Home Novel Cinta Jon Aragorn
Jon Aragorn
Ann Hann
3/1/2021 17:08:50
29,161
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Selepas pandemik covid 19 berlalu dan vaksin berjaya dihasilkan. Seluruh dunia bukan sahaja mengisahkan ramai orang kehilangan pekerjaan pada waktu itu bahkan kehilangan orang-orang kesayangan mereka. Aku pun mendapat pekerjaan itu selepas kerja-kerja kosong yang mendadak banyaknya setelah orang sebelumnya sudah tidak ada lagi kerana tewas dalam menentang virus Covid 19. 

Aku sedang menikmati segelas jus oren bersama pasta ketika terkenang bagaimana sakitnya kehilangan keluarga yang turut tertewas dalam pandemik berbahaya dan mengancam nyawa umat manusia di bumi.  Semoga dengan rahmat Tuhan bumi akhirnya bebas dan doaku sama seperti harapan orang-orang di luar sana. Malahan di Amerika Syarikat yang mencatat sebagai negara tertinggi paling terjejas sampai sekarang telah  mengamalkan konsep kebersihan di mana kerajaan menegaskan semua orang, semua peringkat sekolah menitikberatkan kesihatan dan selalu membasuh tangan seperti saranan Kementerian Kesihatan. Perkara ini juga dilakukan diseluruh dunia. Mungkin itulah hikmahnya.  Manusia harus menjaga kebersihan. Virus yang diketahui berasal dari Wuhan, China itu menjejaskan ekonomi dan sistem pelancongan paling menerima kesan buruk.

Sehingga sekarang, kerajaan Amerika Syarikat mengawasi kemasukan pelancong-pelancong dari negara luar untuk memastikan tidak ada bawaan virus seperti Covid 19 lagi. Saintis juga dikatakan menjalankan lebih banyak kajian untuk menghasilkan vaksin paling berkesan selain menyebarkan info pentingnya mengekalkan sistem keimunan yang sihat.

Mengambil vaksin sekarang merupakan jaminan untuk mendapat pekerjaan di New York.  Penting untuk semua pekerja imun terhadap virus-virus perebak. 

Okay. Lupakan virus. Mari kembali ke alam pekerjaan. Habis bersarapan, aku segera bersiap-siap memakai kemeja putih nipis dan kot berpetak-petak kecil berwarna kelabu dipadankan dengan seluar slack yang sama corak. Tidak lupa sling bag hari ini kugantikan dengan beg berkulit keras dan bercorak dolar Amerika. 

Aku gadis gila yang menjadikan Sling Bag sebagai harta kesayangan. Bolehlah dikatakan aku hampir tidak boleh hidup tanpa benda itu. Dan kegilaanku menukar-nukar Sling Bag hampir setiap hari seakan menjadi habit. Ibuku pernah berhasrat akan melelong koleksi beg-beg yang aku kumpul sejak lama dulu. Malahan ke mana-mana sahaja, termasuk ke tempat kerja memakai Sling Bag yang bermacam koleksi bentuk dan corak juga warna merupakan hobiku.  Setakat ini aku belum berimpian memiliki beg tangan berjenama, bukan juga sebab aku tak minat tapi mungkin sebab aku tak berduit.

Tidak sedar jauh mengenang tentang hidup, subway yang menjadi kenderaan pentingku berhenti di stesen Fifth Avenue. Selepas keluar dari stesen, hanya perlu dua tiga minit lagi berjalan kaki, aku pun tiba di pintu utama Aragorn Tower kebanggaan New Yorker. Ada banyak tarikan utama pelancong di kawasan ini, terutamanya untuk mereka yang suka berbelanja dengan mewah. Sebut sahaja Tiffany, Burberry, Channel, Omega dengan jam termahal yang tidak mampu kubeli dengan gajiku setahun dan temasuklah juga Microsoft semuanya sudah tersedia di sini. Kawasan yang sentiasa sibuk (kecuali pandemik covid 19) dengan orang ramai tidak kiralah pelancong atau orang tempatan semuanya akan suka mengunjungi Fifth Avenue. Rockefeller Centre pun tidak jauh dari kawasan ini. Emm… apalagi yang menarik di sini. Oh ya, sebelum itu aku kena pergi kerja.

Aku ikut masuk ke dalam lif dengan beberapa orang pekerja lain menuju ke tingkat enam. Aragorn Tower tingginya mencapat 60 tingkat di mana unit-unit kondo mewah terletak bermula di tingkat sepuluh. Di tingkat satu hanya merupakan ruang legar, tempat penyambut tetamu dan tempat pertanyaan, selain itu penunjuk peta dan kedudukan setiap tingkat dan fungsinya. 

Tingkat dua dan tiga merupakan unit-unit pejabat kecil yang menyewa dengan Aragorn Tower. Tingkat empat pula dewan utama untuk majlis-majlis penting. Tingkat lima dan enam merupakan pejabat pengurusan Aragorn Tower dan dibahagikan ke beberapa departmen. Manakala tingkat tujuh pejabat mewah milik empunya Aragorn Tower dan dikatakan rumah keluarga Roman Aragorn. Tingkat seterusnya untuk residen Aragorn Tower yang dikatakan kesemuanya kepunyaan orang-orang kaya, selebriti terkenal termasuk pengarah terkenal Hollywoood Stephen Wu, penyanyi Blanca dan beberapa ahli sukan dan orang politik. Joan Kathrynn kata semalam ada antara residen yang kadang-kadang datang setahun sekali hanya untuk bercuti atau hendak berurusan di New York. Ada gelanggang tenis, taman di tingkat atas sekali dan pusat gym. Kebanyakan residennya bekerja di sekitar bandar New York. Jadi, begitulah beruntungnya orang-orang yang tidak tahu lagi di mana hendak menghabiskan duit mereka hinggakan ada yang terpaksa datang tinggal seminggu dua dalam setahun untuk tinggal di kondo mereka. Kalaulah mereka bermurah hati dan mendermakan kepadaku satu unit kondo sahaja aku yakin mereka tidak akan rugi sesen pun. 

Itu merupakan sebagian maklumat yang aku dapat semalam.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.