Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 35

BAB 35

Didi Khalisha menghentak kaki di apartmentnya. Panggilan yang diterima membuatkan dia sakit hati. Sejak dia berkahwin rupa - rupanya Remy bermain kayu tiga. Badan direbahkan di atas sofa ruang tamu. Gambar-gambar Remy bersama perempuan lain yang dihantar rakannya dilihat semula melalui telefon bimbit. Hatinya terlalu sakit. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Dapur masih lagi tidak berasap. Dalam sakit-sakit hati pun kakinya segera bangun ke dapur. Takut Zalif mengamuk.

Makan tengah hari yang ringkas. Telur goreng mata dan sayur kangkung goreng. Loceng kedengaran menandakan Tengku Zalif sudah pulang untuk makan tengah hari. Didi melajukan langkah membuka pintu. Tangan suaminya disalam. Tengku Zalif sudah melangkah terus ke dapur. Didi mengikuti dari belakang.

“Kau masak telur apa ni? Kau goreng telur tembelang ke? Dengan sayur layu macam ni, kau kutip tepi jalan ke?.”

Soal Zalif setelah melihat makanan yang ada di dapur. Memang hari-hari macam ni pun. Sabar lah Didi Khalisha. Didi diam tak membalas. Nasi dicedokkan ke pinggan Tengku Zalif. Air sirap sejuk dituang ke dalam gelas.

“Apasal kau diam? Masa kau masak tadi kau tercekik senduk ke?”

Nasi dan lauk yang dimasak isterinya sudah berada di dalam mulut. Didi rasa terhibur sedikit, walaupun Tengku Zalif mengutuk masakannya, dia tetap akan makan.

“Aku rasa memang dalam rumah ni ada hantu, betul cakap Erin. Hantu cangkung tu dah melekat dalam mulut kau, sebab tu kau diam kan?”

Sambung Zalif lagi bila melihat Didi diam. Selalu ada sahaja yang dibangkang. Didi masih lagi teringat pasal Remy, hatinya geram. Malas nak menghadam apa yang Zalif bebelkan dihadapanya.

“Tak pun kau excited sebab tinggal seminggu je lagi kan, kau jangan risau lah. Aku ni tak lah kejam sangat. Lagipun kau tak membantah cakap aku, kira ok lah tu”

Tengku Zalif masih bersuara. Air sirap diminum. Kakinya sudah mula melangkah keluar dari meja makan dan terus laju keluar dari rumah.

‘Kenapa tiba-tiba aku rasa sekejap, padahal dulu aku rasa lama gila nak tunggu?’

Bicara Didi sendirian. Tangannya sibuk mengemas pinggan-pinggan yang berselerak di dapur.

‘Remy dah main kayu tiga dengan aku. Nanti kalau mat sentul tu ceraikan aku, lepas tu aku jadi janda, Semua dah tak nak dekat aku. Kurang ajar punya Remy kau main kayu tiga dengan aku!’

Didi sambung membebel sendirian. Dah kau tu bini orang, kau ingat Si Remy nak bekas orang. Baik dia cari perempuan lain. Dia nak duit kau je!

######################################################

Erin membuat panggilan pada Iffah. Risau dengan keadaan Tengku Zaim. Badannya panas.

“Tapi dia tak nak makan ubat ni ibu, Encik abang ni degil. Saya suruh dia makan pun dia tak nak. Oh macam tu ye ibu. OK..ok. Bye”

Talian dimatikan semula. Kaki bergegas menuju ke dalam bilik. Tengku Zaim sudah terbaring di atas katil. Bubur segera yang diletakkan air panas oleh Erin dimasukkan ubat demam. Lantas Tengku Zaim dikejut. Otak ligat mencari ayat untuk memaksa Tengku Zaim makan.

“Encik! Encik! Bangun.”

Kejut Erin. Tak tahu nak lembut-lembut. Terpisat-pisat Zaim membuka mata. Erin disebelah ditenung bersama semangkok bubur. Muka Erin tersengih.

“Makan ni. Saya tak tahu masak, ni bubur segera saya letak air panas. Encik janganlah sakit-sakit macam ni, saya risau”

Sambung Erin lagi bila melihat Tengku Zaim hanya termenung memandang dirinya.

“Awak risau pasal saya? Kenapa?” Soal Zaim.

‘Entah-entah dia dah suka dekat aku, cepatlah cakap awak suka dekat saya’ Bicara Zaim dalam hati. Badannya masih direbahkan di atas katil.

“Risau lah, sebab Encik tak boleh nak layan saya cakap. Dah-dah, Encik makan ni, kalau Encik tak makan saya panggil Bomba!” Eh..hehehe saya panggil ambulance. Saya dah lama tak naik ambulance ni. Dulu masa mak sakit selalu lah naik….”

Bebel Erin panjang. Bubur sudah diletak tepi. Zaim hanya memandang Erin, butirannya langsung tak dihadam dalam kepala. Badan digagahkan bangun, Erin dipeluk sekuat hati.

“Saya boleh baik, kalau awak yang layan saya. Saya tak perlu pun bubur segera tu” Balas Tengku Zaim. Mungkin ini masanya. Dah lama nafsunya berkocak pada insan yang bernama Erin Fasha. Erin terdiam sekejap.

“Encik…kenapa suara sedih macam ni, buat lah apa Encik nak buat pun, sebab saya isteri upa…”

Belum habis Erin berbicara dahinya sudah dikucup Zaim. Erin terdiam. Ada getaran dihati Erin. Bermulalah kehidupan gadis comel yang berusia 18 tahun tu.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Tengku Zaim keluar dari bilik air. Rambut yang basah dikeringkan. Pipi tersenyum sampai ketelinga. Hampir satu jam Zaim menunggu Erin keluar dari bilik air, tapi tak muncul-muncul.

‘Selalu mandi koboi, ni apasal pulak lama’

Bicara Zaim sendirian. Lama sangat menunggu Erin, Solat asar dilakukan sendirian. Usai sahaja solat asar, Erin masih lagi berada dalam bilik air. Pintu bilik air diketuk.

Erin membuka sedikit pintu dan hanya menampakkan matanya.

“Kenapa awak tak keluar-keluar?” Soal Zaim hairan.

“Ni semua Encik punya pasal, selalu saya niat mandi wajib perempuan datang bulan, mana saya pernah mandi junub.”

Erin membalas. Zaim sudah menepuk dahi. Nak gelak kesian pulak. Zaim terus mengajar isterinya cara-cara mandi selepas bersetubuh. Makin dilayan sampai malam tak keluar bilik air tu. Erin sudah melipat telekung dan disangkut pada penyangkut tepi almari. Zaim duduk di atas sofa. Erin dipanggil duduk bersebelahannya.

“Awak jangan bagitahu sapa-sapa tau pasal ni”

Bicara Zaim pada Erin yang polos tu. Erin sudah meletakkan kepala di atas riba Zaim.

“Apa lah Encik ni, tu kan cerita dalam selimut, mana boleh bagitahu dekat orang.’’

Erin membalas. Matanya sibuk memandang cincin perkahwinan yang tersemat dijari.

“Hemhh awak bukannya betul!”

Balas Tengku Zaim lagi. Alat kawalan jauh disebelah diambil. TV dihadapan dihidupkan.

“Ye saya janji…tapi kalau ter…..Ok,ok tak.”

Erin membalas sambil tersengih bila suaminya membulatkan mata. Erin bangun dari riba Tengku Zaim.

“Saya nak masak meggie lah Encik, Encik nak?”

Soal Erin.

“Kenyang dah makan awak.” Zaim membalas separuh berbisik.

“Apa tak dengar, saya masak jelah 2 bungkus.”

Balas Erin seraya melangkah keluar dari bilik. Tengku Zaim tersenyum bahagia. Puas dia meluahkan perasaan tempoh hari pada Iffah berkenaan hatinya sudah melekat pada Erin. Iffah pulak tak habis-habis She’s 18. She’s 18. Tak pelah. Yang penting dah halal.

Previous: BAB 34
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.