tulis surat pada kekasihnya..aku dapat rasakan kau dah buat plan hendak buat sesuatu dengan surat tu kan?,” ujar Salena lalu menyentuh tangan Marsha. Membuatkan temannya tersentak terperanjat bila Salena tiba-tiba berbuat begitu.


“Huh??? Buat sesuatu apa?,” tanyaku bila Salena kata aku sudah plan hendak buat sesuatu.


Salena memandang wajah Marsha dengan pandangan ‘yelah-tu’.


“Kau mesti plan nak reply balik surat tu dan menyamar menjadi Lasindah kan??? Betul tak cakap aku? Kau kan suka perkara-perkara merepek begini, lagi-lagi si Erhan tu berjiwa romantic,” ujar Salena lalu memandang wajah Marsha.


Aku tersenyum lalu mengelengkan kepala perlahan. Apa Salena fikir aku ni gila pada perkara romantic hingga aku hendak buat perkara begitu. Tidak pernah aku terfikir hingga ke tahap itu. Kreatif juga si Salena ni.


“Eh! kau tak plan macam tu ke?? Really??,” tanya Salena ingin tahu merasa pelik kerana Marsha tidak fikir perkara gila sebegitu. Betul ke?


“Aku plan hendak return to sender surat tu..tak ada lah sampai hendak balas surat dia dan menyamar sebagai Lasindah,” jawabku menyambung mengetuk butang keyboard.


“Ok..maknanya kau tak segila mana lah,” jawab Salena lalu tersenyum.


Aku berhenti menaip lalu menoleh kearah Salena bila dia berkata demikian.


“Actually kan..since kau dah beri aku idea gila ni..aku rasa hendak reply surat dia dan menyamar sebagai Lasindah lah..lagipun apa yang aku tahu si Erhan tu belum bertemu dengan Lasindah pun..,” jawabku sambil tersenyum lebar. 


Suka buat kerja tidak berfaedah boleh aku jadikan ‘story’ di ruangan aku. First hand experience haha. Pasti Encik Haiqal berbangga dengan hasil tulisan aku kali ini. Mana tahu Encik Haiqal akan ubah fikiran setelah membaca artikel kreatif aku kali ini.


“Kau serious??? Mana kau tahu dia belum bertemu dengan Lasindah?,” ujar Salena dengan wajah tidak percaya bila Marsha benar-benar mengikut saranannya.


“Kan aku dah cakap si Erhan tu romantic gila..dari kefahaman aku, si Lasindah dan Erhan never met before..tak tahu pula macamana mereka berkenalan dahulu..dan dari kandungan surat itu ada menerangkan si Erhan tidak sabar hendak bertemu Lasindah kerana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.., it’s a blind date!,”


“Wah..jadi Erhan benar-benar tidak pernah bertemu dengan si Lasindah??,” ujar Salena dengan wajah teruja. Interesting!


“Yup..tapi he is so sweet!!..selama ini mereka hanya berhubungan melalui surat menyurat dan jatuh cinta..Erhan melamar Lasindah melalui surat dan aku rasa Lasindah terima..dan surat terakhir yang aku terima ni tidak sampai ke tangan Lasindah..Erhan mengatakan dia akan melamar Lasindah bila bertemu nanti,” terangkanku.


“Serious???!! mereka belum pernah bertemu..Erhan terus hendak melamar Lasindah?,”


“Romantic kan dia!,” ujarku tersenyum berangan lagi.


“Itu bukan romantic..itu kerja gila namanya..Lasindah aku tahu dia wanita cantik..how about this Erhan???..buatnya rupa dia macam ‘Wak Doyok’ pelakon Indonesia tu macamana?,” ujar Salena cukup menghentikan angan Marsha tentang Erhan yang di katakan romantic sedari tadi.


“Tak kanlah rupa Erhan macam ‘Wak Doyok’ kau ni pun agak-agaklah kalau nak imagined pun..,”


“Aku selalu imagined the worst case scenario,” jawab Salena.


“Aku dapat rasakan si Erhan tu not bad looking..maybe dia tidak seganteng Sahrul Gunawan atau Teuku Zacky Azwar, but he’s not bad looking,” ujarku dengan wajah yakin.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.