Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,128,565
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 2

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 2)

Mahu menangis saja kerana hati ini terasa begitu hiba teramat sangat. Sangkanya Akmal adalah kekasih di kala senang, di kala suka, dan apa tah lagi ketika hati ditimpa musibah sebegini. Aku tak salahkan takdir ku kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah, tetapi aku rasa terkilan kerana kekasih hati ku melemparkan aku ke dasar lautan gara-gara status ku tadi.

“Yusuf, kau tidak boleh walikan Zara Irdina, sebab dia hanya anak angkat kau, dia bukan anak kau, kalau kau teruskan niat kau tu, perkahwinan ini tidak sah, Yusuf,” halang Wan Raziah, ibu kepada Wan Yusuf. Saat itu aku sedang duduk di bahagian belakang, manakala Akmal baru berjabat tangan dengan tuk kadi untuk diakadnikahkan. Semua hadirin yang ada di bilik itu memandang ke arah Wan Raziah.

“Apa nie mak cik?” tanya Haji Osman terkejut dengan kenyataan itu. Di dalam hati sudah datang seribu pertanyaan.

“Lupakah kau, Yusuf. Zara Irdina hanya anak yang dibuang oleh keluarganya kerana dia dilahirkan bukan dari ikatan yang perkahwinan yang sah. Dia anak luar nikah, Yusuf. Dan kau tak berhak untuk mewalikan dia,” sambung Wan Raziah. Zara Irdina tergaman mendengarnya. Betul ke semua ini? Atau ini hanya satu fitnah ke atas dirinya.

“Apa??? Yusuf kau jangan main-main. Kau jawab sekarang juga, betul ke apa yang mak kau cakap kan ni?” suara Haji Osman bergema di dalam bilik. Matanya merah seperti biji saja dan mukanya seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya saja.

“Maafkan aku Osman. Maafkan aku!” suara Wan Yusuf perlahan. Kasih sayang seorang ayah yang membuatkan aku terlupa bahawa sesungguhnya Zara Irdina hanya lah anak angkat ku saja. Dan aku hampir-hampir mahu melakukan kesilapan dengan mewalikan pernikahannya. Kasih sayang yang membuatkan aku buta, sehinggakan mahu melanggar hukum ALLAH. Zara, papa minta maaf yer.

“Pak cik, betul kah Zara tu anak haram?” tanya Akmal yang turut kesal dengan semua ini. Bakal isteri ku anak luar nikah? Orang yang aku puja selama ini rupanya bukan lah perempuan yang suci. Aku sudah tertipu dengan keayuannya barangkali.

“Betul, Akmal!” jawab Wan Yusuf sambil memandang wajah isterinya dan sekarang memandang wajah Zara Irdina yang menunduk memandang ke arah lantai.

“Anak siapa, Yusuf? Anak pelacur mana yang kau kutip?” tengking Haji Osman pula. Dia rasa teramat malu. Dia rasa tertipu. Selama ini dia sangkakan Zara Irdina adalah anak kepada sahabat baiknya ini. Rupanya anak luar nikah. Dan anak luar nikah memang tidak layak untuk dijadikan isteri kepada Akmal, dan tidak layak juga menjadi ahli keluarganya. Aku tidak mahu perempuan hina seperti ini menjadi ahli keluarga ku.

“Osman, tergamaknya kau tuduh Zara itu anak pelacur? Dia bukan anak pelacur seperti apa yang kau fikirkan,” tengking Wan Yusuf sudah mula berdiri. Telinganya panas, hatinya sudah tercalar mendengar penghinaan itu.

“Habis kalau bukan pelacur, anak penzina mana hah? Aku jijik dengan kau Zara Irdina, kau tak layak jadi isteri aku, malah jadi perempuan simpanan aku pun kau tak layak, Zara Irdina,” ucap Akmal sambil mendapatkan Zara Irdina.

“Kau jangan cakap sembarangan, Akmal!” tepis Zara Irdina. Akmal menarik badan Zara Irdina supaya berdiri dan mahu ditamparnya muka Zara Irdina tetapi Zara Irdina sempat mengelak. Zara Irdina terduduk.

“Penipu, perempuan seperti kau terlalu kotor Zara, busuk dan hanyir,” hina Akmal dan mahu menendang muka Zara Irdina yang sedang terduduk. Tetapi Wan Yusuf sempat menolak tubuh Akmal sehingga terpelanting jauh ke pintu.

“Kalau sudah emak menjadi pelacur, penzina, anak pun sama saja. Aku tetap akan kau kahwin dengan kau, Zara. Supaya aku boleh seksa hidup kau sampai mati. Sebab kau permainkan cinta ku, dan kau permainkan maruah keluarga ku” pekik Akmal.

Itulah yang berlaku tadi, aku masih ingat kata-kata Akmal dan Haji Osman ke atas diriku, dan semuanya masih segar di dalam ingatan. Air mata Zara Irdina mengalir perlahan.

“Dah, menangis sampai banjir pun tak ada maknanya. Nanti semua orang hairan pula, hujan pun tak, tertiba banjir rumah kau,” kata Tengku Izraf Akif sudah berdiri di dalam biliknya. Kau nie suka masuk rumah aku buat sesuka hati kau saja.

“Pergi lah balik, aku tak nak jumpa kau, Akif!” kata Zara irdina. Air mata dikesat dengan hujung baju.

“Aih, ayat macam dah jadi isteri aku saja ni,” usik Tengku Izraf Akif sambil menghampiri Zara Irdina.

“Hu hu hu..,”

“Kau tengok muka kau kat cermin, cantik tak kalau kau menangis?” kata Tengku Izraf Akif sambil meletakkan cermin kecil di hadapan muka Zara Irdina. Zara Irdina memandang wajahnya di dalam cermin. Air mata, air hingus semuanya ada. Muka pun sembam saja. Mata sudah menjadi merah.

“Kalau dalam keadaan macam nie, muka kau cantik tak mengapa jugak, nie muka macam kera kena belacan, buruk aku tengok, nak termuntah tau tak?” sambung Tengku Izraf Akif lagi. Zara Irdina tersenyum mendengarnya.

“Buat apa kau datang?” tanya Zara Irdina. Diambilnya tisu dan dilap air mata dan air hingusnya. Tak reti malu langsung dengan aku.

“Kena mengadap Tengku Cempaka sekarang. Dah hampir sejam bonda aku tunggu kau,” beritahu Tengku Izraf Akif. Semua ahli keluarga sedang berkumpul di istana, menunggu kedatangan Zara Irdina.

“Untuk apa?”

“Mana lah aku tau, nak suruh kita kahwin sekarang kut!”

“Aku lebih rela kahwin dengan orang lain dari kahwin dengan kau, Akif,”

“Siapa nak kat kau lagi, semua orang dah tahu kau tu dah terlanjur dengan aku? Siapa nak bekas aku lagi, kau cakap?”

“Ada ler,”

“Aku dah hisap madu kau, kau tu dah kena tebuk dengan aku tadi, siapa nak buah yang dah kena tebuk macam tu? Orang gila saja yang nak kut!”

“Akif, kita tak buat apa-apa pun tadi,”

“Kita dua saja yang tau tentang itu, orang lain semua dah anggap kau dah hilang dara tadi,”

“Aku tumbuk muka kau, serabai gigi kat lantai,”

“Dengan aku nak tumbuk bagai, dengan Akmal tadi kenapa tak lempang saja muka dia, menyampah aku tengok kau, asyik menangis saja. Pergi pakai tudung, aku tunggu kat luar,” kata Tengku Izraf Akif terus berlalu keluar.

Kata hendak tunggu, tetapi tak tunggu pun. Tipu hidup-hidup. Zara Irdina berjalan ke arah istana yang berhampiran dengan rumahnya. Berjalan tidak sampai pun lima langkah, terus sampai ke istana. Tengku Izraf Akif sedang menunggu di hadapannya.

“Bersiap apa lambat sangat ni?”

“Aku datang pun sudah besar tuah, anak raja ooi,”

“Jom lah masuk,”

Keluarga Zara Irdina dan keluarga Tengku Izraf Akif sedang menanti kedatangan mereka berdua. Hanya sempat berdiri apabila Wan Aisyah menampar pipi Tengku izraf Akif, manakala Tengku Cempaka pula menampar pipi Zara Irdina.

Di hadapan semua orang, Tengku Akif dipukul oleh Wan Aisyah atas sikapnya tadi. Manakala Zara Irdina pula ditampar oleh Tengku Cempaka. Dua-dua menerima hukuman atas perbuatan mereka sebentar tadi.

Mata Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina saling berpandangan. Ini habuan yang mereka dapat atas kelakuan mereka di dewan tadi. Habuan kerana mementingkan perasaan diri sendiri dari maruah keluarga. Nama keluarga tercemar atas pelakuan mereka berdua.

“Berzina itu berdosa besar lah, Tengku Izraf Akif. Malah kau berzina dengan isteri orang, hukumannya adalah rejam sampai mati untuk menebus dosa kau sebentar tadi..,” marah Tengku Cempaka. Tidak sangka Tengku Akif seberani ini mengambil tindakan ke atas Zara Irdina.

“Mak engku salah faham lah, kita orang tak buat benda terkutuk tu. Waktu Akif masuk, Zara nak salin pakaian lah, pastu yang selebihnya kita orang berlakon saja lah. Kita orang tak ada apa-apa pun!” jujur pengakuan Zara Irdina. Aku kena bersihkan nama Tengku Izraf Akif dan ahli keluarganya. Jadi aku perlua berani untuk membuat pengakuan.

“Zara???” panggil Wan Aisyah. Sudah lah dihina dan dikeji, ditambah dengan sikap Zara Irdina tadi, semakin tercemarlah nama keluarganya kini.

“Akif nak tolong Zara saja kerana Akmal menghina Zara tadi, itu saja. Zara sendiri setuju dengan lakonan Akif, sebab Zara tak sanggup jadi isteri kepada lelaki yang telah menghina Zara dan ibu kandung Zara. Kita orang tak buat benda terkutuk itu lah, mak engku!” pujuk Zara Irdina sambil memegang tangan kanan Tengku Cempaka yang menampar pipinya tadi. Sakit tetap sakit, tetapi dia yang bersalah dan memang patut menerima hukuman.

“Akif??” soal Tengku Cempaka pula. Cakap apa yang berlaku sebentar tadi.

“Bonda lihat sendiri kan, memang Akif dan buat benda tu dengan Dina. Dah sentuh luar dalam Dina tu..,” jelas Tengku Akif sambil tersenyum kemenangan. Selepas ini aku akan pikat Zara Irdina menjadi milik ku.

“Gila..,” pintas Zara Irdina. Tengku Akif memanjangkan tangan kanannya, memegang bahu Zara Irdina tetapi Zara Irdina menepisnya.

“Jangan sentuh anak dara orang ikut suka hati, Akif!” tegur Wan Yusuf. Keluarga Akmal sudah banyak menghina aku dan Zara Irdina tadi, dan aku rasa Zara Irdina layak mendapat lelaki lain, contohnya seperti Tengku Akif di hadapan mata aku sekarang.

“Tadi pun dah buat macam-macam lah dengan budak ni!” ujar Tengku Akif sambil menunjuk ke arah Zara Irdina.

“Kau jangan main-main, Akif. ALLAH tahu segala perbuatan kau!” jerit Tengku Cempaka. Betul tu bonda, ALLAH tahu semuanya tadi. Kita orang tak buat dosa besar, tetapi telah melakukan dosa-dosa kecil. Akif akan buat solat taubat nasuha malam ini, bonda!

“He he he..,” ketawa Tengku Akif.

“Selepas dua bulan, bonda nak kau menikah dengan Zara Irdina, Akif!” putus Tengku Cempaka. Zara Irdina tidak perlu menunggu iddah kerana dia bercerai sebelum sempat disentuh oleh Akmal. Jadi sesiapa pun boleh berkahwin dengan Zara Irdina sekarang.

“Sekarang pun tak mengapa, bonda. Dia nie bukan ada iddah, lagi pun Akif takut perut dia buncit sebelum kita orang bernikah!” kata Tengku Izraf Akif tersenyum tanda senang hati. Tengku Cempaka menjeling tajam dan Zara Irdina pula menarik muka masam. Sakit jiwa tiba-tiba dengan sikap Tengku Izraf Akif.

“Mak Engku ni, jangan lah buat keputusan terburu-buru, Akif akan berkahwin dengan Tengku Azlin lah, bukan dengan saya. Saya tak layak untuk Akif!” bantah Zara Irdina. Aku mana boleh kahwin dengan anak raja, keturunan orang besar-besar pula. Aku tak nak maruah keluarga Tengku Cempaka tercemar kerana aku. Lagipun Tengku Izraf Akif sudah ada tunang pun.

“Ini bukan soal layak tak layak, soal sekarang, keterlanjuran Akif dan Zara tadi akan ada musibah nanti. Macam mana kalau apa yang Akif cakapkan menjadi kenyataan?” pertikai Tengku Cempaka.

“Biar Zara tanggung seorang diri, mak engku. Zara tak nak babitkan Akif dalam hal ini. Zara tak layak jadi isteri Akif..,” ucap Zara Irdina perlahan. Kesakitan tadi belum pun hilang, sekarang datang pula ujian sebegini.

“Zara Irdina...,” pujuk Wan Aisyah. Tahu hati Zara Irdina begitu terluka tadi tetapi dia menyembunyikan segala kelukaan di dalam hati. Tetapi kalau terluka pun jangan lah buat perkara terkutuk ini.

“Mama, Zara tetap anak luar nikah lah, mama. Kalau Akmal tak layak untuk Zara, Akif lagi lah tak layak untuk Zara..,” lembut suara Zara Irdina. Aku sedar siapa diri aku sekarang.

“Dina, aku akan bertanggungjawab!”

“Kau patut bahagia dengan Tengku Azlin, perempuan yang kau cintai, bukannya degan aku. Apa pun terima kasih atas pertolongan tadi..,” ucap Zara Irdina terus pergi dari situ. Tidak sanggup terus berdiri dan mendengar cadangan yang bukan-bukan dari Tengku Cempaka dan Tengku Izraf Akif. Dia tidak mahu nama baik insan yang disayanginya tercalar. Dia sayangkan Tengku Cempaka kerana Tengku Cempaka baik dan rapat dengannya. Dia sayangkan Tengku Izraf Akif kerana lelaki itu adalah temannya sejak dari kecil lagi. Oleh itu, dia tidak sanggup melukai hati-hati orang yang menyayanginya selama ini.

Tengku Cempaka memanggil namanya, Wan Aisyah menjerit namanya. Begitu juga dengan Tengku Akif, tetapi Zara Irdina tidak peduli pun.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.