Home Novel Cinta DiBius Cinta Encik Arahan
DiBius Cinta Encik Arahan
Nkal
22/5/2018 10:50:28
33,662
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

BAB 5


          Zahim meninggalkan perkarangan hotel bersama-sama Firdaus. Entah kenapa malam ni matanya sukar untuk dilelapkan. Selepas menghantar Adilla ke bilik, Zahim terus menuju ke biliknya untuk merehatkan diri.

Zahim merebahkan dirinya di atas katil setelah membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Zahim memejam rapat matanya. Namun otaknya terus ligat berjalan. Dari kiri dia memusingkan badannya ke kanan. Bergitulah bersilih ganti. Akhirnya Zahim mengambil keputusan untuk mengajak Firdaus keluar. Mungkin boleh lepak di kedai-kedai mamak. Fikir Zahim.

“ Bro. Kau dah tidur ke?” Zahim menghantar mesej melalui whastup.

Beberapa minit kemudiagn.

“ Belum..nape bro?' Firdaus membalas.

“ Jom..teman aku keluar. Kita lepak kedai mamak ke. Aku tak boleh tidurlah.”

Mesej dihantar..

“Ok. No problem. Mata aku pun tak ngantuk lagi ni. Kita jumpa kat lobi lima belas minit lagi.”

Zahim meletakkan i-phone 7 di atas katil. Dia mencapai seluar jeans biru dan T-shirt jenama 'John Master' bewarna biru. Tiba-tiba wajah Adilla muncul takkala dia memakai seluar jeansnya.

Macam mana Adilla boleh tahu dia tak suka pakai jeans. Jangan-jangan gadis itu ada membaca catitannya hari tu.

Ya. baru dia teringat.  Sewaktu dia terjaga dari tidur diari catatannya terbuka sedikit, mungkinkah Adilla ada membaca sesuatu selain catatan tentang seluarnya jeans ini. Harap-harap Adilla tidak membaca lebih dari ini. Kalau tak?Mahu sahaja kepalanya ditutup dengan baldi setiap kali bertemu Adilla.

“ Sesekali tengok perlawanan Liga Inggeris kat kedai mamak ni layan juga.” Ujar Zahim sambil menyedut air teh tarik yang dipesannya sebentar tadi.

“ Hum. Kau tu selalu sibuk dengan kerja. Mana nak layan bola-bola ni. Kalau aku tanya kau pasal pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga ni sah kau tak tahukan?” Sengaja Firdaus mengenakan Zahim. Dia tahu Zahim memang kurang berminat dengan perlawanan bola sepak ni. Yang dia tahu duniannya adalah kerjanya. Selepas kematian papanya, Zahimlah yang menguruskan semua urusan kerja di pejabat. Walaupun pada usia muda  ramai teman-temannya masih mengenal erti enjoy namun tidak bagi Zahim. Keluar sahaja dari universiti dia terus memikul tanggungjawab yang diwasiatkan papanya.

Ada juga Firdaus terfikir apa temannya ini tidak terbuka ke hatinya untuk mencari teman hidup.

“Am.. Aku tengok kau dah ada segalanya. Kereta, rumah, kerja yang bagus. Kau tak teringin nak cari teman ke?” Pancing Firdaus sambil matanya terus menyaksikan perlawananan antara Argentina dan Liverpool.  

Zahim berhenti menyedut airnya. Soalan dari Firdaus tadi seakan-akan mencengkam dadanya. Tidak cukup dengan mamanya yang sudah bising kerana sampai sekarang dia masih belum memiliki teman hidup, kini soalan itu singgah pula di telinganya dari mulut teman baiknya.

Firdaus terus menanti jawapan. Dia tahu Zahim agak kurang selesa dengan soalannya tadi. Tapi entah kenapa hatinya begitu membuak-buak ingin tahu isi hati temannya itu. Apakah Zahim terlalu memilih yang sempurna di matanya?

“ Aku belum bersedialah Daus. Banyak lagi impian yang harus aku kejar demi syarikat peninggalan arwah papa aku.” Zahim cuba berselindung di sebalik jawapannya.

“ Kalau pasal kerja sampai ke tua pun tak akan pernah habis Am. Cubalah kau fikir pasal mama kau, pasal hari tua kau. Mungkin sekarang kau tak akan sedar semua itu. Tapi bila kau sakit, siapa yang nak jaga kau? Mama kau? Pernah tak kau fikir mama kau tu sunyi bila kau menumpukan sepenuh perhatian pada kerja?” Firdaus cuba menasihati Zahim. Harapannya semoga Zahim membuka pintu hatinya itu.

“At least kalau kau nak mama kau bahagia bagilah dia menantu. Sekurang-kurangnya hilang bosan dan kesunyian dia bila ada teman.”

Zahim diam. kata-kata Firdaus ada betulnya. Baru dia sedar yang dia banyak mengabaikan perasaan mamanya Datin Harlina. Patutlah Datin Harlina beria-ia ingin dia mencari teman. Kenapa dia tidak pernah sedar tentang semua ini. Kasihan mamanya.

‘ Mama, maafkan Zahim. Zahim lupa semua ini. Zahim dah abaikan perasaan mama selama ini.’

“ Zahim. Aku minta maaf kalau kata-kata aku tadi buat kau tersinggung. Aku bukan apa. Naklah jugak tengok kau naik pelamin dengan puteri kayangan kau.” Gurau Firdaus menceriakan kembali suasana.

“ Tak ada apalah Daus. Kalau tak kerana kau tegur aku malam ni. Sampai bila-bila pun aku tak sedar pasal semua ini.” Akui Zahim jujur.

“ Nantilah aku cari puteri kayangan aku dulu.  Nanti bolehlah kau tengok kami bersanding atas pelamin.” Seloroh Zahim.

“ Ala. Kalau susah-susah sangat kau kahwin je dengan staff kau tu. Apa namanya. Adilla.” Firdaus memberi cadangan.

“ Kau gila Daus. Buatnya dia tu dah ada teman istimewa ke, tunang ke. Tak ke mati aku dikerjakan buah hati dia. Kan tak sempat aku nak naik pelamin.”

“ Dia dah ada buah hati ke?” Terpacul soalan dari bibir Firdaus.

“ Entah..” Zahim sendiri tidak pasti.

“ Kau tak pernah tanya?” Cungkil Firdaus terus.

“ Tak. Lagipun itu hal peribadi dia. Malas aku nak masuk campur. Orang cantik macam Adilla tu masakan tak ada teman istimewa.” Zahim cuba berteka-teki sendiri.

“ Kau tak tanya lagi dah buat andaian. Entah-entah betul dia tak ada teman istimewa lagi.” Firdaus membetulkan sangkaan Zahim pada Adilla. Firdaus rasa tekaan dia benar. Adilla masih belum ada sesiapa yang bertahta di hati. Tengok sahaja sepanjang mereka di sini. Tidak pernah sekalipun dia lihat gadis itu sibuk dengan gajetnya seperti mana orang lain.

“ Abis kalau dia tak ada buah hati kenapa?”

“ Kalau tak ada aku nak masuk jarum.” Ujar Firdaus. Lembut dia mengerling temannya. Dia tahu Zahim sudah tidak selesa dengan luahannya itu.

 “ Hai. Lawan tauke nampak.” Balas Zahim berbaur cemburu.

Firdaus tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum. Dia tahu Zahim cuba menyembunyikan isi hatiya.

Malam itu mereka lepak hampir ke jam lima pagi. Banyak yang dibualkan. Semuanya perihal Adilla. Sampaikan perlawanan bola antara dua kelab terbesar pun mereka ketepikan.

Oh Adilla..

***************

Kedinginan awal pagi ini begitu mencengkam tubuh Adilla. Auranya menusuk hingga ke tulang sumsum. Selimut yang membungkus tubuh ditarik hingga ke paras leher. Adilla membengkokkan kedua-dua belah kaki tepat mengenai perutnya. Gayanya persis bayi yang berada dalam kandungan seorang ibu. Angin yang menghembus masuk melalui jendela yang dibuka sebentar tadi begitu menyamankan. Tidak perlu dipasang penyaman udara seperti di kota, angin yang menghembus kini lebih asli dan lebih menyamankan.

Selepas solat subuh tadi, Adilla mengambil keputusan untuk naik ke katil semula. Matanya agak mengantuk, tubuh pula terasa lenguh semuanya. Kepenatan mula terasa, bagai mencengkam urat-urat di dalam badan. 

Adilla sampai di kampung tepat jam 4.00 pagi tadi. Selepas turun dari kapal terbang, pemandu Zahim datang mengambil Adilla di KLIA lalu menghantar Adilla pulang ke rumahnya. Dek kerana terlalu penat, Adilla mengambil keputusan untuk melelapkan mata sebentar. Mujurlah Intan mengejutkan Adilla. Kalau tidak mahu sampai ke pagi dia tertidur di  atas sofa apartment mereka.  

Setelah selesai semua persiapan, barulah Adilla bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 9.00 malam. Seram juga Adilla memandu seorang diri di malam hari, mujurlah ada Zahim yang setia menemani Adilla sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Terengganu.

Dari Temerloh sehingga ke Tol Kuala Terenggan Zahim menemani Adilla. Berbual-bual dengan Adilla melalui telefonnya. Mujurlah ada handsfree, kalau tidak malas Adilla ingin melayan panggilan Zahim tu. Agak-agak berapa kos bil yang bos dia kena bayar sebab menemaninya semalam. 

“ Adik .” Perlahan Puan Salmi menyentuh bahu anaknya. Mengejutkan Adilla dari lenanya.

Mata yang terpejam dicelik perlahan-lahan. Terpampan wajah Puan Salmi, ibu yang sangat Adilla rindui. Lantas Adilla bangun, memeluk ibunya erat. Meluahkan kerinduan yang menebal bersarang di jwa sebelum ini.

“ Adik apa khabar ? “ Pelukan tadi dileraikan seraya tangan ibunya dicium penuh hormat.

“ Sihat ibu. Ibu pulak macam mana?” 

“ Ibu sihat sayang. Kenapa balik juga semalam? Kan dah lewat? Tunggu sahaja hari ni. Dahlah balik sorang-sorang. Awak tu perempuan, bahaya balik malam sorang-sorang.” Bebel Puan Salmi meluahkan kerisauan hati seorang ibu.

Adilla memandang Puan Salmi. Membiarkan sahaja ibunya membebel di pagi hari. Adilla yakin andai ibunya tahu dia bertolak balik malam. Pasti ibunya tidak akan membenarkannya pulang. Sebab itu sampai di kampung barulah Adilla memberitahu papanya agar membukakan pintu pagar yang sudah berkunci semalam.

“ Adik dah tak tahan rindu pada ibu dan papa. Itu yang adik bertolak jugak semalam. Sebenarnya adik ingat nak bertolak pagi semalam, tapi bos tempat keje adik tu tak kasi. Dia arahkan adik jadi pasangan dia masa annual dinner malam tu. Nak tak nak terpaksalah adik ikut.” Cerita Adilla mula membayangi peristiwa yang berlaku di dewan hotel baru-baru ini.

“ Oh, Bos adik tu dah kawin ke?”  Siasat Puan Salmi.

“ Belum.” Adilla bangun dari tempat tidurnya lalu menyisir rambut yang panjangnya paras bahu di hadapan cermin.

“ Berapa umur bos adik tu?” Siasat Puan Salmi terus menerus.

“ Emm, dalam 34 ke 35. Area tula.” Puan Salmi mengukir senyum. Cuba membayangkan sesuatu. 

Adilla melipat kain selimutnya sambil memandang Puan Salmi yang tersenyum sorang-sorang.Pelik!

“ Ibu.”

“ Emm bila adik nak kenalkan ibu dengan dia. Mana tahu untung-untung boleh jadi menantu ibu.” Tidak semena-mena terpacul soalan itu dari mulut ibunya.

Adilla ketawa kecil, geli urat perutnya menahan tawa. Terlalu tinggi angan-angan Puan Salmi itu. Mustahil untuk dia jatuh cinta pada Zahim, majikannya. Lagipun Zahim tidak punya ciri-ciri lelaki yang Adilla idamkan. Hubungan  yang terjalin antara Adilla dan Zahim hanya sekadar seorang bos dengan anak buahnya. Tidak lebih dari itu.

“ Dahlah ibu. Ibu ni banyak sangat berangan. Apa kata ibu tolong siapkan sarapan untuk papa dan adik. Adik laparlah.” Rengek Adilla manja.

“ Emm, ibu dah siapkan pun. Tunggu adik je. Papa pun dah tunggu kat bawah tu.” Ujar Puan Salmi bangun dari katil.

“ Cepat sikit mandi tu. Kesian papa dah lapar tunggu adik kat bawah tu.” Pesan Puan Salmi sebelum melangkah menuruni anak tangga. 

Adilla segera mengambil tuala lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Kesian papanya yang sudah lama menanti untuk sarapan pagi bersama.

















Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.