Home Novel Cinta AKU TAK SUKA KAU! (NINA/ISKANDAR)
AKU TAK SUKA KAU! (NINA/ISKANDAR)
EMY RUSLI
16/6/2015 14:32:30
88,019
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

PINTU kaca Shahril Holding ditolak. Gayanya berjalan ala-ala model di pentas. Semua mata memandang ke arahnya. Kakitangan di situ tahu bahawa si cantik jelita ini adalah anak gadis Tan Sri Shahril.

Ada beberapa kakitangan Shahril Holding memberikan senyuman pada Nina namun hanya dibalas dengan senyuman hambar. Nina langsung tidak menoleh kiri kanan. Dia tidak berminat untuk menyapa pekerja di situ. Dia adalah anak kepada pemilik Shahril Holding. Baginya, dia tidak layak untuk bertegur sapa dengan pekerja bawahan papanya.

Nina laju melangkah ke bilik Tan Sri Shahril yang terletak di hujung sana. Dia melalui meja setiausaha Tan Sri Shahril, Puan Damia. Nina langsung tidak memandang setiausaha papanya yang jauh lebih tua darinya.

“Cik Nina!” Puan Damia menyapa lembut dan terus bangun apabila melihat anak majikannya tiba.

Senyuman di bibir terhias manis. Dia sudah dimaklumkan oleh Tan Sri Shahril akan kehadiran Nina ke pejabat untuk memulakan tugas.

Nina berhenti betul-betul di depan pintu bilik Tan Sri Shahril. Dia memandang Puan Damia yang sedang tersenyum ke arahnya.

“I nak jumpa Tan Sri Shahril. Should I inform you?” soal Nina agak sinis.

Puan Damia yang menyedari sikap angkuh Nina hanya mampu membalas dengan senyuman.

“Err... Tan Sri ada kat dalam. Dari tadi lagi Tan Sri tunggu Cik Nina. Silakan masuk Cik Nina.” Puan Damia bersuara agak gementar. Melihat muka bengis Nina, dia sudah seram sejuk.

Nina menjeling tajam sebelum meluru masuk ke bilik Tan Sri Shahril.

“Papa!” Nina menjerit kecil. Dia tersenyum manis dan terus duduk di depan papanya.

“Ha! Papa ingat Nina tak jadi masuk ofis hari ni.” Tan Sri Shahril menegur lembut dan memandang wajah anak gadis di depannya ini.

“Hisy... papa ni! Ada pulak cakap Nina tak jadi masuk ofis hari ni. Kan Nina dah janji nak mulakan kerja hari ni. Papa ni macam tak percaya pada Nina pulak. Hari ni Nina lambat sikit sebab lewat bangunlah, papa,” balas Nina dengan senyuman mengada di hujung ayatnya.

Tan Sri Shahril senyum meleret.

“Kalau macam tu baguslah. Bilik Nina pun dah sedia. Cuma tunggu tuannya rasmikan aje. Lepas ni dah tak boleh bangun lambat lagi. Kerja tetap kerja. Lambat masuk kerja dah dikira satu kesalahan. Lagi satu papa jugak akan mintak setiausaha papa untuk kenalkan Nina pada pekerja yang lain ya.”

“Tak payahlah, papa. Nanti-nantilah kenal dengan kakitangan pejabat ni. Nina ni dah tak sabar nak mulakan kerja,” beritahu Nina dengan perasaan teruja.

“Kena ikut SOP, Nina Natasha. Kat sini, papa adalah bos besar. So, you must follow my instruction. Okay my daughter?”

Nina mencebik. “Yalah!”

“Apa tunggu lagi? Jom papa kenalkan pada kakitangan kat sini. Level bawah nanti, Puan Damia akan kenalkan pada Nina.”

Tan Sri Shahril terus bangun diikuti Nina. Kedua-dua beranak ini beiringan keluar.

“MASUK!” arah Tan Sri Shahril.

Puan Damia menolak daun pintu dan terus masuk.

“Tan Sri, ini fail berkaitan dengan akaun syarikat. I baru mintak dari accounting department.” Puan Damia bersuara perlahan seraya meletakkan fail tebal tersebut di atas meja.

“Okey. Thanks! Nanti I tengok.”

“Err... ada yang tak kena ke dengan akaun syarikat, Tan Sri? Biasanya end of the year baru Tan Sri akan semak kesemua akaun syarikat,” kata Puan Damia memberanikan diri bersuara.

Tan Sri Shahril berhenti menyemak kertas kerja. Dia memandang setiausahanya yang hampir sebaya dengan Puan Sri Suzana.

“I dapat tahu dari ketua jabatan akaun mengatakan banyak duit syarikat yang keluar dalam jumlah yang banyak. I tak pernah sign pun check beratus ribu tu kecuali untuk setiap projek yang syarikat dapat. Itu yang I pelik. I perlu semak semula dan I nak tahu ke mana duit tu pergi dan siapa yang menyeleweng wang syarikat. Bukan sikit jumlahnya tapi dah hampir sejuta,” tegas Tan Sri Shahril.

Puan Damia hanya mengangguk. Terkejut juga dia dengan kenyataan majikannya itu.

“Yalah, Tan Sri. Kita kena semak betul-betul. Saya pun risau jugak kalau ada yang guna duit syarikat. Syarikat Tan Sri ni bukan baru kat Malaysia ni tapi dah berpuluh tahun. Saya tak nak syarikat ni ada masalah yang bukan-bukan.”

“Saya pun harap macam tulah Damia. Hopefully, everything okay!” balas Tan Sri Shahril.

Puan Damia hanya mengangguk dan terus keluar.

Tan Sri Shahril mengambil fail tersebut dan satu per satu ditelitinya. Dia mahu siasat tentang wang yang kerap kali mengalir keluar.

Mata Tan Sri Shahril terpaku pada satu helaian. Ada wang berjumlah 50 ribu ringgit dikeluarkan semalam dan dimasukkan ke dalam akaun yang tidak dikenali. Lama Tan Sri Shahril meneliti helaian tersebut. Siapa yang menggunakan wang Shahril Holding?

Sebelum ini jumlah yang besar juga dimasukkan ke dalam akaun yang sama. Hati Tan Sri Shahril berdegup kencang. Helaian seterusnya diselak. Sekali lagi terpapar jumlah wang RM65,000 dimasukkan ke dalam akaun yang sama juga.

Tan Sri Shahril menggigil. Dikuatkan semangatnya mengira aliran keluar masuk duit syarikat. Jika dia tahu siapa yang menyeleweng wang syarikat, dia tidak akan teragak-agak mengheret manusia itu ke muka pengadilan.

Tan Sri Shahril pantas menghubungi pihak akauntan. Dia mahu tahu siapa yang telah menggunakan wang syarikat. Tan Sri Shahril tidak sabar lagi. Dahinya mula berpeluh kerana terlalu marah.

“Tan Sri Shahril di sini! I nak you semak satu nombor akaun ini dan I nak tahu siapa yang menggunakan wang syarikat. I nak tahu sekarang!” arah Tan Sri Shahril seriuspada ketua jabatan kewangan.

Dia sabar menunggu sementara menanti jawapan daripada pihak akauntan. Sementara itu Tan Sri Shahril terus menyemak fail tersebut.

“Tan Sri, I dah semak tentang pengaliran wang syarikat. Wang syarikat telah beberapa kali digunakan. Transaksi terakhir ialah semalam berjumlah 50 ribu ringgit. Keseluruhan yang telah dilesapkan hampir satu juta ringgit.”

Penerangan dari ketua jabatan akauntan membuatkan Tan Sri Shahril berasa ingin pitam.

“Saya nak tahu siapa yang guna wang tersebut dan ke mana wang itu dilaburkan?” arah Tan Sri Shahril dengan suara yang tegas.

“Kalau saya lihat di sini, semuanya dikeluarkan oleh Puan Sri Suzana, isteri Tan Sri sendiri dan dimasukkan ke dalam akaun lelaki bernama Hisyamuddin Bin Ismail.”

“Apa?”

Dada Tan Sri Shahril terasa sakit dan dia memegang kuat dadanya.

“Tan Sri! Tan Sri!” Ketua jabatan itu memanggil Tan Sri Shahril apabila majikannya itu senyap seketika.

“Terima kasih sebab bagi maklumat.”

Tan Sri Shahril terus mematikan talian. Lidahnya kelu untuk terus berkata-kata dan otaknya beku seketika. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Dia memejam matanya seketika.Siapa Hisyamuddin Ismail? Kenapa isterinya melaburkan wang syarikat kepada lelaki itu? Apa hubungan isterinya dan Hisyamuddin Ismail?

Tan Sri Shahril menggeleng berkali-kali. Dia bingung. Fikirannya buntu. Dia mahu mengupah seseorang untuk menjejaki lelaki itu. Buat masa ini dia mahu merahsiakan dahulu perkara ini daripada Puan Sri Suzana. Dia mahu lihat sejauh mana permainan isterinya itu.

Tan Sri Shahril tidak akan membenarkan Puan Sri Suzana mempergunakannya lagi. Biarlah perkara ini menjadi rahsia dalam hidupnya. Kelak, dia akan membongkarkan juga setiap permainan Puan Sri Suzana.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ya ALLAH, dugaan apakah lagi untuk aku ya ALLAH? Bisik hati Tan Sri Shahril.

Previous: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.