Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,128,568
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 17

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 17)

Jururawat tadi datang semula ke biliknya, ketika itu Zara Irdina masih di dalam pelukan suaminya. Tengku Izraf Akif membiarkan saja tetapi Zara Irdina merenggangkan pelukan tersebut.

“Nurse, isteri saya ni selain dari sakit mengandung nie, ada sakit apa-apa lagi tak?” soal Tengku Izraf Akif. Pengsan sampai 5 jam tak sedar diri tu apa hal? Pengsan lah, sebab mula-mula tu cakap Sharifah Kamariah, tak nak jumpa kita. Siap halau kita lagi, tiba-tiba cakap pula kita nie anak Tengku Borhan, tak ke gila. Sedangkan kita nie dah kahwin dengan anak Tengku Borhan, siap mengandung cucu dia lagi. Mujur lah bukan dua beradik, dan tak sangka juga rupanya Tengku Akif nie cuma anak angkat Tengku Cempaka saja. Jadi, kalau betul pun kita anak Tengku Borhan, sudah tak ada masalah lagi. Aku yang penting Tengku Akif saja sebab selama ini dia lah tempat aku bergantung harapan.

“Tak ada encik, org mula-mula hamil memang macam tu.., “jawab jururawat tersebut sambil tersenyum. Zara Irdina muncungkan bibirnya. Apa lah punya soalan, tak ada soalan lain ke?

“Ooo, kalau gitu boleh lah saya bawa keluar dia malam ni?” soal Tengku Izraf Akif lagi.

“Boleh tu boleh encik, tapi dah lewat malam ni, apa kata encik bawa isteri encik keluar saja besok?” cadang jururawat tersebut. Sudah hampir dua belas malam sekarang.

“Dina okey tak?” soal Tengku Izraf Akif. Tengok tak macam orang sakit pun, Cuma macam orang ada banyak masalah saja.

“Okey!” jawabnya sambil tersenyum. Dah hilang rasa sakit sebab cik abang sayang sudah ada di depan mata. Hilang segala kesakitan.

“Abang bawa Dina keluar dari sini, nak?” pintanya. Kena jaga dua orang sekarang. Seorang tu isteri, seorang tu ada lah anaknya. Jadi, kena letak perhatian lebih sikit.

Zara Irdina mengangguk. Terus Tengku Izraf Akif keluar menuju ke kaunter untuk menjelaskan bayaran dan setengah jam dari situ dia datang semula.

“Beg Dina mana?” soal Tengku Izraf Akif.

“Kat chalet lagi kut!” sebab tadi kan pengsan tu kat chalet lagi. Zara Irdina bangun dari katilnya dan berdiri di hadapan Tengku Izraf Akif.

“Nie boleh jalan ke tak?” soal Tengku Izraf Akif. Ooo.. sebab dah sah aku mengandung jadi ambil perhatian lebih lah nie. Bukan setakat nak berjalan, nak berlari pun boleh, tetapi sebab kau ada, dan tanya soalan macam tu, rasanya apa salah bermanja dengan kau malam ini. Zara Irdina memegang perutnya.

“Shah tak benarkan mama dia jalan malam ini, jadi papa dia kena lah dukung mama dia..,” jawab Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tersenyum, terus dia membelakangkan Zara Irdina dan duduk.

“Okey lah, naik kat belakang abang ni!” kata Tengku Izraf Akif. Mujurlah pakai seluar jeans, kalau pakai kain nak naik macam mana. Waaa, teringat zaman sekolah, waktu itu baru umur 10 tahun, balik dari sekolah hujan turun lebat, dan basikal yang Zara Irdina naiki terlanggar sebatang kayu dan membuatkan Zara Irdina terjatuh atas jalan tar. Akibatnya kedua-dua lutut Zara Irdina luka dan keluar banyak darah. Tengku Izraf Akif yang mengekori dari belakang terus menghulurkan bantuan, dan kerana tidak boleh jalan, Tengku Izraf Akif melakukan perkara yang sama seperti ini.

Terus Zara Irdina panjat belakang suaminya itu. Pipinya terkena pipi Tengku Izraf Akif dan suaminya itu membalas mesra. Kedua belah tangan Zara Irdina sudah bergayut di tengkuk Tengku Izraf Akif.

Tengku Izraf Akif mula berjalan membiarkan 3 org jururawat yang sedang bertugas melihat mereka berdua. Begitu juga dengan orang lain yang menunggu di hospital ini. Biarlah. Ini aku dengan isteri aku. Bukan aku buat kerja jahat pun.

Perut Zara Irdina berbunyi tiba-tiba kerana hari ini belum menjamah apa-apa pun makanan. Lapar sangat. Lagipun sejak dua tiga hari ini dia hilang selera untuk makan. Satu sebab berjauhan dengan suami. Kedua, sebab hasratnya untuk berjumpa dengan Sharifah Kamariah tidak kesampaian.

“Shah ke kau ni?”

“Kedua-dua lah, kita orang tak makan apa-apa lagi sejak dari pagi tadi. Lapar lah, rasa nak makan!”

“Okey lah, nanti kita pergi makan,”

Makan di restoran sharifah madziah, malah Tengku Izraf Akif menempah bilik untuk mereka berdua malam ini.

“Kenapa tak balik saja terus malam ini?” soal Zara Irdina. Suaminya ini menempah bilik untuk pasangan berbulan madu pulak kali ini. Bilik yang lebih besar dan cantik. Sebelum ini dia tempah bilik biasa saja.

“Elok juga tempat ni, tepi pantai pula tu. Boleh lah kita berbulan madu semalam dua kat sini..,”

“Hah, mana boleh, orang bulan madu tu sebab dalam perut tu kosong, tak ada isi. Nie dah ada isi lah..,” balas Zara Irdina. Aku nak balik, bukan kerana isi ke, bulan madu ke, apa ke, tapi aku sudah tak sanggup untuk memandang wajah Sharifah Madziah lagi.

“Tak ada masalah lah..,” terus di rangkulnya pinggang Zara Irdina dan diciumnya pipi kanan Zara Irdina.

“Tak sanggup tinggal di sini lagi, dia cakap macam-macam sangat!” keluhnya perlahan. Sakit hati, sakit dada, sakit semuanya.

Tengku Akif mengangkat isterinya lalu diletakkan di atas katil. Lalu ditariknya kain cadar menyelimutkan badan Zara Irdina.

“Kita perlu dapatkan kebenaran, betul ke Dina nie anak Tengku Borhan?” katanya dan terus bangun.

“Hah?” terkejut Zara Irdina.

“Dina rehat lah, esok kita pergi jumpa Sharifah Madziah. Abang tak boleh biarkan perkara ini mcm nie saja, ini membabitkan maruah bonda lah!” jawabnya.

“Tak boleh, Sharifah Madziah tak nak Dina ganggu kehidupan mereka lagi. Dia orang tak sanggup tengok Dina lah..,” ujar Zara Irdina dan terus bangun. Dia datang ke arah suaminya, di tariknya tangan kanan Tengku Izraf Akif.

“Amboi, amboi, senang-senang hina isteri kita ni, memang nak cari pasal lah tu,” marah Tengku Izraf Akif. Terkejut Zara Irdina dibuatnya. Dipandang wajah suaminya yang sedang marah kala ini.

“Jom lah balik, kita jangan ganggu kehidupan dia orang. Tanpa dia orang pun kita boleh bahagia lah..,” pujuk Zara Irdina lembut. Aku nak bina kebahagiaan aku dengan Tengku Izraf Akif dan anak-anak kami. Biar kan saja Sharifah Kamariah dengan keluarganya. Usah diganggu kehidupan mereka sekeluarga.

“Tak, abang nak dengar dari mulut dia orang, betul ke ayahanda yang buat semua ini?” tegas Tengku Izraf Akif.

“Kalau betul macam mana?” balas Zara Irdina. Aku memang kenal dengan Tengku Borhan, dan dia baik sangat. Dia dihormati oleh masyarakat dan kaum kerabat juga ahli keluarga. Dia bertanggungjawab, dan ada pengetahuan agama yang tinggi. Dia adalah pemimpim masyarakat dan tak mungkin kalau dia yang punya angkara.

Tetapi Sharifah Kamariah yang cakap begitu? Atau pun Sharifah Kamariah yang menabur fitnah menuduh Tengku Borhan yang tidak bersalah. Takutnya akan sebuah kebenaran. Kalau betul bagaimana dengan Tengku Cempaka? Boleh kah Tengku Cempaka terima semua ini?

“Hmm... “ keluh Tengku Izraf Akif. Terkenang bonda Cempaka di istana. Hati rasa tak tenang saja.

“Boleh tak kita jangan cari pasal, balik buat persiapan perkahwinan kita lagi bagus, lagi satu kena cakap dengan bonda, dengan semua orang yang kita nie dah sebulan lebih kahwin..,” pujuk Zara Irdina lagi. Ah, aku tak nak tahu kebenaran lagi, kerana kebenaran kali ini begitu menyakitkan.

“Aku tetap nak bersihkan nama ayahanda aku lah!” balas Tengku Izraf Akif. Dia nie memang suka sangat cari pasal lah.

“Kau ni..,” ujar Zara Irdina. Kalau sudah beraku berkau ini, maksudnya Tengku Izraf Akif tetap dengan keputusannya. Tak guna pujuk rayu lagi.

“Apa?” tanya Tengku Izraf Akif.

“Pandai kau simpan rahsia yer, selama ini aku tak tahu pun kau tu anak angkat Tengku Cempaka?” balas Zara Irdina.

“Kau tahu pun, kau nak boleh buat apa? Mujur tak jadi apa-apa kat Shah, kalau tidak memang aku luku kepala kau..,”

“Luku??”

“Baik sikit lah, dari aku tampar muka kau ke apa ke?” Selama berkawan, bercinta tak pernah pun kena luku, kena tampar. Cubit pun tak pernah.

“Sanggup ke nak tampar muka aku yang comel ni?” balas Zara Irdina sambil tersenyum saja.

Diam. Tak berani menjawab. Zara Irdina terus ke bilik air mahu mengambil air sembahyang dan sembahyang saja. Banyak sangat benda yang berlaku ke atas dirinya hari ini.

Banyak sangat!

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.