Bab 2
“BETUL ke
dia dah lari Mah?” tanya Mak Yah seperti tidak percaya.
“BetulYah!
Bukan setakat dia lari je,barang-barang kemas aku...duit aku dia bawak
lari jugak. Ni, budak ni aje yang
dia
tinggalkan. Nama pun belum ada lagi budak ni,” kata Mak Timah kesal.
“Eloklah
berikan dia nama Mah.” Nasihat Mak Yah.
“Ada jugak
aku fikir-fikir. Ingat nak bagi nama mak aku.
Hawa...macam
mana kalau letak nama Hawa Fatihah?” “Elok jugak nama tu,” balas Mak Yah.
Mak Timah
tersenyum sambil memangku cucunya yang baru mendapat nama Hawa Fatihah.
“Geram betul
aku bila aku ingatkan mak si Hawa Fatihah ni,” kata Mak Timah setelah diam
beberapa ketika.
“Tak sangka
buruk betul perangai budak Laila tu ya. Harapkan rupa aje cantik tapi perangai
buruk! Kau jangan ikut perangai mak kau tu, Hawa!” kata Mak Yah sambil
memandang mesra ke arah bayi di atas pangkuan Mak Timah.
“Aku bingung
Yah! Tak tahu nak buat macam mana. Bukanlah aku nak anggap cucu aku ni
beban...tak! Anak ni rezeki,
amanah ALLAH. Tapi aku terdesak betul ni! Kalau pergi menoreh siapa nak jaga
dia? Kalau nak suruh orang jaga, kena bayar upahnya. Mana aku nak cekau
duit,Yah?”
Mak Yah
memandang wajah jiran sekampungnya itu. Dia tersenyum.
“Alah,
sementara kau pergi menoreh tu, tinggalkan aje lah kat rumah aku. Boleh
aku tengok-tengokkan. Bukan lama sangat kau pergi menoreh pun.”
“Tapi aku
tak sedap hati,Yah.Takkan nak suruh kau jaga percuma aje,” kata Mak Timah tidak
puas hati.
“Buat
sementara bolehlah, Mah. Kita tolong-menolong.
Tapi lepas
tu kau fikir-fikirkanlah apa yang patut dibuat.”
“Terima
kasihlah Yah. Lega sikit rasa hati aku. Boleh aku menoreh esok.”
Mak Timah
tersenyum memandang Mak Yah. Mak Yah ikut tersengih. Dia tidak kisah menjaga
cucu Mak Timah. Hawa Fatihah masih kecil. Senang menjaganya, tidak banyak
kerenah. Selalunya bayi kecil lebih banyak tidur. Dia hanya akan menangis bila
lapar dan punggungnya basah.
Sebulan
berlalu dengan pantas. Pagi itu ketika Mak Timah menghantar Hawa Fatihah ke
rumah Mak Yah, wanita itu dengan wajah kesal memberitahunya; “Hari ni aku tak
dapat nak tolong kau jaga Hawa.Anak aku jemput aku pergi rumah dia di Kuala
Terengganu. Menantu aku baru bersalin semalam.”
“La, kau nak
pergi jenguk cucu kau lah ni?”
“Haah. Ni
aku tengah-tengah bersiap-siap. Kejap lagi si
Zaidi tu
datang jemput.Maaflah ya,Mah.”
“Berapa lama
kau nak pergi ni?”
“Tak tahu
lagi. Mungkin sebulan dua. Sampai menantu aku habis pantang.”
Mak Timah
mengangguk. Dia terus mengendong Hawa Fatihah pulang ke rumah. Sejurus dia
duduk termenung di muka jendela. Siapakah yang boleh diharapkannya untuk menjaga Hawa
Fatihah? Dia tidak boleh duduk di rumah sahaja. Dia perlu mencari rezeki.
Setelah
seminggu berlalu, Mak Timah masih belum dapat menoreh getah. Haji Manap
kehairanan. Lalu lelaki itu datang mengunjungi rumah Mak Timah. Mak Timah yang
sedang melayani cucunya di beranda, mengerut dahi melihat kedatangan Haji
Manap.
“Assalamualaikum,”
sapa lelaki itu sebaik sahaja turun dari motosikalnya.
“Waalaikumsalam.
Naiklah abang haji.”
“Tak apalah.
Kat beranda sajalah Mah,” jawab Haji Manap. “Kau sihat, Mah?”
“Alhamdulillah
sihat abang haji,” jawab Mak Timah.
“Dah
seminggu kau tak menoreh. Aku ingatkan kau tak sihat. Kau tak nak menoreh lagi
ke, Mah?” tanya Haji Manap berterus terang.
Mak Timah
terdiam sejenak. Hawa Fatihah baru sahaja menyusu. Mak
Timah menepuk-nepuk punggung cucunya supaya dia segera tidur. Setelah
Hawa Fatihah tidur, dia meletakkannya di atas tilam. Kemudian barulah dia
menjawab pertanyaan Haji Manap yang tergantung; “Saya nak menoreh abang haji,
tapi keadaan tak mengizinkan.”
“Apa maksud
kau ni, Mah?”
“Cucu saya
ni tak ada orang jaga,” jawab Mak Timah. “Maknya mana?” tanya Haji Manap ingin
tahu.
Mak Timah
menggeleng kesal.
“Tak tahulah
abang haji. Maknya dah lari. Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba saja
dia menghilangkan diri, tinggalkan anaknya dengan saya. Hari tu saya mintak
tolong Yah jaga sementara saya menoreh. Ni Yah pergi ke rumah anaknya.Tu yang
dah seminggu saya tak menjenguk kebun,” terang Mak Timah panjang lebar.
Haji Manap
terdiam, dia termenung panjang sambil berfikir dalam-dalam.
“Bukan apa,
ada orang bertanya hari tu bila dia tengok kau tak menoreh, dia nak menoreh
pulak.”
“Bagilah
pada orang tu abang haji. Saya mungkin tak dapat menoreh lagi,” kata Mak Timah
diiringi keluhan.
Keruh air
mukanya menanggung susah sendirian kini. Tiada siapa yang dapat menolongnya
melainkan TUHAN.
“Kesian aku
dengan kau ni, Mah. Aku faham, kalau tak menoreh, macam manalah kau nak dapat
rezeki untuk kau dengan cucu kau ni.”
Mak Timah
terdiam. Dia merenung jauh.Ya ALLAH! Aku percaya cucuku ini bukanlah
bebanan.Tapi dia adalah rahmat yang KAU turunkan buatku.Janganlah hendak aku
menganggap dia sebagai bebanan.Tidak sesekali. Dia adalah permata yang amat bernilai
yang akan menerangi hidupku yang semakin suram menuju ke alam tua.
“Macam ni
lah.Hari tu anak aku EncikAnuar ada beritahu dia nak cari pembantu rumah.
Pembantu rumah dia dah balik ke Indonesia.Dia mintak tolong aku carikan orang
kampung ni. Aku rasa kau sesuai jadi pembantu rumah dia. Kau bukannya tua
sangat pun Mah.Berapa umur kau sekarang ni?” tanya Haji Manap ingin tahu.
MakTimah tersipu-sipu apabila
usianya ditanya.Dia terasa malu. Memang dia belum begitu tua. Tahun ini umurnya
42 tahun.
“Empat puluh
dua abang haji.”
“Eh, muda
lagi! Kau ni pulak jenis cergas. Kat kebun getah tu kau boleh buat kerja
takkanlah jadi pembantu rumah tak larat. Kerjanya bukan berat.”
Mak Timah
merenung wajah Haji Manap. “Encik Anuar tu, duduk di Kuala Lumpur ya?”
“Ya, Mah.Anak
dia, Sufian tu tak ada orang jaga. Mereka tu suami isteri bekerja. Sekarang ni
terpaksalahbergilir-gilir cuti.”
Mak Timah
mula berfikir.
Hatinya berbelah bahagi. Sayang dia hendak meninggalkan rumah yang didudukinya sejak sekian lama.
Lagipun dia tidak
pernah meninggalkan kampung itu.Jika dia bekerja di rumah EncikAnuar,bermakna
dia terpaksa meninggalkan kampung dan rumah tercinta.
Jika difikir-fikir lagi, untuk apa pula dia menunggu rumah itu tanpa
sebarang pekerjaan? Celik saja mata, perut perlu diisi. |
|
“Kalau kau
setuju kerja dengan Encik Anuar, kau bolehlah jaga Sufian dan Hawa ni
sekali.Tapi terpaksalah pindah.”
Mak Timah
masih membisu, menimbang-nimbangperkara itu dengan saksama.
“Kalau kau
mahu,aku telefon EncikAnuar,” kata Haji Manap lagi.“Kau
fikirlah masak-masak dulu Mah.Timbang buruk dan baiknya. Selagi tak
mencuba kita takkan tahu.”
“Betul kata
abang haji tu. Bolehlah saya cuba sebulan dua. Kalau tak sesuai, saya balik
lagi ke sini,” jawab Mak Timah akhirnya.
Haji Manap
tergelak kecil.Dia segera pulang ke rumah untuk memberitahu Encik Anuar. Haji
Manap sudah mendapatkan pembantu rumah yang dicari-cari selama ini.
Besar harapannya Mak Timah betah bekerja di rumah Encik Anuar. Selama- lamanya.
“MASUKLAH mak cik! Ni
lah rumah kami sekeluarga,” pelawa Encik Anuar sambil mengangkat beg pakaian
MakTimah masuk ke dalam rumah.
Mak Timah
mengendong Hawa Fatihah kemas dalam dakapan. Namun matanya tidak lepas
memerhati sekeliling. Besar jugak rumah Encik Anuar ni, bisik hati MakTimah.
Rumah teres dua tingkat, lot tepi. Bahagian hadapannya sudah diubah suai
membuatkan ruang tamu itu nampak luas.
Isteri Encik
Anuar, Puan Anom keluar dari dapur. Dia kelihatan sibuk memasak makanan tengah
hari.
“Oh, dah
sampai pun Mak cik Mah dengan Hawa rupanya,”tegur Puan
Anom mesra.
Dia
bersalaman dengan MakTimah.MakTimah menyambut salam wanita itu.EncikAnuar
membawa beg pakaian MakTimah ke bilik tidur yang terletak bersebelahan dengan
dapur. Bilik itu memang disediakan untuk pembantu rumah.
“Harap mak
cik selesa bekerja di sini,” kata Puan Anom semasa mereka menikmati makan
tengah hari bersama.
Mak Timah
segera dapat merasakan suasana mesra dan hangat.Lega hatinya.Nyata keputusannya
meninggalkan kampung bersama Hawa Fatihah adalah tepat. Encik Anuar memang baik
hati.Isterinya juga begitu.MakTimah turut menyenangi anak lelaki
PuanAnomdanEncikAnuar.Sufian,baruberusiaduatahun.Mak
Timah berharap Sufian dan Hawa Fatihah akan menjadi kawan apabila mereka besar
nanti.
“Insya-ALLAH. Mak
cik harap pun macam tu jugak.” “Kami ni selalu sibuk. Bisnes baru nak mula
kenalah beri
tumpuan
lebih.Tu yang jarang ada di rumah.Kesian Sufian.Tapi dengan adanya mak cik di
sini harap dapatlah mak cik tengok- tengokkan Pian. Dia pun dah biasa kena
tinggal sebenarnya,” cerita Puan Anom dengan lembut.
MakTimah
mengangguk sahaja.Dia akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru di situ.
Puan Anom menerangkan apa yang patut dia lakukan setiap hari. Mak Timah mengerti.
Dia bersyukur kepadaTUHAN di atas rezeki yang dilemparkanNya. Gaji yang diberi
Encik Anuar agak lumayan. Tempat tinggal sudah tersedia, makan minum pun
ditanggung. Apa lagi yang dia perlukan. Tugasnya hanya perlu menjaga anak
majikan dan membesarkan cucu nan seorang.
Mak Timah
berharap masa akan berputar dengan cepat. Siang dan malam berganti,waktu pun
pantas berlari.Tidak sabar untuk melihat cucunya membesar, tumbuh menjadi gadis
remaja. Ya ALLAH, semoga panjang umurku untuk melihat Hawa Fatihah dewasa dan
menjadi manusia yang sempurna.