Home Novel Cinta Sesuatu antara kita
Sesuatu antara kita
Maryani Zailani
14/3/2023 21:11:01
9,028
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Grorrr! Sudah biasa seisi kelas mendengar bunyi denguran yang kuat itu. Cikgu Habsah, guru Matematik kelas 3 Ibnu Sina menggeleng kepala sebaik sahaja dia melangkah memasuki kelas. Lali sudah dia dengan seorang anak muridnya itu yang gemar benar tidur sewaktu masa persekolahan.

“ Selamat pagi cikgu!” Seluruh murid memberi salam, kecuali seorang yang sedang nyenyak tidur berbantalkan lengan di meja paling belakang dalam kelas 5 Ibnu Sina itu. 

“ Selamat pagi, duduk! Keluarkan kerja sekolah semalam,” nada suara cikgu Habsah serius. Wajahnya tampak garang dengan cermin mata berbentuk rupa kucing. Terkocoh-kocoh masing-masing mengeluarkan kerja sekolah. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka kerana kerja sekolah matematik yang gagal diselesaikan.

“ Ila, ila…bangunlah. Cikgu dah masuk tu!” Nabila menggerakkan sedikit tubuh Kamila tatkala dia terpandangkan renungan tajam cikgu Habsah yang sangat menakutkan itu. Dia tahu cikgu Habsah bakal meledak kemarahannya sebentar lagi. Dia tidak mahu dengan dia-dia sekali kena marah!

“ Hmmm…jangan kacau.” Kamila menepis tangan Nabila yang sedang menggoncang badanya itu. Dia palingkan kepalanya yang tadi menghadap Nabila ke tempat lain.

“ Grrr,” Nabila membuat muka cuak tiba-tiba apabila terpandangkan cikgu Habsah  yang sudah berdiri dihadapan Kamila sambil mengetuk-ngetuk rotan di tangannya. Sempat juga Nabila menggigit jari kerana ketakutan.

“ Oh…sudah tentu saya nak,” boleh pula Kamila meracau tatkala cikgu Habsah dihadapnnya. Meleleh-leleh air liurnya seperti termimpikan suatu yang enak. Tumpuan kelas kearahnya. Nabila terus menggoncangkan lagi Kamila supaya sedar daripada mimpinya.

“ Kamila…” Nabila sudah tidak sedap hati apabila cikgu Habsah bertindak membuka penutup botol ai mineralnya. Dia berasakan sebentar lagi akan berlaku banjir yang lebih besar berbanding dengan air banjir yang keluar dari sumber mulut Kamila.

“ Selamat datang cik Kamila. Silalah masuk ke kedai manisan kami,” pelawa gadis penyambut tetamu yang anggun berpakaian seperti cosplay anime. Tersenyum-senyum Kamila apabila melihat hidangan coklat beraneka bentuk dan rasa dihadapannya. Dia menyedut dalam-dalam bau manis coklat yang sedap itu. Badannya terbang seperti burung camar di awangan.

“ Adakah aku bermimpi?” Dia membuat pusingan di setiap hidangan coklat di situ.

Sungguh tersusun sekali hidangan coklat itu. Sepertinya berada di pameran coklat sedunia. Ada coklat Guylian, Ghirardelli ada juga Hershey’s Kisses yang menggunung…oh begitu banyak sekali coklat! Terasa rambang mata melihatnya sehinggakan terpancar emoji seperti dilamun cinta pada wajah Kamila. Dilamun cinta dengan coklat!

“ Inilah coklat terbaru keluaran kami. Dengan memakannya, cik Kamila akan berada seperti di syurga,” seperti pari-pari persisnya, muncul seorang wanita muda yang jelita siap memakai tiara dan bertongkat sakti menghulurkan sedulang coklat berwarna merah hati dan berbentuk bunga bunga ros. Kamila menghidu sejenak. Bau ros! Dan mengemam dan hmmm…sedap! Terangkat tangan dan terbanglah dia di awangan kerana kelazatan yang penuh!

“ Adakah aku sedang bermimpi? Aku harapkan ia bukan mimpi. Jika mimpi, biarlah aku di sini selama-lamanya,” seraya itu muncul pari-pari kedua. Pari-pari itu berkedut sedikit pipinya, maklumlah pari-pari tua. Kali ini, dia tidak membawa tongkat tetapi membawa rotan!

“ Kau memang sedang bermimpi! Bangun, Nur Kamila Hasyim!” Hayunan rotan yang setakat hayunan angin itu memyebabkan Kamila terundur ke belakang. Tidak…tidak dia tidak ingin bangkit tatkakala melihat dengan biji mata sendiri empunya suara itu. Serentak itu, suasana yang meriah dengan coklat tadi runtuh dan curahan coklat membanjiri segenap ruang dan berganti dengan suasana kelas.

“ Adakah aku sedang bermimpi? Aku harapkan ia bukan mimpi. Jika mimpi, biarlah aku di sini selama-lamanya,” Dalam dunia sebenar Kamila sedang memeluk kaki cikgu Habsah. Tiba-tiba sahaja dia berjalan dalam tidur. Apalagi, terperanjat seisi kelas dan paling mereka mahu elakkan ialah letusan gunung berapi cikgu Habsah!

“ Kau memang sedang bermimpi! Bangun, Nur Kamila Hasyim!” Cikgu Habsah menghayun rotan dan sekadar perlahan belakang badan Kamila agar segera kembali kea lam nyata. Tanpa terduga, botal air mineral yang dibuka yang sekadar mahu direnjiskan airnya ke muka Kamila tergelincir daripada pegangannya dan terus tertumpah ke seluruh badan Kamila! Basah kuyup Kamila yang masih mamai itu!

“ Tumpahan coklat!” Mata Kamila masih terpejam. Beberapa saat kemudian, dia perlahan-lahan membuka mata dan…tadaaa! Suasana tiba-tiba berubah menjadi tempat dia menimba ilmu! Terpisat-pisat dia dan apabila menghalakan pandangan ke atas, dilihatnya cikgu Habsah sedang bercekak pinggang dan berdengus kencang! 

Kamila meliarkan pandangannya. Satu kelas senyap sepi bagaikan di tanah perkuburan. Krik..krik..cenggerik pula yang datang mencelah.

“ Masuk ke kelas tahanan selama 2 jam!” Serentak itu, cikgu Habsah menghayun rotan. 

“ Yang lain keluarkan kerja rumah. Tak siap didenda tulis jawapan yang sama 10 kali!” terkocoh-kocoh pelajar kembali ke tempat masing-masing. Ada juga yang sempat sebentar tadi menyelesaikan soalan yang diberi semalam sementara cikgu Habsah menyelesaikan Kamila yang kuat tidur itu!

“ Dan kamu…saya percaya kamu tak siap walau satu pun soalan yang saya beri, betul? Pertanyaan cikgu Habsah berjaya membuatkan Kamila payah untuk menelan walau sebutir air liur!

“ Atau erti kata lain, sentuh pun tidak, bukan? Kamu, berdiri di luar kelas sekarang!” sangat nyaring suara cikgu Habsah ketika itu dan mampu didengari oleh kelas sebelah. Dan pelajar kelas sebelah sudah lali dan faham mengapa suara cikgu Habsah senyaring itu. Apa lagi kalau bukan disebabkan oleh si budak panda yang kuat tidur itu!

Kamila akur. Dengan pakaian yang basah kuyup itu, dia melangkah keluar kelas. Nabila hanya mampu melihat rakannya itu didenda dan berharap suatu hari nanti Kamila akan berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.