Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 22

SALENA tersentak bila kedengaran pintukereta di hempas kuat dari luar gaterumah mereka. Marsha sudah balik? Eh awalnya belum pukul sepuluh lagi. Diabingkas bangun dari sofa lalu menuju kearah jendela. Marsha menaiki taxi untukpulang ke rumah dan bukan di hantar seseorang.

 

KenapaErhan tidak menghantar Marsha pulang. Pelik! Apa jadi dengan date Marsha dengan Erhan? Marsha tidaksuka pada Erhan? Kalau suka masakan makan malam mereka terlalu singkat.

 

Salenakembali kearah sofa bila temannya sudah berada di hadapan pintu. Dia tidak mahuMarsha menyangka dia kepo jadi dia pura-pura tidak sedar bila Marsha pulang danpura-pura menonton tv.

 

“Assalamualaikum..,”ujarku perlahan bila menyedari Salena berada di ruang tamu sedang menonton tv.

 

“Waalaikumsalam…ehawalnya kau balik! So ceritakan padaaku bagaimana date kau dengan Erhan,”ujar Salena excited lalu bangkit darisofa.

 

Diamematikan tv lalu mengejar Marsha yang sudah mendaki anak tangga untuk menujukearah biliknya.

 

Akutidak mengendahkan pertanyaan Salena kerana terlalu sedih dan kecewa. Aku masihtidak percaya kenapa Erhan sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Membiarkanaku bersendirian di restaurant itu.

 

Apatujuannya? Mahu kami bertemu, tapi dia tidak hadirkan diri. Erhan tidak sepertilelaki yang tidak gentleman danbertanggungjawab.

 

Jikalelaki seperti Eddy mungkin aku percaya kerana perangai dan sikapnya sepertiitu. Tapi Erhan! Aku tidak percaya sama sekali Erhan akan berperangaisedemikian.

 

Akumembuka pintu bilik lalu menghidupkan lampu. Bag tanganku campak di atas katillalu merebahkan badanku di atas katil.

“Ehbabe? Kenapa ni? Apa yang telahterjadi? Kenapa kau menangis?,” ujar Salena dengan nada cemas bila temannyatiba-tiba menangis.

 

Apayang telah berlaku ke atas diri Marsha. Astarfirullah Al Azim. Janganlahperkara yang tidak di ingini berlaku ke atas diri teman baiknya. Salena menjaditidak sedap hati melihat keadaan Marsha.

 

Babe! Cakaplah pada aku apa yang telahterjadi?? Kenapa kau sedih sangat, kau jangan buatkan aku risau boleh tak??, Baikkau cakap dengan aku apa si Erhan dah buat kat kau!,” ujar Salena dengan nadaserious bila Marsha tidak menjawab pertanyaannya malah menangis sahaja.

 

Akubangun, lalu duduk bila Salena ingin tahu sebab kenapa aku menangis. Air matakukesat dengan tangan.

 

“Diatak datang jumpa aku!! Itu yang aku geram dan sedih..kau tau tak?? Bangau punyalelaki!!,” ujarku geram lalu membaling bantal Garfield kearah depan.

 

Sakithatiku di buatnya. Nasib baik aku pakai simple-simpleaje bila hendak jumpa dia tadi. Kalau aku berdandan sakan, mahu aku sekelkepala dia bila aku jumpa dia nanti?

 

“Ler..kauni buat suspen aku ajelah menangis bagai macam orang kena rape ni kenapa? Dia tak jumpa maknanya dia bukan lelaki yang sesuaiuntuk kau..,” marah Salena.

 

Diafikir Marsha di apa-apakan oleh Erhan maka dia bersedih begitu. Rupa-rupanyaErhan tidak bertemu dengan dia tadi.

 

“Kausenang cakaplah aku dah feeling habiskat dia..kau tak tahu perasaan aku,” ujarku menangis lagi. Lain orang yang akuhendak jumpa lain orang pulak yang aku jumpa. Tak guna betul! Aku benci Erhan!

 

Salenamengeluh perlahan bila Marsha berkata demikian tak tahu bagaimana caranya lagi untukdia menasihati Marsha. Sudah berpuluh-puluh kali dia menasihati Marsha dahulujangan mudah percaya pada lelaki dan mudah jatuh cinta. Tapi temannya tidakmahu mendengar.

Duludengan Azlee, ah sekarang patah hati dengan Erhan pula. Nasib baik jugalah diamasih belum bertemu dengan Erhan. Atleast dia tidak tahu bagaimana rupa Erhan. Kalau sudah bertemu lagi susahuntuk melupakan Erhan.

 

“Akuminta maaf ok..aku tahu kau menaruh harapan yang tinggi pada Erhan..mungkinErhan ada sebab kenapa dia tidak dapat datang jumpa kau malam ini..entah diasakit ke? Ada emergency ke? Kita manatau? Dia tak dapat call kau sebab diatak ada phone number kau,” pujukSalena perlahan. Dia tahu Marsha benar-benar sukakan Erhan.

 

“Alasan..kalautak boleh datang..boleh aje dia callrestaurant dan beritahu mereka untuk sampaikan pesanan yang dia tidak bolehdatang..tak lah aku macam budak bengong duduk menunggu dia di restoren macambuah tak jatuh,” jawabku lalu memeluk tubuh.

 

Tidakdapat menerima alasan Salena sebab Erhan tidak dapat menghubungi aku danmemberitahu aku bahawa dia tidak dapat datang.

 

Entah-entahErhan tidak jadi bertemu denganku sebaik sahaja dia melihat wajahku. Mungkinpada Erhan aku tidak cukup cantik di matanya sebab itu dia mengambil keputusanuntuk tidak bertemu dengan aku. 

 

“Betuljuga cakap kau eh?? Aku pun tak terfikir sampai ke tahap itu..I’m sure he has a good reason for not coming,kau juga yang cakap Erhan bukan lelaki yang tidak bertanggungjawab,”

 

Whatever lah..aku malas hendakfikirkan..apa yang aku jengkel sangat..lelaki yang aku tak hendak bertemu adadi restoren..and on top of that..diatahu aku ada blind date..malu akutahu tak?? Dah lah blind date!!..Date aku tak turn up!..Mana aku hendak letak muka,” ujarku lalu mengetap bibirmenahan geram.

 

Hissh!Malu gila aku di buatnya! Nanti apa pula yang di fikirkan si mamat sombong tu.Aku anak dara yang tak laku sampai sanggup ambil risiko untuk blind date.

 

“Lelaki??Lelaki mana?,”


“Lelakiyang aku langgar kelmarin tu..dia happento have dinner kat restoren dengan familydia, yang aku ada date dengan Erhan,”jawabku lalu memeluk tubuh.

 

“Lelakihandsome tu?? Dengan siapa denganfamily dia?,” tanya Salena.

 

“Yalah..Isskk! Geram betul aku dengan Erhan, kalau dia di depan aku, sudah akutinju-tinju muka dia, sebab Erhan aku malu pada mamat sombong tu,”

 

“Ehoklah tu yang kau nak marah sangat pada dia kenapa?? Dia tak kacau kau kan,”ujar Salena.

 

Diatidak tahu kenapa Marsha begitu marah sangat pada lelaki yang melanggarnyakelmarin. Tak kan lah Marsha masih marahkannya sehingga sekarang kerana sebabitu.

 

“Takkacau kau kata..dia sindir aku bila dia dapat tahu bahawa date aku adalah orang yang aku tidak kenali,”

 

“Huh?Macamana dia tahu?,” tanya Salena ingin tahu sebab kenapa Marsha malu dan marahsangat pada mamat handsome tu.

 

“Sebabaku senyum pada satu mamat yang aku fikirkan dia itu Erhan, and it happens itsto be boyfriend orang lain. Aduhmalu aku tahu tak??,” ujarku bila mengingati kembali akan wajah excitedku kerana menyangka lelaki ituadalah Erhan, tapi tersalah orang.

 

Aduhpriceless tu! Si mamat Eddy tu nampakrupa excited aku tadi. Malu gila akudi buatnya. Aku rasa macam nak jadi Alicein the wonderland minum potionuntuk jadi kecil dan sembunyi dari lelaki itu.

 

Really!! OMG kalau aku malu gila tu..,”ujar Salena lalu menutup mulutnya tidak percaya dengan cerita Marsha. Priceless.

 

 

 

****

 

Liezameneliti menu di hadapannya. Menu di letak kembali di atas meja kerana diatidak tahu hendak memesan makanan apa.

 

Diamenoleh kearah Eryan yang kelihatan leka mewarna kertas yang di beri pelayantadi. Erhan menelefonnya last minutemahu dia menemaninya keluar makan malam bersama Eryan.

 

KatanyaIbu Ayu tidak sihat dan berehat dirumah, manakala Eryan mahu keluar makanbersamanya. Erhan sendiri datang menjemputnya tadi. Nasib baiklah dia tinggaltidak berapa jauh dari daerah ini.

 

Boss you pernah makan di sini??,” ujarLieza meneliti menu di hadapannya lagi.

 

Liezamengerutkan dahinya bila tiada jawapan dari Erhan. Dia meletak menu kembali diatas meja. Wajah Erhan di pandang. Lelaki itu seakan mengelamun jauh. Patutlahtidak menjawab soalannya.

 

Boss..you tak sihat ke?,” tegur Liezalagi.

 

“Apadia?,” tanya Erhan bila dia perasan Lieza berkata sesuatu.

 

Boss you tak sihat ke? Termenung jauhnampak,” usik Lieza bila Erhan tidak mengambil perhatian tentang apa yang ditanya.

 

“Aku!..Akusihat..hanya capek sedikit,” ujar Erhan lalu menyapu wajahnya perlahan.

 

Matanyamelirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Dia merasa tidak selesa keranatidak menepati janji. Dia tidak pernah memungkiri janji. Tapi hari ini diaterpaksa berbuat demikian kerana punya sebab. Dia hanya berharap wanita itudapat memaafkannya.

 

“Ohpenat melayan Eryan eh..,” usik Lieza lagi kerana dia tahu Erhan banyakmeluangkan masa bersama adik tirinya sejak dia kemari. Ibu Ayunya seakangembira bila Erhan dapat melayani adiknya sementara dia dapat pergi shopping bebas tanpa gangguan.


“Yaini anak bikin aku capek bangat..tapi aku happysebab dapat meluangkan masa bersamanya..terima kasih Lieza kerna membantu akumenjaga Eryan,” ujar Erhan lalu mengusap kepala Eryan perlahan. Eryan menolehkearah kakaknya lalu tersenyum.

 

“Ahngak apa-apalah..ini perkara kecil sahaja,” jawab Lieza tersenyum.

 

Diatahu Erhan merasa bersalah kerana sering meminta dia membantu menjaga Eryan.Dia tidak kisah kerana bukan dia seorang sahaja yang melayan Eryan. Erhan jugamembantu. Lagipun Lieza memang sukakan anak-anak kecil.

 

“Kamuorderlah apa yang kamu mahu..,” jawabErhan lalu mencapai menu di hadapannya.

 

 

*****

 

 

Erhanmematikan enjin keretanya di hadapan rumah sewa yang pernah didiami Lasindahdahulu. Lampu bilik di tingkat dua masih kelihatan terang. Dia meneka sendiribahawa bilik itu adalah bilik tidur Marsha dan dia dapat merasakan wanita itumasih belum tidur lagi walaupun jam sudah menunjukkan hampir ke 1.20pagi.

 

Erhanmengeluh kecil. Dia merasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak bertemudengan Marsha malam ini. Dia tahu Marsha pasti kecewa dan marah sekali padanya.Dia punya alasan sendiri. Sekembalinya dari restoren dia terus pulang ke rumah.Tidak tahu samada dia harus bertemu dengan Marsha lagi atau tidak?  Atau mungkin Marsha tidak lagi sudi untukbertemu dengannya setelah apa yang telah dia lakukan membiarkan Marsha seorangdiri di restoren?

 

LamaErhan duduk di meja bacaannya memikirkan alasan yang sesuai untuk di berikankepada Marsha kerana dia merasakan Marsha adalah wanita yang begitu memahamijiwanya. Dia sedar, dia merasa senang sekali setiap kali dia menerima suratdari Marsha.

 

Melaluisurat, Erhan merasakan bahawa mereka berdua benar-benar serasi. Dan dia yakinMarsha turut berperasaan begitu. Sebab itu, dia mengambil keputusan untukmenulis surat kepada Marsha memberi alasan dan sebab kenapa dia tidak bertemudengan Marsha.

 

Erhankeluar dari perut kereta. Surat yang berada di tangannya di masukkan kedalampeti surat rumah Marsha. Dia benar-benar berharap Marsha dapat menerimanyasemula dan memaafkannya.

 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.