TUK! Tuk! Tuk!
“Ya Irhan, ada apa?”
“Along panggil akak.”
“Hmm? Along? Eh, ada apa along datang pagi-pagi ni?”
“Tak tahulah. Adalah tu hal penting dia datang nak jumpa akak.”
Irish kerut dahi. Hal penting apa yang membawa alongnya datang ke mari pagi-pagi Sabtu begini?
“Hei! Termenung pula dia. Cepatlah! Along dah tunggu tu!”
Masuk saja ke dapur, Izzul sedang bersembang dengan orang tua mereka. Irfan sudah pulang ke kampusnya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
“Along, dari mana? Dah lama sampai?” tanya Irish menyalami lelaki itu.
“Baru aje tadi. Dari rumah terus ke sini.”
“Irhan cakap along nak jumpa Irish. Kenapa, long?”
“Kata dah start cari kerja. Dah ada yang bagi jawapan?”
“Adalah juga. Tapi kebanyakan offer bahagian sales and marketing. Tak minatlah.”
“Hermm... kasihanlah syarikat-syarikat tu long kalau Kak Irish yang jadi pegawai pemasarannya. Nak buka mulut dengan orang baru kenal pun susah, inikan nak berurusan dengan orang yang dia tak kenal? Memang tak jalanlah jawabnya!” seloroh Irhan, buat ketawa yang lain berderaian.
“Tak apalah. Mungkin belum rezeki Irish.” Encik Izzuddin bersuara memujuk.
“Yang itu bukan rezeki Irish. Tapi yang ini insya-ALLAH rezeki Irish mungkin,” seraya Izzul menghulur satu sampul surat berwarna putih.
“Surat apa ni, long?”
“Kan along ada tolong surveykan kerja untuk Irish. Lepas Irish bagi resume hari tu, terus along tanyakan kawan-kawan kalau ada kekosongan kat syarikat dia orang. Lupalah tu!”
“Oh, ya. Lupa!”
“Memang pun!” Izzul menumbuk lembut pipi Irish. “Ini syarikat terawal yang bagi jawapan. Yang terawal juga suruh datang temuduga. Tengah hari ni along nak balik Kuantan, sepupu kak long kahwin. Minggu depan along outstation, hari Khamis sampai Ahad. Ni yang along datang pagi-pagi nak bagi surat ni sebab temuduga tu hari Isnin minggu berikutnya.”
“Syarikat mana ni, long?” tanya Irish yang masih meneliti surat tersebut.
“Syarikat keluarga kawan along masa kat U dulu. Kebetulan memang syarikat along klien tetap dia. So, sambil menyelam minum airlah!”
“Kat mana tu, long? Jauh ke?”
“Kat PJ juga, umi. Umi tak payah risaulah. Along ada dekat-dekat situ juga.”
“Habis Irish nak pergi temuduga tu nanti dengan siapa? Tahu ke tempatnya?”
“Tak apa. Nanti hari Isnin tu along minta cuti, umi. Bolehlah tolong hantarkan. Okeylah, along gerak dulu. Takut lambat nanti sampai kampung Fiya,” pamit Izzul menyalami semua ahli keluarganya sebelum bergerak pulang. “Nanti Irish preparelah mana yang patut. Ini aje yang along dapat tolong. Selebihnya... Irish kena usaha sendiri. Buat solat hajat sekali.”
“Insya-ALLAH. Terima kasih banyak-banyak, long.”
“Tak ada apalah. Bukan untuk orang lain pun. Untuk adik along juga!” Kepala Irish lantas diusap Izzul sebelum memaut erat bahu adik perempuan bongsunya itu.
IRISH meletakkan kembali al-Quran ke tempat asal usai mengaji. Sudah menjadi kelaziman untuk dia membaca kitab suci itu selepas solat subuh dan maghrib setiap hari. Amalan yang dipraktikkan semenjak dari zaman belajar.
Selesai melipat telekung dan sejadah, gadis itu menuju ke meja tulis di sudut kiri bilik. Komputer riba dihidupkan. Niat ingin melihat e-mel sebentar sebelum masuk tidur. Mana tahu ada syarikat lain yang telah memberi jawapan.
Namun... hampa.
Tiada langsung balasan e-mel yang menawarkan pekerjaan untuknya.
Tetingkap windows kembali ditutup sebelum mencari butang ‘shut down’. Baru jari ingin menekan...
Blink!
Yahoo Messengernya berbunyi tanda disapa.
Nazmi Jauhari : Assalamualaikum.. Hai sweet girl! Apa khabar?
Nazmi Jauhari, rakan mayanya dari Brunei. Tetapi sedang melanjutkan pengajian di Kanada dalam bidang kejuruteraan perkapalan.
Sudah agak lama Irish tidak berbual dengan kenalannya itu. Meskipun hanya berkenalan melalui Facebook, namun dia selesa bersahabat dengan Nazmi kerana keramahannya. Tambahan, usia mereka sebaya.
Irish Izz : Walaikumussalam.. Alhamdulillah, sihat.. Awak? Lama menghilang?
Nazmi Jauhari : Sihat jua.. Saya ada saja kat sini.. Awak tu yang menghilang.. Mana pergi?
Walau berasal dari Brunei, namun lelaki itu tak janggal untuk berbahasa Melayu lantaran ramai rakan sepengajiannya berasal dari Malaysia.
Irish Izz : Maaf la, sibuk sikit dengan final exam.. Itu yang jarang online.. But now I’m free.. Study awak macam mana sekarang?
Nazmi Jauhari : Study saya okey saja.. Means, awak dah habis belajar la ni?
Irish Izz : Ya.. Tengah mencari kerja sekarang..
Nazmi Jauhari : Wah! Seronok la macam tu! Saya ada setahun lagi untuk habis..
Irish Izz : Belum kerja lagi pun.. So, habis study nanti terus balik Brunei?
Nazmi Jauhari : Yes! Inda sabar-sabar mahu balik Brunei.. Mahu jumpa family!
Irish Iz : Tak sabar nak jumpa family ke, tak sabar nak jumpa buah hati?
Irish menyakat rakannya. Sejak awal mereka sedia maklum status masing-masing. Malah, banyak perkara dikongsi bersama biarpun hanya alam maya sebagai penghubung.
Nazmi Jauhari : Yang tu termasuk sekali la.. Sudah semestinya.. Lama inda jumpa.. Rindu sudah! Hahaha..
Irish Izz : Kan? Tahu dah..
Nazmi Jauhari : Terima kasih la Cik Irish kerana selalu memahami.. Buah hati awak macam mana? Bila nak kahwin ni?
Irish terdiam. Lambat-lambat jarinya menaip di atas papan kekunci.
Irish Izz : Dah kahwin dah..
Nazmi Jauhari : Hah??! Dah kahwin? Bila awak kahwin?Tak beritahu saya pun?!
Irish Izz : Bukan saya yang kahwin.. Dia... Tapi dengan orang lain..
Nazmi Jauhari: Whaattttt?! Eh, awak biar betul ni?!
Irish Izz : Betul la.. Buat apa saya nak main-main..
Nazmi Jauhari : Since when?
Irish Izz : Lama dah..
Nazmi Jauhari : Irish! I’m so so sorry! Saya tak tahu. Kenapa tak beritahu saya?
Irish Izz : Tak ada apa la.. Benda dah lama.. Dah malas nak ingat.. Kalau saya cerita dengan awak sekalipun, bukannya awak boleh terus sampai ke sini..
Nazmi Jauhari : Kalau betul saya buat macam mana? Masalahnya, saya tak tahu! Tapi saya tak puas hati.. Lima tahun kut.. Takkan habis macam tu aje??!
Irish Izz : Dah itu yang dia nak, Nazmi.. Biar la..
Nazmi Jauhari : Hmmhh! How dare him!!!
Senyuman Irish memotret di bibir. Jelas sahabatnya di sana sedang marah.
Nazmi Jauhari : Banyakkan bersabar, Rish.. He’s not the right man to you.. He’s not deserves to get you actually.. Insya-ALLAH, ada yang lebih baik untuk awak nanti..
Irish Izz : Kalau la masih wujud lelaki macam tu kat dunia ni, Nazmi..
Nazmi Jauhari: Eh, wujud! Mana pula tak wujud! Ada, ada..
Irish Iz : Mana?
Nazmi Jauhari : Contoh terdekat, orang yang tengah ber’chatting’ dengan awak ni..
Irish Izz : Kan? Awak memang suka masuk bakul angkat sendiri.. Malas la layan..
Nazmi Jauhari : Hahaha.. Jangan la merajuk, sweet girl!