TENGKUHarrys keluar dari bilik pejabatnya. Dia memerlukankan beberapa fail dan laporan syarikat untuk diteliti. Sudah beberapa hari dia bekerja. Dan beberapa hari itu jugalah dia perlu meneliti dan memahami semua yang berkaitan dengan syarikat untuk memudahkan tugasnya membantu mengendalikan Haiyan Holdings.
“Tasya, dengan siapa saya boleh dapatkan laporan-laporan kewangan syarikat yang terkini dan sebelum-sebelum ni?” Tengku Harrys bertanyakan pada setiausahanya itu.
“Oh, biasanya ada pada finance officers. Tapi sekarang ni Encik Naufal dan Puan Faridah ada mesyuaratkat luar. Saya rasa Tengku boleh dapatkannya dari Cik Irish. Kalau Tengku perlukan sekarang, saya boleh minta dari dia,” beritahu Natasya yang sudah pun bangun dari tempat duduknya.
“Tak apa. Saya pergi minta sendiri. Thanks.”
Tengku Harrys lansung menuju ke bilik Irish yang agak berdekatan dengan biliknya. Sampai di hadapan bilik gadis itu, dia mengetuk daun pintu terlebih dahulu.
“Masuk.”
Kedengaran satu suara halus dari dalam membenarkannya masuk. Segera tombol pintu dipulas. Dilihatnya gadis itu sedang tertunduk sambil menulis sesuatu pada kertas di atas meja.
“Ya Insyirah, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Irish terus sahaja bertanya tanpa melihat siapa gerangan yang masuk ke biliknya ketika ini.
Senyap. Tiada jawapan. Melihatkan tiada reaksiyang diberikan, pantas Irish mendongakkan kepala. Berderau darah tatkala melihat Tengku Harrys yang sedang berdiri di hadapan memerhatikannya sambil kedua tangan bersahaja menyeluk saku seluar.
“Teng... Tengku!” spontan Irish bangkit dari kerusinya. “Maaf. Saya tak perasan Tengku yang masuk.”
Melihatkan keadaan Irish yang sedikit kalut, Tengku Harrys terasa ingin tergelak. Namun sedaya upaya ditahannya agar tidak terhambur di situ.
“Tak apa. Sibuk ke?” soal Tengku Harrys.
“Tak.”
“Saya menganggu?” soal lelaki itu lagi.
“Tak.
“Ada yang boleh saya tolong?”
“Tak.
‘Hmm.... Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab.’ bicara Tengku Harrys dalam hati. “Tak apalah. Saya cuma nak tanya tentang laporan-laporan kewangan syarikat yang terkini dan sebelum-sebelum ni. Ada awak simpan?”
“Ada. Sebentar.”
Irish pantas melangkah ke rak di sudut kiri biliknya untuk mendapatkan fail-fail yang diminta. Setelah itu dia menghampiri Tengku Harrys lalu diberikan fail laporan-laporan tersebut tanpa memandang lelaki itu. Tengku Harrys menyambut sambil matanya sempat menatap wajah gadis yang kini berada hampir dengannya.
“Awak memang tak suka pandang orang, ya?” tanya Tengku Harrys tiba-tiba, menbuatkan Irish tersentak.
“Hmm?”
“Tak ada apa-apa. Thanks!” ucap lelaki itu dan terus berlalu keluar dari bilik, meninggalkan Irish yang masih dalam terpinga-pinga.
DILANDAIKAN tubuhnya di atas kerusi rehat di tepi kolam renang villa sambil merenung bintang di langit. Selepas makan malam bersama keluarganya tadi, dia terus berlalu ke sini untuk bersantai sambil menikmati angin malam. Gitar akustik Taylor 714ce-N di tangan dimainkan dengan alunan lagu-lagu kegemarannya. Inilah peneman setia yang sering menghiburkannya sepanjang menetap di tempat orang. Bukan seperti sesetengah anak muda yang lebih gemar mencari hiburan di luar atau di kelab-kelab malam. Itu bukan jiwanya.
‘Cantik bintang di langit tu. Tak terjangkau dek tangan untuk dicapai. Sama macam apa yang aku rasakan saat ini.’ Tengku Harrys berbicara dalam hati. Melayani perasannya sendirian.
“Hoi! Termenung apa?”
Tiba-tiba satu suara menyergahnya dari belakang.
“Abang ni bagilah salam ke apa.”
Tengku Hafiy hanya tergelak mendengarkan kata-kata adiknya itu.
“Alaa... kalau abang bagi salam pun belum tentu kau dengar! Kalau dah dok termenung macam ni. Kauokayke?” Tengku Hafiy memulakan perbualan malam itu sebaik duduk di kerusi rehat bersebelahan adiknya.
“Okay.”
“Sure? Macam tak je!”
“Betul.I’m okay.”
“So farkerja kat ofis macam mana? Ada apa-apa masalah?” Tengku Hafiy menukar topik perbualan mereka.
“Okay, Alhamdulillah. Abang jangan risaulah. Kalau ada apa-apa masalah, abang orang pertama Harrys cari.”
Tengku Hafiy tergangguk-angguk mendengarkan jawapan tersebut. Kemudian dia turut berbaring di atas kerusi rehat di situ merenung ke langit malam sambil halwanya dihiburkan dengan petikan gitar dari Tengku Harrys. Masih tidak berenggang lelaki itu dengan gitarnya sejak dari bangku sekolah lagi. Tidak seperti kebanyakan anak-anak muda di kalangan kerabat dan juga golongan atasan yang gemarkan aktiviti-aktiviti yang lebih formal. Tengku Harrys dilihat lebih selesa dengan hobinya bermain alat muzik, lebih-lebih lagi gitar kesayangannya itu. Itupun banyak dipengaruhi oleh Fezrul, satu-satunya rakan baik lelaki itu di sini.
“Abang bila nak kahwin?”
Tengku Hafiy menoleh adiknya di sebelah. “Asal tiba-tiba tanya?”
“Saja. Abang cakap nak tunggu sampai Harrys balik. Ni Harrys dah ada kat sini. Lagipun dah lama abang bertunang dengan Helena tu. Kesian dia tunggu lama.”
“Dalam perancangan. Insya-ALLAH, dalam tahun ni. Kau bila lagi?” soalnya kembali.
Seperti selalu, soalan itu hanya dibiarkan Tengku Harrys sepi tanpa jawapan. Memang sejak dulu apabila soalan sebegitu diajukan padanya, dia tiada hati untuk menjawab.
Tengku Hafiy mengeluh perlahan. ‘Hai! Sampai bilalah agaknya hati kau tu nak terbuka untuk perempuan, Harrys?’ Namun soalan itu hanya terlahir di dalam hati. Pandangannya dihalakan semula ke arah langit malam. Untuk seketika, dua beradik itu menyepikan diri. Masing-masing melayani perasaan sendiri.
“Irish memang macam tu ke, bang?” tiba-tiba sahaja soalan itu terpancul dari bibir Tengku Harrys. Namun tangannya masih tetap memetik gitar sambil merenung ke arah langit.
“Macam mana apa?”
“Pendiam. Tak banyak cakap.”
“Hmm. That’s her. Susah sikit nak bercakap atau berbual dengan orang yang dia tak biasa. Lagi-lagi yang baru kenal.”
‘Patutlah sepatah aku tanya, sepatah dia jawab.’ Desis hati kecil Tengku Harrys. “So,dengan abang dia dah biasalah?”
“Bolehlah. Sekarang ni dahokaysikit. Kalau dulu, nak tengok dia buka mulut pun susah. Kena pandai tacklelah. Rajin ajak berbual. Tapi tengok orang jugak. Dengan abang pun mungkin sebab abang ni kawanIzzul kut. Dan selalu Izzul bawa dia datang ke sini. Kira bernasib baiklah. Kalau tak, tak adalah.”
“Selalu datang sini?” Tengku Harrys seakan tidak percaya. Kali ini baru matanya dialihkan ke arah Tengku Hafiy. Jarinya yang sedari tadi memetik gitar juga turut terhenti.
“Ha, yelah. Kan memang dulu pun Izzul kerap datang sini, kan. Mama tulah yang selalu suruh Izzul datang bawa family dengan adik dia. Yelah, mama kan rapat dengan anak-anak Izzul. Dah macam cucu dia sendiri. Dengan Izzul memang dari dululah. Tapi dengan si Irish ni lain macam berkenan je abang tengok mama tu. Sejak pertama kaliIrish datang sini lagi.”
“Berkenan?”
“Yup!”
“Berkenan kenapa?”
“Berkenan untuk dibuat menantu. Eh, abang nak masuk dululah. Dah malam ni. Kau tu jangan tidur lewat sangat. Sini Malaysia, bukan UK!” Tengku Hafiy sempat menepuk bahu adiknya sebelum berlalu masuk ke dalam villa.
“Menantu?” bicara Tengku Harrys sendirian. “Untuk siapa?”
Dan persoalan itu hanya berlalu bersama kepekatan malam.