Home Novel Keluarga Antara Dendam Dan Rindu
Antara Dendam Dan Rindu
Rabihah Nur Ridhuan
14/1/2014 18:55:46
25,756
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Beli Sekarang
mengenali hati budi masing2

” Saya berasal dari Kampung Hujung Keton, Perak,” kata Balqis ramah sekali. Tidak seperti tadi yang dingin seperti ais batu. Luqman Hakim tersenyum. Sekurang-kurangnya mood gadis pujaan hatinya sudah semakin ceria.

Kereta Mercedes milik Luqman Hakim terus laju meluncur di jalan raya. Hatinya terus menyanyi riang dengan perubahan sikap gadis pujaannya itu.

” Oh kat mana tu?” Tanya Luqman Hakim sambil mengerutkan dahinya.

Balqis tersenyum. Dia tahu ramai orang yang tidak mengetahui kewujudan kampung halaman Puan Rafidah yang berada di kawasan pedalaman. Malah tiada kemudahan jalan raya untuk melalui kawasan tersebut.

” Dekat perak la. Kawasannya memang pedalaman sedikit. Berhampiran dengan perkampungan orang asli. Kampung saya ini adventure sedikit kalau nak ke sana. Encik Luqman kena naik sampan untuk ke sana,” beritahu Balqis lagi.

” Wah saya ingat Malaysia dah cukup maju. Tak sangka masih wujud lagi perkampungan sebegitu,” kata Luqman Hakim.

Teringat Luqman Hakim kepada kepercayaan Balqis ketika gadis itu datang temuduga dahulu. Memang tidak dinafikan sesetengah penduduk di kawasan pedalaman seperti Balqis masih lagi mengamalkan kepercayaan karut sebegitu. Dan dia perlu menghormati kepercayaan tersebut.

Oleh sebab itu, tiada sesiapa yang mengetahui nama sebenar Balqis di pejabat kecuali dirinya. Dia tidak mahu Balqis berasa tertekan apabila rakan-rakan mengetahui nama sebenarnya apatah lagi gadis itu terlalu percaya bahawa nama sebenarnya mampu membawa sial kepada seseorang.

” Saya tinggal di sana sejak dari kecil lagi,” Balqis terus memainkan wataknya.

Selepas dia sembuh dari kemalangan yang meragut nyawa Irdina sembilan tahun yang lalu, Puan Rafidah telah membawa Balqis berpindah ke kampung halamannya. Di sana, mereka telah memulakan hidup baru.

” Saya tidak pernah ada kampung. Mesti bestkan tinggal di kampung. Saya sejak dari kecil lagi dibesarkan di bandar,” ulas Luqman Hakim.

Balqis tersenyum tawar.

” Memanglah best. Tetapi kami sekeluarga hidup susah. Saya dan emak mengambil upah menoreh getah di kebun orang. Pada musim hujan pula kami berdua menangkap ikan sungai untuk dijual kepada peraih. Pendapatan kami hanya cukup-cukup untuk kami berdua. Hidup kami tak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” cerita Mariam Qistina.

Dia mahu melihat reaksi Luqman Hakim. Adakah lelaki itu akan menceritakan tentang kesusahannya juga? Adakah lelaki itu masih mengenang budi yang telah ditaburkan oleh arwah bapanya suatu masa dahulu?

” Tabahnya awak. Mesti awak cukup rapat dengan mak awak bukan?” Tanya Luqman Hakim.

Sesekali dia menjeling kepada Balqis tetapi fokusnya masih lagi kepada pemanduannya.

Oh, rupanya lelaki ini sudah lupa tentang budi keluarganya dahulu. Memang dasar kacang lupakan kulit! Kutuk Balqis garang sekali.

” Memang kami berdua rapat. Lebih-lebih lagi setelah arwah ayah meninggal. Demi untuk memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada emak, saya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur,” terang Balqis.

Masih jelas wajah Puan Rafidah yang kecewa dengan keputusannya itu. Apatah lagi wanita tua itu kesunyian apabila ditinggalkan sendirian.

” Saya kagum dengan awak. Bertuah emak awak dapat anak seperti awak,” puji Luqman Hakim yang semakin terpikat dengan gadis ayu ini.

” Kenapa Encik Luqman cakap begitu?”

” Iyalah. Jarang sekali kita jumpa seorang anak yang sanggup berkorban demi ibu bapanya. Menyusahkan ibu bapa adalah,” luah Luqman Hakim.

” Macamana dengan Encik Luqman pula? I mean, kalau tidak keberatan boleh saya tahu siapa Luqman Hakim yang sebenarnya?” Tanya Balqis cukup berhati-hati.

Luqman Hakim tersenyum lebar.

” Siapa Luqman Hakim sebenarnya?” Tanya Luqman Hakim dalam tawanya. Balqis menggangguk. Dia tidak sabar untuk mengetahuinya.

” Seperti yang saya katakan tadi saya dilahirkan di sini dan membesar juga di sini. Selepas tamat SPM ayah saya telah menghantar saya ke luar negara untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Saya suka tinggal di sana. Suasananya tenang dan taraf hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Jadi saya mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana sehinggalah saya menamatkan pengajian saya di peringkat PHD. Bayangkan hampir sepuluh tahun saya tidak pulang ke Malaysia,” terang Luqman Hakim panjang lebar.

Balqis tersenyum sedangkan hatinya mengutuk dan mempersendakan cerita Luqman Hakim yang tidak tahu mengenang budi itu. Sedikit pun lelaki itu tidak menceritakan tentang budi yang telah arwah ayahnya curahkan kepada lelaki itu. Ternyata Luqman Hakim sama sahaja sifatnya dengan keluarganya yang lain.

” Awak tak pernah pulang ke Malaysia eventime cuti? Kenapa?” Tanya Balqis masih lagi cuba mendapatkan sesuatu.

Luqman Hakim tersenyum. Teringat dia kepada pesanan bapanya suatu masa dahulu yang menghalangnya pulang ke Malaysia kerana keadaan ekonomi mereka yang tidak menentu disebabkan bapanya terpaksa menyara kos pengajian Luqman Hakim yang sepatutnya di sara oleh arwah Pak Cik Jamil. Disebabkan itu juga Luqman Hakim berjimat cermat dan menahan kerinduannya untuk pulang bertemu ahli keluarganya.

” Saja. Saya terlalu sukakan kehidupan di sana. Lagi pun keluarga saya sering datang melawat saya di sana. Selepas saya dapat PHD barulah saya pulang ke sini. Itu pun setelah dipaksa oleh ayah saya yang mahukan saya menguruskan syarikatnya,” tipu Luqman Hakim.

Dia rasa tidak elok untuk memburukkan arwah Pak Cik Jamil yang tidak pandai mengotakan janjinya itu.

Ah sebenarnya syarikat itu adalah milikku! Tetapi keluarga kau yang merampasnya!

” Untung Encik Luqman sebab ayah Encik Luqman mempunyai perniagaan sendiri. Tak payah Encik Luqman susah-susah mencari kerja. Syarikat ini sememangnya diasaskan oleh ayah Encik Luqman ke?” Tanya Mariam Qistina masih mahu menguji sejauh mana kejujuran Luqman Hakim.

” Ya, ayah saya yang membagunkan syarikat ini sehingga berkembang pesat begini. Ayah saya adalah pemegang syer terbesar iaitu sebanyak 40%, ibu saya sebanyak 30%, saya 21% dan Sarah sebanyak 9%. So syarikat ini sebenarnya 100% adalah milik kami sekeluarga,” terang Luqman Hakim cukup yakin sekali.

Ternyata lelaki ini memang tidak boleh dipercayai. Tidak malukah dia bercerita tentang kekayaan yang sebenarnya dirampas dengan cara yang jijik sekali.

” Oh rupa-rupanya mak Encik Luqman juga bekerja di sini ye. Mesti hebatkan keluarga Encik Luqman ini?” Soal Balqis yang tidak sabar mengetahui tentang cerita Esah pula.

Luqman Hakim tersenyum lebar. Hatinya mula berasa bangga dengan pujian yang ditaburkan oleh gadis disebelahnya ini. Lebih-lebih lagi gadis ini telah mendapat tempat yang cukup istimewa di dalam hatinya yang suci ini.

” Mak saya hanyalah sleeping partner di dalam syarikat ini. Begitu juga dengan Sarah. Hanya saya dan abah yang menguruskan syarikat. Sebenarnya mak saya aktif dengan persatuan kebajikan kanak-kanak,” cerita Luqman Hakim lagi.

Balqis mengangguk dengan cerita Luqman Hakim itu. Sudah acapkali dia terbaca tentang kebaikan Esah yang dipaparkan di dada akhbar yang banyak membela nasib kanak-kanak malang di negara ini. Malah Esah banyak mengutuk tentang penderaan kanak-kanak yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Ah pandai benar Esah berlakon di hadapan khalayak ramai sedangkan dia sebenarnya adalah syaitan yang bertopengkan manusia.

” Wah baiknya hati mak awak. Saya begitu kagum dengannya. Tak sabar saya ingin berjumpa dengan seorang wanita yang mempunyai hati yang cukup mulia,” perli Balqis dengan senyuman lebar.

Ya memang dia tidak sabar untuk menemui Esah. Dia mahu menelanjangkan setiap kejahatan yang telah dilakukan oleh Esah kepada keluarganya. Biar semua orang tahu tentang siapa Esah yang sebenarnya.

Previous: kecewa

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.